You are on page 1of 2

Ikann Production

Dalam proses menjalankan program kesukarelawanan ini, saya dan ahli kumpulan telah
menghadapi pelbagai masalah. Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah
menghulurkan bantuan agar saya dan ahli kumpulan dapat menjalankan program ini dengan
jayanya. Terutamanya kepada pensyarah kami yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan panduan
dalam melaksanakan program ini.

Melalui program kesukarelawanan ini, saya telah mempelajari pelbagai pengetahuan yang tidak
pernah dipelajari. Pengetahuan baharu ini perlu kami aplikasikan dalam pelaksanaan aktiviti,
terutamanya dalam menjalankan program yang mejalan . Kerja kursus ini telah memberi banyak
pendedahan kepada saya tentang pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah rendah. Setiap
aktiviti kokurikulum di sekolah mempunyai prosedur yang tersendiri apabila kita menganjurkan
sesuatu aktiviti. Oleh itu, kerja kursus ini boleh membantu kami untuk mempelajari cara
mengadakan aktiviti atau program di sekolah nanti.

Namun begitu, daripada aktiviti yang saya lalui iaitu melaksanakan “bengkel pertolongan cemas
harmonisasi” ada beberapa penambahbaikkan yang boleh dilakukan dalam menjalankan bengkel
tersebut. Antaranya, kaedah penerangan yang kurang baik iaitu menggunakan satu pencaramah
sepenuhnya. Sebaiknya kami boleh menambah baik dari segi kaedah penyampaian yang kurang baik
daripada kami, iaitu menggunakan kaedah sehala daripada penceramah. Sepatutnya kami boleh
menggunakan kaedah yang sama seperti digunakan oleh pramugari dan pramugara dalam pesawat
iaitu semasa penarangan dijalankan faci kumpulan boleh menunjukkan kaedah yang betul supaya
setiap pelajar dapat melihat dengan lebih jelas kaedah “Pertolongan Cemas Harmonisasi”. Ini
kerana, faci telah menunjukkan kaedah dengan lebih efektif dan sebarang ketidakpastian dapat
diterangkan secara terperinci.

Namun semangat kumpulan kami terbukti di mana kumpulan kami dapat menjalankan aktiviti
dengan lancar walaupun, berhadapan dengan pelbagai masalah yang menjadi batu sandungan
dalam menjalankan program ini. Apa yang saya sangat banggakan dengan kumpulan kami adalah,
dari segi pengurusan program yang terancang dan antara yang terbaik setakat ini. Ya, mungkin kami
tidak dapat lari daripada masalah tapi bagi saya usaha dan penat lela ahli kumpulan yang tidap
pernah putus-putus adalah menjadi inti refleksi saya pada program ini. Cendekiawan pernah
mengatakan "No one can whistle a symphony. It takes a whole orchestra to play it." – H.E.
Luccock.sa

Selain itu, kelemahan diri yang dapat saya lihat sebelum krusus adalah dari segi pengurusan masa
yang tidak teratur. Dalam menjalankan program ini kumpulan saya telah mengadakan mesyuarat
sebanyak empat kali dan saya antara ahli yang lambat sampai untuk mesyuarat tersebut. Saya
seharusnya membiasakan diri dengan keadaan supaya dapat mengadaptasi situasi yang memerlukan
diri saya untuk dapat menghadiri mesyuarat lebih awal ataupun menepati masa mesyuarat.

Sebelum program ini saya mempunyai sikap takut untuk menjadi ketua akan sesuatu aktiviti kerana
saya risau program tersebut tidak dapat berjalan dengan lancar. Semasa program ini dijalankan saya
telah menjadi ketua ajk pelaksana aktiviti dan aktiviti telah berjalan lancar walaupun berlaku
beberapa kesilapan teknikal. Selepas program tersebut saya tidak lagi risau dan takut untuk
memegang mana-mana jawatan yang melibatkan sesuatu aktiviti. Ini adalah perubahan dan
penambahbaikkan yang baik bagi diri saya.

Tugasan ini sememangnya akan membantu saya pada masa akan datang, ini kerana saya telah
mempunyai asas pengurusan dalam menjalankan aktiviti kokurikulum. Prosedur dan pengurusan
yang saya dan ahli kumpulan lakukan akan menjadi garis panduan untuk saya menjalakan aktiviti
Ikann Production

sebegini di sekolah nanti.

Dariapda aktiviti ini juga saya telah pelajari beberapa nilai murni iaitu nilai tanggungjawab dan nilai
rasional. Saya mempelajar nilai tanggungjawab daripada tugasan yang kami lakukan dimana saya
menjadi ketua bahagian aktiviti dan memegang tanggungjawab besar dalam melaksanakan program
tersebut. Dalam masa yang sama juga saya akan mengambil keputusan dalam bahagian aktiviti
dengan itu saya akan menggunakan nilai rasional dalam membuat keputusan.

Ada beberapa candangan saya yang berhubungkait tugasan pada masa akan datang iaitu, masa yang
diperuntukan bagi setiap kumpulan seharusnya disesuaikan dengan tajuk setiap kumpulan. Perkara
ini perlu dititikberatkan kerana ini akan mempengaruhi hasil program sesebuah kumpulan.

Akhir kata, sumbangan saya dalam program ini adalah memberi idea dan dibantu oleh rakan setugas
untuk merancang satu program yang beilmu pengetahuan dan diberi kepada rakan- rakan lain. Saya
juga bercadang supaya program yang dijalankan berasaskan pertolongan cemas kerana ia sesuai
dengan tema yang diberikan oleh pensyarah.

You might also like