You are on page 1of 16

Kesan Kecederaan Fizikal

Contoh Kecederaan Di Padang Bola Sepak (i)Kecederaan Buku Lali

- Ia berlaku apabila wujud satu bahagian tajam di sudut tertentu apabila tekanan diberikan kepada tulang tersebut. - menyebabkan tisu menjadi bengkak dan sakit, lalu pesakit mudah terpelecok ketika berjalan atau berlari. - juga berlaku apabila ligamen antara buku lali terkoyak atau terkepit di bahagian depan. Ini menyukarkan pesakit untuk berlari. - keadaan lain ialah apabila serpihan ligamen terkoyak /tersepit di celah sendi.

(ii)Kecederaan Lutut

- lutut pemain membengkak segera & tak boleh meneruskan perlawanan - mengalami masalah menuruni anak tangga/bukit - tak boleh berjalan laju kerana rasa seperti lutut 'tertinggal - kaki yang cedera tak berupaya menongkat/menampung badan. - apabila ligamen terkoyak, ia menyebabkan lutut melekat dan tak boleh digerakkan serta berasa sakit.

(iii)Kecederaan Bahu

- Biasanya pemain tidak berasa sakit ketika kejadian namun ia perlahan-lahan terasa selepas 2/3 hari - Apabila urat di bahu terkoyak, pesakit tidak boleh mengangkat atau menongkat tangan - Merasa lenguh bahu, kebas tangan dan kadang-kadang rasa sakit dari bahagian siku hingga pergelangan tangan, dada, tulang belikat dan tulang belakang - Apabila urat terkepit di bahu, otot akan menjadi lemah manakala kedudukan bahu akan jatuh ke bawah dan ke depan sedikit.

(iv)Kecederaan Tulang Belakang

- Kecederaan ini berlaku apabila pemain jatuh terduduk menyebabkan hentakan kuat (hyperflexion). - Ini menyebabkan disk pecah lalu menekan tulang menjadikan salah satu daripadanya patah. - Apabila ia menekan saraf, keadaan disk tergelincir (disc slip) akan berlaku. - Disebabkan saraf yang terdapat di bahagian tulang belakang ialah saraf ke bahagian kaki, pesakit akan berasa lenguh dan sakit di bahagian salah satu kaki.

- Sekiranya pecahan besar, lama-kelamaan ia menyebabkan simptom spinal stenosis. - Ia menyebabkan tisu di bahagian tulang belakang menebal dan menekan saraf. - Apabila ini berlaku, pesakit akan merasa sakit setiap kali berada dalam 1 posisi untuk tempoh yang lama. - Setelah dia mengubah posisi, barulah akan berasa lega. - Pesakit masalah ini perlu menjalani pembedahan untuk memastikan saraf tidak terhimpit. - Sekiranya pecahan disk kecil, pesakit hanya perlu mengambil ubat tahan sakit dan menjalani rawatan fisioterapi.

(vi)Mati Mengejut di Padang

- Serangan jantung mengejut boleh berlaku kepada bukan sahaja pemain bola sepak malah sukan yang melibatkan impak tinggi seperti ragbi, badminton dan tenis. - Biasanya ia berlaku kepada aktiviti yang memerlukan pecutan kemudian berhenti secara mengejut. - Kajian yang dilakukan American Health Association (AHA) menunjukkan ahli sukan mempunyai 2.5 kali ganda risiko serangan sakit jantung berbanding mereka yang tidak bersukan. Dua kes dilaporkan berlaku daripada setiap 100,000 pemain.

KESAN KECEDERAAN DARI SEGI SOSIAL


Kita senang mengalami kecederaan semasa bersenam. Kecederaan akan menyebabkan pelbagai kesan. Salah satunya adalah kesan dari segi sosial. Semasa kita cedera akibat senaman,kita akan berasa rendah diri.

Dengan wujudnya perasaan rendah diri,kita mungkin tidak mahu bergaul dengan orang lain kerana rasa malu. Ini akan menjejaskan pergaulan seseorang itu antara keluarga dan rakan-rakannya. Selain itu,kecederaan juga mungkin menyebabkan kecacatan yang berkekalan atau kecacatan selama-lamanya. Kecacatan sebegini akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat bersukan lagi.

Bagi seseorang yang gemar bersukan,kecederaan ini memang mempengaruhi kehidupannya. Seseorang itu akan kurang keyakinan diri dan menjadi seorang pendiam kerana kurang bercakap.

You might also like