You are on page 1of 5

BINA INSAN GURU

REFLEKSI KENDIRI
Nama : Ranjini A/P Valauthan
No. IC : 940202-08-6464
UNIT : PISMP Bahasa Melayu SJK(T), Semester 5

Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana saya telah berjaya melaksanakan Bina
Insan Guru (BIG) Fasa 5 bagi Tahun 2016. BIG yang telah kami lalui ini telah dilaksanakan
di sekolah kluster, Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim, Kuala Lipis, Pahang. Pada semester
ini, kami dikehendaki membuat satu bengkel dan Program Lawatan Penanda Aras atau
Benchmarking ke sebuah sekolah yang merupakan tugasan yang wajib dilalui oleh guru
pelatih PISMP Semester 5 di bawah Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5. Justeru, kami
telah menubuhkan satu organisasi untuk menguruskan program ini. Beberapa siri mesyuarat
telah diadakan dalam usaha untuk melicinkan program ini. Jika terdapat kemusykilan, kami
akan merujuk kepada pegawai BIG iaitu Encik Khazali dan Mentor kami iaitu Tuan Haji
Salehuddin bin Abdul Talib.
Kursus BIG ini telah banyak memberikan saya ilmu pengetahuan yang tidak ternilai
harganya dan amat sukar diperolehi dari mana-mana. Nilai-nilai murni juga telah berjaya
diserap dan saya amat bertuah kerana BIG ini telah banyak memberi saya peluang untuk
menilai keupayaan diri saya dari segi persediaan untuk menjadi seorang guru yang proaktif,
fleksibel dan berkeyakinan tinggi.
Program penanda aras ini telah dibimbing oleh pensyarah-pensyarah dari unit
GERKO dan juga tutor-tutor berkenaan bagi setiap unit. Mereka mengikut kami untuk
memberi tunjuk ajar dan meriahkan lagi aktiviti ini. Sebelum program ini, guru pelatih yang
bernama Lela

dari unit Pemulihan sebagai Pengerusi BIG Fasa 4 ini telah memberi

penerangan mengenai aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat yang bakal dilaksanakan di


sekolah. Sesungguhnya BIG seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan
warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan berbakti
kepada nusa, bangsa dan juga negara. Saya berasa begitu bersyukur dan sangat gembira
selepas menjalankan program khidmat masyarakat ini. Banyak pengalaman, kebaikan dan
manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini.
Melalui perbincangan dengan setiap pelajar kelas PISMP Bahasa Melayu dan
Pemulihan serta persetujuan daripada pensyarah, kami telah memilih Sekolah Kebangsaan
1

BINA INSAN GURU


Wan Ibrahim, Kuala Lipis. Sekolah ini telah menjadi pilihan kami sekelas kerana ia telah
dicadangkan oleh pihak GERKO. Sekolah ini dicadangkan kerana baru-baru ini ia telah
diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai salah sebuah sekolah kluster iaitu
pada tahun 2009. Selain itu, faktor jarak juga diambil kira dimana jarak IPG KampusTengku
Ampuan Afzan terletak berhampiran dengan sekolah tersebut. Hal ini diambil kira kerana
pada ketika kertas kerja bagi Program Bina Insan Guru ke-5 ini diusulkan kepada pihak
pentadbiran, kami digalakkan untuk mengamalkan dasar penjimatan dimana ia meliputi kos
perbelanjaan minyak kenderaan bas IPG dan permohonan terhadap barang-barang di setor
utama.
Selain faktor yang telah dinyatakan di atas, sekolah tersebut kami pilih kerana ia
merupakan sebuah sekolah yang terbilang dan elit bukan sahaja di dalam negeri Pahang
malahan pada peringkat antarabangsa. Ia cemerlang dari segi akademik dan ko-kurikulum
terutamanya dari segi Program Kecemerlangan Bahasa Melayu dan Pasukan Robotik yang
mana membuatkan kami tertarik dan berfikir faktor-faktor yang menyumbang kepada
kecemerlangan sekolah tersebut.
Bagi menjayakan program ini, saya telah dilantik sebagai AJK hadiah program.
Mulanya saya tidak bersetuju kerana faham akan cabaran dan tugas berat yang terpaksa
dipikul sebagai seorang AJK photostat. Akan tetapi, setelah dilantik maka saya pasrah dan
terima dan menganggapkannya sebagai satu pengalaman berharga yang mungkin berguna
semasa di sekolah kelak. Selain itu, sebelum kami melaksanakan Program Lawatan
Penanda Aras, kami bersama-sama pengerusi program beserta naib pengerusi turut
melakukan perbincangan dengan pengetua sekolah bagi menyatakan hasrat kami untuk
melaksanakan program Bina Insan Guru disekolahnya selain menentukan tarikh yang
sesuai. Melalui tugasan kali ini, kerja-kerja dan tanggungjawab sebagai setiausaha saya
akui amat berat, namun ia banyak mendedahkan saya dengan tugasan yang melibatkan
pengurusan serta perancangan dimana perkara-perkara seperti ini sendiri amat ditekankan
dalam program Bina Insan Guru kali ke-5.
Lawatan kami telah diadakan pada 6 April 2016 Apabila sampai di SK Wan Ibrahim
dan kedatangan kami telah disambut dengan penuh mesra oleh warga SK Wan Ibrahim.
Kami telah merancangkan dua sesi sepanjang lawatan di sekolah tersebut. Pada sesi
pertama dijalankan di dewan terbuka sekolah, sesi yang dijalankan lebih berbentuk taklimat
dan penerangan daripada pihak sekolah iaitu tentang aspek-aspek kepimpinan, pengurusan
sekolah yang meliputi visi dan misi sekolah serta cara sistematik yang dilaksanakan oleh
pihak sekolah sehingga mandapat pengiktirafan yang tertinggi dalam pencapaian sesebuah
sekolah setakat ini. Selain itu, penerangan tentang iklim serta budaya sekolah turut menjadi
2

BINA INSAN GURU


isi penerangan daripada pihak sekolah. Setelah mendengar penerangan daripada pihak
guru kanan sekolah maka sesi kami disusuli dengan sesi bersoal jawab diantara pihak
pelajar IPG kampus Tengku Ampuan Afzan dengan pihak sekolah. Akhir sekali kami akhiri
lawatan kami dengan sesi melawat sekitar kawasan sekolah. Antara kawasan yang dilawati
ialah pusat sumber sekolah, Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI), bilik persatuan
Bahasa Melayu, Kelab Robotik Sekolah, kantin, bilik pemulihan, dan sebagainya.

Di SK Wan Ibrahim, peruntukan yang diperoleh daripada Kementerian Pelajaran


Malaysia sebanyak RM 250, 000 setahun telah dibahagikan kepada dua bahagian.
Sebanyak RM 125,000 dilaburkan untuk pembangunan sains dan RM 125, 000 lagi
dilaburkan kepada pembangunan sukan ragbi.
Antara usaha yang telah dilakukan untuk pembangunan akademik dan kokurikulum
sekolah ialah menubuh bilik khas untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kokurikulum dengan
menyediakan peralatan yang canggih,perancangan khas untuk aktiviti kokurilum, . Langkah
ini diambil bagi murid-murid sekolah ini supaya berminat untuk menjadi usahawan. Dalam
pembangunan kelab Robotik, sekolah telah melatih dan memberi pendedahan robotik
kepada murid-murid yang berminat. Maka,wujudlah sebuah kelab robotik sekolah. Pasukan
ini telah banyak menempa kejayaan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Antara pasukan antarabangsa yang pernah bertemu dengan ialah Thailand, Singapore dan
Indonesia

BINA INSAN GURU


Selesai taklimat, kami telah dihidangkan dengan sedikit jamuan. Kemudian, pihak
sekolah telah membawa rombongan kami melawat kawasan sekolah ini. Antara aktiviti yang
dijalankan di SK Wan Ibrahimialah tinjauan di sekitar kawasan sekolah. Kami telah melihat
bilik darjah, perpustakaan, makmal sains, bilik guru, komputer, bilik darjah, pejabat, setor
sukan, padang dan bilik yang menyimpan pelbagai anugerah yang berjaya diraih oleh SK
Paya Rumput .
Hasil pemerhatian saya dan maklumat yang telah saya peroleh, terdapat sedikit
kelemahan SK Wan Ibrahim yang perlu dibaiki pada masa hadapan iaitu bangunan blok
sekolah ini dipisahkan kepada dua bahagian oleh jalan raya yang menjadi laluan utama
kenderaan keluar dan masuk ke taman perumahan. Masalah ini boleh mendatangkan
bahaya kepada murid kerana perlu melintas jalan tersebut untuk pergi ke makmal, bilik
sains, padang dan sebagainya. Saya dimaklumkan bahawa hanya pengawal keselamatan
sekolah yang akan mengawal keadaan trafik di jalan tersebut bagi memastikan keselamatan
murid. Walau bagaimanapun pihak sekolah ada membuat permohonan untuk membuat
sebuah jejantas untuk menghubungkan kedua-dua blok tersebut tetapi permohonan tersebut
masih belum diluluskan.
Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh guruguru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada kami untuk
bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebelum bergelar
guru agar kami lebih bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah
pada masa akan datang.Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada
saya tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam
kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah ini
kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah ini supaya terus
cemerlang.Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 5 ini telah
berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan
datang.
Akhir sekali, saya sangat bersyukur kerana telah melalui kursus BIG ini yang telah
banyak memberi saya pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri saya dan yang paling
penting dapat membantu diri saya bagi membina jati diri seorang pendidik yang berkarisma
tinggi. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan
sosial. Secara keseluruhannya, program ini telah menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai,
etika dan akhlak keguruan serta merangka, melaksana, memimpin program, berkerjasama
dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan. Program ini turut menyenaraikan
keperluan kemahiran berfikiran aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi Kami
4

BINA INSAN GURU


juga sebenarnya dapat merumus dan bertindak kepada persekitaran secara positif yang
berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.Saya
berharap pada BIG yang seterusnya, saya akan menimba lebih banyak pengalaman dan
ilmu pengetahuan bagi mencapai matlamat saya untuk menjadi seorang pendidik yang
gemilang.

You might also like