You are on page 1of 12

SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

TAJUK
13

SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


SAINS IV

SINOPSIS
Sumber pengajaran dan pembelajaran sains merangkumi pelbagai sumber
termasuk sumber yang terdapat di luar bilik darjah seperti taman sains, zoo mini,
kolam dan pusat sains. Kepelbagaian sumber pengajaran dan pembelajaran
sains membolehkan sesi pembelajaran sains diadakan diluar bilik darjah selaras
dengan kurikulum dan bilik darjah Abad ke-21. Pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia memberi peluang kepada setiap sekolah membina satu taman
berkonsepkan sains dan alam sekitar bagi memupuk minat murid terhadap sains
yang berkaitan dengan alam sekitar dan menggalakkan pembelajaran
berasaskan sumber persekitaran. Pengajaran guru mestilah mengambil kira apa
yang hendak dipelajari oleh setiap orang pelajar, iaitu apa yang mereka akan
lakukan dengan ilmu yang telah diperolehi setelah tamat belajar. Pelajar-pelajar
perlu dibimbing untuk menyedari bahawa pembelajaran dan aktiviti-aktiviti di
sekolah adalah sebahagian daripada kehidupan mereka. Sesungguhnya amat
merugikan jikalau pelajaran yang dipelajari itu hanya tinggal dibangku sekolah
sahaja dan tidak ada pertaliannya dengan kehidupan seharian.
Topik ini akan membimbing pelajar bagaimana melaksanakan aktiviti di luar bilik
darjah dengan menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran sains
seperti taman sains, zoo mini, kolam dan pusat sains.
HASIL PEMBELAJARAN
Menggunakan persekitaran di luar bilik darjah sebagai sumber pembelajaran
seperti taman sains, mini zoo, kolam dan pusat sains.
KERANGKA TAJUK-TAJUK

Rajah 13.1: Kerangka Topik 13


1

SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

ISI KANDUNGAN
13.1 Persekitaran Sebagai Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan persekitaran sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran
menjadikan bilik darjah tidak lagi bersempadan seperti apa yang dikatakan oleh
Fielding (1999) berhubung dengan cara pengajaran dan pembelajaran
menjelang abad ke-21 iaitu classrooms are aut! no more classrooms! dont build
them. Tuntutan kemahiran abad ke-21 menjadi cabaran kepada para guru untuk
memilih strategi dan sumber pengajaran yang paling berkesan bagi menjamin
berlakunya pembelajaran di kalangan pelajarnya. Tuntutan tersebut memerlukan
para pendidik yang lebih peka terhadap persekitaran yang merupakan sumber
khazanah pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan murid berinteraksi
dengan persekitaran semasa pengajaran dan pembelajaran sains. Persekitaran
yang boleh dijadikan sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran adalah
seperti taman sains, mini zoo, kolam dan pusat sains.
13.2 Kebaikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Sumber di
Luar Bilik Darjah Seperti Taman Sains, Mini Zoo, Kolam Dan Pusat
Sains.
i.

Meningkatkan
minat
dan
penguasaan
murid
terhadap
pembelajaran sains melalui pengalaman secara konkrit yang
berkaitan dengan persekitaran.

ii.

Memberi kefahaman kepada murid terhadap konsep keperluan


asas haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta kaitannya dengan
peranan manusia. Contohnya dalam tajuk sains Tahun 4 Tema
Menyiasat Alam Kehidupan.

iii.

Membolehkan murid berinteraksi


pendekatan sosialisasi.

iv.

Merangsang minda dan kreativiti murid dalam pembelajaran sains


semasa mereka membuat pemerhatian secara kontekstual dan
membuat perkaitan diantara teori dan realiti.

v.

Merangsang perasaan ingin tahu murid terhadap apa yang


dipelajari dan apa yang diperhatikan.

vi.

Memupuk nilai-nilai murni kepada murid terhadap nikmat pencipta,


flora dan fauna dan membuat perkaitan antara tumbuhan dan
haiwan seperti dalam tajuk Tahun 5 Tema Menyiasat Alam
Kehidupan.

dengan

ekosistem

melalui

SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER


13.3 Taman Sains
Perkembangan awal pembangunan Taman Sains atau Taman Teknologi telah
bermula seawal tahun 1950 yang mana Taman Sains yang pertama dibangunkan
adalah Taman Teknologi di Amerika Syarikat iaitu Taman Sains Universiti
Stanford (Gower & Harris, 1994).
Taman sains sekolah merupakan satu kawasan yang mengandungi flora dan
fauna untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif. Taman
sains boleh merangkumi taman orkid, taman kaktus, kolam ikan, kolam
teratai dan taman burung.
Contoh Entiti Taman Sains Sekolah

SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER


13.3.1 Contoh-contoh aktiviti pengajaran dan
berasaskan taman sains adalah seperti:

pembelajaran

yang

Flora
Murid boleh diberi tunjuk ajar bagaimana untuk mengelaskan jenis
atau spesies tumbuhan seperti taman kaktus, herba, orkhid, paku
pakis dan lain-lain. Murid juga boleh diberi pendedahan ringkas
mengenai ciri-ciri tumbuhan mengikut jenis taman.

Fauna
Murid boleh diajar tentang anatomi luaran hidupan fauna yang terdapat
di taman sains. Guru dapat memupuk sifat sayang terhadap haiwan
dan bertanggungjawab dalam melindungi habitat tersebut.

Kipas Angin Ku
Murid boleh diberi pendedahan bagaimana menentukan arah angin di
dalam taman sains dengan membina kipas taman.

Tumbuhan Ku
Murid boleh diberikan tugasan untuk menamam tumbuhan dan
membuat eksperimen tentang keperluan asas tumbuhan tersebut dan
cara tumbesaran tumbuhan.

Haiwan Peliharaan Ku
Murid boleh diberikan tugasan untuk memelihara haiwan seperti
belalang, hamster, arnab dan cicak dan membuat eksperimen tentang
keperluan asas haiwan tersebut, cara makan dan cara pergerakan
haiwan tersebut.

SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER


13.4

Mini Zoo

Sumber pengajaran dan pembelajaran berasaskan mini zoo merupakan


tempat penempatan contoh-contoh binatang bagi memberi pendedahan
kepada para murid mengenai haiwan terutamanya haiwan yang semakin pupus
di negara kita serta memberi pengalaman baru kepada mereka. Contoh-contoh
haiwan yang telah pupus adalah seperti katak Golden Toad, harimau Zanzibar
Leapard dan Harimau Jawa, burang Poouli dan Spixs Macaw, rama-rama
Madeiran Large, kupu-kupu Alcon Biru Belanda, badak Hitam Afrika Barat, dan
ular Boa Round Island. Manakala haiwan-haiwan yang diancam kepupusan
adalah seperti Badak Sumatra (Dicerorhinus sumatrensis), serigala merah
(Canis rufus), Harimau Siberia (Panthera tigris altaica), musang berkaki hitam
(Mustela nigripes), buaya Filipina (Crocodylus mindorensis), gorila gunung
(Gorilla beringei beringei) dan Orangutan Sumatra (Pongo abelii).
Contoh Entiti Mini Zoo

SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER


13.4.1 Contoh-contoh aktiviti pengajaran
berasaskan mini zoo adalah seperti:

dan

pembelajaran

yang

Anatomi Haiwan
Murid boleh diajar tentang anatomi luaran haiwan-haiwan yang
terdapat di mini zoo.

Perlindungan Haiwan
Guru dapat memupuk sifat sayang terhadap haiwan
bertanggungjawab dalam melindungi habitat haiwan tersebut.

dan

Kajian Setempat
Murid boleh diberikan tugasan kajian untuk melakukan pemerhatian
terhadap haiwan-haiwan yang terdapat dalam mini zoo dalam aspek
cara pergerakan, cara makan dan cara berinteraksi.

Kajian Kepupusan Haiwan


Murid boleh diberikan tugasan kajian untuk melakukan buku skrap
bergambar terhadap haiwan-haiwan yang telah pupus dan diancam
kepupusan di dalam dan luar negara.

13.5 Kolam
Sumber pengajaran dan pembelajaran berasaskan kolam dengan eleman air
dan hidupan merupakan tempat yang dapat memberikan pengalaman kepada
murid secara konkrit tentang kehidupan air di samping memberi kesejukan dan
ketenangan kepada murid kerana air merupakan terapi pikiran dan jiwa. Kolam
seluas 115 meter persegi, dengan kedalaman sekitar 50 sentimeter dan tinggi
permukaan air sekitar 35 sentimeter sudah memadai untuk sebuah kolam ikan.
Kolam ikan memerlukan penjagaan yang rapi dalam aspek sistem saringan dan
pembuangan. Setiap minggu kolam ikan perlu dibersihkan dari lumut dan
sebulan sekali air perlu ditukar.

SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER


Contoh-Contoh Kolam Sebagai Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

15.2.1 Contoh-contoh aktiviti pengajaran


berasaskan kolam adalah seperti:

dan

pembelajaran

yang

Akuarium Ku
Murid boleh diberi tunjuk ajar bagaimana untuk membina sebuah
akuarium yang ringkas beserta dengan sistem sokongan untuk
sesebuah akuarium dan parameter yang sesuai untuk hidupan
akuatik.

Anatomi Ikan
Murid boleh diajar tentang anatomi luaran dan dalaman seekor ikan
atau hidupan air lain serta fungsi setiap bahagian.
7

SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

13.6

Membina Hidrometer Ringkas


Murid boleh diberi pendedahan bagaimana hidrometer berfungsi
dengan membina model dan menjalankan eksperimen.

Air Bersih
Membantu murid memahami bahawa air yang kotor dapat
dibersihkan. Sungai, kolam, tasik dan laut adalah habitat ikan dan
kebersihan air perlulah sentiasa dijaga supaya kita dapat membantu
melindungi habitat tersebut.

Katak dan Kodok


Guru boleh menerangkan kepada murid tentang perbezaan yang
agak ketara diantara dua spesis yang sama. Murid juga akan dibawa
ke kolam ekologi dan diberi peluang untuk mengumpul telur dan
anak katak dan mengkelasnya mengikut peringkat umur.

Kolam dan Ekologinya


Murid boleh diberi tunjuk ajar tentang sistem sebuah kolam ekologi
dan parameter yang sesuai untuk hidupan akuatik sesebuah kolam
ekologi.

Kadar Pernafasan Ikan


Murid boleh membuat pemerhatian terhadap pembukaan dan
penutupan mulut serta operkulum ikan bagi menentukan kadar
pernafasannya. Di samping itu murid boleh membuat kajian samada
suhu sejuk akan mempengaruhi kadar pernafasan pada ikan
tersebut.

Pusat Sains

Pusat sains merupakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang


menyediakan berbagai jenis bahan pameran yang direka untuk menarik,
merangsang dan mendorong para pelawat terutamanya pelajar untuk menanam
minat aktif terhadap Sains dan Teknologi. Ia dipenuhi dengan pelbagai jenis
aktiviti hands-on yang dirangka untuk meningkatkan pemikiran kritikal dikalangan
pelajar dan membina perasaan ingin tahu mereka terhadap sains. Setiap pelajar
diberi peluang untuk membuat pemerhatian, ujikaji, mengumpul dan mentafsir
data, membuat inferens dan membuat kesimpulan mengenai yang mereka
perolehi. Aktiviti-aktiviti pusat sains adalah seperti eksplorasi taman
pendidikan sains, keajaiban sains yang melibatkan aktiviti makmal,
eksplorasi geleri sains. Konsep keseluruhan Pusat Sains adalah untuk
menghubungkan sains dengan nilai-nilai agama dan alam sekitar, seterusnya
mengaitkan sains dengan semua aspek kehidupan, pengetahuan dan
penggunaannya di dalam kehidupan seharian.

SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER


Kewujudan mini pusat sains di sekolah dapat mewujudkan suasana
pembelajaran sains yang menyeronokkan melalui bahan-bahan pameran sains
hands-on yang interaktif dan dinamik. Di samping itu dapat membantu
meningkatkan kepelbagaian teknik pengajaran melalui aktiviti pengajaran dan
pembelajaran sains secara tidak formal yang menyeronokkan untuk
meningkatkan kesedaran, kefahaman dan penghargaan murid terhadap sains,
teknologi dan inovasi.

Contoh-contoh Sumber Pengajaran dan Pembelajaran


di Pusat Sains Malaysia

SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

Contoh-contoh Sumber Pengajaran dan Pembelajaran


di Pusat Sains Singapura

10

SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

Contoh-contoh Sumber Pengajaran dan Pembelajaran


di Pusat Sains Glasgow

11

SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

Layari Internet
Layari internet untuk mengumpul maklumat tentang aktiviti sains di luar bilik
darjah di peringkat antarabangsa dan bandingkan dengan aktiviti yang dijalankan
kebanyakkan sekolah rendah di Malaysia.
Latihan
Pilih topik daripada Kurikulum Sains Sekolah Rendah mengikut tahap dan tajuk
dan bincangkan bagaimana aktiviti sains di luar bilik darjah dapat di adakan.
Mengumpul Maklumat
Cari maklumat persekitaran yang boleh dijadikan sebagai sumber pengajaran
dan pembelajaran selain daripada taman sains, mini zoo, kolam dan pusat sains.
Rujukan:
Fielding, R. 1999. The Death of the Classroom, Learning Cycles. Online
11.8.2012.www.designshare.com/index.php/articles/death-of-theclassroom.
Gower, S.M., Harris, F.C. 1994. The Funding of, and Investment in, British
Science Parks: A Review. Journal of Property Finance, 5(3):7 18.
Poh, S. H. 1998. Pedagogi Sains 4: Pengurusan Makmal & Sumber Sains. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

12

You might also like