You are on page 1of 9

PERTUNANGAN

Perundingan akan diadakan di rumah perempuan


oleh kedua - dua belah pihak untuk menetapkan hari
pertunangan.
Menetapkan beberapa perkara seperti mas
kahwin, belanja hangus, barang - barang hantaran
dan syarat - syarat lain.
Barang yang diperlukan akan disediakan oleh pihak
lelaki setelah persetujuan dicapai.
Biasanya pihak lelaki akan menyediakan wang
belanja, sebentuk cincin pertunangan, sebuah tapak
sirih yang lengkap dengan isinya,sejadah, kain , kain
tudung, beg tangan, buah - buahan ,juadah dan
seumpamanya mengikut kemampuan pihak lelaki.
Jumlah balasan melebihi hantaran lelaki dan dalam
jumlah yang ganjil.



Rombongan pihak lelaki akan membawa hantaran pada
hari yang telah dipersetujui.
Biasanya didahului dengan tepak sirih
meminang,diikuti tepak cincin pertunangan dan barang
hantaran yang lain.
Pada hari ini pihak lelaki akan diwakili oleh saudara
terdekatnya sebagai jurucakap.Begitu juga dengan
pihak perempuan.
Selepas selesai menetapkan hal - hal yang berkaitan
barulah jurucakap pihak lelaki menyerahkan barang
hantaran kepada pihak perempuan.
Cincin tunang akan disarung oleh saudara perempuan
pihak lelaki ke jari manis gadis yang bertunang.

Barang hantaran akan dibawa masuk dan
balasannya hantaran pihak perempuan akan dibawa
keluar.
Biasanya barang hantaran terdiri daripada
sepersalinan pakaian, kain samping, tikar
sembahyang, songkok, buah - buahan dan pelbagai
juadah.
Jamuan diadakan setelah selesai acara tukar
menukar barang hantaran.
Pertunangan terputus - pihak yang menyebabkan
berlaku kejadian itu akan dikenakan denda.
Jika pihak lelaki - semua wang hantaran dan
belanja dikira hangus.
Jika pihak perempuan - hantaran dipulangkan
sebanyak dua kali ganda.

AKAD NIKAH
Dijalankan setelah segala perjanjian atau syarat yang
dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan.
Kemuncak kesahihan perkahwinan sepasang suami isteri.
Dilakukan oleh kadi atau imam atau org yang ditauliahkan oleh
syarak.
Boleh dilakukan di masjid, di rumah pengantin perempuan atau
di pejabat kadi.
Rumah pengantin biasanya pada sebelah malam ( selepas
isyak ).
Majlis berzanji dan pukulan rebana diadakan sementara
menanti kehadiran rombongan lelaki.
Bapa perempuan menjadi wali untuk menikahkan anaknya.
Boleh mewakilkan tok imam untuk melaksanakan akad itu jika
dia mahu.
MALAM BERINAI
Diadakan setelah selesai majlis akad nikah.
Pihak lelaki duduk di atas pelamin seorang diri.
Kemudian saudara mara perempuan akan melakukan
upacara berinai untuknya.
setelah itu pengantin perempuan mengambil tempat.
Disesetengah tempat , upacara berinai diadakan
pada malam hari pertama di atas pelamin, iaitu untuk
pengantin perempuan sahaja.
Dikatakan majlis untuk keluarga kerana tiada
tetamu yang diundang sebaliknya kaum keluarga yang
terdekat dan sahabat handai yang rapatsahaja.

Malam kedua untuk pengantin lelaki.
Pengantin lelaki diarak ke rumah pengantin
perempuan dan upacara berinai juga diadakan di atas
pelamin.
Acara sama turut dilakukan oleh pengantin
perempuan tetapi pada waktu yang berasingan.
Mereka tidak boleh berada di atas pelamin yang sama
kerana belum diakad nikahkan lagi.
Kemudian satu jamuan ringan diadakan untuk pihak
pengantin lelaki.
BERINAI DI PELAMIN
dilakukan dalam 3 peringkat
Pada kali pertama ia dinamakan berinai curi, pada kali kedua
dinamakan berinai kecil dan pada kali ketiga dinamakan berinai
besar.

dijalankan sebelum upacara akad nikah dan bersanding
Bagi upacara berinai curi dan berinai kecil, hanya pengantin
perempuan sahaja yang akan duduk di atas pelamin dan diinaikan.

Pengantin lelaki akan datang ke rumah pengantin
perempuan untuk diinaikan pada upacara berrinai besar. Dalam
upacara tersebut, pengantin perempuan akan diinai terlebih
dahulu di atas pelamin. Setelah selesai, pengantin perempuan
akan dibawa masuk ke dalam bilik dan pengantin lelaki pula
akan diinaikan di atas pelamin.

Ringkasan cara menginai di atas pelamin



, di hadapan pengantin itu akan diletakkan sebuah pahar berkaki
tinggi yang disusun dengan beberapa bekas dan piring, satu berisi
beras kunyit, satu berisi bertih dan satu lagi berisi air tepung
tawar yang lengkap dengan perenjisnya.



Di tengah-tengah pahar itu diletakkan sebiji astakona kecil berisi
inai yang sudah siap digiling halus. Pengantin akan diinaikan
secara bergilir-gilir oleh ahli keluarga dan upacara akan dimulakan
dengan ahli keluarga lelaki yang berpangkat tua-tua seperti datuk,
bapa dan bapa saudara.




Mula-mula, sejemput beras kunyit akan diambil dari bekas yang di
atas pahar tersebut dan dihamburkan ke kiri dan kanan pengantin.
Kemudian, diikuti dengan sedikit bertih dan akhir sekali perenjis
tepung tawar akan dicicahkan sedikit ke dalam bekas berisi air
tepung tawar lalu ditepukkan sedikit ke atas belakang tangan
pengantin yang berada di atas ribaan pengantin itu.




Akhir sekali, inai akan dicubit sedikit dari astakona inai dan
dicalitkan di tapak tangan yang sudah beralas dengan daun sirih.
Setelah selesai, emak pengantin akan menyusunkan jari kedua-dua
tangan pengantin itu dan diangkatkan ke muka pengantin seperti
orang menyembah

You might also like