You are on page 1of 35

NAMA PELAJAR NO.

KAD PENGENALAN

: KALAIVANI A/P PAUDIASILON : 870114-05-5376 : ZURIAH BT MOHD DIAH : 741128-03-5236 : NUR AIN BT HUSIN : 880401-30-5058

KUMPULAN / UNIT

: KDPM-KDC PLPS KEMAS AMBILAN JUN 2009

KOD DAN MATA PELAJARAN NAMA PENSYARAH

: PENDIDIKAN JASMANI : CIK KHADIJAH BINTI HJ. TOMPANG

KECEDERAAN SUKAN

a) PENGENALAN

Apa itu kecederaan sukan atau sport injury? Kecederaan sukan merujuk kepada kecederaan yang berlaku semasa bersukan atau bersenam. Bila sebut nama kecederaan sukan, bukan bermaksud untuk mereka yang bermain sukan sahaja, anda yang bersenam di rumah pun jika berlaku kecederaan dimasukkan dalam kategori yang sama. Kenapa berlaku kecederaan? Mungkin disebabkan kemalangan ketika bersukan, teknik latihan atau amalan harian yang tidak betul, kejutan pada otot dan sebagainya.

b) KLASIFIKASI KECEDERAAN DALAM SUKAN.

Punca-punca kecederaan dalam sukan : Kecederaan langsung : kecederaan yang disebabkan oleh sentuhan / hentakan /pukulan pada otot atau tulang Kecederan tidak langsung : kecederaan yang disebabkan oleh diri sendiri cth: tidak memanaskan badan sebelum aktiviti , pemakaian pakaian atau alatan yang tidak sesuai. Kecederaan di tempat yang digunakan terlalu kerap: sesuatubahagian/ anggota badan digunakan tanpa rehat yang mencukupi.

c) JENIS-JENIS KECEDERAAN DALAMAN Boleh dibahagikan kepada dua iaitu : Kecederaan Luar Kecederaan Dalaman

d) Kecederaan Luar

Kecederaaan ini berlaku pada permukaan kulit atau bahagian tisu di bawah kulit. Kecederaan luaran yang sering berlaku adalah seperti berikut :

Luka

: Kulit terkoyak disebabkan terkena benda tajam atau keras.Koyakan yang berlaku menyebabkan kulit berdarah. Koyakan yang dalam boleh menyebabkan saluran darah terputus dan pendarahan yang berlaku lebih serius.

Melepuh

: Berlaku disebabkan geseran di antara bahagian badan dengan permukaan yang lain .Tisu cecair akan berkumpul dan kulit akan mengelembung. : Berlaku apabila bahagian badan bergeser dengan permukaan lain. Lapisan epidermis terkoyak tetapi bahagian atau tisu di bawah kulit tidak cedera.

Melecet

e) Kecederaan Dalaman

Terseliuh

: Berlaku apabila ligamen atau tisu-tisu terkoyak, teregang atau Terpulas disebabkan bebanan yang kuat atau secara tiba-tiba. : Berlaku koyakan dibahagian otot atau tendon disebabkan pengecutan otot-otot secara drastik, ketidakupayaan otot atau tendon menengang beban ang dikenakan atau dihentakkan terus ke otot. : Berlaku kekejangan pada otot, apabila otot Kehilangan sifat kontraksi otot buat sementara. Kekejangan berlaku disebabkan ketidakseimbangan atau kekurangan air dan elektrolit ( natrium dan klorida ) dalam otot kesan akibat perpeluhan dan kurang daya tahan. : Berlaku apabila tulang sendi terkeluar dari kedudukan asalnya. Dislokasi disebabkan pergerakan anggota badan luar daripada Julat pergerakan yang biasa. Hal ini mengakibatkan ligamen dan tisu bahagian sendi terengang dan koyak. : Berlaku apabila tulang patah atau retak disebabkan daya hentakan tepat , sipi atau daya putaran. Terdapat dua jenis fraktur iaitu fraktur tertutup dan fraktur terbukan. : Berlaku kecederaan pada salur darah atau saluran darah halus terputus disebabkan daya hentakan. Akibatnya kesan lebam pada permukaan kulit atau pendarahan dalaman. : Berlaku dibahagian kepala disebabkan daya hentakan atau pukulan yang mengakibatkan mangsa tidak sedar diri atau pengsan. Konkusi boleh menyebabkan kecederaan otak yang serius.

Otot terkoyak

Otot kejang

Dislokasi

Fruktur

Kontusi

Konkusi

f) TANDA -TANDA SIMPTOM KECEDERAAN

Jenis Kecederaan

Tanda

Simptom

Luka Melepuh

Berdarah, lebam, bengkak Gelembung berair

Sakit tempat yg cedera Perit pada tempat yang cedera Sengal

Melecet

Kulit tergeser, berdarah, lebam, bengkak, berubah bentuk Hilang daya pergerakan, bengkak sekeliling sendi Hilang daya pergerakan, Bengkak, perubahan bentuk. Bengkak, lebam, pergerakan terhad. Tidak sedarkan diri, denyutan nadi lemah, pergerakan terhad.

Dislokasi

Sakit tempat cedera

Fraktur ( patah / retak ) Kontuksi konkusi

Sakit tempat cedera

Sakit tempat cedera Loya, pening, hilang ingatan buat sementara

g) LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Langkah-langkah keselamatan yang diambil dapat mengelakkan berlakunya kemalangan atau kecederaan. Perhatian dan tindakan yang sewajarnya perlu di ambil oleh guru atau jurulatih bagi memastikan murid atau atlet mereka selamat ketika menjalankan aktiviti sukan atau fizikal. Berikut adalah langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil:

a. Latihan yang sistematik b. Mengenalpasti tahap dan kecergasan murid c. Undang-undang dan peraturan permainan atau sukan d. Kemudahan alatan e. Faktor persekitaran f. Penyeliaan , arahan dan bimbingan.

h) PRINSIP & PROSEDUR PERTOLONGAN CEMAS. Berikut adalah tiga prinsip dan prosedur bantu mula yang boleh diguna dalam menghadapi situasi kemalangan atau kecederaan. a. D.R.A.B.C b. T.O.T.A.P.S. c. R.I.C.E

D.R.A.B.C D R A B C - Danger ( bahaya ) - Response ( tindakbalas) - Airways ( saluran udara ) - Breathing ( pernafasan ) - Curculation ( peredaran darah )

T.O.T.A.P.S

T O T A P S

- Talking ( bercakap ) - Observe (memerhati) - Touch ( sentuhan) - Active ( aktif) - Passive (Pasif) - Skill (kemahiran )

R.I.C.E R I C E - Rest ( rehat ) - Ice ( Ais ) - Compression ( Pembalutan) - Elevation ( meninggikan )

Langkah langkah R.I.C.E

- Rest ( rehat ) Letakkan atlet dalam posisi yang selesa ( berbaring).Elakkan menggerakan bahagian yang cedera. Pergerakan akan menyebabkan pendarahan disebabkan peningkatan pengaliran darah.

- Ice ( ais )

Kaedah: Letakkan ais dalam tuala/beg plastik Rendamkan dalam air Elakkan meletakkan ais terus ke kawasan cedera tanpa lapik/alas. Ais mengurangkan bengkak/kesakitan/kekejangan otot

- Compression (pembalutan) Balut bahagian yang cedera dengan bandage dengan selesa. Pembalutan boleh mengurangkan pendarahan/bengkak dan membantu menyokong bahagian yang cedera.

- Elevation ( meninggikan/elevasi) Tinggikan bahagian yang cdera melebihi aras jantung sepanjang masa. Meninggikan bahagian yang cedera dapat mengurangkan pendarahan/bengkak dan kesakitan.

PENCEGAHAN KECEDERAAN DALAM SUKAN

DEFINISI

Pencegahan kecederaan - dalam kamus dewan edisi keempat , pencegahan kecederaan memberi maksud mencegah dari berlakunya kecederaan yang tidak diingini ketika melakukan aktiviti sukan.

PRINSIP PENCEGAHAN 1) Prinsip latihan


Penambahan beban senaman secara beransur-ansur Tempoh latihan - Berlatih pada paras yang boleh dilakukan dan jangan berlatih hingga badan menjadi terlalu letih. Tempoh masa yang sesuai adalah 1 hingga 1 jam 30 minit sehari.

Intensiti Motivasi Pengkhususan - Senaman yang dipilih haruslah khusus dan sesuai untuk mencapai tujuan dan objektif

Relaksasi - Dapat mengurangkan ketegangan atau kelesuan Rutin

2) Memanaskan badan bertujuan : sediakan otot-otot untuk melakukan aktiviti serta kemahiran , melonggarkan otot-otot dan sendi-sendi yang tegang dan mencergaskan reaksi atau reflek atlet-atlet.

3) Ansur maju latihan :

Mengandungi latih tubi secara beransur-ansur bagi menyediakan atlet supaya kembali beraksi.

Faedah ansur maju :


memulihkan kecederaan meningkatkan perkembangan meningkatkan keyakinan diri

4) Aktiviti bagi menggelakkan kecederaan :

Meninggikan suhu badan dengan berlari perlahan-lahan atau jogging, melunjur, berlari pecut, senaman khusus, memilih permainan yang sesuai kepada kebolehan atlet dan mengajar kemahiran asas.

5) Keselamatan kemudahan dan peralatan :

Berlaku sekirannya gelanggang atau kemudahan peralatan tidak sempurna dan tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan.Keadaan disekeliling gelanggang, padang dan dewan.

6) Peralatan perlindungan :

Alatan yang digunakan bagi melindungi diri atau anggota badan dari sebarang kecederaan semasa melakukan aktiviti sukan.Alatan perlindungan diri adalah sebahagian daripda peraturan sesuatu permainan tersebut. Penguatkuasaan peraturan akan menjamin ahli sukan mendapat kecederaan yang minimum sekiranya berlaku.

PELAKSANAAN PRINSIP PENCEGAHAN

1.

Menguasai teknik yang betul :

Biasanya pemain berkemahiran tinggi jarang mengalami kecederaan kerana mereka dilindungi oleh kemahiran mereka. Oleh itu, adalah penting bagi pemain menguasai teknik permainan yang betul.

2.

Menguasai komponen-komponen kecergasan spesifik :

Pemain harus menguasai teknik kecergasan spesifik. Latihan yang dijalankan adalah untuk mengajar dan melatih pemain dalam mengelakkan kecederaan dan bukan untuk memantapkan mutu permainan semata-mata. Pemain yang cergas biasanya jarang ditimpa kecederaan.

Hal ini kerana : (a) Reaksi yang tinggi terhadap bahaya dan biasanya tindak balas untuk mengelakkan diri daripada bahaya tersebut adalah tinggi. (b) Jatuh dengan kendur (relax way) sekaligus dapat meminimumkan kecederaan. (c) Memiliki kefleksibiti yang tinggi. Ini dapat membantu mengurangkan hentakan ketika jatuh

PERTOLONGAN CEMAS

DEFINISI Pertolongan Cemas ditarifkan atau diertikan sebagai bantuan permulaan atau bantu mula ataupun rawatan awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut/tiba-tiba dengan menggunakan objek sekelilingan sebelum Ketibaan Ambulans, Doktor atau Ketibaan Ambulans, Doktor atau Pakar Perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.

OBJEKTIF

Untuk menyelamatkan nyawa: Jika mangsa pengsan, pastikan laluan udara selesa dan pastikan mangsa bernafas. Sekiranya berlaku pendarahan, hentikan pendarahan secepat mungkin. Rawat kecederaan dengan betul dan kenali latar belakang mangsa (sejarah kesihatan seperti diabetes dan lain lagi) yang perlu perhatian istimewa.

Untuk mencegah luka menjadi lebih teruk: Alih mangsa dari tempat bahaya dan jangan buat mangsa banyak bergerak. Selesakan dan beri keyakinan pada mangsa serta beri perlindungan dari ketidak selesaan seperti kesejukan atau kepanasan atau keadaan yang basah.

Mendapat bantuan perubatan: Arah atau pinta rakan-rakan mengambil peti keselamatan berhampiran dan memanggil ambulans atau perawat bertauliah dengan sesegera mungkin. Pastikan menunggu bersama mangsa sehingga bantuan sampai.

Sifat-sifat Pemberi Pertolongan Cemas Yang Baik : a) Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan kes-kes kecemasan. b) Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian atau sekelilingnya. c) Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu kes d) Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa e) Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberi keutamaan rawatan mangsa. f) Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan kesakitan si mangsa.

Tugas-tugas Ahli Pertolongan Cemas :

a) Menyelamatkan mangsa secara permulihan pernafasan CPR jika pernafasan mangsa terhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan. b) Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari jangkitan kuman. c) Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan tuap atau anduh supaya bahagian yang cedera berkeadaan tetap dan tidak bergerak. d) Elak mangsa dari mengalami renjatan. e) Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang f) Atur bantuan agar mangsa mendapat rawatan perubatan.

Pengendalian Mangsa Kemalangan :

a) Memberi bantuan dengan tenang dan pantas. Jangan panik semasa menghadapi keadaan. b) Beri semangat kepada mangsa agar berada dalam keadaan tenang. c) Uruskan bantuan supaya mangsa mendapat bantuan perubatan dengan segera. d) Lapor kejadian kepada pihak polis jika perlu.

Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuan

a) Membuat penilaian keadaan, Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan selamat. Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi kemudahan mendapatkan bantuan. Dapat menilai keterukan/keparahan mangsa

b) Membuat diagnose mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala, keadaan sekeliling yang boleh dijadikan bukti serta menjalankan pemeriksaan ke atas kecederaan mangsa. c) Memberi rawatan sementara menjalankan rawatan mengikut prinsip dan memberi keutamaan kepada mangsa yang teruk.

PEMBEBATAN

Tujuan pembebatan :

a) Menahan pendarahan b) Membantu mengelakkan luka atau kecederaan dari terdedah kepada kekotoran yang boleh menyebabkan jangkitan. c) Mencegah jangkitan di tempat luka. d) Melakukan pembebatan perlu menggunakan kain pembebatan yang bersih suci hama. Kebiasaannya jenis kain yang digunakan untuk pembebatan adalah dari jenis kain kasa dan kain lint kerana kain ini lembut dan mudah menyerap.

Pembebat Semasa Kecemasan

a) Sapu tangan yang bersih. b) Kain biasa yang bersih dan mudah menyerap. c) Semasa melakukan pembebatan, seboleh-bolehnya elakkan dari memegang atau menempoh kain yang digunakan untuk melapik tempat luka. Ini bertujuan meminimakan jangkitan kuman di tempat cedera tersebut.

Pembalut (Bandages)

Terdapat berbagai-bagai jenis kain pembalut digunakan semasa menjalankan rawatan mangsa kemalangan. Antara jenis-jenis pembalut yang digunakan ialah:

Pembalut tiga segi (triangular bandage) Pembalut lebar (broad bandage) Pembalut panjang (narrow bandage). Pembalut gulung (rollar bandage).

Kegunaan Kain Pembalut :

a) Penetapan tuap (sling) supaya tidak bergerak. b) Menetapkan pembebatan yang dilakukan c) Mengampu bahagian yang cedera d) Membantu menghentikan pendarahan. e) Mengurangkan bengkak.

Kain Anduh Tiga segi

Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting di dalam pertolongan cemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Kain anduh yang baik berukuran 1 meter x 1.4 meter.

Antara kegunaan kain anduh ialah:-

a) Mengampu bahagian yang cedera atau patah. b) Menghenti atau menahan pendarahan c) Menetapkan bahagian yang cedera. d) Dapat digunakan sebagai pengipas. e) Menutup tempat yang luka atau cedera. f) Sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk.

Jenis-jenis Anduh :

a) Anduh besar (large arm sling) mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera. mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas

b) Anduh tiga segi/Anduh St. Johns (triangular sling) menahan pendarahan anggota atas. Mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula. Mengampu anggota atas yang cedera.

c) Anduh kecil (small arm sling) mengampu kecederaan di bahagian bahu. Mengampu tulang klavikal yang cedera. Mengampu anggota atas yang cedera.

d) Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling) mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang klavikal.

SISTEM PERNAFASAN

Sistem yang penting bagi hidupan, di mana oksigen dari bahagian hidung hingga ke peparu diserapkan oleh saluran darah untuk diedar untuk kegunaan pernafasan semula sel-sel. Setelah oksigen digunakan, karbon diokida dan wap yang terhasil akan di hantar kembali ke paru-paru dan dibebaskan melalui hidung.

Pernafasan terbahagi kepada 2 kategori iaitu : Pernafasan luar :

oksigen yang disedut dari udara di bawa ke dalam sistem saluran darah dan kemudiannya pembebasan karbon dioksida.

Pernafasan dalam : pertukaran oksigen di antara saluran kapillari dengan sel-sel.

Sistem pernafasan terdiri daripada :


Hidung Faring Laring (larynx) peti suara Bronchi Bronchiole Alveoli (air sac) Paru-paru

Terhenti Pernafasan (ASPHYXIA):

Suatu keadaan bila mana berlakunya kekurangan bekalan oksigen di dalam darah yang menyebabkan tisu dan sel-sel tidak mendapat bekalan oksigen untuk bernafas dan menjalankan tugas.

Kekurangan bekalan oksigen berpunca dari kekurangan bekalan oksigen di udara, gangguan pada pusat pernafasan di medulla oblonggata, sekatan saluran pernafasan,gangguan sistem saraf, jantung dan paru-paru tidak berfungsi dengan sempurna dan sebagainya

Tanda-tanda dan gejala terhenti pernafasan :


Sukar bernafas. Pernafasan cepat dan pendek-pendek. Muka menjadi pucat. Mangsa berkeadaan gelisah. Bibir dan kuku menjadi pucat dan kebiruan Mangsa berkeadaan lemah dan tidak berkeupayaan. Saluran vena di bahagian leher mengembang. Berpeluh dan badan menjadi sejuk. Pergerakan nadi menjadi cepat dan lemah pada permulaannya dan diikuti pergerakan yang perlahan sebelum terhenti.

Mangsa mengalami renjatan dan terhenti pernafasan.

Rawatan Am Terhenti Pernafasan :


Bawa mangsa ke tempat selamat dan baringkan mangsa dalam keadaan melentang. Dongakan kepala mangsa supaya saluran pernafasan berada di dalam keadaan baik Cuba periksa punca penyebab terhentinya pernafasan supaya mudah memberi bantuan yang sebaik mungkin.

Periksa pernafasan mangsa secara dengar, lihat dan rasa. Sekiranya pernafasan terhenti, beri bantuan pernafasan melalui kaedah mulut ke mulut, mulut ke hidung, Holger Neilson atau Selvesters.

Periksa pergerakan nadi mangsa, sekiranya tiada, lakukan permulihan tekanan jantung dari luar (chest compression). Lakukan kaedah ini berselang seli antara pernafasan dan tekanan jantung sehingga jantung dan pernafasan berfungsi kembali atau bantuan sampai.

Periksa pergerakan nadi dan pernafasan dari masa ke semasa. Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan. Dapatkan bantuan perubatan segera.

Rawatan-rawatan Khas Terhenti Pernafasan

1) Lemas Dalam Air (Drowning)

Bantuan pernafasan mulut ke mulut atau mulut ke hidung, ia boleh dilakukan sekiranya mangsa terhenti pernafasan semasa lemas

Bawa ke daratan dan baringkan mangsa. Dongak kepala mangsa dan periksa pernafasan mangsa.Beri bantuan pernafasan sekiranya pernafasan terhenti.

Periksa pergerakan nadi mangsa, dan lakukan tekanan dada dari luar sekiranya nadi terhenti.

Lakukan tekanan jantung dan bantuan pernafasan berselang seli sehingga mangsa bernafas dan jantung berdenyut kembali.

Longgarkan pakaian mangsa. Selimutkan mangsa. Jangan diberi sebarang makanan atau minuman semasa mangsa dalam keadaan tidak sedar.

Dapatkan bantuan perubatan segera.

2)Tergantung (hanging)

Ampu anggota mangsa ke atas bagi mengurangkan jerutan tali. Potong tali dan tanggalkan jerutan. Baringkan mangsa dan dongakan kepala mangsa. Periksa pernafasan dan pergerakan nadi. Lakukan CPR. Rawat kecederaan sekiranya ada. Dapatkan rawatan perubatan.

3)Lemas dalam asap/gas beracun (suffocation by gas/smoke)


Pastikan gas atau asap beracun keluar terlebih dahulu. Buka pintu atau tingkap. Tutup mulut dan hidung dengan tuala basah/ lembab dan masuk secara merangkak. Keluarkan mangsa secara menarik perlahan-lahan. Longgarkan pakaian mangsa. Periksa pernafasan dan pergerakan nadi mangsa. Sekiranya terhenti, lakukan CPR.

4)Bendasing Dalam Saluran Pernafasan :

Orang dewasa (Sekiranya mangsa sedar) a) Tanya mangsa sama ada boleh bernafas atau tidak. b) Perhatikan keadaan mangsa. Arah mangsa supaya batuk agar bendasing dapat keluar. c) Lakukan bantuan secara kaedah Heimlich Manuver atau chest thrust d) sekiranya mangsa tidak boleh bernafas e) Arah mangsa membongkok perutnya ke belakang kerusi atau melakukan sendiri Hiemlich Manuver jika perlu. Lakukan kaedah ini sehingga bendasing keluar.

Sekiranya mangsa pengsan : a) Baringkan mangsa dalam keadaan melentang. b) Periksa mulut mangsa bagi menentukan terdapat atau tidak bendasing c) Lakukan kaedah Heimlich Manuver atau chest compression berselang seli dengan memeriksa mulut mangsa bagi menentukan bendasing keluar atau tidak. Lakukannya sehingga bendasing keluar d) Setelah keluar, periksa gerak nadi mangsa. e) Jika tiada lakukan CPR Dapatkan bantuan perubatan

Bayi (Sekiranya mangsa sedar) : a) Angkat bayi dalam keadaan kaki ke atas dan kepala ke bawah. b) Beri tepukan di bahagian kiri kanan tulang belikat mangsa sehingga bendasing keluar. c) Dapatkan bantuan perubatan jika perlu

Sekiranya mangsa pengsan : a) Baringkan mangsa secara melentang. b) Dongak kepala mangsa dan periksa mulutnya. c) Tiarapkan si mangsa dan berikan 5 tepukan di bahagian belakang mangsa. d) Kemudian telentangkan mangsa dan beri 5 tekanan jantung dari luar. e) Periksa mulut mangsa dan keluarkan bendasing jika terdapat. f) Lakukan kaedah ini sehingga bendasing dapat dikeluarkan. g) Lakukan CPR jika pernafasan dan pergerakan jantung terhenti. h) Dapatkan bantuan perubatan segera.

Rawatan Terhenti Pernafasan Oleh Kejutan Elektrik : a) Tutup dan cabut plug terlebih dahulu atau alih wayar berarus elektrik dengan menggunakan kayu yang kering atau benda yang tidak mengalirkan arus elektrik dengan baik. b) Pastikan ahli pertolongan cemas memakai kasut getah semasa menghadapi keadaan. c) Bawa mangsa ke tempat selamat dan betulkan saluran pernafasan mangsa. Periksa pernafasan dan gerak nadi. Lakukan CPR jika pernafasan dan nadi terhenti. d) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan. e) Dapatkan rawatan perubatan segera.

PATAH

Merupakan kecederaan yang melibatkan mana-mana bahagian tulang, sama ada ianya retak, putus, pecah, remok, serpihan atau sebagainya.

Punca-punca patah :

a) Secara Langsung

Patah tepat pada tempat atau puncanya. Contohnya kena tembakan, pukulan, tendangan atau kemalangan.

b)Secara Tidak Langsung

Patah terletak jauh dari tempat yang mengalami kecederaan. Contohnya, berlaku kecutan otot atau pergerakan otot yang secara tiba-tiba, menyebabkan tulang patah.

Jenis-jenis patah :

a) Patah tebu/tertutup (simple fracture)

Patah yang tidak disertai dengan luka di bahagian patah.

b)Patah riok (Compound fracture)

Terdapat luka di tempat patah di mana hujung tulang yang patah tertonjol keluar di bahagian luar kulit.

c)Patah melarat (Complicated fracture)

Patah yang menyebabkan organ lain turut mendapat kecederaan.

d)Patah Remok (Comminuted fracture)

Patah yang berkeping-keping atau beberapa bahagian.

e)Patah Terenyok (Impacted fracture)

Tulang patah kepada dua bahagian dan salah satunya terbenam ke dalam tulang yang patah itu.

f)Patah Rebung (Green Stick fracture)

Patah secara menyungkap dan tidak terus putus. Biasanya terjadi kepada tulang kanak-kanak dan bayi.

g)Pecah Remok (Depressed fracture)

Tulang yang pecah terbenam ke bawah dan menghimpit organ lain. Contohnya, tengkorak kepala yang terbenam menghimpit otak.

Tanda-tanda dan gejala patah :


Sakit pada bahagian patah atau kawasan berhampiran. Bengkak dan lebam bahagian yang tercedera. Sukar atau tidak dapat bergerak atau mengangkat bahagian tercedera. Terdapat kecatatan bahagian patah seperti bengkok ataupun anggota menjadi lebih pendek.

Dapat merasa geselan tulang bila dipegang bahagian patah. Tanda-tanda dan gejala lain kecederaan.

Rawatan Am Patah

Letak pesakit dalam keadaan selesa. Rawatan patah hendaklah dilakukan di tempat kejadian kecuali keadaan merbahaya di situ.

Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar. Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadinya. Lakukan CPR sekiranya nadi dan pernafasan terhenti.Apabila mangsa pulih, rawatan pendarahan hendaklah dilakukan. Hentikan pendarahan secara kaedah langsung atau tidak langsung mengikut kesesuaian.

Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan tuap atau anduh mengikut keadaan dan tempat yang patah.

Dapatkan bantuan perubatan segera.

LUKA DAN PENDARAHAN

Luka: a) Kecederaan yang berlaku pada tisu-tisu, sama ada ianya mengeluarkan darah atau tidak yang boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman.

Pendarahan: a) Kecederaan yang berlaku kepada saluran-saluran darah arteri,vena atau kapilari yang menyebabkan keluarnya darah.

Jenis-jenis luka:

Luka terhiris (incised wound) a) luka yang disebabkan oleh benda-benda atau senjata bermata tajam. Keadaan lukanya adalah berkeadaan bersih atau satu garisan. Contohnya luka disebabkan oleh hirisan pisau, pedang, semilu buluh, pisau cukur dan sebagainya.

Luka terkoyak (lacerated wound) a) luka yang berkeadaan terkoyak yang kebiasaannya disebabkan oleh senjata atau alat-alat yang tidak tajam.Contohnya kemalangan jalan raya, cakaran atau gigitan binatang atau sebagainya.

Luka lebam (contusion) a) luka yang mencederakan tisu-tisu dalam yang mana darah yang keluar berkumpul dalam tisu. Luka jenis ini biasanya disebabkan oleh benda-benda berat yang tidak bermata tajam. Contohnya kena ketukan penukul, kena tumbukan, terhimpit kepada benda-benda yang berat.

Luka tembus (punctured wound) a) luka atau kecederaan yang disebabkan oleh objek atau senjata yang hujungnya tajam. Luka ini berkeadaan kecil sahaja lukanya tetapi biasanya dalam dan mengeluarkan darah yang banyak. Contohnya tusukan pisau, jarum, paku, duri dan sebagainya.

Luka tembakan (gun shot wound) a) luka yang disebabkan oleh senjata api. Luka di bahagian kena tembakan adalah lebih kecil berbanding luka di mana peluru itu keluar. Contohnya kena tembakan senapang atau pistol

JENIS-JENIS PENDARAHAN

Pendarahan dari saluran arteri a) Darah yang keluar adalah secara memancut kerana ianya mengikut rentak denyutan jantung. Darah yang keluar pula keadaannya merah cerah.Ini disebabkan ianya mengandungi oksigen yang tinggi.

Pendarahan dari saluran vena a) Darah keluar secara meleleh dan berterusan. Di samping itu, warna darahnya pula berwarna merah gelap. Ini disebabkan darah mengandungi kandungan gas karbon dioksida yang tinggi.

Pendarahan dari salur kapilari a) darah keluar secara menitis dan darah cepat berhenti. Warna darah adalah merah cerah kerana mengandungi kandungan oksigen.

TANDA DAN GEJALA LUKA DAN PENDARAHAN :


Mangsa mengadu sakit pada tempat yang cedera. Pucat. Pening kepala. Meloya dan kemungkinan muntah. Gelisah dan berpeluh dengan banyak. Gerak nadi cepat dan tidak kuat isipadunya. Sesak nafas dan pernafasan cepat dan pendek-pendek. Kulit badan berpeluh dan sejuk. Hilang kekuatan atau keupayaan. Berlaku renjatan dan pengsan.

RAWATAN AM LUKA DAN PENDARAHAN :

Bawa mangsa atau pesakit ke tempat yang selamat dan edaran udara yang sempurna.

Tenangkan mangsa sekiranya ia masih sedar. Pastikan tahap kesedaran mangsa, sama ada ia sedar atau sebaliknya. Pastikan saluran pernafasan mangsa berada dalam keadaan yang baik. Beri bantuan CPR jika diperlukan. Longgarkan pakaian si mangsa terutama di bahagian leher dan pinggang. Hentikan pendarahan sekiranya terdapat luka yang mengeluarkan darah yang banyak.

CARA MENGHENTIKAN PENDARAHAN :

a) Hentikan pendarahan secara langsung

mengenakan tekanan pada tempat yang mengeluarkan darah selama 10 minit.

b)Secara tidak langsung


menekan urat-urat darah. menggunakan penjerut catitan masa direkodkan. Longgarkan jerutan bagi setiap 20 minit selama seminit.

Setelah darah berhenti- cuci tempat luka dan buat balutan yang sesuai. Jangan beri sebarang makanan atau minuman sewaktu pesakit tidak sedarkan diri atau baru sedar dari renjatan

Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.

TERBAKAR DAN MELECUR

Terbakar : a) Kecederaan yang berpunca dari bahan-bahan panas kering. Contohnya api, kilat, besi panas, cahaya matahari, asid , alkali dan sebagainya.

Melecur : a) Kecederaan yang disebabkan oleh benda panas yang yang lembab atau basah. Contohnya wap, stim, air panas, minyak panas, tar panas dan lain-lain.

Tanda-tanda dan gejala terbakar / melecur :


Sakit yang kuat. Kulit menjadi bengkak, kemerahan, dan panas. Terjadi gelembung air pada kulit. Kulit mengelupas dan berwarna kehitaman terutama sekiranya terbakar oleh asid atau alkali.

Tisu yang terdedah berwarna merah dan berair. Terjadi tanda-tanda gejala am renjatan.

Rawatan Am Terbakar dan Melecur :


Pindahkan mangsa ke tempat yang selamt dan berudara. Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera beberapa ketika bagi tujuan menyejuk atau mengurangkan kepekatan asid atau alkali yang terkena.

Tenangkan mangsa. Longgarkan pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai oleh mangsa. Contohnya cincin, subang, gelang dan sebagainya. Ini disebabkan tempat cedera akan bengkak dan sukar untuk menanggalkan peralatan tersebut.

Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan mangsa terlebih dahulu. Jangan tanggal benda asing yang melekat pada tempat cedera. Contohnya pakaian yang melekat.

Cuci tempat cedera dengan cermat.Balut atau tutup bagi mengelakkan jangkitan. Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera. Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan jangkitan. Jika pesakit dalam keadaan stabil beri minum air yang banyak bagi menggantikan kehilangan cecair yang hilang.

Dapatkan rawatan perubatan segera.

Terbakar oleh Asid atau Alkali :


Tanggalkan pakaian yang terkena bahan tersebut dengan segera. Alirkan atau rendam anggota yang cedera dengan air yang banyak. Jika terkena asid, boleh gunakan larutan sodium bikarbonat untuk meneutralkan asid Sekiranya terkena bahan alkali, gunakan bahan asid untuk meneutralkan asid Jangan gunakan bahan asid atau alkali sekiranya terkena mata. Kecederaan mata boleh menggunakan air biasa yang mengalir sahaja.

Setelah dicuci, balut atau tutup tempat yangt cedera dengan kain yang bersih. Dapatkan rawatan perubatan.

Rawatan Terbakar Pakaian :

Selimutkan mangsa dengan kain basah, cadar basah atau guni basah supaya api dapat dipadamkan.

Arah mangsa berguling di atas rumput untuk memadamkan api di pakaian. Curahkan air ke arah mangsa boleh memadamkan api. Elak dari berlaku renjatan. Sekiranya renjatan berlaku, rawatan renjatan perlu dilakukan.

Cuci tempat terbakar dengan cermat. Tutup tempat cedera dan dapatkan rawatan perubatan.

Rawatan Terbakar atau Melecur Tekak:


Beri mangsa minuman sejuk atau ais sebanyak mungkin. Beri demahan sejuk pada bahagian leher. Dapatkan rawatan perubatan.

RENJATAN

Definisi :

Renjatan adalah suatu keadaan bila mana berlaku kekurangan bekalan darah beroksigen ke bahagian otak dan seluruh badan yang menyebabkan fungsi-fungsi badan menjadi lemah dan aktiviti-aktivitinya tidak dapat berjalan dengan sempurna. Keadaan ini berpunca dari kecederaaan, kehilangan darah, kehilangan cecair, gangguan perasaan, kesakitan, alahan kepada ubatan atau bahan kimia, gangguan sistem saraf dan lain-lain

Sebab-sebab renjatan :

Pendarahan yang banyak dan berterusan. Pendarahan ini adalah pendarahan luaran dan dalaman.

Kehilangan plasma. Contohnya kecederaan terbakar atau melecur. Kehilangan air dalam badan yang teruk. Contohnya perpeluhan yang melampau, muntah-muntah berterusan atau cirit-birit yang kuat seperti kes taun dan cirit-birit.

Kecederaan yang teruk seperti patah tulang, luka besar yang menyebabkan darah keluar dengan banyak.

Penyakit-penyakit tertentu seperti penyakit jantung, kencing manis, angin ahmar dan sebagainya.

Gangguan saraf. Contohnya terkena kejutan elektrik, kilat, terminum atau tersedut bahan beracun, alahan kepada ubatan dan lain-lain.

Jenis-jenis renjatan :

Renjatan terbina : a) akibat dari kecederaaan atau kehilangan cecair dan darah dalam badan

Renjatan saraf : a) berpunca dari gangguan pada sistem saraf yang menyebabkan aktiviti dalam badan terganggu. Renjatan ini tidak melibatkan kehilangan cecair dalam badan.

Renjatan gabungan : a) melibatkan gangguan pada sistem saraf dan kehilangan cecair dalam badan.

Tanda-tanda dan gejala renjatan :


Mangsa berada di dalam gelisah. Kulit badan menjadi pucat. Merasa pening, mual dan muntah-muntah. Perpeluhan dengan banyak. Pergerakan nadi berdenyut dengan pantas tetapi dalam keadaan lemah. Mangsa lemah dan tidak bertenaga. Badan menjadi sejuk dan basah Pandangan menjadi kabur. Mengadu dahaga Mangsa tidak sedar diri.

Rawatan am renjatan :

Bawa maangsa ke tempat yang selamat dan berudara. Baringkan mangsa dengan meninggikan bahagian kaki dan merendahkan bahagian kepala.

Tenangkan mangsa. Dongakkan kepala mangsa supaya saluran pernafasan terbuka. Periksa pernafasan dan gerak nadi.Beri bantuan CPR jika perlu.

Longgarkan pakaian mangsa. Selimutkan mangsa jika mangsa dalam kesejukan. Rawat sebarang kecederaan jika berlaku kecederaan. Jangan beri sebarangan makanan atau minuman sekiranya mangsa dalam keadaan ranjatan.

Apabila pulih basahkan bibirnya bagi menghilangkan dahaga Dapatkan rawatan perubatan.

KOTAK PERTOLONGAN CEMAS ( FIRST AID KID )

Kotak pertolongan cemas hendaklah selalu diperiksa supaya ianya bersih, alatannya mencukupi dan kotak itu di tutup dengan baik bagi mengelakkan dimasuki oleh serangga atau binatang. Selain itu, kotak pertolongan cemas perlu bertanda dengan tanda bulan sabit merah atau palang merah. Ia perlu diletak di tempat yang selamat dan mudah dilihat dan agak tinggi supaya tidak mudah diambil oleh kanak-kanak. Ubat berbentuk cecair perlu ditutup rapat supaya tidak mudah tumpah atau bocor dan ditanda dengan perkataan racun bagi bahan-bahan beracun.

Keperluan-keperluan sesebuah kotak pertolongan cemas adalah seperti berikut :

a) Kotak yang bertutup untuk mengisi peralatan. b) Kain anduh tiga segi c) Kain kasa sucihama d) Kapas e) Kain pembalut gulung f) Kain pembalut gulung elastik ( crepe bandage )

g) Plaster h) Ubat gosok atau minyak gosok i) j) Ubat luka ( lotion flavine, gentian violet atau burnol ) Ubat cuci luka ( cetavlon atau dettol )

k) Garam cium ( smelling salt ) l) Penyepit ( forcep )

m) Buku catitan n) Pin o) Pen/pensel

SUMBER RUJUKAN

1) http://www.slideshare.net/dekna/ub1

2) http://www.jpkn.sabah.gov.my/v3/pdf/pertolonganCemas.pdf

3) http://www.scribd.com/doc/18423453/Umum-Pertolongan-cemas

4) http://anakjelapang10.blogspot.com/2011/06/pencegahan-kecederaan-sukan.html

5) http://zaim-al-humaidi.blogspot.com/2010/03/nota-lengkap-pertolongan-cemasasas-dlm.html

6) http://www.slideshare.net/norazanePBSM/prinsip-prinsip-pertolongan-cemas

7) http://zakikhan.net/kecederaan-sukan/

8) http://infokesihatan-fp.blogspot.com/2011/04/kecederaan-dalam-sukan.html

You might also like