You are on page 1of 4

CEREBRAL PALSY

3.2.1. SEJARAH:
Cerebral Palsy ialah perkataan yang menerangkan berkenaan golongan kurang upaya
yang menghalang dan menghadkanpergerakan psikomotor seseorang individu itu. Setakat ini
tidak terdapat satu sebab yang spesifik kenapa berlakunya Cerebral Palsy. Walaubagaimanapun
ia bolehlah dikaitkan dengan kerosakan otak sebelum, semasa atau selepas kelahiran seseorang
kanak-kanak itu. Pihak perubatan bertanggungjawab untuk memastikan ibu mengandung
memperolehi penjagaan yang betul semasa mengandung, proses kelahiran dan selepas
melahirkan anak.
Kekurangan oksigen ke otak atau trauma semasa proses kelahiran akan menyebabkan
berlakunya Cerebral Palsy. Bayi yang tidak mendapat cukup oksigen akan menyebabkan
kerosakan di otak. Bayi yang mengalami kerosakan otak ketika usia mencapai enam bulan,
biasanya mengalami perkembangan yang lambat.

3.2.2 DEFINISI:
Cerebral Palsy (lebih dikenali sebagai Spastik) ialah satu keadaan yang berpunca
daripada kecacatan otak. Menurut kajian seorang sukarelawan JOVC, Encik Yasuko Kunimori
yang berkhidmat di bawah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, Sandakan Sabah, dalam
bukunya yang bertajuk Satu Projek Klasifikasi Kecacatan mengatakan Cerebral bermaksud
otak, Palsy pula bermaksud kurang atau tidak berupaya mengawal pergerakan otot-otot.
Chua Tee Tee dan rakannya Koh Koh Boon di dalam buku bertajuk, Pendidikan Khas
dan Pemulihan mengatakan Cerebral Palsy bermaksud kelumpuhan akal yang menganggu
pergerakan tubuh. Dari sumber yang diperolehi daripada Unit Pemulihan Carakerja Hospital
Melaka, Cerebral Palsy adalah gangguan pergerakan, posture, dan sebagainya yang disebabkan
kerosakan atau kegagalan perkembangan normal dalam otak.

Deborah Deutsch Smith dan Ruth Luckasson menulis di dalam Introduction To Special
Education: Teaching In An Age Of Challenge, the term Cerebral Palsy literally means muscle
paralysis whose cause is in the brain. Exceptional Learners- Introduction to Special Education,
Daniell P. Hallahan dan James M. Kauffman, 1978 menulis Cerebral Palsy is not a disease. It is
rather condition that is nonprogressive and noninfectious
Berasaskan kepada sumber-sumber tersebut, maka Cerebral Palsy didefinisikan sebagai
satu pergerakan anggota badan yang tidak dapat dikawal sepenuhnya oleh kerana terdapat
gangguan, kecederaan atau kelumpuhan di dalam otak.
3.2.3 CIRI-CIRI FIZIKAL:
Kanak-kanak ini mempunyai otot-otot yang tegang dan kecut. Gerakan tersentak-sentak
dan kurang berkoordinasi serta mungkin tidak dapat mengenggam benda dengan jari. Sekiranya
cuba mengawal pergerakan, pergerakan itu akan bertambah tersentak-sentak. Semasa cuba
mengambil sesuatu benda, tangan mungkin melambai-lambai, muka kerenyot dan lidah yang
terjulur.
Mereka mungkin tidak dapat mengawal otot-otot bibir, lidah dan kerongkong
menyebabkan air liur meleleh. Gerakan mereka adalah tidak stabil dan mereka seolah-olahcuba
menstabilkan badan. Semasa berjalan mereka tersandung-sandung dengan gaya berjalan
semacam gunting, berdiri atas jari kaki dengan lutut yang bengkok dan menuju bahagian dalam.
Kanak-kanak Cerebral Palsy tidak boleh mengeluarkan suara, iaitu mereka tidak boleh
memanggil ibu bapanya atau mengeluarkan babling sound. Mereka juga tidak memahami apa
yang dikatakan kepadanya. Selain itu mreka hanya akan bertindak balas terhadap bunyi yang
kuat ataupun tidak bertindak balas langsung terhadap bunyi. Dari segi masalah penglihatan,
kanak-kanak ini juling ataupun mengalami mistagmus iaitu pergerakan bola mata yang
berterusan.
3.2.4 CIRI-CIRI KSIHATAN:
Kanak-kanak ini akan menngalami kesukaran menghisap, menelan dan mengunyah
makanan. Ini sering menyebabkan mereka muntah. Kanak-kanak juga akan serta merta mengigit
makanan yang diletakkan di dalam mulut mereka dan sukar untuk dikeluarkan semula.
Mereka juga mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka menjadi kencang, dan
bising. Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk tidur, mereka kerap terjaga di waktu
malam dan sering menangis.
Kanak-kanak Cerebral Palsy mungkin akan mengalami kerencatan akal jika didapati
mereka tidak pernah tersenyum, tidak mengenali ibu bapanya, sentiasa tidur, tidak bertindak
balas atau tidak berminat terhadap keadaan sekelilingnya.
Pergerakan psikomotor adalah terbatas, mereka tidak boleh berjalan atau duduk sendiri
atau menggunakan tangan sendiri. Ada yang boleh belajar berjalantetapi ramai yang
menggunakan kerusi roda, braces atau peralatan lain. Sesetengah mengalami masalah menyuap
makanan, menghisap atau menelan. Mereka bergantung kepada orang lain untuk makan atau ke
tandas.

3.2.5 JENIS-JENIS CEREBRAL PALSY:


3.2.5.1- Spastik
Kecacatan ini disebabkan pada bahagian korteks motor yang boleh mengakibatkan
kehilangan kawalan terhadap otot-otot yang boleh dikawal (voluntary muscle). Menyebabkan
koordinasi pergerkan menjadi susah, di mana stimulasi menyebabkan ketegangan otot-otot. Ini
seterusnya akan mengakibatkan getaran dan ketidakseimbangan yang menghalang pergerakan
yang sempurna dan lancar. Kumpulan ini merupakan kumpulan yang terbesar di kalangan kanakkanak yang menghidap Cerebral Palsy atau kelumpuhan otak.
3.2.5.2- Atetosis
Kerosakan berlaku pada bahagian basal ganglion. Atetosis dicirikan oleh pergerakan
writhing yang perlahan dan tidak boleh dikawal. Bahagian bahu, muka, kaki, tangan dan
lengan menjadi sasaran utama. Sering kali juga ia melibatkan otot-otot tekak dan diapnram yang
menyebabkan pertuturan menjadi payah dan tidak jelas. Mereka juga mengalami masalah
mengawal pengluaran air liur.
3.2.5.3- Ataksia
Kerosakan pada bahagian serebelum otak. Ini menyebabkan kesulitan mengawal
imbangan badan yang boleh dikesan dari perawakan dan pergerakan seseorang spastik.
Pergerakan adalah kekok dan teragak-agak, pertuturan kurang jelas dan juga didapati ia sentiasa
meliuk-likkan badannya. Pendengarannya juga turut terjejas.
3.2.6 LANGKAH-LANGKAH PEMULIHAN:
3.2.6.1- Rawatan Pemulihan Anggota (fisioterapi)
Memberi latihan kepada kanak-kanak spastik menggunakan anggota, terutama kaki dan
tangan dengan bantuan alatan seperti kaliper angkup, walking aid, asut khas, kerusi
perawakan (posture chairs), standing boxes dan crawlers. Latihan yang diberikan, kanakkanak spastik dapat mengurangkan perawakan dan pergerakan yang kuang normal dan dapat
mencegah sendi-sendi dan otot-otot dari mengejang disebabkan oleh kekurangan penggunaan.
3.2.6.2- Rawatan Pemulihan Pertuturan

Seseorang kanak-kanak spastik cacat pertuturan disebabkan oleh dua perkara iaitu
pertama kerosakan fungsi saraf otot pada bahagian otot pertuturan, pendengaran dan pernafasan.
Kedua kekurangan pengalaman akibat dari kekurangan peluang untuk berinteraksi yang
disebabkan oleh kecacatan fizikal, walaupun pada asalnya otot-otot pertuturan diberikan untuk
mengembangkan keupayaan untuk berkomunikasi sama ada secara lisan, isyarat ataupun bertulis.
3.2.6.3- Rawatan Pemulihan Cara Kerja
Memperkembangkan pola pergerakan asas kepada kemahiran motor dan sosial bagi
membolehkan kanak-kanak berdikari dari segi fungsi mental, fizikal dan psikologi. Termasuklah
kebolehan memegang dan menggunakan sesuatu barang, perkembangan kordinasi mata dan
tangan, perkembangan fungsi sensori dan persepsi. Latihan berupa mencapai, memegang dan
melepaskan sesuatu barang, latihan menggunakan jejari bagi membolehkan kegunan jejari untuk
makan, menulis dan sebagainya dengan bantuan alatan seerti hand splint, sudu khas dan
seumpamanya.
Latihan persepsi diberikan dengan mendedahkan kanak-kanak kepada seberapa banyak
pengalaman seperti sensori dan dilatih membentuk konsep yang bersesuaian berkenaan diri
sendiri dan juga keadaan sekelilingnya. Umpamanya tentang warna, bentuk, saiz dan rasa. Dalam
memperolehi kemahiran sosial, kanak-kanak dilatih melakukan aktiviti-aktiviti seharian.
Contohnya aktiviti penjagaan diri sendiri seperti makan, memakai pakaian dan latihan ke
tandas. Aktiviti kehidupan seperti memasak, mengemas, aktiviti-aktivit rekreasi dan hobi.
Aktiviti vokasional seperti pertukangan kayu, menjahit dan aktiviti pertanian.

You might also like