You are on page 1of 13

BINA INSAN GURU I

PROFIL DIRI

NAMA

: RANJINI A/P VALAUTHAN

NO. K/P

: 940202-08-6464

UNIT

: PISMP PENGAJIAN BAHASA MELAYU

SEMESTER

: 6

KURSUS ELEKTIF : PENDIDIKAN JASMANI & SEJARAH


AMBILAN

: JANUARI 2014

ALAMAT RUMAH : NO.787, JLN.DEPU, TMN.BERNAM, TG.MALIM,


PERAK.
NO. HP

: 016-9414502

E-MEL

: anju2_2@hotmail.com

BINA INSAN GURU I


LAPORAN BIG FASA VI
PENGENALAN
Program Bina Insan Guru merupakan salah satu daripada perancangan bagi
membina dan menerapkan nilai-nilai murni dan hidup berlandaskan kepercayaan dan
agama sebagai proses membentuk guru-guru yang serba boleh serta dapat menyesuaikan
diri dalam apa jua persekitaran masyarakat. Segala pengisian aktiviti yang dirancangkan di
dalam program ini adalah berteraskan kepada Prinsip Negara yang didukung oleh semua
rakyat yang sekaligus menjadi asas pembentukan rakyat dan menjadi tonggak pembinaan
sesebuah negara bangsa.

Program Bina Insan Guru kali ini seperti yang dinyatakan dalam RMK kursus
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah mengadakan satu lawatan
penanda aras selama sehari, dalam tempoh yang diperuntukkan iaitu sepuluh jam ke
sebuah sekolah pilihan tetapi perlulah mempunyai ciri-ciri dan diiktiraf sebagai sekolah
kluster, sekolah bestari, sekolah harapan Negara dan yang terbaru sekali ialah sekolah
berprestasi tinggi. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memberikan pendedahan
kepada guru-guru pelatih tentang pengurusan sekolah, penerapan budaya-budaya
cemerlang di sekolah berkenaan untuk dijadikan panduan semasa mengajar di sekolah
kemudian hari

Pada 20 September 2016 lalu, iaitu hari Selasa, kami guru-guru pelatih dari PISMP
Ambilan Januari 2016 telah berjaya menjalankan Program Lawatan Penanda Aras Sistem
Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah serta penanda arasan kebitaraan Guru Cemerlang di
Sekolah Kecemerlangan Kluster Temin di Jerantut, Pahang. Program ini adalah di bawah
kelolaan Encik Khazali selaku pengelola bagi program BIG Fasa 6. Seramai 99 orang
pelajar ambilan Januari 2016 terlibat dalam lawatan ini iaitu gabungan guru-guru pelatih dari
lima buah unit. Seawal 8.00 pagi kami berkumpul dan telah bergerak dari Institut Pendidikan
Guru Tengku Ampuan Afzan ke Jerantut. Sekitar pukul 9.30 pagi kami tiba dihadapan pintu
masuk Sekolah Kebangsaan Temin. Rombongan kami telah disambut oleh warga Sekolah
Kebangsaan Temin yang diketuai oleh guru besar iaitu Tuan Haji Mohd. Sabri bin Yakub dan
para barisan pentadbir dengan mesra, ramah dan dalam suasana harmoni. Diri kami dirasa
sangat dihargai dalam suasana sekolah yang ceria, nyaman dan selesa mata
memandang.Pada mulanya diadakan sesi bergambar dan dikuti dengan sarapan pagi di
kantin sekolah.
2

BINA INSAN GURU I


Satu sesi taklimat tentang titik permulaan sekolah SK Temin daripada sekolah
kebangsaan aliran biasa kepada sebuah sekolah kecemerlangan kluster

daripada guru

besar telah disediakan khas untuk rombongan kami di bilik seminar sekolah. Kami juga
dipaparkan sedikit klip video pengenalan tentang sekolah ini. Serba serbi nampak menarik.
Ada jalinan antarabangsa, sistem pentadbiran yang baik, mutu kerja yang harus dipuji. SK
Temin ini telah diiktiraf sebagai sekolah kluster kecemerlangan pada tahun 2015 bagi
kategori pencapaian kebitaraan mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris dengan
kelulusan melebihi 90%.Seterusnya pencapaian yang cukup mengkagumi dalam kedua-dua
bidang kurikulum dan juga kokurikulum. Indikator sekolah ini ialah kebitaraan Kelab Doktor
Muda dan juga Kelab Alam Sekitar.

CORAK KEPIMPINAN & BUDAYA SEKOLAH


Secara umumnya, sebuah sekolah kluster kecemerlangan merupakan sekolah yang
cemerlang dalam kelompoknya yang dapat melahirkan murid yang holistik dalam aspek
akademik, kokurikulum, sahsiah serta penampilan diri. Sekolah ini juga mempunyai
kebitaraan yang mengambarkan watak sekolah.Sekolah Kluster Kecemerlangan diwujudkan
bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia di samping
membangunkan sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kelompok yang sama dan
sekolah lain di luar kelompok dan seterusnya menjadi showcase di peringkat
antarabangsa.SK Temin memang layak diberi pengiktirafan sebagai sekolah kluster
kecemerlangan.

Sekolah

Kecemerlangan

Kluster

Temin

mendukung

visi

sekolah

kebangsaan temin ke arah sekolah berprestasi tinggi dan juga misi memberikan pendidikan
yang terbaik kepada semua murid bagi melahirkan modal insan yang berkualiti melalui
pendekatan bersepadu berlandaskan. Temin Hebat pula merupakan slogan sekolah yang
menyemarakkan lagi semangat yang terkobar dalam diri para warga SK Temin.
Kecemerlangan

sesebuah

sekolah

sememangnya

bergantung

pada

corak

kepimpinan yang ditonjolkan oleh guru besar sekolah tersebut yang dianggap sebagai ketua
3

BINA INSAN GURU I


pentadbir. Daripada hasil pemerhatian lawatan ini, saya dapati bahawa peranan yang perlu
dimainkan oleh guru besar itu meliputi tiga aspek iaitu sebagai pengurus, pentadbir dan
pemimpin. Sebagai pengurus, guru besar bertanggungjawab terhadap belanjawan dan
kewangan sekolah, pengagihan sumber dan sebagainya. Sebagai pentadbir guru besar
bertanggungjawab terhadap tugas-tugas pentadbiran yang meliputi penilaian kerja-kerja
stafnya, pengurusan ha-hal rasmi, penjadualan kerja dan waktu belajar. Guru Besar juga
harus pakar dalam pendidikan. Dia diharapkan dapat menjalankan peranan sebagai
pemimpin. Tugas memimpin ini perlu ditumpukan kepada aspek teras teknik. Oleh itu ia
perlu menunjukkan tunjuk ajar kepada para guru di sekolahnya dalam hal-hal kurikulum dan
pedagogi. Ia juga perlu memberi semangat, mendorong dan memberansangkan guru dan
pelajar di bawah jagaannya supaya bekerja dan belajar bersungguh-sungguh. Di SK Temin,
guru besar sendiri telah menjadi contoh teladan yang diikuti dan disegani oleh para guru
dan pelajar sekolahnya tersebut. Sebagai seorang pemimpin beliau tidak pernah Tugas ini
gagal

menunaikan

tanggungjawabnya.

Corak

kepimpinannya

lebih

kepada

corak

kepimpinan demokratik kerana setiap keputusan yang diambil mengenai sekolah akan
diputuskan sebulat hati melalui suara majoriti setelah dirunding bersama para guru sekolah.

Pengamalan budaya 3S iaitu Senyum Salam Sapa merupakan salah satu budaya
yang diamalkan oleh seluruh warga SKK Temin. Amalan senyum, sapa dan salam (3S)
bukanlah sesuatu yang baharu. Ia merupakan sebahagian daripada amalan yang
dipraktikkan dalam program guru penyayang. Konsep dan amalan 3S ini akan mewujudkan
hubungan saling hormat menghormati, sifat kasih sayang, peka kepada keadaan sekeliling
dan menjadikan suasana yang kondusif dan harmoni. Amalan ini dipraktikkan oleh semua di
SKK Temin semasa bertemu rakan, guru ibubapa atau tetamu sekolah. Ini dapat
mewujudkan suasana yang harmonis dan kondusif dalam menyuburkan budaya masyarakat
penyayang. malan 3S ini sewajarnya dipraktikkan oleh semua warga sekolah dalam
membentuk hubungan yang teraputik dan suasana yang kondusif serta harmonis seperti
yang dilaksanakan di SKK Temin. Menurut guru besar SKK Temin, amalan ini sebagai satu
budaya yang dapat mengurangkan salahlaku pelajar, meningkatkan kehadiran pelajar serta
merapatkan kerjasama sekolah dengan masyarakat. Amalan ini dapat telah meninggalkan
impak yang positif dalam membentuk budaya positif dalam kalangan warga sekolah.

BINA INSAN GURU I

PENCAPAIAN KURIKULUM & KOKURIKULUM SEKOLAH


Kebitaraan Sekolah Kecemerlangan Kluster Temin adalah dalam mata pelajaran bahasa
Inggeris dan juga mata pelajaran Sains. Panitia Bahasa Inggeris dan Sains SKK Temin
terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman dan berdedikasi dalam menghasilkan
budaya dan mutu kerja yang cemerlang. Guru-guru sentiasa berusaha menggunakan
pengalaman yang ada untuk mewujudkan suasana pembelajaran Bahasa Inggeris lebih
interaktif, menarik dan menyeronokkan untuk mencapai tahap penguasaan yang baik
melalui program inovasi yang berkesan.

Antara kekuatan yang ada dalam pentadbiran SKK Temin ialah barisan kepimpinan
dan guru merupakan tunggak kepada kejayaan sekolah serta semua pihak bekerja dalam
satu pasukan termasuk PIBG. Kebanyakan guru di sini pula berpengalaman lebih 6 tahun
mengajar. Pencapaian GPS terbaik UPSR di daerah Jerantut bermula dari tahun 2009
sehingga sekarang. Komitmen daripada Persatuan Ibu bapa dan penjaga yang tinggi turut
mendorong kepada kejayaan sekolah. Pusat Kegiatan Guru (PKG) pula terletaknya dalam
kawasan sekolah.

Sekolah SKK Temin juga pernah menerima Anugerah Tawaran Baru (New Deal)
2010 dan 2011.Pusat Sumber Sekolah juga pernah memperoleh anugerah cemerlang
peringkat negeri. Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup dan pengurusan akademik yang
cemerlang dengan adanya guru-guru yang berpengalaman tinggi. Sekolah ini turut pernah
5

BINA INSAN GURU I


menerima anugerah Pengurusan Sekolah Cemerlang Kategori Luar Bandar. Daripada hasil
pemerhatian saya, pengurusan bilik darjah sekolah ini juga sangat baik dan patut dijadikan
contoh oleh sekolah-sekolah lain. Salah satu pencapaian dalam bidang akademik ialah
kecemerlangan 5A TERBAIK daerah pada tahun 2009, 2010 dan 2011.

KEMUDAHAN DAN PRASARANA SEKOLAH


Setelah melawat sekitar SKK Temin kami dapati panorama sekolah ini cukup indah
dengan infrastruktur yang melengkapi keperluan para murid sekolah. Sumber alam yang
terdapat di sekeliling sekolah merupakan antara kelebihan semula jadi yang dianugerahkan
oleh Tuhan kepada sekolah ini. Kami berasa sungguh hairan untuk melihat anjung herba,
kolam ikan, kebun buah dan juga tanaman hidroponik di sekitar sekolah. Keindahan
persekitaran sekolah tidak dapat didefinisikan menerusi perkataan.

Akuarium dan litar

bulatan MKJR merupakan kemudahan-kemudahan yang jarang didapati di sekolah-sekolah


lain.
SKK Temin turut dilengkapi dengan keperluan-keperluan asas seperti bekalan
elektrik, air, bangunan-bangunan untuk penggunaan bilik darjah, bilik ICT, perpustakaan,
bilik pemulihan, bilik akses kendiri murid, kantin dan sebagainya. Murid-murid sekolah ini
sememangnya bertuah kerana dapat belajar dalam keadaan yang cukup selesa atau
kondusif. Persekitaran sekolah yang baik sebenarnya dipengaruhi oleh suasana
pembelajaran dan keadaan sekolah yang tertib dan teratur dengan persekitaran kerja yang
menarik, tenang dan harmonis dalam suasana berorientasikan tugas, di samping wujudnya
disiplin kendiri dalam kalangan pelajar yang merupakan prasyarat bagi pembelajaran
berkesan.

BINA INSAN GURU I

TAKLIMAT GURU CEMERLANG


Guru cemerlang Puan Zalina Puteh iaitu guru cemerlang Bahasa Inggeris. Anugerah
dan penghargaan yang telah diterimanya ialah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada
tahun 2003. Puan Zalina Puteh merupakan seorang guru yang aktif dan mempunyai
pengalaman 25 tahun dalam bidang pengajaran bahasa Inggeris. Selain bertugas sebagai
pendidik, beliau turut terlibat dalam pelbagai tugas lain dalam dunia pendidikan. Beliau turut
dijemput dari semasa ke semasa untuk menyampaikan ceramah, motivasi, berkongsi
pendapat dengan guru-guru dan ibu bapa. Untuk menjadi seorang yang cemerlang, Puan
Zalina telah memberikan petua kecemerlangan seperti berikut :

C Cekap dalam menguruskan kelas


E Efektif dan efisien dalam memperoleh suatu hasil
M Memotivasikan diri sendiri, murid, warga sekolah dan
juga rakan sejagat
E Elegan dari segi pemakaian, etika dan budaya setempat
R Rasional dalam sebarang tindakan dengan mengikut
prosedur
7

BINA INSAN GURU I


L Lemah, lembut dan lincah
A Amanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab
terhadap murid
N Niat yang ikhlas dan tidak prejudis
G Gembira dan bergurau bersama anak-anak didik

Peranannya dalam bidang pendidikan cukup meluas antaranya sebagai Fasilitator


Bahasa Inggeris Daerah, Fasilitator Program Khidmat Bantu Akademik , Penggubal
soalan B.Inggeris daerah , Pengubal modul latihan daerah PUNCAK, Jurulatih Utama
MBMMBI, Ketua Pentaksir Kawasan (KPkW), Penggubal soalan berselaras

negeri

Pahang bagi Tahun 5 dan 6, Pemeriksa kertas UPSR, Fasilitator Program SISC dan
juga Penceramah

motivasi

Program

Jalinan

Bersama

IPGM Tengku

Afzan,K.Lipis. Beliau turut mempunyai pengalaman menghadiri Kursus Jurulatih

Ampuan
Utama

Program MBMMBI, Kursus Kejurulatihan Program School Improvement Specialist Coaches


(SISC) dan juga Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Cemerlang

Di samping itu, guru cemerlang ini juga tidak lokek untuk berkongsi maklumat apa
yang perlu dilakukan dan apa yang dilakukan beliau untuk mendapatkan anugerah Guru
Cemerlang. Pertama, mestilah menjadi guru sekurang-kurangnya 5 tahun tempoh
perkhidmatan. Selain itu, guru juga mestilah membuat kajian tindakan dan memiliki
beberapa buah buku yang pernah ditulis

terutamanya ialah apa yang guru lakukan di

sekolah. Misalnya yang dilakukan beliau di sekolah ialah mewujudkan stesen-stesen


mengikut subjek di mana murid dapat berdikari untuk ke kelas masing-masing, menyediakan
buku di setiap stesen pengajaran dan pembelajaran. Tidak lupa juga pesanan beliau untuk
terus kita menghormati Guru Penolong Kanan dan Guru Besar walau siapa pun kita dan
banyak manapun aktiviti yang kita anjurkan.

Dalam majlis penutup, pengerusi program ini, saudara Ah Tai telah menyampaikan
ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah kerana menerima kehadiran
pelajar kami. Cenderamata dihulurkan kepada pihak sekolah tanda penghargaan.Terlalu
banyak faedah dan perkara-perkara baik yang kami timba dari lawatan tersebut. Terima
kasih kepada Sekolah Kebangsaan Sultan Idris ll kerana sudi menerima kehadiran kami
dengan begitu baik. Diharap agar program seperti ini akan terus diadakan dari semasa ke
8

BINA INSAN GURU I


semasa bertujuan untuk semarakkan jiwa kami untuk terus berjuang dalam bidang
pendidikan. Akhir sekali, kami bersalaman dengan guru-guru dan bersurai.

BINA INSAN GURU I

REFLEKSI KENDIRI

Nama : Ranjini A/P Valauthan


No. IC : 940202-08-6464
UNIT : PISMP Bahasa Melayu SJK(T), Semester 6

Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana saya telah berjaya melaksanakan Bina
Insan Guru (BIG) Fasa 6 bagi Tahun 2016. BIG yang telah kami lalui ini telah dilaksanakan
di sekolah kecemerlanagan kluster, Sekolah Kebangsaan Temin, Jerantut, Pahang. Pada
semester ini, kami dikehendaki membuat satu bengkel dan Program Lawatan Penanda Aras
atau Benchmarking ke sebuah sekolah yang merupakan tugasan yang wajib dilalui oleh
guru pelatih PISMP Semester 6 di bawah Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6. Justeru,
kami telah menubuhkan satu organisasi untuk menguruskan program ini. Beberapa siri
mesyuarat telah diadakan dalam usaha untuk melicinkan program ini. Jika terdapat
kemusykilan, kami akan merujuk kepada pegawai BIG iaitu Encik Khazali dan Mentor kami
iaitu Tuan Haji Salehuddin bin Abdul Talib.
Kursus BIG ini telah banyak memberikan saya ilmu pengetahuan yang tidak ternilai
harganya dan amat sukar diperolehi dari mana-mana. Nilai-nilai murni juga telah berjaya
diserap dan saya amat bertuah kerana BIG ini telah banyak memberi saya peluang untuk
menilai keupayaan diri saya dari segi persediaan untuk menjadi seorang guru yang proaktif,
fleksibel dan berkeyakinan tinggi.
Program penanda aras ini telah dibimbing oleh pensyarah-pensyarah dari unit
GERKO dan juga tutor-tutor berkenaan bagi setiap unit. Mereka mengikut kami untuk
memberi tunjuk ajar dan meriahkan lagi aktiviti ini. Sebelum program ini, guru pelatih yang
bernama Ah Tai dari unit PISMP Sains sebagai Pengerusi BIG Fasa 6 ini telah memberi
penerangan mengenai aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat yang bakal dilaksanakan di
sekolah. Sesungguhnya BIG seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan
warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan berbakti
kepada nusa, bangsa dan juga negara. Saya berasa begitu bersyukur dan sangat gembira

10

BINA INSAN GURU I


selepas menjalankan program khidmat masyarakat ini. Banyak pengalaman, kebaikan dan
manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini.
Melalui perbincangan dengan setiap pelajar kelas PISMP Ambilan Januari 2014
serta persetujuan daripada pensyarah, kami telah memilih Sekolah Kebangsaan Temin,
Jerantut. Sekolah ini telah menjadi pilihan kami sekelas kerana ia telah dicadangkan oleh
pihak GERKO. Sekolah ini dicadangkan kerana sekolah tersebut telah diiktiraf oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai salah sebuah sekolah kluster baru-baru ini iaitu
pada tahun 2015. Selain itu, faktor jarak juga diambil kira dimana jarak IPG KampusTengku
Ampuan Afzan dengan sekolah tersebut dalam sejam lebih sahaja. Hal ini diambil kira
kerana pada ketika kertas kerja bagi Program Bina Insan Guru ke-6 ini diusulkan kepada
pihak pentadbiran, kami digalakkan untuk mengamalkan dasar penjimatan dimana ia
meliputi kos perbelanjaan minyak kenderaan bas IPG dan permohonan terhadap barangbarang di setor utama.
Selain faktor yang telah dinyatakan di atas, sekolah tersebut kami pilih kerana ia
merupakan sebuah sekolah yang terbilang dan elit bukan sahaja di dalam negeri Pahang
malahan pada peringkat antarabangsa. Ia cemerlang dari segi akademik dan ko-kurikulum
terutamanya dari segi Kebitaraan Mata pelajaran Bahasa Inggeris, Kebitaraan Mata
pelajaran Sains, Kebitaraan Kelab Alam Sekitar dan Kebitaraan Kelab Doktor Muda, yang
mana membuatkan kami tertarik dan berfikir faktor-faktor yang menyumbang kepada
kecemerlangan sekolah tersebut.
Bagi menjayakan program ini, saya telah dilantik sebagai AJK photostat. Mulanya
saya tidak bersetuju kerana kurang faham akan cabaran dan tugas berat yang terpaksa
dipikul sebagai seorang AJK photostat. Akan tetapi, setelah dilantik maka saya pasrah dan
terima dan menganggapkannya sebagai satu pengalaman berharga yang mungkin berguna
semasa di sekolah kelak. Selain itu, sebelum kami melaksanakan Program Lawatan
Penanda Aras, kami bersama-sama pengerusi program beserta naib pengerusi turut
melakukan perbincangan dengan pengetua sekolah bagi menyatakan hasrat kami untuk
melaksanakan program Bina Insan Guru disekolahnya selain menentukan tarikh yang
sesuai. Melalui tugasan kali ini, kerja-kerja dan tanggungjawab sebagai setiausaha saya
akui amat berat, namun ia banyak mendedahkan saya dengan tugasan yang melibatkan
pengurusan serta perancangan dimana perkara-perkara seperti ini sendiri amat ditekankan
dalam program Bina Insan Guru kali ke-6.
Lawatan kami telah diadakan pada

20 September 2016. Apabila sampai di SK

Temin, kedatangan kami telah disambut dengan penuh mesra oleh warga SK Wan Ibrahim.
11

BINA INSAN GURU I


Kami juga telah dipelawa dengan satu jamuan dengan pelbagai juadah makanan oleh pihak
sekolah. Kami telah menjalani dua sesi sepanjang lawatan di sekolah tersebut. Sesi pertama
dijalankan di sekolah, sesi yang dijalankan lebih berbentuk taklimat dan penerangan
daripada guru besar SK Temin, Tuan Haji Sabri bin Yakub iaitu tentang aspek-aspek
kepimpinan, pengurusan sekolah yang meliputi visi dan misi sekolah serta cara sistematik
yang dilaksanakan oleh pihak sekolah sehingga mendapat pengiktirafan yang tertinggi
dalam pencapaian sesebuah sekolah setakat ini. Selain itu, penerangan tentang iklim serta
budaya sekolah turut menjadi isi penerangan daripada pihak sekolah. Setelah mendengar
penerangan daripada pihak guru besar sekolah maka sesi kami disusuli dengan sesi bersoal
jawab diantara pihak pelajar IPG kampus Tengku Ampuan Afzan dengan pihak sekolah. Bagi
sesi kedua pula, kami diadakan satu sesi taklimat bersama guru cemerlang bahasa Inggeris,
iaitu Pn.Zalina Puteh, yang berpengalaman sebanyak 25 tahun dalam bidang pengajaran
bahasa Inggeris. Akhir sekali kami akhiri lawatan kami dengan sesi melawat sekitar kawasan
sekolah. Antara kawasan yang dilawati ialah Pusat Sumber Sekolah, Kolam Ikan dan Kebun
Buah, Akuariam dan Litar Bulatan MKJR, bilik Kelab Doktor Muda, Projek Hidroponik,
Anjung Herba dan bilik yang menyimpan pelbagai anugerah yang berjaya diraih oleh SK
Temin.
Antara usaha yang telah dilakukan untuk pembangunan akademik dan kokurikulum
sekolah ialah menubuh bilik khas untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kokurikulum dengan
menyediakan peralatan yang canggih,perancangan khas untuk aktiviti kokurilum, . Langkah
ini diambil bagi murid-murid sekolah ini supaya berminat untuk menjadi usahawan. Dalam
pembangunan kelab Alam Sekitar, sekolah telah melatih dan memberi pendedahan tentang
ilmu alam sekitar kepada murid-murid yang berminat dengan menyediakan segala prasaran
yang diperlukan. Hal yang sama turut dilakukan dalam pembangunan Kelab Doktor Muda
Sekolah. Kedua-dua kelab ini telah banyak menempa kejayaan di peringkat negeri,
kebangsaan dan antarabangsa.
Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh guruguru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada kami untuk
bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebelum bergelar
guru agar kami lebih bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah
pada masa akan datang.Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada
saya tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam
kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah ini
kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah ini supaya terus
cemerlang.Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 5 ini telah

12

BINA INSAN GURU I


berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan
datang.
Akhir sekali, saya sangat bersyukur kerana telah melalui kursus BIG ini yang telah
banyak memberi saya pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri saya dan yang paling
penting dapat membantu diri saya bagi membina jati diri seorang pendidik yang berkarisma
tinggi. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan
sosial. Secara keseluruhannya, program ini telah menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai,
etika dan akhlak keguruan serta merangka, melaksana, memimpin program, berkerjasama
dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan. Program ini turut menyenaraikan
keperluan kemahiran berfikiran aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi Kami
juga sebenarnya dapat merumus dan bertindak kepada persekitaran secara positif yang
berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.Saya
berharap pada BIG yang seterusnya, saya akan menimba lebih banyak pengalaman dan
ilmu pengetahuan bagi mencapai matlamat saya untuk menjadi seorang pendidik yang

gemilang.

13

You might also like