You are on page 1of 21

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

TAJUK 5

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SINOPSIS:
Topik ini membincangkan kaedah dan teknik mengajar permainan bola sepak
dan bola jarring.

HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelas dan menghuraikan tentang strategi, kaedah dan teknik
yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran permainan
bola sepak dalam bentuk amali dan catatan.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

KAEDAH DAN
TEKNIK
PENGAJARAN

KAEDAH
PENGAJARAN

GAYA
PENGJARAN

RANCANGAN
PENGJARAN

RANCANGAN
PENGAJARAN
TAHUNAN

5.1

PENGAJARAN
MIKRO

RANCANGAN
PENGAJARAN
MINGGUAN

Kaedah Dan Teknik Pengjaran.


Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan dan

teknik pula merupakan cara yang lebih teliti dalam menyampaikan isi pelajaran.
Teknik juga merupakan bagaimana sesuatu kemahiran dalam permainan bola
sepak dan bola jaring disampaikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan.

53

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengajar permainan bola


sepak dan bola jaring. Antara kaedah yang disarankan ialah;
i.

Kaedah Kuliah

ii.

Kaedah Perbincangan

iii.

Kaedah Kuliah demontrasi

iv.

Kaedah latihan

v.

Kaedah penemuan

vi.

Kaedah sebahagian keseluruhan

Kesemua kaedah di atas boleh digunakan dalam sesi pengjaran dan


pembelajaran permainan bola sepak .
5.1.1 Kaedah Kuliah
Kaedah ini adalah kaedah yang luas di gunakan untuk kelas-kelas
berbentuk teori dan adakalnya juga sesuai digunakan bagi kelas yang berbentuk
amali. Ia lazim digunakan juga di dalam kelas yang memerlukan kedua-dua
bahagian teori dan amali. Penilaian dan memberi maklum balas tidak boleh di
berikan semasa kuliah. Dengan itu kaedah bentuk kuliah juga perlu digunakan
untuk memberi motivasi kepada murid-murid atau memberi taklimat berkenaan
matlamat guru. Walau bagaimanapun, kaedah kuliah boleh memberi manfaat jika
ia dirancang dengan rapi dan disampaikan dengan penuh semangat . Ianya akan
menjadi lebih berkesan seandainya jika digabungkan dengan teknik lain.
Berikut adalah satu contoh kuliah yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran permainan bola sepak dan bola jaring.
i.

Pengenalan.

Menerang dan menjelaskan skop pelajaran

Memberitahu murid apa yang dikehendaki daripada mereka

Cuba membangkitkan minat murid


54

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

Sentiasa senyum, menghadap kelas, dan bercakap dengan murid


termasuk murid yang berada dibahagian belakang.

ii.

Persembahan,

Kuat tetapi bernada kemesraan.

Jelas percakapan dan pilih perkataan yang sesuai

Huraikan istilah yang digunakan

Bercakap dengan semua murid

Menggabungkan teknik-teknik lain seperti penyoalan, papan tulis,


demontrasi dan arahan.

iii.

Ulang beberapa kali bagi butiran yang penting

Dicampurkan juga dengan unsur-unsur humor

Mengetahui isi kandungan pelajaran dan yakin dengannya.

Penutup.

Mengulang isi utama

Menggalakkan perbincangan atau latih-tubi

Meneguhkan isi atau kemahiran yang lemah.

5.1.2 Kaedah Demontrasi.


Kaedah ini merupakan kaedah yang utama atau paling kerap digunakan
oleh guru Pendidikan Jasmani.
penglihatan

dan

perlakuan,

Kaedah ini melibatkan demontrasi lisan,

dengan

itu

ianya

menambahkan

lagi

nilai

keberkesanan kaedah ini. Biasanya kaedah demontrasi digunakan untuk


menggambarkan penerangan lisan .
Berikut adalah kaedah demontrasi yang boleh dipraktikkan dalam pengajaran dan
pembelajaran permainan bola sepak dan bola jaring.

55

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

i.

Pendahuluan

Susunan murid hendaklah membolehkan mereka mendengar dan


melihat , murid boleh duduk, melutut atau berdiri.

Memperkenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah


kuliah

ii.

Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelumnya.

Demontrasi.

Melakukan

demontrasi

mengikut

kemahiran

perlakuan

yang

sebenar.

iii.

Ikut cara dan prosedur yang piawai

Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan.

Demontrasi dan pengajaran

Semasa membuat perlakuan, beri butiran yang sepatutnya

Beri sebab tentang cara sesuatu kemahiran dilakukan

Terangkan dengan sepenuhnya mengenai kemahiran yang tidak


dapat dilihat jika ianya tidak diberitahu

Gunakan kaedah ansur maju dan mengajar mengikut turutan yang


sebenarnya

Kaitkan pertalian antara kemahiran yang baru dipelajari dengan


pengalaman yang sudah lepas.

iv.

v.

Ulang demontrasi dan butiran penting

Ulang tunjukcara dengan kadar yang agak perlahan sedikit

Membuat demontrasi untuk memberi pandangan yang berlainan

Beri butiran penting

Penutup

Ulang butiran penting


56

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

Menggalakkan perbincangan

Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran

5.1.3 Kaedah atau Gaya Pengajaran


Terdapat beberapa gaya atau kaedah yang boleh digunakan oleh guru
untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran permainan bola sepakdan bola
jaring. Gaya-gaya yang dipraktikkan mestilah membawa satu objektif iaitu setiap
murid dapat manfaat daripada gaya yang dikemukakan. Gaya atau kaedah
pengajaran boleh dibahagikan kepada 3 kategori yang utama iaitu;
i.

Kaedah / Gaya Langsung

ii.

Kaedah / Gaya Gabungan

iii.

Kaedah / Gaya Tidak Langsung

Gaya Langsung

Gaya Gabungan

Gaya Arahan

Limitasi

Gaya Tugasan

Penemuan

Terbimbing

Gaya Tidak Langsung

Penyelesaian
masalah latihan

Bertindak balas

Semak kendiri

Penerimaan
beramai

Penerokaan

Gaya Langsung
Gaya ini mementingkan peranan guru. Seseorang guru membuat semua
atau kebanyakan daripada keputusan tentang apa, bagaimana dan bila sesuatu
aktiviti itu bermula. Gaya ini berdasarkan Teori Pembelajaran Tingkah Laku
(Behavioristic) yang menerangkan bahawa pembelajaran itu berlaku dari luar ke
dalam melalui pembentukan semula peristiwa-peristiwa yang betul ( Gallahue,

57

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

1993). Guru dianggap mengetahui bagaimana kemahiran-kemahiran permainan


bola sepak dilakukan dengan cara yang betul.
Gaya Tidak Langsung.
Gaya ini berpusatkan kepada murid. Ianya berasaskan falsafah bahawa
pembelajaran adalah lebih daripada mengulang dan meniru perlakuan yang betul.
Pembelajaran seharusnya juga melalui percubaan, penyelesaian masalah dan
penemuan diri. Ia berdasarkan Teori Pembelajaran Kognitif

di mana

pembelajaran dianggap sebagai satu proses yang berlaku dari dalam ke luar dan
proses pembelajaran itu adalah sama penting dengan hasil pembelajaran
berkenaan.
Gaya Arahan
Guru mengawal apa yang akan dipelajari oleh murid. Bagaimana ianya dilakukan
serta mula dan akhir sesuatu aktiviti kemahiran dalam permainan bola sepak
dan bola jaring.
Ciri-ciri Gaya Arahan

Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demontrasi


mengenai kemahiran yang akan dipelajari oleh murid

Murid berlatih mengikut apa yang didemontrasikan oleh guru

Guru memberi komen secara menyeluruh mengenai prestasi kelas

Jika perlu, guru memberi penerangan lanjut dan membuat


demontrasi seterusnya

Murid berlatih dan guru memberi tunjuk ajar kepada murid yang
memerlukan bantuan secara individu atau berkumpulan

Menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti yang sesuai


serta menilai perlakuan murid.

58

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

5.2 Penyediaan Rancangan Pengajaran


Pengenalan
Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk
menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping
meningkatkan

keyakinan

guru

untuk

mengajar

Rancangan

pengajaran

merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran untuk dilaksanakan


guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu jangka waktu yang telah
ditetapkan. Guru perlu merancang pengajarannya dengan berdasarkan kepada
Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid dan perancangan mengajar
perlulah dilakukan sebelum mengajar. Semasa merancang sesuatu pengajaran,
guru perlu membuat keputusan mengenai keperluan, matlamat dan objektif (yang
perlu dicapai dan dikuasai murid), serta motivasi dan strategi pengajaran yang
sesuai bagi mencapai objektif. Persediaan pengajaran perlu mengandungi dua
jenis maklumat: Pertama, mengenai murid dan perkara yang akan diajar; dan
kedua, catatan mengenai langkah-langkah dan aktiviti guru-murid dalam sesuatu
proses pengajaran-pembelajaran.
Perancangan penyampaian pengajaran adalah suatu keadaan di mana
guru perlu menggunakan cara-cara penyampaian pengajaran yang menarik
dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:
1.

Kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran

2.

Masa

3.

Pemeringkatan isi

4.

Pemilihan sumber dan alat

5.

Kesesuaian aktiviti dengan topik pengajaran

6.

Kualiti guru itu tersendiri

7.

Mempunyai sistem penataran (delivery system) untuk penyampaian yang

59

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

efektif

5.2.1 Rancangan Pelajaran


Buku Rekod Mengajar perlu ditulis dengan ringkas dan jelas serta mudah
difahami. Buku Rekod Mengajar adalah merupakan Buku Rekod Persediaan
Mengajar Guru. Berdasarkan maklumat Pekeliling 256 Kementerian Pendidikan
Guru - masa yang diperlukan untuk menuliskan buku rekod ini adalh pendek dan
memudahkan. Tujuan perbincangan tentang isu Buku Rekod Mengajar ini adalah
untuk:
1.

Meringankan beban tugas guru yang bertindih dengan kerja-kerja


perkeranian seperti mengisi pelbagai maklumat di dalam Buku Rekod
Mengajar, mengisi borangborang markah ujian, senarai Skim Pinjaman
Buku Teks dan catatan-catatan lain

2.

Membantu guru memberi tumpuan kepada tugas mengajar yang semakin


berkurangan.

Keputusan

tersebut

adalah

berdasarkan

keputusan

mesyuarat yang diadakan pada 31 Julai 1998 antara pihak Jemaah Nazir
Sekolah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Jabatan Pendidikan Teknikal
dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral telah memutuskan untuk
menyetujui keputusan yang dibuat pada perjumpaan dengan guru-guru
sebelum ini (18 Jun 1998) dengan beberapa pindaan.
5.2.2 Kepentingan Penulisan Rancangan Pengajaran
Persediaan mengajar mempunyai kepentingannya yang tersendiri dan
tidak boleh dipertikaikan oleh setiap orang guru. Rancangan mengajar dapat
membantu guru menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran para guru
dan murid. Melalui (penulisan) persediaan yang terancang, guru pelatih akan
dapat:

Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk mengajar.

Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran.


60

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

Mengelakkan

sebarang

penyelewengan

atau

terkeluar

daripada

perkara/aspek yang perlu diajar.

Mengingati bahan serta pendekatan pengajaran yang perlu digunakan


untuk mennyampaikan sesuatu isi pelajaran.

Membuat pertimbangan yang sesuai tentang cara menggunakan teknik


terbaik untuk menyampaikan isi pelajaran serta menilai pembelajaran
murid.

Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun, di mana setiap


aspek yang diajar dapat dikaitkan antara satu dengan lain, secara jelas.

Menyediakan aktiviti pengajaran-pembelajaran yang lebih menarik dengan


cara mengaitkan tajuk dengan isu semasa atau fenomena harian yang
biasa ditemui atau dilakukan murid semasa diluar bilik darjah.

Menilai secara objektif kemampuan mereka untuk merancang dan menulis


sesuatu aktiviti pengajaran dengan berkesan (refleksi kendiri), seterusnya
mengambil langkah positif ke arah mengatasi sebarang kelemahan.

Merancang aktiviti untuk membantu murid mengubah sikap, kebiasaan,


kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.

Masa pengajaran digunakan secara optimum melalui strategi yang lebih


tersusun dan bersistematik.

Menghadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu yang
diperuntukkan supaya segala objektif pengajaran dapat dicapai dengan
berkesan.

5.2.3 RANCANGAN TAHUNAN, SEMESTER DAN MINGGUAN


Perancangan yang rapi perlu dirancang bagi membolehkan guru
menggunakan sumber dan kemudahan secara optimum dan berkesan.
Perancangan yang rapi membolehkan para guru menjalankan tugas dengan balk
dan memastikan sukatan yang disediakan diberi perhatian yang serius dan
berjalan seperti dirancang serta mencapai matlamat.

61

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

Di antara perkara utama yang menjelaskan mengapa perancangan diperlukan


seperti berikut: Graham (1992);
1.

Jumlah Masa Mengajar yang Terhad


Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kelly (1989) didapati bahawa 39
minit diperlukan untuk mengajar sesuatu objektif. Adalah tidak wajar
sekiranya mempunyai lebih dari satu objektif dirancang untuk satu waktu
pendidikan jasmani

2.

Persekitaran Pengajaran
Saiz kelas, peralatan dan kemudahan adalah faktor - faktor yang perlu
diberi perhatian untuk memastikan kejayaan kelas pendidikan kesihatan.
Perancangan yang teliti perlu dilakukan apabila melibatkan saiz kelas yang
besar, sekiranya ia melibatkan peralatan, masa dan kemudahan.
Pengagihan masa bagi setiap aktiviti juga perlu di rancang.

3.

Latar Belakang Guru


Keupayaan guru mengajar itu penting untuk menjayakan pengajaran. Para
pengajar perlulah individu yang terlatih kerana mereka tahu apa yang
terbaik untuk perlajar.Dalam soal ini minat dan sikap guru itu sendiri adalah
penting.

4.

Latar Belakang Pelajar


Para

pelajar

terdiri

dari

pelbagai

latarbelakang

dan

memerlukan

perancangan pengajaran yang sesuai untuk menarik minat mereka.


Perancang pelajaran perlulah mengikut tahap kemahiran dan pengetahuan
para pelajar untuk mengelakkan rasa bosan dan rendah diri. Jadi
perancangan yang teliti adalah perlu untuk mengatasi masalah ini.
5.2.3.1

Rancangan Pelajaran Tahunan

Format /Isi Kandungan ;

62

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

i.

Tajuk

ii.

Objektif/Kemahiran

iii.

Bilangan Minggu

iv.

Catatan

v.

Rancangan Pelajaran Tahunan disediakan mengikut kesesuaian


pelajar dan keadaan persekolahan semasa.

vi.

Boleh digunakan untuk tahun-tahun yang berikutnya

vii.

Unsur STRUM dan KBKK dimasukkan di bawah lajur Objektif

vii.

Pelajaran/Kemahiran.

Rancangan kerja merupakan satu program yang terdiri daripada topik-topik dalam
sukatan pelajaran yang disusun untuk setahun. Rancangan kerja disediakan
pada awal tahun sebelum tahun akademik bermula. Kepentingan Rancangan
kerja ialah ia membolehkan guru merancang dan bersedia untuk mengajar
pelajarnya dengan terancang dan teratur.
Format rancangan kerja tahunan adalah seperti dalam jadual berikut:

Rancangan Pelajaran Semester / Tahunan

63

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

5.2.3.2

Rancangan Pelajaran Mingguan

Format /Isi Kandungan


Rancangan mingguan diselaraskan untuk semua mata pelajaran. Format
penulisan rancangan mingguan berbeza-beza mengikut mata pelajaran dan
mengikut negeri tertentu. Format yang dipersetujui adalah seperti yang berikut:
i.

Mata pelajaran

ii.

Tingkatan/Tahun

iii.

Rancangan Minggu Ini

iv.

Pendidikan Jasmani

v.

Tahun 3 Biru

vi.

Tajuk Konsep/Kemahiran:

vii.

Hasil Pembelajaran yang dihasratkan:

Rancangan Kerja Mingguan merupakan perincian rancangan yang dibentuk


daripada

rancangan

kerja

semester.

Ia

mempunyai

rancangan

yang

mengandungi pernyataan objektif yang hendak dicapai dalam satu minggu.


Format rancangan kerja mingguan adalah seperti berikut:

Contoh Rancangan Latihan Tahunan, Mingguan dan Harian

64

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

5.2.3.3

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

Rancangan Kerja Mingguan merupakan perincian rancangan yang


dibentuk daripada rancangan kerja semester. Ia mempunyai rancangan yang
mengandungi pernyataan objektif yang hendak dicapai dalam satu minggu.
Rancangan Kerja Harian adalah merupakan rancangan kerja minggguan yang
dibahagikan secara terperinci mengikut harian. Berdasarkan rancangan kerja
mingguan, guru perlu menyediakan rancangan kerja harian, yang juga dikenali
sebagai Persediaan Mengajar. Rancangan kerja harian merupakan susunan
perancangan aktiviti dan tindakan yang akan dilaksanakan guru.

65

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

Persediaan mengajar dengan bantuan bahan dan peralatan yang sesuai, dalam
proses penyampaian sesuatu unit pelajaran. Persediaan mengajar merupakan
rancangan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh guru dan murid dalam satu
atau dua waktu pengajaran. Dalam penulisan persediaan mengajar, guru perlu
menggunakan strategi tertentu untuk mencapai objektif pengajaran. Segala
aktiviti guru murid yang dicadangkan hendaklah dinyatakan dalam bentuk yang
mudah dicerap. Ia akan mengandungi butiran seperti berikut:
(a)

kemahiran yang hendak dikuasai

(b)

catatan isi pelajaran

(c)

aktiviti pengajaran dan pembelajaran

(d)

alat/bahan/catatan

Penyediaan Rancangan Mengajar Harian


Persediaan rancangan harian mengajar merujuk kepada satu perancangan
yang terdiri daripada langkah-langkah pengajaran yang akan dilaksanakan oleh
guru dalam bilik darjah. Ia terdiri daripada:
(a)

Butiran am

(b)

Tajuk pelajaran

(c)

Objektif

(d)

Kemahiran

(e)

Bahan bantu mengajar

(f)

Pengetahuan sedia ada

(g)

Penerapan ilmu

(h)

Penerapan nilai

(i)

Set induksi

(j)

Teknik Mengajar

(k)

Langkah perkembangan

(l)

Penutup

(m)

Tindakan susulan

Penulisan RPH Lengkap

66

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

Persediaan mengajar hendaklah dibuat berdasarkan Sukatan Pelajaran,


dengan cara mengubahsuaikannya kepada unit pengajaran. Semasa merancang
sesuatu pengajaran, guru perlu memikirkan perkara berikut:

Apakah perkara yang perlu dipelajari murid? (Kemahiran, fakta, konsep,


sikap, nilai, dan sebagainya; di mana melibatkan aspek kognitif,
psikomotor dan afektif).

Apakah yang perlu dipelajari atau dicapai murid? (Merangkumi objektif


pengajaran).

Apakah urutan yang paling sesuai untuk tajuk dan tugasan yang
dirancang?

Apakah kaedah penyampaian yang paling sesuai digunakan supaya


objektif pengajaran tercapai dengan mudah dan berkesan?

Bagaimanakah cara terbaik untuk menilai pengajaran (guru) dan


pembelajaran (murid)?

Setiap persediaan mengajar perlu mengandungi tiga komponen utama:


(i)

Objektif pengajaran (yang perlu dicapai murid);

(ii)

Isi pelajaran (termasuk konsep, prinsip, fakta dan sebagainya);

(iii)

Aktiviti guru dan murid.


Perkaitan antara: Objektif - Isi Pelajaran - Aktiviti, perlu dinyatakan dengan

jelas. Keadaan ini disebabkan oleh di dalam konteks ini, objektif diibaratkan
sebagai suatu soalan dan jawapannya akan diberikan oleh isi pelajaran
(misalnya, murid perlu mempelajari). Aktiviti (guru-murid) mencadangkan
bagaimana atau apakah langkah/tindakan (kaedah) yang perlu diambil (atau
digunakan) bagi menjawab persoalan yang dikemukakan.
Keperibadian guru juga merupakan satu kaedah pengajaran yang perlu
ditekankan. Perawakan, cara pertuturan, nada suara, bahasa atau gerak isyarat,
memainkan peranan penting untuk menarik dan mengekalkan minat murid di
sepanjang proses penyampaian.

67

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

Pertuturan yang terlalu cepat atau tidak jelas, penggunaan bahasa yang
tidak sesuai dengan tahap murid akan menjadikan pembelajaran menjadi
semakin tidak diminati oleh murid.
Bahagian penyampaian sesuatu pelajaran mengandungi lima komponen penting:

i.

i.

Isi pelajaran,

ii.

Kefahaman,

iii.

Kemahiran,

iv.

Aktiviti guru/murid, dan

iv.

Catatan.

Isi Pelajaran
Isi pelajaran merangkumi segala konsep, prinsip, fakta atau yang perlu

disampaikan dalam sesuatu pengajaran. Penjelasan isi pelajaran oleh guru perlu
dijelaskan dan guru juga perlu menyatakan segala isi pelajaran yang akan
disampaikan dan selaras dengan objektif pengajaran. Isi pelajaran yang
disediakan perlu sesuai dengan tajuk dan disusun mengikut tertib perkembangan
pelajaran.
ii.

Kefahaman
Aspek kefahaman melibatkan domain kognitif dan afektif. Kefahaman

melibatkan aspek celik akal yang diperolehi pelajar mengenai tajuk yang
dipelajari di sepanjang proses pengajaran-pembelajaran. Berbeza dengan objektif
pengajaran, kefahaman memberi tumpuan kepada aspek dalaman. Aspek
kefahaman yang ditulis hendaklah selaras dengan objektif pengajaran.
iii.

Kemahiran
Kemahiran melibatkan kebolehan murid untuk melakukan sesuatu dengan

menggunakan teknik yang betul dan selamat. Ia melibatkan domain psikomotor.


Aspek kemahiran yang ditulis hendaklah selaras dengan objektif pengajaran.

68

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

iv.

Aktiviti Guru / Murid


Aktiviti guru/murid melibatkan sebarang aktiviti yang dilakukan oleh

guru/murid (sama ada berbentuk hands-on atau minds-on) disepanjang proses


pengajaran-pembelajaran, demi mencapai objektif pengajaran. Aktiviti yang
dirancang perlu melibatkan murid secara aktif bagi membolehkan mereka
memperolehi pengetahuan dan kemahiran mengenai tajuk.
Elakkan daripada menulis aktiviti yang berpusatkan kepada guru.
Kesemua aktiviti guru dan murid perlu dirancang dengan kemas dan tersusun,
mengikut urutan objektif dan isi pelajaran.
v.

Catatan
Para guru boleh menggunakan bahagian ini untuk menulis aspek afektif

(misalnya nilai murni), aspek kemahiran saintifik, kemahiran berfikir, bentuk


penglibatan pelajar, penggunaan bahan bantu mengajar, peruntukan masa bagi
setiap aktiviti, dan sebagainya di sepanjang proses pengajaran-pembelajaran.
Bahagian ini merupakan bahagian yang buat catatan merangkumi sebarang
ulasan yang dibuat terhadap isi pelajaran, kefahaman/kemahiran, atau aktiviti
guru/murid atau yang berkaitan dengan strategi pengajaran yang akan
dilaksanakan.
5.2.3.4

RUMUSAN

Kepentingan persediaan mengajar tidak boleh dipertikaikan bagi setiap


orang guru. Persediaan pengajaran dapat meningkatkan keyakinan guru untuk
mengajar, di samping dapat membantu guru menilai pembelajaran murid di akhir
pengajaran dengan lebih berkesan. Melalui penulisan persediaan mengajar,
kompetensi dan komitmen guru dapat dinilai dan seterusnya dapat membimbing
guru ke arah melahirkan guru yang profesional.
Guru perlu merancang pengajarannya, dengan mengambilkira segala aspek yang
berkaitan iaitu objektif, pengetahuan sedia, bahan (isi pelajaran dan peralatan),
69

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

dan aktiviti - yang sesuai dengan tajuk yang akan diajar serta latar belakang
murid. Segala pengetahuan, kemahiran serta nilai yang perlu dikuasai dan diterap
kepada murid perlu digariskan terlebih dahulu dengan jelas, pada peringkat awal
perancangan. Semasa merancang pengajaran, guru perlu memberi tumpuan
kepada aktiviti yang akan dijalankan murid, bagi memberi perluang kepada
mereka memperolehi pengetahuan dan kemahiran, melalui pengalaman sebenar,
secara hands-on dan minds-on. Aktiviti pengajaran dan pembelajran yang
dicadang

hendaklah

mempunyai

perkaitan

jelas

dengan

setiap

objektif

pengajaran dan isi pelajaran, berasaskan pengetahuan sedia ada murid. Bagi
membantu murid mempelajari sesuatu konsep dengan mudah dan berkesan,
guru perlu menggunakan bahan bantu pengajaran yang sesuai. Guru perlu
menilai pembelajaran murid, sama ada secara langsung atau tidak langsung, di
sepanjang proses pengajaran. Melalui penilaian yang konsisten dan berterusan,
guru dapat mengesan sebarang masalah pembelajaran yang dihadapi murid,
seterusnya mengambil tindakan segera untuk mengatasinya. Di samping menilai
pemahaman murid, guru perlu menganalisis dan menilai keberkesanan
perancangan dan pengajarannya (iaitu, refleksi kendiri), sebaik sahaja sesuatu
pengajaran tamat.
5.3

Pengajaran Mikro
Prinsip dan teknik pengajaran yang perlu dikuasai untuk melaksanakan

sesuatu proses pengajaran di dalam kelas. Antara lain, pengajaran yang perlu
dikuasai untuk melaksanakan sesuatu proses pengajaran di dalam kelas. Antara
lain, pelajar akan didedahkan dan dibimbing untuk menyediakan perancangan
pengajaran, pelaksanaan, pengenalan, perkembangan dan penutup pengajaran,
pelbagai teknik penyampaian, penyoalan dan penilaian perkembangan murid,
penggunaan papan tulis dan alat bantu Pengajaran Mikro memberi peluang
kepada bakal-bakal guru untuk mengaplikasikan mengajar serta komunikasi di
dalam kelas. Bakal guru akan diminta melaksanakan pengajaran yang telah
disediakan untuk sekumpulan 'murid' yang terdiri dari rakan sekuliah.

70

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

5.3.1 Penulisan Hasil Pembelajaran (Objektif Pengajaran)


Objektif pengajaran adalah pengetahuan dan kemahiran yang perlu
dicapai atau dikuasai murid selepas sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran.
Ia merupakan komponen terpenting bagi sesuatu rancangan pengajaran. Objektif
pengajaran adalah merupakan asas pemilihan bahan dan peralatan pengajaran,
pengetahuan asas berkaitan yang diperlukan (iaitu, pengetahuan sedia ada), isi
pelajaran (pernyataan, fakta, konsep, prinsip, dan sebagainya); disamping
mencadangkan aktiviti guru/murid yang sesuai dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pernyataan objektif pengajaran hendaklah ditulis berasaskan
kepada:
i.

Hasil yang akan diperolehi murid (iaitu, pemusatan kepadamurid);

ii.

Prestasi atau tingkahlaku murid yang boleh dilihat atau diukur, selepas
mengikuti sesuatu sesi pengajaran;

iii.

Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkahlaku.

Objektif pengajaran hendaklah melibatkan:


i.

Perkara yang masih belum dikuasai oleh murid

ii.

Masa objektif tersebut hendak dicapai (misalnya, di akhir pengajaran)

iii.

Kesinambungan dengan pengalaman pelajaran terdahulu

iv.

Maklumat yang dapat menunjukkan sesuatu yang dikehendaki, dinyatakan


dengan jelas.

Pemilihan objektif pengajaran yang dipilih hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut:

mudah (untuk dicapai murid);

sesuai (dari segi tahap pencapaian murid dan peruntukan masa);

realistik (boleh atau mampu untuk dilaksanakan);


71

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

jelas (dari segi maksud, dengan menggunakan laras bahasa yang betul);

tepat (berkaitan dengan apa yang dikehendaki); serta

disusun (mengikut urutan yang betul atau sesuai, daripada yang mudah
kepada yang sukar).

5.3.2 Pemilihan dan Penulisan Isi Pelajaran


Untuk melaksanakan pengajaran pendidikan kesihatan di sekolah, satu
perancangan

yang

yang

rapi

perlu

diadakan.

Perancangan

yang

rapi

membolehkan guru menggunakan sumber dan kemudahan yang sedia ada dan
berada di dalam keadaan yang baik.
Perancangan yang baik dapat memberi hala tuju kepada guru untuk menjalankan
tugas dengan baik disamping berupaya mempastikan sukatan pelajaran yang
disediakan mendapat perhatian yang serius di kalangan murid-murid. Berikut
adalah beberapa faktor-faktor utama yang diperlukan untuk membuat suatu
perancangan yang rapi seperti yang dicadangkan oleh Graham (1992):
i.

Jumlah Masa Pengajaran yang Terhad


Kementerian

Pendidikan

Malaysia

telah

membuat

keputusan

menambahkan satu masa kepada waktu pendidikan kesihatan untuk Tahap satu
menjadi Tiga Waktu manakala mengekalkan dua waktu untuk Tahap ll.
ii.

. Persekitaran Pengajaran
Faktor-faktor lain yang mempengaruhi perancangan ialah saiz kelas,

peralatan dan kemudahan. Semua faktor tersebut perlu diberi perhatian untuk
memastikan kejayaan kelas pendidikan jasmani. Jika saiz kelas itu besar, maka
masalah kekurangan peralatan dan kemudahan mungkin timbul. Oleh itu,
perancangan diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut.
iv.

Latar Belakang Guru

72

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

Kejayaan program pendidikan jasmani bergantung kepada tenaga


pengajarnya.

Keupayaan

guru

mengajar

itu

penting

untuk

menjayakan

pengajaran.

v.

Latar Belakang Pelajar


Perbezaan di kalangan pelajar itulah yang memerlukan perancangan.

Pelajaran yang dirancang tidak seharusnya terlampau susah untuk golongan


yang kurang mahir sehingga mereka hilang minat untuk melakukan aktiviti yang
dirancang.

SEMAK KEFAHAMAN :
1.

Nyatakan maksud kaedah pengajaran.

2.

Apakah teknik pengajaran?

3.

Nyatakan prinsip-prinsip dalam pengajaran mikro.

73

You might also like