You are on page 1of 2

Refleksi

Mohd Nur Salam Bin Saipin

Pertama sekali, saya bersyukur kepada Allah yang Maha Esa kerana dengan limpah dan
kurniaNya kami yang mengambil elektif teras Kursus Keusahawanan dapat menyempurnakan
kesemuya tugasan yang diberikan kepada kami ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami, iaitu Dr. Fadhilah kerana sentiasa
memberikan sokongan dan bimbingan yang padu dalam menyempurnakan tugasan yang
diberikan kepada kami. Beliau juga sering membantu kami jika kami mempunyai kesukaran
dalam menyempurnakan tugasan yang telah diberikan kepada kami. Seterusnya, saya juga
ingin berterima kasih kepada ibu bapa saya kerana telah memberikan segala jenis sokongan
dari segi masa mahupun kewangan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan kerana mereka
sentiasa menghulurkan bantuan apabila saya memerlukannya.

Tugasan pada kali ini juga dapat memberikan saya dan rakan-rakan saya banyak pengalaman
yang baharu. Hal ini kerana kami telah diminta untuk membuat festival usahawan guru. Pada
mulanya, saya berasa kurang yakin bahawa festival yang kami jalankan ini akan dapat
dijalankan dengan sempurna. Saya berasa seperti itu kerana, kami semua kekurangan
pengalaman dalam bidang perniagaan. Namun apabila kami telah melaksanakan festival
tersebut dengan jayanya, saya berasa sangat bangga dan gembira. Kami telah berjaya
melaksanakan festival tersebut dengan jayanya dan kami mendapat sambutan yang positif
daripada pelajar IPGKBM.

Selain daripada itu, tugasan ini juga telah memberi ilmu yang baharu kepada saya. Hal ini
demikiran kerana, sebelum ini saya bel;um pernah lagi berniaga ataupun menguruskan
program festival keusahawanan. Kursus keusahawanan ini telah memberi saya ilmu serba
sedikit tentang dunia perniagaan. Di mana saya perlu membuat analisis sesuatu produk
sesuai dengan permintaan pasaran dan juga cara menguruskan modal sesuatu perniagaan.

Sebagai tambahan, hasil daripada festival ini dan juga kursus keusahawanan ini, ia juga dapat
mematangkan pemikiran saya. Sebelum ini saya beranggapan bahawa, seseorang guru itu
tidak perlu mempunyai ilmu tentang perniagaan. Hal ini kerana saya berpendapat bahawa
seorang guru itu tugasnya hanyalah mengajar dan bukannya berniaga. Namun demikian,
permikira saya tentang perkara tersebut berubah sama sekali, setelah saya mengalaminya
sendiri. Saya beranggapan bahawa seseorang guru itu boleh berniaga secara sambilan untuk
mencari wang lebihan. Seseorang insan itu terbina tidak hanya dengan satu pekerjaan tetapi
juga boleh bekerja dengan 2 hingga 3 pekerjaan pada satu-satu masa. Perkara ini akan
menjadikan seseorang itu lebih berdisiplin dan juga menghargai masa yang ada.
Seterusnya, Karnival UGFEST ini juga telah mengajar kami erti sebenar kerjasama dalam
kmpulan. Hal ini kerana tanpa kerjasama yang baik denganm rakan-rakan sekumpulan, kami
tidak akan berjaya melaksanakan karnival ini dengan baik. Saya dan rakan-rakan walaupun
dalam kesibukan praktiukum, kami semua sentiasa berkomunikasi dengan pelbagai medium
untuk memastikan perancangan dan pelaksanaan program UGFEST ini berjalan dengan
lancara dan jayanya.

Kami juga telah bermesyuarat beberapa kali untuk melihat sejauh manakan perkembangan
persediaan UGFEST pada kali ini. Saya dan rakan seniaga saya juga telah bekerjasama
dengan baik ketika menyediakan persiapan untuk barang niagaan kami. Kerjasama yang baik
ini telah berjaya memungut keuntungan hasil daripada jualan produk kami.

Sebagai satu kesimpulan. Karnival UGFEST ini mempunyai banyak manfaatnya kepada saya
dan rakan-rakan. Hal ini terbukti apabila setiap daripada kami berasa sungguh gembira dan
bangga apabila telah berjaya melengkapkan dan menjayakan karnival UGFEST ini.

You might also like