You are on page 1of 3

REFLEKSI KENDIRI

NAMA : Norsafirah Binti Mohd Soffian

KELAS : PISMP SEM 6 Bimbingan & Kaunseling (A)

Syukur Alhamdulillah saya dan rakan-rakan berjaya menjalankan Program


Karnival Kokurikulum bagi tahun 2015 dengan jayanya. Sepanjang mengikuti
program ini, saya telah berjaya menempuh banyak cabaran, dugaan dan halangan
sama ada ketika proses pelaksanaan sebelum, semasa mahupun selepas program.
Pelaksanaan program ini sememangnya tidak akan berjaya sekiranya tanpa bantuan
daripada pensyarah pembimbing kami iaitu Puan Mariani Binti Ali dan pensyarah-
pensyarah dari Unit Kokurikulum. Bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan
merupakan titik tolak keberjayaan pelaksanaan program ini.

Perancangan program kali ini sudah dirancang dalam masa yang lama dan
program ini semangnya mencabar kerana saya terlibat secara langsung dalam
mengendalikan dua program dalam masa yang sama iaitu Kejohanan Jemputan
Piala Pengarah IPGK Perlis. Hari Kokurikulum merupakan satu program yang
dianjurkan oleh Unit Kokurikulum dan para pelajar semester 6 di bawah subjek
Kelab dan Persatuan. Program ini dianjurkan selama 3 hari bermula 16 Oktober
sehingga 18 Oktober 2016. Saya dan beberapa rakan sekelas telah
dipertanggungjawabkan untuk menjadi jawatankuasa protokol sepanjang program
berlangsung.

Skop tugas yang yang dipertanggungjawab bukan sahaja semasa majlis


penutupan tetapi saya dan ajk protokol yang lain perlu menjalankan tugas sebagai
DJ dan sentiasa bekerjasama dengan ajk siaraya untuk memastikan majlis sentiasa
berjalan lancar dan meriah. Oleh itu, kami telahmenyedikan satu teks pengerusi
majlis yang digunakan semasa sesi penyampaian hadiah setiap kali selesai aktiviti-
aktiviti yang dijalankan termasuk sesi cabuan bertuah.
Saya juga telah terlibat secara langsung semasa Majlis Penutupan Karnival
Kokurikulum dan Kejohan Jemputan Piala Pengarah memandangkan saya
merupakan ketua ajk untuk ajk jemputan, sambutan dan protokol Kejohanan
Jemputan Piala Pengarah. Majlis telah dipengerusikan oleh saya sendiri dan
seorang pelajar PISMMP Semester 4. Memandangkan majlis penutapan ini
merupakan majlis yang menggabungkan Kejohanan Jemputan Piala Pengarah Ipgk
Perlis dan Karnival Kokurikulum, tentatif yang disediakan sangat padat dan saya
bersyukur tugasan dapat dijalankan dengan baik.

Kekuatan yang dapat saya kesan sepanjang terlibat dengan program ini ialah
saya mampu untuk melaksanakan dan membahagi kerja dengan baik. Seperti yang
telah dinyatakan di atas, selain daripada menjadi ajk protokol Karnival Kokurikulum,
saya juga terlibat untuk menjadi ajk gerak kerja Kejohanan Jemputan Piala
Pengarah. Walaupun pada peringkat awal saya berasa sedikit terbeban
memandangkan perlu melaksanakan tugas lebih berbanding daripada rakan-rakan
yang lain, namun saya sedar pengalaman ini merupakan satu proses pembelajaran.
Saya telah membahagi tugas sama rata bersama dengan ahli biro saya supaya
semua pihak terlibat secara langsung dan aktif. Alhamdulillah, saya dan rakan sebiro
telah melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin. Saya percaya tanpa
perancangan yang sistematik, kerjasama dan nasihat daripada pensyarah
pembimbing, skop kerja kami tidak mampu untuk berjalan dengan lancar. Sepanjang
program berlangsung juga, sekiranya mempunyai kelapangan masa, saya akan turut
membantu rakan-rakan yang berniaga di gerai. Walaupun penat dan keletihan,
namun pengalaman berniaga merupakan satu pengalaman baru dan menarik unntuk
saya. Saya dan rakan sekelas berpeluang untuk menjalinkan hubungan yang lebih
erat antara satu sama lain kerana dapat melakukan aktiviti bersama-sama.

Kekurangan dan kelemahan yang boleh dilihat pada diri saya sepanjang
program ini dapat dilihat ketika saya tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri.
Saya tidak yakin bahawa saya mampu untuk menjawat jawatan ketua biro dengan
baik. Dengan sokongan anak buah dan rakan-rakan yang lain, saya berjaya untuk
melunaskan tugas dengan baik. Kini saya berasa lebih yakin untuk melakukan
sesuatu kerana kelemahan yang terdapat dalam diri saya adalah mudah berfikiran
negatif. Perkara yang menjadi tunjang utama adalah semangat yang datang dari
dalam diri dan jika saya mempunyai semangat itu, saya yakin saya mampu
melakukan perkara yang sukar. Jika dilihat dari segi yang aspek yang lebih luas,
perkara ini amat penting kerana sebagai seorang guru saya pasti akan diberikan
pelbagai tugas sama ada dalam sekolah atau diluar sekolah.

Sepanjang pelaksanaan progam ini, pelbagai ilmu baharu yang dapat saya
perolehi. Segala ilmu dan pengalaman berorganisasi yang diperolehi ini akan
dimanfaatkan dengan sebaik mungkin . Sesungguhnya program ini seharusnya
menjadi satu platform yang berkesan kepada saya dan rakan-rakan yang lain untuk
menjadi warga bakal pendidik yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat & berbakti
kepada nusa, bangsa dan juga negara.

You might also like