You are on page 1of 15

KEPENTINGAN BIDANG SENI DALAM PENDIDIKAN

Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan


kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah
untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian,
berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni
yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan
yang lebih bersifat holistik.
Integrasi seni dalam pendidikan (merujuk kepada seni visual, muzik dan pergerakan)
membawa banyak faedah kepada murid dan juga guru.
Antara kesan-kesan positif daripada ketiga-tiga bidang seni yang dimaksudkan ialah:
i. Integrasi seni muzik dengan matapelajaran lain membantu dalam mengimbangkan
perkembangan otak kiri dan otak kanan. Ini diakui oleh beberapa tokoh seni muzik seperti Emile
Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi Suzuki, Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon yang
mengenengahkan teori pembelajaran berasaskan otak kanan dan otak kiri. Walaupun setiap
pengkaedahan muzik mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi setiap daripada mereka
banyak memberi perhatian kepada penghayatan kepada murid. Secara yang tersirat,
pengertian ini menunjukkan bahawa murid-murid akan belajar menggunakan kemahiran berfikir
dan penghayatan secara berperingkat atau sequential.
ii. Aktiviti seni pergerakkan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi,
inkuri, dan kecerdasan pelbagai. Ini kerana setiap pergerakan mendapat kawalan yang
dipantau oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya, pergerakanpergerakan kreatif ini pula membolehkan murid menakkul dan membuat pertimbanganpertimbangan rasional menganai apa yang hendak mereka lakukan.
iii. Bidang seni visual pula mendatangkan kesan positif dari segi meningkatkan
kebolehan murid dalam pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaanperbezaan setiap objek atau omej tampak di sekeliling mereka. Ini diakui oleh Brown (1980),
yang berpendapat bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau
membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan-kebolehan murid dalam aspek yang
disebutkan. Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka
akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.
iv. Seni dalam pendidikan berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran
terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa

serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bagi guru pula, bidang seni dalam pendidikan
akan memudahkan guru menyediakan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
menarik kepada murid. Guru juga lebih mudah untuk merancang, mereka bentuk serta
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain.
Berdasarkan kepada kesan-kesan dan kepentingan yang diperolehi di atas, dapatlah
disimpulkan bahawa, seni dalam pendidikan ini banyak membantu mengembangkan pelbagai
potensi pelajar. Seni dalam pendidikan juga dapat membantu guru dalam menentukan jenis
kaedah pengajaran yang boleh digunakan di dalam kelas mengikut tahap penerimaan murid.

PENGHUBUNGKAITAN

PELBAGAI

BIDANG

DALAM

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN
Seni merupakan satu cara komunikasi. Penghubungkaitan Seni boleh disamakan dengan
program antara disiplin dalam seni. Ia berperanan sebagai satu strategi pendidikan bagi
membantu melahirkan pembelajaran dan pesekitaran yang menyelitkan aspek sosial agar
setiap insan dihormati; menggalakkan kepimpinan, inisiatif dan inovasi, di mana setiap pelajar
akan mencapai kecemerlangan akademik. Ringkasnya, seni memainkan peranan yang penting
dalam pendidikan keseluruhan murid-murid.
Oleh yang demikian setiap guru dan murid mempunyai peranan masing-masing dalam
melaksanakan penghubungkaitan bidang-bidang ini bagi menjamin objektif pengajaran dan
pembelajaran akan tercapai.
2.1 Peranan Guru
i. Merancang
Sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran
adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik.
Semasa proses perancangan tersebut, guru haruslah mengemukakan beberapa persoalan
untuk dirinya sendiri dan perlulah dijawab sebelum membuat sesuatu perancangan. Setelah
berjaya menjawab persolan-persoalan tersebut, barulah guru merancang topik, objektif, isi, cara
penyampaian, penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar dan
juga penghubungkaitan pengajaran yang hendak dijalankan.

ii. Memberi motivasi.


Motivasi bermakna seni praktik menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan
membuatkan pelajar menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini. Terdapat dua jenis
motivasi yang boleh diberikan oleh guru semasa proses penghubungkaitan pelajaran, iaitu
motivasi ekstrinsik dan intrinsik. Dengan adanya motivasi yang diberikan guru, murid akan
berasa terangsang apabila menyedari adanya sesuatu yang menarik yang bakal diperolehi.
Tanpa dipaksa murid akan melakukan apa sahaja mengikut kehendak aktiviti yang dirancang
oleh guru.
iii. Menyediakan kemudahan pembelajaran (fasilitasi)
Guru dan pihak sekolah juga berperanan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan
pembelajaran kepada murid-muridnya. Ini adalah bagi membolehkan pelajar untuk belajar
dengan lebih selesa tanpa ada sebarang gangguan serta serba kekurangan. Beberapa
kemudahan penting yang perlu disediakan termasuklah bilik yang selesa, terdapat peredaran
cahaya dan udara yang sesuai serta bahan dan peralatan yang mencukupi.
iv. Penyampaian Pengukuhan
Guru juga berperanan sebagai penyampai pengukuhan semasa penghubungkaitan seni dalam
pendidikan. Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar supaya
akan menyebabkan pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam
tingkahlaku yang positif. Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar
memperolehi pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang
dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka.
2.2 Peranan Murid
i. Melibatkan diri sepenuhnya
Murid adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti yang
diadakan di sekolah tanpa ada sebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif
ianya secara tidak langsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat
penilaian, pandangan, tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri
sendiri. Kesemuanya ini terbentuk hasil dari penglibatan secara total dengan interaksi yang aktif
ibu bapa, guru disekolah, rakan sebaya dan masyarakat serta pengalaman dan penyesuaian
diri dengan persekitarannya.
ii.

Membentuk

kepercayaan

dan

saling

bergantung

Penghubungkaitan seni dalam pendidikan tidak akan berjaya tanpa ada kepercayaan dan
kerjasama. Untuk itu setiap murid perlulah mempercaya antara satu sama lain bahawa mereka

perlu mempunyai semangat saling bergantung ke arah mencapai prestasi yang cemerlang
bukan sahaja bagi diri sendiri malahan bagi semua anggota dalam kumpulannya.
iii.

Kesedaran

akauntabiliti

Akauntabiliti bermaksud tanggungjawab. Dalam proses penghubungkaitan seni dalam


pendidikan, setiap murid haruslah menyedari akan tanggungjawabnya sebai ahli komuniti dalam
kelas berkenaan. Mereka juga perlu sedar tanggungjawabnya terhadap prestasi semua
anggotanya. Kesedaran terhadap akauntabiliti akan membolehkan murid melaksanakan
peranannya dengan baik.
Penghubungkaitan bilik darjah boleh diibaratkan seperti tangan manusia dengan jejarinya
sebagai murid, dan ibu jari sebagai guru. Jejari murid dibolehkan bergerak dengan bebas
meneroka idea-idea baru, sementara ibu jari (guru) berperanan sebagai penyokong,
pembimbing dan pembantu. Tanpa ibu jari, jari-jemari masih lagi boleh bergerak, akan tetapi ia
menghadapi masalah untuk mengenggam sesuatu benda.

Read

more: http://kulanzsalleh.net/seni-dalam-pendidikan/seni-dalam-pendidikan-

sdp#ixzz1L0dbpscQ
(a)
Kesan-Kesan Positif Semasa Mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam
Pendidikan
Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan dirujuk sebagai 3 R
iaitu

membaca,

menulis

dan mengira.Penggunaan

huruf

Radalah

satu kata yang

sesuaidigunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkintidak dalam Bahasa Melayu.Namun


begitu, sama ada kata-kata itu sesuai atautidak, tujuannya tetap sama: seni perlu dijadikan R
keempat atau literasi asasselain membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, Seni Dalam
Pendidikanmemainkan

peranan

yang

penting

dalam

proses

pembelajaran

dan

pengajaran.Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan
Seni Pergerakan. Antara kesan-kesan positif semasa mengikuti MataPelajaran Seni Dalam
Pendidikan ialah:
(i) Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok.
Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsure seni dan berbeza dari
kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakankapur dan papan tulis sebagai media
dalam penyampaian maklumat dapatmenjadikan murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid
akan berasa lebihselesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar.

Contohnya,kaedah belajar secara bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungansosial


sesama murid. Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapatbertambah mesra dan dapat
bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan. Ini turut membantu dalam
penyemaian nilai-nilai murni didalam diri dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti proses
pembelajaran.
(ii) Memupuk Nilai Kerjasama
Secara semulajadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidakdapat mengelakkan muridmurid daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsurkerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut
setiap individu bergerak dan
berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama . Aksi-aksiyang terdapat
dalam Seni Dalam Pendidikan merangkumi aktiviti seni visual,muzik dan pergerakan
mempunyai titik tolak interaksi sosial yang terjalin melaluideria sentuh. Komunikasi deria sentuh
ini mempunyaiasas yang boleh menjalinperhubungan sesama manusia yang membawa kepada
konsep perpaduan.
(iii) Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas
Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuaidengan minat dan
kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi idealyang dapat memenuhi kedua-dua
matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dankeinginan diterima sebagai anggota kelompok.
Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang
sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan SeniDalam Pendidikan, keperluan untuk
belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja
mereka memersembahkanaktiviti yang menarik.
Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkansuasana yang harmonis
dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru danrakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan
menghargai bakat yang dimiliki.
(iv) Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkansebagai penyelidikan
yang

bertujuan

untuk mengetahui

sesuatu yang

belumdiketahui.

Penerokaan

dapat

dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namunbegitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan
dan kaedah. Pengalamanmeneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka
dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai
idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan,
cara pengolahan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan.

(v) Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi.


Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterimasama ada ia bersedia
atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapatmemberikan sumber manfaat dan
kerugian kepada seseorang. Guru bolehmengagak perasaan sebenar murid melalui tingkah
laku yang dipamerkan. Muridyang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh
mewujudkan suasanakeriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan
dalammenghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang
tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenaipandangan orang lain
terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukanperlulah ada keyakinan supaya dapat
menjamin keberkesanannya.
Kesimpulannya, kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual,muzik dan
pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek inimempunyai motif dan tujuan yang
sama. Pengintegrasian ini akanmemperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar
tentang tajuk-tajukyang diajar.
http://www.scribd.com/doc/21216934/Seni-Dalam-Pendidikan
Seni Dalam Pendidikan dari Perspektif Teori Pembelajaran
- Teori Konstruktivisme
- Teori Kecerdasan pelbagai
- Teori Behaviorisme Sosial
- Teori Perkembangan
- Teori Otak Kiri Otak Kanan
- Teori Pemprosesan Maklumat

Pengenalan Konsep Seni Dalam Pendidikan


Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak melalui
peningkatan daya persepsi,estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan
individu

yang

berbudaya

dengan

mengamalkan

pertimbangan

kesenian,

berjiwa

kreatif,inovatif,inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang
terdiri seni visual,seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang
holistik.
Terdapat beberapa tokoh yang member pandangan yang menyokong bahawa Seni Dalam

Pendidikan memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut merupakan pandangan daripada
tokoh-tokoh

Teori konstruktivisme - kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif. Seni Dalam


Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea
secara

bebas

dan

kreatif.

Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner terdapat tujuh jenis kecerdasan yang
seharusnya disuburkan. Pengabungan kesuburandapat menangani masalah penyuburan
kecerdasan minda kanak-kanak dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih
menyeluruh.
Howard Gardener (1983) pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan
memudahkan

penerimaan

pemikiran

murid

kepada

yang

lebih

kreatif.

Hermann (1991) didalam Quadrant Concept yang menkaji perkembangan otak kanan dan kiri
menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu.

Matlamat Seni Dalam Pendidikan


Matlamat mata pelajaran ini adalah bertujuan untuk membentuk keperibadian generasi
Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif,
inovatif

dan

inventif.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai
keindahan

alam

menyumbangkan

persekitaran,
ke

arah

keindahan

seni

dan

warisan

pembangunan

diri,

keluarga,

bangsa

masyarakat

serta
dan

dapat
negara.

Seni dalam penidikan ini juga mengintegrasikan tiga kompenan yang mampu melengkapkan
pembinaan otak kanan dan otak kiri. Ia bertitik tolak daripada pengintergrasian inilah
perkembangan menyeuruh dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek akan berlaku.
http://notapismp.blogspot.com/2010/10/matlamat-seni-dalam-pendidikan.html

DEFINISI
Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang
termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001.Jean Piaget, berasal dari Switzeland, ialah seorang
ahli psikologi yang terkenal dalam bidang pendidikan. Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget
mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui
empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini
sebagai Peringkat Deria Motor ( 0-2 tahun ), Peringkat Pra Operasi ( 2-7 tahun ), Peringkat
Operasi Konkrit ( 7-12 tahun ), dan Peringkat Operasi Formal ( selepas 12 tahun ). Setiap
peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan faktor penting yang mempengaruhi
pembentukan konsep, sama ada konkrit atau abstrak.
Menurut Piaget, proses berfikir akan berkembang secara berperingkat-peringkat sehingga
kita berfikir secara logik. Berikut ialah keempat-empat peringkat perkembangan kognitif
tersebut.
Peringkat Sensorimotor ( Sejak lahir 2 tahun ):
Mengikut kebiasaan, bayi dan kanak-kanak kecil akan menggunakan deria dan
kebolehan motor untuk menimba pengalaman daripada persekitaran mereka. Oleh itu, jikalau
mereka tidak boleh lihat atau sentuh sesuatu objek, mereka tidak akan mencari objek tersebut.
Peringkat Pra operasional ( 2- 7 tahun ):
Pada peringkat ini, kanak-kanak yang berada di prasekolah akan menggunakan simbol
seperti bahasa untuk mewakili objek sebenar. Contohnya, jika guru prasekolah menunjukkan
gambar sebiji epal, kanak-kanak tersebut akan faham apa yang diwakili dalam gambar tersebut
walaupun epal sebenar tidak ditunjukkan.
Peringkat Operasional Konkrit ( 7- 12 tahun ):
Kanak-kanak yang berada di peringkat sekolah rendah mula berfikir secara logik. Mereka
boleh menyelesaikan tugas berkaitan dengan pengabadian. Walaupun objek diubah kedudukan
atau disusun semula, mereka faham bahawa tiada perubahan telah berlaku.
Peringkat Operasional Formal ( 12 tahun ke atas ):
Kanak-kanak berkebolehan untuk memikirkan beberapa pertimbangan bagi satu-satu
masalah. Mereka berupaya untuk berfikir secara abstrak. Justeru, mereka boleh menyelesaikan
masalah kompleks dan berbentuk hipotetikal yang melibatkan operasi abstrak.

9 KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK:


Pendahuluan:
Setiap insan di dunia ini mempunyai keinginan, terutamanya kanak-kanak. Sebagai guru,
kita perlu memahami keinginan mereka dan memberi ruang kepada kita untuk mengatur sesi
pembelajaran serta pendekatan yang digunakan dengan cara yang lebih berkesan. Seni Dalam
Pendidikan merujuk kepada muzik, pergerakan dan seni visual. Salah satu cara untuk
memenuhi perasaan ingin tahu dan kehendak kanak-kanak adalah melalui seni yang mampu
membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan imaginatif.
Seni merupakan asas perembangan individu. Jika diajar dengan baik maka akan dapat
merangsang kepakaran deria kerana semua deria merupakan ruang bagi pembelajaran. Kanakkanak akan dapat meluahkan perasaan mereka tentang isu-isu persekitaran yang member
kesan kepada mereka. Ini akan membolehkan mereka menyentuh, merasa dan meneroka
melalui interaksi terhadap persekitaran.
Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan pengetahuan yang
merteka temui. Mereka boleh meluahkan idea dan perasaan mereka melalui aktiviti pendidikan
yang merupakan satu keperluan dan keinginan asas kepada setiap kanak-kanak. Berdasarkan
teori pembelajaran Maslow, pendidikan boleh diumpamakan berada di tahap fisiologi iaitu tahap
yang merupakan keperluan asas kepada kanak-kanak. Pendidikan perlu dipenuhi sebelum
manusia mencapai tahap kesempurnaan kendiri dan estetik. Ini bermakna pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah bergantung kepada setakat mana keperluan pelajar dapat
dipenuhi.
Sebagai seorang guru secara amnya dan sebagai seorang ibu atau bapa
secara khususnya kita hendaklah membantu kanak-kanak dalam memperkembangkan
kebolehan kreatif dan imaginatif kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, kita perlu memahami
naluri semulajadi kanak-kanak dan keinginan asas mereka bersesuaian dengan kecenderungan
dan peringkat umur. Dauer dan Pangrazi (1983: 11-12) telah mengenalpasti 9 keinginan asas
kanak-kanak antaranya:
Keinginan untuk bergerak.
Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain & melibatkan diri dalam sebarang
kegiatan fizikal. Dari aspek perkembangan fizikal, Froebel menyatakan permainan biasanya
melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat denganperkembangan kanak-kanak dari aspek
motor kasar dan motor halus.Perkembangan fizikal merupakan suatu aspek penting

dalampendidikan awal kanak-kanak. Komponen perkembangan fizikal member fokus kepada


empat aspek penting iaitu perkembangan psikomotor halus,perkembangan psikomotor
kasar, kesihatan dan keselamatan. Kenyataan Froebel ini adalah selaras dengan pendapat
Schmidt

(1982)

dalam

ErnieSuliana (2008), yang menyatakan psikomotor merupakan satu proses


dan pengalaman

yang menjana

perubahan

tindakan ataupergerakan

gabungan latihan
yang

kekal,

iaitu

pembelajaran yang telah berlaku berdasarkan


maklum balas mengikut prestasi pengetahuan (
knowledge of performance)
dan pengetahuan keputusan (
knowledge of results).
Aspek

perkembangan fizikal kanak-kanak dapat dikembangkan melalui empat aspek yang

telah

dinyatakan. Antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang bolehdijalankan

untuk

memupuk perkembangan fizikal kanak-kanak ialah:


i. Aspek Perkembangan Psikomotor Kasar
Kanak-kanak

harus

diberi

peluang

menyertai

pelbagai

aktivitipergerakan yang aktif, pantas, dan mencabar. Dengan bermainterutamanya

dalam

permainan aktif, kanak-kanak belajar mengawal pergerakan dan mengimbangi tubuh mereka
sertamelicinkan perjalanan sistem dalam tubuh seperti sistem pernafasan dan sistem saraf.
Misalnya,

aktiviti

bermain

di

padang

permainan, aktiviti seperti memanjat dan menuruni gelongsor,bergayut pada


monkey bar
, bermain buaian dan sebagainya dapatmembantu perkembangan fizikal kanak-kanak.
ii. Aspek Perkembangan Motor Halus
Kemahiran motor halus pula ialah kemahiran yang melibatkankemahiran

menggunakan

otot

kecil seperti pergerakan jari sertakoordinasi jari dan mata. Penguasaan psikomotor halus yang
baikadalah amat penting dalam membantu pergerakan asas dankemahiran menulis kepada
kanak-kanak. Antara aktiviti dalbentuk
permainan yang boleh dijalankan bagi membantu perkembanganfizikal dalam aspek ini ialah
seperti merantai manik, menjahit kadberlubang, menconteng kertas, melipat,mengoyak dan
merenyukkertas, menguli doh dan lain-lain lagi.

Kebolehan yang dimiliki oleh seseorang dalam menggunakan

sebahagian atau

keseluruhan anggota badan untuk berkomunikasi atau menyelesaikan masalah. Selain itu,
kinestetik juga merupakan kecekapan menginteprestasikan pergerakkan anggota atau tubuh.
Kecerdasan kinestetik (Gardner 1993), merujuk kepada sensori badan terhadap pergerakan.
Antara kaedah yang sesuai untuk memproses idea baru ialah menghubungkan idea tersebut
dengan pengalaman yang lepas yang berkaitan dengan pergerakkan badan. Contohnya,
menulis sesuatu perkataan dipapan putih dengan menggunakan pen maker adalah langkah
yang terbaik untuk memastikan seseorang itu lebih mengingat perkataan tersebut berbanding
dengan menggunakan

kaedah mengeja. Menurut Howard Gardner, badan manusia bukan

sejenis mesin, amat berbeza daripada objek tiruan didunia ini. Ia adalah saluran deria rasa
seseorang individu, perasaan peribadi dan cita-cita, dan tidak ketinggalan entiti dimana orang
lain bertindak balas secara unik berdasarkan kualiti kemanusiaan mereka yang tersendiri.
Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan kinestetik adalah mereka yang
berminat dengan aktiviti sukan dan fizikal yang cergas. Kebanyakkan mereka juga mempunyai
kebolehan dalam menggunakan bahasa badan lebih suka kepada aktiviti tarian dan lakonan.
Kecerdasan kinestetik ini dapat dilatih dalam kalangan pelajar melalui aktiviti bersukan dan
aktiviti kesenian seperti latihan menari. Kecerdasan ini boleh dilatih kepada seseorang individu
daripada sejak kecil lagi. Menurut Gardner (1983), selalunya kita dapat melihat perkembangan
utama dan potensi kecerdasan ini dalam kegiatan vokasional seperti pelakon, buruh binaan,
atlit, penari, guru tari, ahli terapi fizikal dan sebagainya.

Keinginan untuk berjaya & diiktiraf.


Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu
dihargai. Contohnya mempamerkan sesuatu lukisan di dalam kelas, atau
dicop bintang apabila menyelesaikan sesuatu tugasan dalam buku aktiviti atau
buku latihan.
Pengurusan sosio-emosi yang berkesan akan menjadi perangsang yang
membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang
murid ke arah mencapai matlamat termasuk minat, sikap dan tingkah laku
terhadap pembelajaran mereka. Menurut Woolfolk (1990) motivasi atau kuasa
dalaman akan membangkit, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku
murid. Oleh yang demikian, emosi murid harus diurus dengan berkesan
supaya emosi mereka sentiasa stabil untuk meneruskan aktiviti dalam

pembelajaran.
Guru boleh memberikan pujian dan galakan kepada murid untuk terus
terlibat dalam aktiviti di bilik darjah. Penghargaan yang bersesuaian dengan
penglibatan haruslah diberikan kepada setiap murid yang mengambil
bahagian. Ganjaran dalam pelbagai bentuk seperti hadiah atau token
ekonomi turut boleh diberikan kepada murid. Bagi murid yang perlu ditegur
atau didenda pula, tindakan yang diambil seharusnya tidak menjejaskan
emosi mereka. Peneguhan positif penting untuk menambah kebarangkalian
gerak balas daripada murid. Peneguhan negatif yang diberi boleh membawa
kesan yang tidak menyeronokkan. Oleh yang demikian, diskriminasi penting
dalam pembelajaran untuk mencapai kejayaan.

Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat.
Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima, disanjung, dihargai dan dihormati
oleh orang lain. Contohnya memberanikan diri menyanyikan sesuatu lagu di
di hadapan kawan-kawan di sekolah atau memenangi tempat pertama dalam
pertandingan bercerita, berpidato, Tilawah Al-Quran dan sebagainya.

Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik.


Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri
untuk menyesuaikan dirinya dengan masyarakat.

atau harga diri

Keinginan untuk bersaing.


Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan

fizikal yang

setara dengan rakan-rakan sebaya.

Keinginan untuk meneroka.


Mereka gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar biasa tetapi
menyeronokkan.

Keinginan untuk pencapaian kreatif.

Kanak-kanak sangat gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif. Kanakkanak di sekolah rendah belajar dalam suasana aktif. Menurut ahli psikologi kognitif dan ahli
teori konstruktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh pengetahuan secara pasif. Mereka
membina pengatahuan secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan.
Kanak-kanak akan mendapat pengalaman baharu melalui aktiviti meneroka, mengeksprimen,
dan mengolah objek atau bahan. Teori konstruktivisme berhubung rapat dengan perkembangan
kreatif dan keperluan untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu, melalui aktiviti seni kanak-kanak boleh meluahkan idea secara bebas
dan

kreatif.

Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan.


Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea mengenai diri dan
persekitaran mereka.

.
Keinginan untuk kefahaman.
Kanak-kanak mempunyai keperluan & ingin mengembangkan kefahaman & ingin
mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat meneroka, menyentuh dan merasai
pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran.

You might also like