You are on page 1of 11

PENCEGAHAN KECEDERAAN SUKAN

Unit Fisioterapi dan Rehabilitasi memberi fokus pada rawatan kecederaan sukan individu serta membantu Atlet
kembali untuk bersukan. Unit Fisioterapi dan Rehabilitasi dibezakan mengikut fungsi dan perkhidmatan masing masing.
1.
2.

Fungsi Fisioterapi.
Menilai dan merawat pelbagai kecederaan sukan akut dan sub akut.
Memberi rawatan kepada atlit mengikut jenis kecederaan berdasarkan bukti bukti penyelidikan yang
terkini.

3.

Merawat kecederaan sukan untuk mengurangkan kesakitan kepada atlit yang masih menjalani latihan.

4.

Memberi perkhidmatan medical coverage kepada pasukan semasa pertandingan didalam dan di luar
negara.

1.
2.

Fungsi Rehabilitasi.
Menilai dan merawat pelbagai kecederaan sukan yang kronik di mana atlit atlit tidak terlibat dari
menjalani sebarang latihan untuk jangka masa panjang seperti kes kes post operative.
Merancang dan menjalankan rawatan multidisciplinary berdasarkan bukti bukti penyelidikan yang
terkini.

3.

Merangka program rehabilitasi kecederaan yang menjurus kepada pergerakan spesifik mengikut jenis
sukan.

4.
5.

1.
2.
3.
4.

1.
2.
3.
4.

Bekerjasama dengan terapi sukan untuk persiapan atlit mengikut jenis sukan di dalam fasa
penyesuaian untuk atlit kembali menjalani latihan seperti biasa.
Menjalankan ujian screening sebelum melepaskan atlit untuk mengikuti latihan seperti sediakala.
Servis Fisioterapi
Rawatan dan pengurusan kecederaan awalan dengan menggunakan modalities yang sesuai.
Merangka program senaman (stretching & strengthening) untuk jangka masa pendek.
Menyediakan perkhidmatan rawatan kepada atlit seperti terapi manual, elektroterapi, gait training dan
lain lain lagi.
Memberi panduan pencegahan kecederaan sukan.
Servis Rehabilitasi.
Merangka program senaman (stretching, strengthening & conditioning) untuk atlit dalam jangka masa
yang panjang.
Merangka program untuk kes kes post operative seperti ACL reconstruction, rotator cuff repair
dan lain lain lagi.
Menyediakan dan merangka rawatan hidroterapi mengikut keperluan tahap kecederaan.
Memberi program latihan rehabilitasi kepada atlit yang menjalani latihan di luar negara untuk
memastikan latihan dapat diteruskan.

5.

Memberi perkhidmatan terapi manual dan elektroterapi mengikut keperluan kecederaan.

6.

Menjalankan ujian ujian screening mengikut jenis sukan dan fasa fasa kecederaan sebelum
memberi pelepasan kembali untuk bersukan.

Kecederaan Dalam Sukan


08:13 Nota Pelajar No comments

oleh : Nor Hidayah bt Hamzah [PISMP G8.6 Ambilan Jan 2008]

Konsep asas kecederaan dalam sukan dan prinsip asas pertolongan cemas

Definisi Pertolongan Cemas


Pertolongan cemas adalah bantuan permulaan atau rawatan awal yang diberikan kepada
mangsa atau pesakit.
Konsep Pertolongan Cemas
Pertolongan Cemas ditakrifkan/diertikan sebagai Bantuan Permulaan/Bantu Mula/Rawatan
Awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang
kemalangan atau sakit secara mengejut/tiba-tiba dengan menggunakan objek sekeliling
sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke
hospital.

Tujuan Pertolongan Cemas


1.Selamatkan nyawa
Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa di dalam situasi yang mengancam nyawa
seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung, terbakar dan melecur dan
lain lain lagi.
2.Mengelakkan dari bertambah buruk
Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan kecederaan
atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk.
3. Mengurangkan kesakitan
Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada
pesakit
DAPATKAN BANTUAN KECEMASAN ATAU LANJUTAN
Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil ambulans dengan kadar yang segera
Jangan tinggalkan mangsa keseorangan sehingga bantuan tiba.

Sikap Yang Perlu Ada Pada Pemberi Pertolongan Cemas


BERPENGETAHUAN TENANG
BERKEYAKINAN LEMAH LEMBUT

TAJAM PENGAMATAN BERTANGGUNGJAWAB


PANTAS BERTINDAK AMANAH
Prinsip pengurusan situasi kecemasan
Prinsip-prinsip pertolongan cemas:
1.
2.

Menyelamatakan nyawa
Mengurangkan kesakitan

3.

Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk

4.

Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital

1.
2.
3.

Peraturan Am Pertolongan cemas:


Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan
pesakit itu
Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya
sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula
memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.

4.

Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.


Tindakan serta merta pertolongan cemas:

1.
2.

Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.


Memberikan rawatan renjatan dengan segera.

3.

Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.

4.

Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna


Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:
Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk
membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.
pengambilan kadar denyutan nadi

BILANGAN NADI SESEORANG

PERINGKAT

BILANGAN SEMINIT

Dewasa

70-80 kali

Kanak-kanak

90-100 kali

Bayi

100-140 kali

Sukan, perubatan sukan dan jurulatih sukan

Konsep sukan dan perubatan sukan

Konsep Sukan
1.

Aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan - pertandingan keseronokan,


pembangunan, kemahiran, kecemerlangan.
2.
Contoh - berenang secara bersaing di hadapan penonton dianggap sukan, tetapi
berenang bersendirian di kolam atau laut dianggap aktiviti rekreasi.
3.

Sukan menuntut pengorbanan - masa, wang dan keinginan - sama ada sebagai
peserta atau penonton.

4.

Sukan - aktiviti riadah, mengisi kegiatan lapang, bahan untuk media massa atau
elektronik dan sumber pendapatan.

5.

Sukan mengandungi; ( i ) latihan kemahiran berguna secara rekreasi, ( ii ) peraturan


tertentu dalam mengejar kecemerlangan.

6.

Kecemerlangan - kemampuan mengatasi tanda ukur (benchmark) terdahulu, catatan


masa, rekod dunia dan sebagainya.

"Sukan adalah segala kegiatan yang melibatkan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga yang
dilakukan sebagai acara hiburan, pertandingan atau menyihatkan tubuh badan."
- Kamus Dewan Edisi ke-5 Perbezaan Antara Sukan, Permainan dan Latihan

1.
2.

Sukan melibatkan peserta berkemahiran (atlet atau individu berpengetahuan).


Permainan tidak mempunyai tujuan jelas tetapi boleh berubah kepada sukan seperti
permainan kanak-kanak.

3.

Latihan ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan


seseorang dalam sesuatu sukan.

Perubatan Sukan
1.

Perubatan salah satu cabang sains hayat berkenaan menjaga dan mengekalkan
kesihatan dan rasa sihat (wellness).
2.
Perubatan sukan - bidang yang dapat membantu atlet pulih dari kecederaan yang
dialami sewaktu terlibat dalam aktiviti sukan, selain membincangkan hal-hal mencegah
kecederaan semasa bersukan.
1.
6 Langkah dalam Kitaran Kecederaan

Kepentingan Terapi dalam Sukan


Terapi kecederaan terbahagi kepada 2 :
Fisioterapi - hidroterapi, elektroterapi, terapi haba
Urutan sukan

Peranan dan Tanggungjawab Ahli Pertolongan Cemas Sukan

1.
2.

Kenalpasti punca kemalangan atau kecederaan.


Lakukan pertolongan dengan tertib, pantas, tenang dan senyap - elakkan terlalu
banyak bercakap perkara yang tidak patut dengan mangsa.

3.

Pulihkan pernafasan mangsa jika didapati pernafasan mangsa terhenti.

4.

Memberi perangsang kepada mangsa.

5.

Pindahkan mangsa ke tempat yang selamat.

6.

Segera hubungi pihak polis, ambulan dan keluarga mangsa jika kecederaan serius.

7.

Menjaga etika dan adab diri serta mangsa dalam menghadapi kecemasan.

8.

Menilai keberkesanan kaedah rawatan yang digunakan bagi memastikan keadaan


mangsa akan datang.

Pencegahan Kecederaan dalam Sukan dan Langkah-langkahnya


Definisi
Pencegahan kecederaan di dalam kamus dewan edisi keempat , pencegahan kecederaan
memberi maksud mencegah dari berlakunya kecederaan yang tidak diingini ketika melakukan
aktiviti sukan.

Prinsip Pencegahan Kecederaan


Prinsip pencegahan yang perlu diberi keutamaan ialah
1)Prinsip latihan

Penambahan beban senaman secara beransur-ansur


Tempoh latihan - Berlatih pada paras yang boleh dilakukan dan jangan berlatih
hingga badan menjadi terlalu letih. Tempoh masa yang sesuai adalah 1 hingga 1 jam 30
minit sehari.
Intensiti

Motivasi
Pengkhususan - Senaman yang dipilih haruslah khusus dan sesuai untuk mencapai
tujuan dan objektif

Relaksasi - Dapat mengurangkan ketegangan atau kelesuan

Rutin

2) Memanaskan badan Tujuan - sediakan otot-otot untuk melakukan aktiviti serta kemahiran ,
melonggarkan otot-otot dan sendi-sendi yang tegang dan mencergaskan reaksi atau reflek
atlet-atlet.
3) Ansur maju latihan
Mengandungi latih tubi secara beransur-ansur bagi menyediakan atlet supaya kembali beraksi.
Faedah ansur maju :

memulihkan kecederaan
meningkatkan perkembangan

meningkatkan keyakinan diri

4) Aktiviti bagi menggelakkan kecederaan - Meninggikan suhu badan dengan berlari perlahanlahan atau jogging, melunjur, berlari pecut, senaman khusus, memilih permainan yang sesuai
kepada kebolehan atlet dan mengajar kemahiran asas.

5) Keselamatan kemudahan dan peralatan


Berlaku sekirannya gelanggang atau kemudahan peralatan tidak sempurna dan tidak mengikut
piawaian yang telah ditetapkan.Keadaan disekeliling gelanggang, padang dan dewan.
6)Peralatanperlindungan
Alatan yang digunakan bagi melindungi diri atau anggota badan dari sebarang kecederaan
semasa melakukan aktiviti sukan.Alatan perlindungan diri adalah sebahagian daripda peraturan
sesuatu permainan tersebut. Penguatkuasaan peraturan akan menjamin ahli sukan mendapat
kecederaan yang minimum sekiranya berlaku.

Pelaksanaan 6 prinsip pencegahan di dalam kitaran kecederaan

Menguasai teknik yang betul - Biasanya pemain berkemahiran tinggi jarang


mengalami kecederaan kerana mereka dilindungi oleh kemahiran mereka. Oleh itu, adalah
penting bagi pemain menguasai teknik permainan yang betul.

Menguasai komponen-komponen kecergasan spesifik - Pemain harus menguasai


teknik kecergasan spesifik. Latihan yang dijalankan adalah untuk mengajar dan melatih

pemain dalam mengelakkan kecederaan dan bukan untuk memantapkan mutu permainan
semata-mata. Pemain yang cergas biasanya jarang ditimpa kecederaan. Hal ini kerana :
(a) Reaksi yang tinggi terhadap bahaya dan biasanya tindak balas untuk mengelakkan diri
daripada bahaya tersebut adalah tinggi.
(b)Jatuh dengan kendur (relax way) sekaligus dapat meminimumkan kecederaan.
(c) Memiliki kefleksibiti yang tinggi. Ini dapat membantu mengurangkan hentakan ketika
jatuh

Menggunakan kemudahan dan pakaian yang sesuai - Jersi, seluar pendek dan kasut
yang digunakan harus sesuai dengan permainan. Elakkan menggunakan pakaian kurang
sesuai yang boleh mendatangkan kecederaan kepada anggota badan. Alat pelindung seperti
pelindung siku dan lutut boleh digunakan untuk melindungi kecederaan siku dan lutut
apabila terjatuh.

Peraturan dan penguatkuasaan undang-undang - Peraturan diwujudkan untuk


menjadikan permainan menjadi lebih seronok. Pemain harus mematuhi undang-undang
yang ditetapkan agar kecederaan dapat dielakkan. Peraturan permainan harus
dikuatkuasakan dengan tegas. Persediaan lengkap untuk latihan dan pertandingan - Jenis
aktiviti yang dijalankan juga penting, sebelum pertandingan, elakkan latihan yang terlalu
keras yang menyebabkan pemain lesu ketika permainan. Ini kerana fokus utama pemain
adalan pertandingan. Jika mereka kurang stamina mereka akan mengalami kecederaan
ketika pertandingan.

Pengurusan Emosi
Mental yang sihat memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri seseorang atlit.
Emosi yang stabil membantu atlit lebih bersedia melakukan aktiviti.
Sekiranya berlaku kecelaruan emosi, mungkin menyebabkan perubahan tingkah laku yang
boleh menyebabkan berlakunya kecederaan.

Pendekatan rawatan kecederaan

Kepentingan pendekatan yang sistematik


Mengelakkan kecederaan daripada bertambah teruk.

Mengurangkan kesakitan.

Mengenalpasti bahagian anggota badan yang cedera.

Langkah-langkah Penyelesaian Masalah Kecederaan

Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:

D = Danger (Bahaya) = Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya


R = Respond (Tindak balas/Reaksi) = Pastikan mangsa bertindakbalas dengan
memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. Dapatkan tindak
balas atau reaksi dari mangsa. Jika sedar : Tanya mangsa keadaannya. Pastikan

kecederaan atau kesan lain. Berikan rawatan yang sewajarnya. Dapatkan bantuan
jika perlu. Jika tidak sedar: Pastikan saluran pernafasan terbuka dan tiada
halangan. Periksa samada mangsa bernafas atau tidak. Periksa pengaliran darah
dengan merasa denyutan nadi di leher (karotid). Tahap kesedaran mangsa boleh
dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu:
1) A - Alert (sedar sepenuhnya)
2) V - Verbal (respon terhadap suara)
3) P Pain (respon terhadap kesakitan/sentuhan)
4) U Unconcious (tiada apa-apa respon)
A = Airway (Saluran pernafasan) = Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup
atau tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa

B = Breathing (Pernafasan) = Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR External Air Resuscitation

C = Circulation (Peredaran/Pengaliran Darah)= Pastikan nadi mangsa berfungsi semak di nadi karotid atau di leher , jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary
Resuscitation].

Menilai kecederaan TOTAPS

T - Talking ( bercakap )
O - Observe (memerhati)
T - Touch ( sentuhan)
A - Active ( aktif)
P - Passive (Pasif)
S - Skill (kemahiran )

Langkah-langkah T.O.T.A.P.S

T-Talking (bercakap )
Bercakap dengan atlet/mangsa yang cedera

Apa yang berlaku?


Bagaimana kemalangan/kecederaan berlaku?

Apa yang kamu rasa?

Bahagian mana yang cedera?

Adakah bahagian lain yang cedera?

Pernahkah bahagian ini tercedera sebelum ini ?

O- Observe (memerhati)
Memerhati ketika bercakap dengan atlet

Adakah atlet/mangsa tertekan ?


Adakah mangsa terbaring dengan posisi/posture yang bukan scara biasa?

Adakah terdapat bengkak/kecacatan/lebam?

Adakah terdapat perbezaan dengan anggota yang lain

Bagaimana bahagian tersebut dikawal ?

T- Touch ( sentuhan )
Lakukan sentuhan bermula kawasan yang tidak cedera
dan secara perlahan begerak ke kawasan yang cedera.

Adakah terdapat kelembutan?


Adakah terdapat kecacatan?

Adalah kawasan cedera panas?

Berhenti disini sekiranya terdapat bukti yang jelas bagi


fraktur dan dislokasi.
A- Active (aktif)
Suruh mangsa gerakan bahagian yang cedera, bila terasa
sakit berhenti.

Tunjukkan pergerakan yang sepatutnya pada bahagian yang tidak cedera terlebih
dahulu.

Bolehkah mangsa menggerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakan


yang penuh atau terhad?

Adakah sakit ketika menggerakkan bahagian tersebut? Bilakah kesakitan tersebut


dirasai?
P- Passif (pasif)
Berhati-hati gerakkan bahagian yang tercedera pada julat
pergerakkan yang normal. Berhenti jika kesakitan berlaku.

Bolehkah mangsa menggerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakan


yang penuh?

Bilakah kesakitan berlaku?

Bandingkan julat pergerakan bahagian yang tidak cedera dengan yang tercedera.

Berhenti disini bila atlet/mangsa mengadu kesakitan


atau hilang/bertambah julat pergerakan

S- Skill (kemahiran)

Jika bahagian yang cedera boleh bergerak pada julat


pergerakan yang normal tanpa kesakitan, suruh
atlet/mangsa berdiri dan lakukan pergerakan yang
perlahan.

Sekiranya terdapat kesakitan, nasihat atlit berhenti


Sekiranya tiada kesakitan atau minima, atlet boleh teruskan latihan atau permainan

You might also like