You are on page 1of 3

4.

Perbandingan dann Perbezaan Sifat-Sifat Ujian Formatif dan Sumatif.

Banyak cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuat


berasaskan tujuan dan masa boleh dikelaskan kepada penilaian formatif, sumatif,
pra kelayakan dan diagnostik dan alternatif. Penilaian pengajaran juga boleh
dilakukan melalui pelbagai hasil pembelajaran pelajar seperti disertasi, projek, kajian
kes, portfolio, bengkel, seminar dan oral pelajar. Justeru ujian yang dibina perlu
mencerminkan tujuan dan masa sesuatu penilaian dilakukan. Terdapat dua jenis
penilaian berdasarkan kepada masa dan tujuan pelaksanaan penilaian iaitu
penilaian formatif dan sumatif.

4.1

Penilaian Formatif
Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh

pelajar dalam unit-unit pelajaran yang diajar. Penilaian formatif dilakukan bagi
memastikan pelajar telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka
diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya. Penilaian formatif sangat
berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca kelemahan pelajar dapat
dikesan. Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah bersedia untuk
mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit. Penilaian formatif juga
boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Penggunaan penilaian formatif
sangat ditekankan di universiti.
Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis
kelemahan pelajar dalam unit-unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat
sesuai dirumuskan sebagai menguasai atau tidak menguasai sesuatu isi unit
pelajaran. Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred.

4.2

Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar

dalam keseluruhan kursus. Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi

12

kursus. Contoh penilaian sumatif ialah ujian akhir semester. Memandangkan


penilaian sumatif dibuat pada akhir kursus, skor-skor dari penilaian sumatif biasanya
lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki
kelemahan awal pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar. Skor penilaian
sumatif banyak digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan graduan ke alam
pekerjaan.
Penilaian formatif dan penilaian sumatif mempunyai beberapa ciri-ciri
perbezaan dari segi pengertian, tujuan, aktiviti, masa, bentuk sasaran, liputan, rekod
dan tindakan.
Berikut merupakan perbandingan perbezaan antara dua jenis penilaian.
Jenis
Ciri

Pengertian

Tujuan

Aktiviti

Masa

Penilaian Formatif

Penilaian Sumatif

Satu jenis ujian formal atau tak


formal untuk mengesan tahap
penguasaan dan kemajuan murid
di dalam kelas.

Satu jenis ujian formal untuk


mengesan tahap pencapaian
dalam sesuatu tap persekolahan.

Mengesan penguasaan dan


kemajuan murid untuk membaiki
kelemahan dengan kada segera.

Mengesan pencapaian murid


berdasarkan beberapa unit
pembelajaran dan
pemeringkatan gred murid di
dalam kelas.

Menjalankan ujian formal atau


tidak formal semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran
sama ada dibuat secara individu,
kumpulan atau menyeluruh.

Menjalankan ujian formal dalam


beberapa waktu berdasarkan
ketetapan jadual secara individu
mengikut kelas.

Semasa sesi pengajaran


dilakukan atau setiap hujung
bulan.

Semasa semester pertama


(pertengahan tahun) dan
semester kedua (akhir tahun).

13

Bentuk

Ujian tidak formal (pemerhatian


dan sesi soaljawab), atau formal
(ujian bulan) melibatkan ujian
kertas pensel dam masa yang
singkat.

Ujian formal adalah ujian kertas


pensel atau ujian, lisan dalam
jangka masa yang ditetapkan
mengikut kesesuaiannya.

Sasaran

Secara individu, secara kumpulan Secara kelas


atau kelas.

Liputan

Meliputi sesuatu kemahiran (ujian


tidak formal) atau beberapa
kemahiran (ujian formal)

Meliputi beberapa unit


pembelajaran atau sesuatu
tahap persekolahan

Rekod

Tiada (bagi ujian tidak formal)


dan penggunaan senarai semak
atau rekod prestasi (bagi ujian
formal)

Penggunaan rekod profil atau


pensijilan.

Tindakan

Membetulkan kelemahan dengan Menempatkan murid kumpulan


kadar segera atau menjalankan
atau kelas yang sesuai.
aktiviti pengayaan atau
Merancan g dan mengubahsuai
pemulihan di dalam kelas.
pelajaran atau kurikulum.
Memberi sijil berdasarkan
pencapaian dalam peperiksaan.

14

You might also like