You are on page 1of 15

Konsep Merungkai standard

• Apakah maksud standard kandungan,


standard pembelajaran dan standard
prestasi?

1
Standard Kandungan
• Pernyataan spesifik mengenai perkara
yang murid patut ketahui dan boleh
lakukan dalam tempoh persekolahan
(merangkumi aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai)

2
Standard Pembelajaran
• Penetapan kriteria atau petunjuk kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh
diukur bagi setiap standard kandungan

3
Standard Prestasi
• Panduan untuk menaksir pencapaian murid
mengikut tahap-tahap pencapaian seperti
yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

4
Proses Merungkai standard
Proses merungkai standard:
• mengenal pasti pengetahuan (konsep) dan
kemahiran yang terdapat dalam standard
(pernyataan umum tentang hasil pembelajaran
– apa yang murid perlu tahu dan boleh
lakukan) dan indikator (hasil pembelajaran
khusus).

5
Konsep Penjajaran
Konstruktif
• A good teaching system align teaching method
and assessment to the learning activities
stated in the objectives, so that all aspects of
this system are in accord in supporting
appropriate student learning. This system is
called constructive alignment, based as it is on
the twin principles of constructivism in
learning and alignment in teaching.
John Biggs (1999), Teaching for Learning in University.
OUP

6
Konsep Penjajaran
Konstruktif
Penjajaran Konstruktif
• Penjajaran Konstruktif ialah suatu pendekatan
mereka bentuk kurikulum di mana aktiviti
pengajaran serta pembelajaran dilakukan untuk
memaksimumkan pembelajaran dengan cara
melibatkan para pelajar serta juga bagi mereka
mengaktifkan kata perlakuan yang dinyatakan
dalam hasil pembelajaran sewaktu libatsama dalam
pembelajaran dan juga bagi mereka mengaktifkan
kata perlakuan yang sama dalam tugas pentaksiran.

7
Definisi Penjajaran
Konstruktif
• Penjajaran konstruktif merujuk kepada prinsip
yang digunakan untuk merangka aktiviti
pengajaran dan pembelajaran serta tugasan
pentaksiran yang mengaitkan secara langsung
hasil pembelajaran yang ingin dicapai dengan
cara tidak lazim yang biasanya tidak boleh
dicapai melalui kuliah tradisional, kelas
tutorial dan peperiksaan. (Rubrik PNGK Bersepadu iCGPA
Panduan Pentaksiran Hasil Pembelajaran, m.s 15)

8
• Konstruk di sini bermaksud pelajar sendiri yang membina
dan menstrukturkan pemahaman mereka dan bagi
mereka membentuk maksud tersendiri daripada apa yang
dipelajari.
• Penjajaran pula dikaitkan dengan persekitaran
pembelajaran yang diwujudkan oleh staf akademik bagi
membolehkan pelajar libatsama secara bermakna dan
penuh pengertian mengikut kata perlakuan yang
dihasratkan dalam hasil pembelajaran dan bagi mereka
libatsama kata perlakuan yang sama dalam tugas
pentaksiran yang diberikan untuk mendapatkan tahap
pencapaian hasil pembelajaran yang telah dicapai.

9
Penjajaran Konstruktif

10
Proses Penjajaran
Konstruktif
• Mendefinisikan hasil pembelajaran yang
dikehendaki.
• Memilih aktiviti-aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai untuk mencapai
hasil pembelajaran.
• Mentaksir hasil pembelajaran sebenar
pelajar untuk melihat sejauhmana ianya
tercapai.

11
Contoh Penjajaran Konstruktif
Hasil Pembelajaran Kaedah Kaedah Pentaksiran
Pembelajaran (Contoh)
Pengetahuan Kuliah, tutorial, Peperiksaan lisan
pembelajaran dan bertulis, viva,
terarah kendiri buku log
Psikomotor / Amali / Kuliah, tutorial, Laporan praktikal /
Kemahiran teknikal pratikum makmal, projek,
latihan praktikal pemerhatian, buku
pembelajaran log
terarah kendiri

(Prof . Dr.Noor Aini Mohd Yusoff, Asia Metropolitan University)


11/3/2018 12
Contoh Penjajaran Konstruktif
Hasil Pembelajaran Kaedah Kaedah Pentaksiran
Pembelajaran (Contoh)
Kemahiran berfikir Kuliah, praktikal, Peperiksaan akhir,
kritis dan tutorial, projek/praktikal
pendekatan saintifik pembelajaran
terarah kendiri
Kemahiran PBL, kajian kes, Seminar, kerja
berkomunikasi kajian lapangan kumpulan, kes
berasaskan senario,
perdebatan

(Prof . Dr.Noor Aini Mohd Yusoff, Asia Metropolitan University)


11/3/2018 13
Contoh Penjajaran Konstruktif
Hasil Pembelajaran Kaedah Kaedah Pentaksiran
Pembelajaran (Contoh)
Kemahiran sosial dan Kerja kumpulan, Laporan,
tanggungjawab lawatan PBS pemerhatian, buku
log, kajian kes
Profesionalisme, Kerja kumpulan, Laporan,
nilai, sikap dan etika lawatan PBS pemerhatian,
laporan penyelia /
guru pembimbing,
kajian kes

(Prof . Dr.Noor Aini Mohd Yusoff, Asia Metropolitan University)


11/3/2018 14
Contoh Penjajaran Konstruktif
Hasil Pembelajaran Kaedah Pembelajaran Kaedah Pentaksiran
(Contoh)
Pembelajaran PBL, kajian kes, Tugasan, latihan
sepanjang hayat dan penyelesaian masalah internship / praktikum,
pengurusan maklumat projek tahun akhir,
kajian kes
Kemahiran kepimpinan Kerja kumpulan, kuliah, Seminar,
praktikal, projek, pembentangan kerja
latihan, pembelajaran kumpulan, penglibatan
terarah kendiri dalam kelas, prestasi
latihan praktikum /
internship dan laporan,
kajian kes
(Prof . Dr.Noor Aini Mohd Yusoff, Asia Metropolitan University)
11/3/2018 15

You might also like