You are on page 1of 37

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pengenalan

Kanakasabai Subburathinam yang dilahirkan pada April 29, 1891, yang dikenali sebagai
Bharathidasan adalah seorang penyair Tamil abad ke-20. Beliau seorang rasionalis terhadap
kerja-kerja yang dikendalikan dan kebanyakannya isu-isu sosio-politik berkaitan sastera. Tulisantulisannya berkhidmat sebagai pemangkin untuk pertumbuhan gerakan Dravidia di Tamil Nadu.
Selain puisi, pandangan beliau mendapat ungkapan di dalam bentuk-bentuk lain seperti drama,
skrip filem, cerpen dan esei. Beliau telah dibimbing oleh Mahakavi Subramanya Bharathiyar dan
selepasnya dia memanggil dirinya "Bharathidasan".

1.2

Pernyataan Masalah

Kualiti pendidikan yang diperolehi oleh pelajar-pelajar di sekolah banyak


bergantung kepada kualiti pengajaran guru. Pelajar-pelajar di sekolah akan memperolehi
pendidikan yang lebih baik jika diajar oleh guru-guru yang bertindak sebagai pendidik
dan memahami kaedah-kaedah pendekatan pembelajaran yang berkesan. Di dalam usaha
sekolah untuk mengadakan perancangan yang lebih baik dan pengurusan yang teratur
1

bagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas hanya akan memperolehi faedah
yang sedikit sekiranya guru-guru tidak mempunyai kemahiran dan bersikap negatif
seperti bertindak hanya menyampaikan fakta dan pemberi tugas semata-mata. Ini amat
bertentangan dengan corak pengajaran konstruktivime di mana guru berperanan sebagai
pembimbing dan pemudah cara kepada pelajar bagi menyelesaikan sesuatu pemasalahan.
Dalam erti kata lain, guru bertanggungjawab membimbing dan membantu pelajar
mempelajari sesuatu pelajaran yang bermakna dengan melibatkan pelajar secara aktif
dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, kajian ini ingin mencari jawapan
mengenai pendekatan secara konstruktivisme di kalangan guru-guru bahasa Tamil semasa
proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran bahasa Tamil dari sudut
pemahaman dan pengaplikasian pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme,
keadaan pelajar-pelajar bahasa Tamil yang telah terlibat dengan pendekatan
konstruktivisme dari segi kefahaman dan keaktifan di dalam kelas dan permasalahan
yang dihadapi oleh guru-guru bahasa Tamil dalam menjalankan pendekatan pembelajaran
secara konstruktivisme.

1.3

Objektif Kajian

Kajian Pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran bahasa


Tamil di sekolah menengah di daerah Kuala Muda mempunyai beberapa objektif yang
penting. Antaranya ialah;

i) Mengenal pasti sama ada guru-guru bahasa Tamil memahami dan mengaplikasikan

pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme bagi mata pengajaran bahasa Tamil


dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah menengah daerah
Kuala Muda negeri Kedah.
ii) Mengenal pasti persepsi dan sikap pelajar bahasa Tamil di sekolah-sekolah
menengah daerah Kuala Muda negeri Kedah terhadap pembelajaran bahasa Tamil
melalui pendekatan konstruktivisme.
iii) Mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru bahasa Tamil di
sekolah-sekolah menengah daerah Kuala Muda negeri Kedah dalam melaksanakan
pendekatan pembelajaran konstruktivisme dalam pengajaran bahasa Tamil
1.4

Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan maklumat-maklumat seperti


berikut;
i)

Memberi gambaran sebenar tentang pendekatan secara konstruktivisme


dalam kalangan guru-guru bahasa Tamil dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa Tamil.

ii) Mengetahui sejauh mana tahap persepsi dan sikap pelajar terhadap
pembelajaran bahasa Tamil yang telah dikenakan dengan pendekatan
konstruktivisme dari segi kefahaman dan keaktifan dalam mata pelajaran
bahasa Tamil.
iii) Membantu guru-guru mata pelajaran bahasa Tamil mengenal pasti
masalah yang dihadapi semasa menjalankan pembelajaran secara
konstruktivisme dan mencari jalan penyelesaian bagi permasalah tersebut.

iv) Membantu guru-guru mata pelajaran bahasa Tamil dan pihak sekolah
untuk menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menekankan pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme di dalam
kelas.
v) Hasil kajian ini diharapkan dapat menyedarkan para guru yang mengajar
mata

pelajaran

bahasa

Tamil

supaya

mengaplikasikan

amalan

konstruktivisme di dalam aktiviti pengajaran para guru serta dapat


membuat penambahbaikan dalam proses pengajaran bahasa Tamil.

1.5

Bidang Kajian

Pendidikan Tamil merupakan bidang bagi kajian ini. Pemahaman terhadap isi
kandungan bahasa Tamil dapat membantu pelajar dalam pengamalan nilai-nilai moral
serta meningkatkan disiplin pelajar dalam aktiviti seharian. Unsur-unsur bahasa Tamil
boleh dianggap sebagai bahan bacaan hiburan dan pengetahuan bagi meningkatkan
pengalaman interaksi antara manusia melalui penghayatan budaya dan sistem sosial
masyarakat tempatan. Selain itu dengan menggunakan pendekatan atau kaedah
konstruktivisme dalam pengajaran bahasa Tamil bukan hanya dapat menarik minat pelajar

terhadap bahasa Tamil tetapi mendorong mereka berfikir secara kritis dan kreatif.
Keadaan ini memberi peluang kepada seorang pengkaji untuk membuat penyelidikan
tentang pendidikan bahasa Tamil secara keseluruhan. Dalam kajian ini, pengkaji
menumpukan perhatian terhadap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam proses
pengajaran bahasa Tamil di sekolah menengah.

1.6

Pemilihan Bidang Kajian

Bidang kajian ini telah dipilih atas beberapa sebab yang tersendiri. Antara sebab
utama adalah untuk mengenalpasti pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam proses
pengajaran bahasa Tamil di sekolah menengah. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah
sehingga kini kurang ada kajian yang mengkaji proses pengajaran bahasa Tamil di
peringkat sekolah menengah. Kajian berkaitan pendekatan guru dalam pengajaran bahasa
Tamil bagi mereka mencapai objektif pengajaran juga tidak dijalankan. Oleh yang
demikain, dalam kajian ini pengkaji berhasrat membuat penyelidikan berkaitan
pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran bahasa Tamil. Kajian
seperti ini adalah amat perlu untuk mengetahui sejauh mana kandungan bahasa Tamil
yang terkandung dalam sukatan dan buku teks mata pelajaran bahasa Tamil sekolah
menengah dapat menarik minat pelajar. Selain itu kajian seperti ini dapat memberi
gambaran bagaimana masalah yang dihadapi oleh guru dalam proses pengajaran bahasa
Tamil dapat memberi satu impak terhadap pengajaran dan pencapaian bahasa Tamil.

1.7

Latar Belakang Kajian

Kualiti pendidikan yang diperolehi oleh pelajar-pelajar di sekolah banyak


bergantung kepada kualiti pengajaran guru itu sendiri. Pelajar-pelajar di sekolah akan
memperolehi pendidikan yang lebih baik jika diajar oleh guru-guru yang bertindak
sebagai pendidik dan memahami kaedah-kaedah pendekatan pembelajaran yang
berkesan. Di dalam usaha sekolah untuk mengadakan perancangan yang lebih baik dan

pengurusan yang teratur bagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas hanya
akan memperolehi faedah yang sedikit sekiranya guru-guru tidak mempunyai kemahiran
dan bersikap negatif seperti bertindak hanya menyampaikan fakta dan pemberi tugas
semata-mata. Ini amat bertentangan dengan corak pengajaran konstruktivime di mana
guru berperanan sebagai pembimbing dan pemudah cara kepada pelajar bagi
menyelesaikan sesuatu pemasalahan. Dalam erti kata lain, guru bertanggungjawab
membimbing dan membantu pelajar mempelajari sesuatu pelajaran yang bermakna
dengan melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian,
kajian ini ingin mencari jawapan di kalangan guru-guru bahasa Tamil sekolah menengah
semasa proses pengajaran bahasa Tamil dari sudut pemahaman dan pelaksanaa
pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme dan permasalahan yang dihadapi oleh
guru-guru bahasa Tamil dalam menjalankan pendekatan pembelajaran secara
konstruktivisme.

Bahasa Tamil seringkali dikaitkan sebagai salah satu mata pelajaran yang sukar
dan membosankan bagi segelintir pelajar khususnya yang tidak berminat terhadap
pembelajaran bahasa Tamil. Walau bagaimanapun pelbagai pendekatan telah digunakan
kini di dalam proses pengajaran mata pelajaran bahasa Tamil oleh guru-guru demi
menarik minat dan perhatian serta mengubah tanggapan pelajar tehadap mata pelajaran
tersebut. Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk mendapatkan maklum balas daripada
guru-guru bahasa Tamil yang mengajar di sekolah-sekolah menengah daerah Kuala Muda
negeri Kedah tentang pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi mata pelajaran bahasa Tamil. Selain itu persepsi dan sikap pelajar-

pelajar terhadap pendekatan konstruktivisme dalam pembelajaran mata pelajaran bahasa


Tamil juga akan dikaji.

1.8

Kajian-Kajian Terdahulu

Terdapat beberapa kajian yang pernah dilakukan oleh pengaji-pengaji tempatam


mahupun luar negara berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
teori konstruktivisme,. Pada masa yang sama, terdapat juga kajian-kajian yang
melibatkan pendidikan Tamil dan sekolah-sekolah Tamil di Malaysia.

Rama Subbiah (1959) melalui artikalnya yang bertajuk Pendidikan Tamil Di


Malaya dalam Jurnal Tamil Oli, membincangkan tahap awal pendidikan Tamil di Tanah
Melayu. Sejarah perkembangan pendidikan Tamil dan cabaran-cabaran yang pernah
dihadapi olehnya dinyatakan dalam tulisan beliau. Kesan pendidikan Inggeris di Tanah
Melayu ke atas pendidikan Tamil turut dibincangkan dalam artikalnya. Pendidikan Tamil
pada peringkat awal dan sikap pihak pemerintah terhadap pendidikan Tamil pada
peringkat awal dapat dibincangkan dengan jelas.

Thandayutham, R. (1983) dalam bukunya membincangkan tentang Pendidikan


Tamil di Malaysia. Beliau membincangkan tentang sejarah perkembangan pendidikan
Tamil di Malaysia dan cabaran-cabaran yang dihadapi olehnya serta peranan-peranan
yang dimainkan oleh pelbagai pihak yang berjuang untuk terus mengekalkan pendidikan
Tamil di Malaysia. Menurut beliau, pendidikan Tamil di Malaysia berkembang dengan

usaha dan peranan badan bukan kerajaan pada masa itu seperti persatuan Mubaligh
Kristian. Namun ia kurang mendapat perhatian daripada pihak kerajaan. Hal ini
mengakibatkan kualiti dan taraf pendidikan Tamil masih pada tahap yang kurang
memuaskan pada ketika itu.

Kumaran, S. (2001) dalam penyelidikan yang bertajuk Tamil Education In


Malaysia: Challenges In The Globalisastion Era menyatakan persaingan pendidikan
Tamil dalam perkembangan dunia globalisasi. Kertas yang dibentangkan dalam The
International Conference on Malaysia and Globalisation memberitahu kemasukan
orang-orang India secara besar-besaran ke Tanah Melayu antara tahun 1880-1920 telah
menggambarkan satu evolusi baru bagi penduduk India di sini. Orang-orang India ini,
hanya diberikan kemudahan asas oleh pihak majikan mereka. Peluang pendidikan kepada
anak-anak mereka langsung tidak diambil kira oleh majikan. Beliau juga mengaitkan
pelbagai masalah pendidikan yang dihadapi oleh sekolah Tamil bermula daripada
pendidikan Tamil pada peringkat awal sehingga kini.

Kuppusamy, C.V. (1967) dalam judulnya Tamil Education In Malaysia dan


Arasanayagi, M. (1969) dalam kajian bertajuk dan The Development of Tamil
Vernacular Education in The Federated Malay States 1900-1941 telah membincangkan
tentang perkembangan pendidikan Tamil di Tanah Melayu. Mengikut kandungan kajian
mereka, pekerja-pekerja India yang tinggal bertaburan di merata tempat telah memberi
kesan kepada kewujudan sekolah-sekolah Tamil yang banyak di Tanah Melayu.
Kekurangan pelajar telah menyukarkan sekolah-sekolah ini untuk terus beroperasi. Oleh

yang demikian, pihak British mengambil langkah wajar untuk menjadikan mata pelajaran
Bahasa Tamil sebagai salah satu subjek kepada murid-murid Tamil di sekolah-sekolah
bukan berhaluan Tamil.

Marimuthu, R. (1995) pernah mengkaji Sejarah Perkembangan SekolahSekolah Tamil; Di Daerah Hilir Perak. Beliau mengkaji tentang kedatangan masyarakat
India ke Tanah Melayu dan pembukaan sekolah-sekolah aliran Tamil di Tanah Melayu.
Di samping itu, beliau turut membincangkan peranan sekolah Tamil terhadap kaum India
di Malaysia dan masalah-masalah yang dihadapinya. Hubungan latar belakang keluarga
India dengan aspirasi pekerjaan dan pendidikan turut dibincangkan.

Jaya Singam (1992) dalam kajian Sekolah Tamil: Satu Kajian Masalah Dan
Masa Depan membincangkan keadaan sebenar sekolah-sekolah Tamil di Malaysia.
Masalah-masalah infrastruktur, masalah perkhidmatan perguruan, kemudahan alat
bantuan mengajar, keciciran dan prestasi murid-murid dari aliran sekolah Tamil turut
dibincangkan dalam kajiannya. Secara ringkas boleh dikatakan beliau memberi tumpuan
terhadap perkembangan sekolah-sekolah Tamil di Malaysia secara terperinci.

Selvarani, A. (2000) dalam kajiannya Masalah Pendidikan Kaum India Di


Sekolah-Sekolah Tamil: Kajian Kes Di Alor Semodom, Alor Setar, Kedah telah
memfokuskan masalah pendidikan yang dialami oleh kaum India. Beliau memberi
tumpuan terhadap keputusan UPSR bagi mengkaji prestasi murid-murid sekolah Tamil.

Masalah-masalah yang dianggap mempengaruhi pelajaran murid-murid sekolah Tamil


turut dibincang dalam kajian ini.

Merasu Nedumaran (1994) dalam kertas kerjanya yang bertajuk Kedudukan


Sajak Dalam Mata Pelajaran Bahasa Tamil Sekolah Menegah di Malaysia
menyarankan beberapa teknik mengajar sajak iaitu sajak perlu dinyayikan atau perlu
dideklamasikan seperti lagu dengan nada,irama dan intonasi yang betul. Beliau percaya
dengan cara ini, proses pengajaran sajak boleh menarik minat pelajar dan pembelajaran
boleh berjalan dengan lancar. Munurut beliau dalam proses ini, kefahaman terhadap
maksud sajak yang diajar tidak begitu diutamakan. Tambah lagi, munurut beliau,
pengajaran juga perlu bertumpu kepada penikmatan dan penghayatan pelajar terhadap
sajak dipelajari. Justeru, guru perlu mewujudkan situasi yang boleh menimbulkan
penikmatan dan penghayatan terhadap sajak yang diajar. Pengajaran juga perlu bertumpu
pada pemahaman sajak secara menyeluruh dan pelajar dapat memastikan bahawa mereka
telah memahami maksud sajak yang mereka belajar. Akhir sekali diikuti dengan soalansoalan latihan yang berkaitan sajak yang dipelajari. Beliau juga mencadangkan, dalam
pemilihan sajak, guru-guru perlu memberi penekanan yang wajar terhadap elemaneleman seperti aspek perasaan (emosi) aspek imeginasi dan maksud tersirat.

Sundee@Santhi (2005) dalam kajian tentang Keberkasanan Pengajaran Sajak


Bahasa Tamil dengan menggunakan pendekatan Skema kepada pelajar-pelajar
Tingkatan Empat menyatakan, para pelajar lebih berminat dan dapat menjawab soalan
sajak dengan betul dan releven. Menurut beliau pengajaran dengan menggunakan teori

10

skema lebih berkesan berbanding dengan teori tradisional. Walaubagaimanpun dapatan


beliau tidak dapat menjadi semple kepada pengajaran sajak kepada pendidikan sajak
secara keseluruhan. Ini disebabkan kumpulan eksperimen hanya terdiri di sebuah
kawasan subbandar di negeri Kedah sahaja.

Kartiges Ponniah (2005) telah mengaji tentang Komponen Sastera Tamil Dalam
Mata Pelajaran Bahasa Tamil Di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Dalam kajianya
beliau telah memberi focus pada komponen sastera yang diajar dalam sekolah Tamil serta
keberkesanannya. Seramai 100 orang murid sekolah Tamil dan guru dari pelbagai
latarbelakang dan negeri telah menjadi kumpulan eksperimen. Dapatan kajian
menujukkan guru memainkan peranan penting bagi menjayakan proses pembelajaran.
Latar belakang pendidikan guru banyak pempengaruhi minat murid terhadap komponen
sastera. Selain itu, bahan bantu mengajar, pengetahuan Tamil klasik yang sedia ada pada
para guru turut menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran komponen sastera.
Menurut beliau guru-guru veteran dan guru yang mempunyai pengalaman mengajar lebih
daripada sepuluh tahun sahaja berpengetahuan luas dan menunjukkan minat dalam
pengajaran bahasa Tamil di sekolah.

Secara keseluruhannya kajian- kajian di atas membantu memberikan maklumat


tentang perkembangan pendidikan bahasa Tamil di

Malaysia. Kajian-kajian di atas

membantu pengkaji dalam aspek mengenalpasti perkembangan dan keadaan pendidikan


Tamil di Malaysia. Selain itu kajian terhadap sistem pendidikan Tamil juga membantu
pengkaji untuk mendapatkan sinario pendidikan Tamil terkini.

11

Kajian yang telah dijalankan oleh Noriah Abd Rahman (2000) menunjukkan
bahawa tahap pengunaan model konstruktivisme 5 Fasa Needham dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah adalah di peringkat sederhana. Daripada
kajian itu, beliau telah mendapati bahawa fasa yang tertinggi daripada persepsi guru ialah
fasa pencetusan idea iaitu minnya ialah 3.58. Fasa seterusnya ialah fasa refleksi 3.46,
fasa penstrukturan semula idea 3.45, fasa aplikasi idea 3.42 dan yang terakhir ialah
fasa set induksi 3.36. Beliau menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran
masih berpusatkan guru.

Artikal Zainudin Abu Bakar & Nor Hidayatul Aini Ismail (2009) tentang
"Persepsi dan sikap pelajar terhadap pendekatan Konstruktivisme serta kesan terhadap
pencapaian dalam mata pelajaran Matematik di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia" menerangkan persepsi dan sikap pelajar terhadap pendekatan konstruktivisme
serta kesannya terhadap pencapaian mata pelajaran Matematik. Tiga aspek utama yang
dikaji iaitu persepsi pelajar terhadap konstruktivisme, sikap (emosi) pelajar terhadap
konstruktivisme dan hubungan antara persepsi serta sikap terhadap pencapaian
Matematik pelajar. Keputusan kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap pendekatan
konstruktivisme adalah tinggi, manakala sikap pelajar pula berada pada tahap sederhana.
Kajian ini juga mendapati tiada hubungan yang signifikan di antara persepsi dan sikap
pelajar terhadap pendekatan konstruktivisme dengan pencapaian Matematik (p=0.600 dan
p=0.598). Beberapa cadangan juga ada dilakukan.

12

Mahrom Mohd @ Ismail (2001) dalam kajiannya menunjukkan bahawa tahap


penggunaan model konstruktivisme masih lagi di peringkat positif iaitu min 3.97.
Walaupun begitu masih ada kekurangan yang perlu diperbaiki terutama dalam kaedah
pengajaran yang berpusatkan kepada pelajar. Kajian yang sama telah dijalankan oleh
Noraini Mohamed (2004), tentang pelaksanaan model konstruktivisme 5-Fasa Needham
dikalangan guru dan pelajar. Melalui kajian yang telah dijalankan, beliau mendapati
bahawa fasa refleksi merupakan fasa yang menyumbangkan min yang paling tinggi iaitu
3.96, diikuti fasa pencetusan idea iaitu 3.72, fasa penstrukturan semula idea iaitu 3.51,
fasa aplikasi idea adalah 3.37 dan terakhir fasa set induksi iaitu 2.62.

Aziz Bin Nordin & Zaitun Binti Osman (2008) dalam artikalnya "Penerapan
Konstruktivisme di dalam pengajaran dan pembelajaran Asid dan Bes di lima buah
sekolah di Pekan Pahang" mengenalpasti penerapan konstruktivisme semasa pengajaran
dan pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di Pekan Pahang. Terdapat enam
dapatan dari kajian ini. Pertama, penerapan Konstruktivisme semasa pengajaran dan
pembelajaran Asid dan Bes di kalangan guru adalah pada tahap yang tinggi. Kedua,
penerapan konstruktivisme semasa pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di kalangan
pelajar adalah pada tahap yang tinggi. Ketiga, tidak terdapat perbezaan yang signifikan di
antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam peranan mereka berdasarkan teori
konstruktivisme. Keempat, tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar
asrama dan luar asrama dalam peranan mereka berdasarkan teori konstruktivisme.
Kelima, tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan pelajar
perempuan yang tinggal di asrama dalam peranan mereka berdasarkan teori

13

konstruktivisme. Keenam, tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar


lelaki dan pelajar perempuan yang tinggal diluar asrama dalam peranan mereka
berdasarkan teori konstruktivisme. Kesimpulannya, penerapan konstruktivisme di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di sekolah telah berlangsung dengan
baik.

Kajian dijalankan oleh Hajira Bee dan Ong (1998) mendapati amalan dalam bilik
darjah kini semakin dipengaruhi oleh perubahan kurikulum dalam bidang pendidikan
berteraskan teori konstruktivisme. Ciri-ciri yang terdapat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran

menggunakan

pendekatan

konstruktivisme,

boleh

meningkatkan

kefahaman dan pembinaan makna dalam kalangan pelajar, mengembangkan daya


pemikiran secara kritis dan kreatif, membuat keputusan serta meningkatkan kemahiran
proses pelajar.

Kajian keatas "Pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme dalam kalangan


guru-guru teknikal bagi mata pelajaran Teknikal" dijalankan oleh Yahya Bin Buntat &
Amirudin Bin Yusof (2009) untuk meninjau pendekatan pembelajaran secara
konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Kajian
ini mendapati guru-guru teknikal memahami dan mengaplikasikan pembelajaran secara
konstruktivisme di dalam kelas (min = 4.19). Selain itu, keadaan pelajar yang telah
dikenalkan dengan pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme menujukkan mereka
lebih faham (min = 3.98) dan kelihatan lebih aktif (min = 3.94) sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Manakala, kesediaan fasiliti di sekolah juga

14

telah menggalakkan guru-guru teknikal melaksanakan pendekatan pembelajaran secara


konstruktivisme

(min

3.95).

Walaupun,

pendekatan

pembelajaran

secara

konstruktivisme ini dijalankan oleh guru-guru teknikal tetapi masih ada sedikit
permasalahan yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakannya (min = 3.31).

Suraya Hanim Tukimin (2002) juga telah menjalankan kajian bagi melihat sejauh
mana persepsi respoden terhadap amalan pendekatan konstruktivisme dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran biologi. Hasil daripada kajian
menunjukkan bahawa amalan pendekatan konstruktivisme dalam kalangan guru dan
pelajar adalah pada tahap sederhana.

Zainal Abidin Bin Zainuddin & Afrinaleni Binti Suardi (2009) dalam kajiannya
"Keberkesanan Kaedah Konstruktivisme Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Matematik" yang dijalankan di sebuah sekolah di dalam Daerah Mersing membuktikan
pendekatan konstruktivisme adalah lebih berkesan dan sesuai digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam bilik darjah berbanding pendekatan
tradisional. Pendekatan kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk
kuantitatif. Hasil daripada tinjauan, mendapati pelajar menghadapi beberapa kelemahan
menjawab soalan yang melibatkan penggunaan formula. Hasil pemerhatian semasa kajian
dijalankan didapati pelajar tidak memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan
pembelajarn, tidak memahami kehendak soalan dan tidak memahami konsep perimeter.

15

Kajian dari luar negara yang dilakukan oleh Caprio (1994) dalam Kementerian
Pelajaran Malaysia (2001) mendapati pelajar yang menggunakan pendekatan
konstruktivisme lebih berkeyakinan serta bertanggungjawab terhadap pembelajaran
mereka berbanding dengan pelajar yang menggunakan kaedah pembelajaran tradisional.
Begitu juga dengan Lord (1997) mendapati pelajar yang menggunakan pendekatan
konstruktivisme ini dalam pembelajaran mereka mempunyai sikap yang lebih positif.

Kajian telah dilakukan oleh Hand dan Peterson (1997) di Secondary College of
Victorian,

Australia

mendapati

seramai

69%

pelajar

menyukai

pendekatan

konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut mereka, pelajar yang


terlibat dalam menggunakan pendekatan ini berpeluang untuk berfikir sendiri. Hal ini
merupakan faktor penting yang menyebabkan pelajar lebih berdikari dalam pembelajaran.
Kajian juga telah dijalankan oleh Boddy, Watson dan Aubusson (2003) terhadap
murid tahun tiga di sebuah sekolah di Australia. Beliau telah menggunakan model
konstruktivisme Five "Es" iaitu "Engagement, Exploration, Explanation, Elaboration
and Evaluation" di dalam modul yang digunakan oleh murid tahun tiga. Beliau
mendapati bahawa murid tahun tiga yang menggunakan modul ini lebih seronok untuk
belajar serta dapat memotivasikan lagi pembelajaran mereka dan seterusnya dapat
mempromosi pemikiran aras tinggi murid yang terlibat.

Malar A/P Muthiah (2005) telah menjalankan kajian tentang "Kesan penggunaan
model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (Needham, 1987) dalam pengajaran dan
pembelajaran Sejarah". Kesan tersebut dilihat melalui pencapaian pelajar dalam mata

16

pelajaran Sejarah bagi soalan-soalan esei, soalan struktur dan soalan objektif/aneka
pilihan. Pengkaji ingin memastikan sama ada pengajaran berasaskan Model
Konstruktivisme Lima Fasa Needham (Needham, 1987) dapat membantu pelajar
mendapatkan pencapaian yang lebih baik dan signifikan atau tidak dalam soalan esei,
soalan struktur dan soalan objektif /aneka pilihan. Selain itu, kajian ini juga bertujuan
untuk mengenal pasti sama ada minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah meningkat
secara signifikan atau tidak selepas pengajaran dengan menggunakan Model
Konstruktivisme Lima Fasa Needham (Needham, 1987).
Noor Azizah binti Ahmad (2006) telah menjalankan kajian berkaitan "Pengaplikasian
teori Konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran reka
cipta" Kajian ini telah mengenalpasti pengaplikasian Konstruktivisme dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta di 4 (empat) buah daerah di
Negeri Kedah. Tumpuan kajian adalah kepada 5 (lima) aspek yang dinyatakan dalam
Model Konstruktivisme 5-Fasa Needham. Fasa-fasa tersebut adalah fasa orientasi, fasa
pencetusan idea, fasa penstrukturan semula idea, fasa penggunaan idea dan fasa renungan
kembali. Hasil kajian menunjukkan bahawa aspek-aspek konstruktivisme dilaksanakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta. Walau
bagaimanapun, fasa penggunaan idea didapati berada pada tahap terendah. Berdasarkan
dapatan kajian, beberapa cadangan juga telah dikemukakan untuk memastikan bahawa
objektif pengajaran dan pembelajaran Reka Cipta dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Secara keseluruhan kajian-kajian di atas membantu pengkaji menyiapkan bab


ketiga, bab keempat dan bab kelima. Kajian yang berkaitan teori konstruktivisme dalam

17

proses pengajaran dan pembelajaran yang digambarkan oleh pengkaji lepas diatas dan ia
membantu pengkaji membuat penyelidikan terhadap pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran bahasa Tamil di peringkat sekolah menengah.

Rajenthiran yang menjalankan kajian tentang Keberkesanan dalam pengajaran


bahan sastera bahasa Melayu bergantung kepada tiga faktor, iaitu guru, pendekatan
yang digunakan dan bahan yang dipilih. Beliau menyarankan guru berperanan untuk
menentukan berkesanan bahan yang diajar. Jika guru menggunakan pendekatan yang
sesuai dan pemilihan bahan pengajaran yang betul dan releven dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, murid dapat memahami bahan yang diajar dan menjawab soalan
dengan betul. Beliau juga mencadangkan, guru perlu bersedia dengan bahan pengajaran
yang sesuai dan memilih pendekatan yang sesuai bagi menjayakan proses pengajaran
damn pembelajaran. Boleh dikatakan beliau menekankan peranan guru dalam
menjayakan pengajaran dan pembelajaran bahan sastera.

Grindstaff (dipetik dalam Saedah Siraj 1992) dalam kajiannya Pendekatan


Pengajaran Teks Sastera, mengkatakan bahawa pendekatan yang digunakan dalam
prosese pengajaran dan pembelajaran banyak mempengaruhi kemahiran dan minat
membaca serta mutu penghargaan terhadap karya sastera. Ini bermakna dalam membantu
meningkatkan kefahaman dan minat pelajar terhadap teks sastera yang dibaca aspek
pedegogi iaitu pendekatan yang berkesan perlu digunakan sewaktu pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas.

18

Hazri Jamil (1998) telah menjalankan kajian ke atas 54 orang pelajar tingkatan
empat. Kajian ini bertujuan untuk melihat minat pelajar terhadap sajak dengan pengajaran
yang menggunakan pendekatan secara Penyebatian Kemahiran Berfikir Kritis. Dapatan
daripada soal selidik menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan atau lebih
berminat terhadap pembelajaran sajak dengan menggunakan pendekatan Penyebatian
Kemahiran Berfikir Kritis bagi kumpulan kawalan yang diajar pendekatan tersebut.

Kajian Khairuddin Saeran (2001) yang bertujuan untuk mengenal pasti sejauh
mana sikap yang termasuk minat, nilai pandangan dan pemahaman pelajar terhadap
pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu. Sampel kajiannya ialah seramai 100 orang
pelajar Tingkatan Empat. Dapatan kajian menunjukkan 57% pelajar mempunyai minat
positif terhadap KOMSAS Bahasa Melayu.

Yahya Othman (2003) menjalankan kajian untuk mengenal pasti tahap minat
palajar aliran sains dan aliran sastera terhadap pembelajaran KOMSAS bahasa Melayu.
Dapatan kajiannya menunjukkan pelajara aliran sastera lebih berminat terhadap
KOMSAS bahasa Melayu berbanding pelajar aliran Sains. Dalam perbincangan beliau
menyatakan bahawa, minat pelajar terhadap pembelajaran KOMSAS bahasa Melayu
memainkan perana yang sangat penting untuk meningkatkan pencapaian mereka dalam
mata pelajaran bahasa Melayu. Justeru, beliau mencadangkan agar guru mesti berperanan
dalam merangsang minat pelajar dengan menggunakan pendekatan kaedah dan teknik
yang sesuai dan berkesan.

19

Rajeshwari (2003) dalam kajiannya melihat minat pelajar terhadap pembelajaran


cerpen KOMSAS bahasa Melayu dengan pengajaran yang menggunakan model skema.
Sampel kajian bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan ialah seramai 64 orang.
Dapatan daripada soal selidik menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam
minat subjek kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Subjek kumpulan
eksperimen telah menunjukkan minat yang sangat tinggi terhadap pembelajaran cerpen
selepas pengajaran dengan menggunakan model skema berbanding dengan sebelum
pengajaran yang menggunakan model skema.

Kebanyakan kajian di atas menggunakan guru dan pelajar sebagai responden


kajian. Maklumat yang diberikan oleh responden melalui borang soal selidik membantu
pengkaji di atas membuat analisis, kesimpulan dan cadangan kajian. Dapatan analisis
yang diberikan dapat menjadi petunjuk kepada pengkaji dalam menyiapkan bab keempat
dan lima. Perjalanan kajian, cara mencari data, kaedah ikut serta dan analisis data yang
dimuatkan dalam kajian di atas memberi tunjuk ajar kepada pengaji dalam membuat
carian kajian.
1.9

Metodologi Kajian
Metodologi merupakan struktur logikal yang digunakan dalam kajian ini. Kaedah

yang digunakan dalam kajian ini memainkan peranan yang penting untuk mendapatkan
dapatan kajian yang sah dan boleh dipercayai. Pendekatan kaedah yang digunakan dalam
kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dimana soal selidik digunakan. Selain itu kaedah
kualitatif iaitu kaedah perpustakaan, sesi temubual dan pemerhatian ikut serta bersama
responden akan dijalankan..
20

Analisis kualitatif adalah satu proses yang tegas dan logik melalui erti data yang
diberikan. Data kualitatif boleh memberikan huraian yang jelas dan penjelasan yang
menunjukkan aliran kronologis peristiwa serta selalu memberikan (peluang) penemuan
yang lebih baik. Menurut Miles dan Huberman (1994) kajian kualitatif mempunyai
kualiti 'tidak dapat dinafikan' kerana mempunyai perkataan konkrit lebih dari satu dan
dengan jelas lebih meyakinkan

pembaca daripada halaman-halaman bernombor.

Penyelidikan kualitatif boleh mengambil banyak bentuk dan keputusan dari penggunaan
pengumpulan data instrumen seperti pemerhatian, temu duga dan analisis dokumen.
Tetapi ianya juga boleh dianalisis secara kuantitatif seperti kutipan data peribadi
responden melalui borang soal selidik bagi sesuatu kelompok iaitu antara pengelasan
responden dan sikap atau tabiatnya. Hal ini kerana, ia lebih mudah untuk mendapatkan
data dan ia tidak bermakna ujian statistik. Menurut Robson (1993), dengan bantuan
komputer moden, ia lebih mudah untuk menghasilkan persembahan yang lebih baik.
(GIGO Garbage In, Garbage Out) (Robson, 1993:310).

Sumber Primer bagi kajian ini adalah borang soal selidik, borang temubual dan
borang pemerhatian. Sumber Sekunder bagi kajian ini pula, sukatan pelajaran bahasa
Tamil sekolah menengah, huraian-huraian sukatan pelajaran bahasa Tamil sekolah
menengah, buku teks bahasa Tamil sekolah menengah, buku panduan tatabahasa dan
ceyyul bahasa Tamil KBSM, kajian-kajian terdahulu berkaitan pendidikan Tamil di
Malaysia, kajian berkaitan bahasa Tamil, kajian, buku-buku, jurnal-jurnal, tesis-tesis
berkaitan pendekatan konstruktivisme, majalah-majalah, surat khabar, laman web, bahan

21

penyelidikan dasar kerajaan Kementerian Pelajaran Malaysia, protel Kementerian


Pelajaran Malaysia, protel Bahagian Perkembangan Kurikulum, protel dan dokumen
Jabatan Arkib Negara, laporan-laporan peperiksaan SPM dan PMR Lembaga Peperiksaan
Malaysia, protel Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, protel Pejabat Pendidikan Daerah
Kuala Muda, laman web sekolah dan fail panitia bahasa Tamil sekolah.

1.9.1

Rekabentuk Kajian

Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dan tinjauan serta menggunakan


soal selidik, temubual, pemerhatian ikut serta dan penyelidikan perpustakaan
sebagai teknik untuk mendapatkan data-data yang dapat memenuhi kehendak
objektif kajian. Menurut Louis et al. (2003), soal selidik merupakan instrumen
yang sesuai dan berkesan digunakan di dalam kajian-kajian berbentuk tinjauan,
penggunaan soal selidik di dalam kajian dapat menjimatkan masa, mudah serta
sesuai untuk kebanyakan responden. Penggunaan soal selidik juga dapat
menjimatkan kos kerana ia tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi,
pengumpulan data dapat dilakukan dengan cepat serta bilangan responden yang
ramai dapat diadakan.

Temubual adalah kaedah di mana responden dan penyelidik hadir bersama


dalam proses memperoleh maklumat. Temubual dapat menjelaskan tentang corak
pemikiran seseorang responden (Mulhern, 1989). Mohd Najib (1999) menyatakan
soalan temubual adalah sesuai digunakan terutama dalam mendapatkan maklumat

22

secara terus kepada subjek dan ia sangat fleksibel dimana responden boleh
menerangkan perkara yang tidak difahami dengan lebih lanjut. Sumber maklumat
yang diperoleh dari temubual juga lebih kaya dan mendalam, terutamanya apabila
membincangkan mengenai proses pemikiran responden itu. Soalan temubual
merupakan salah satu instrumen yang akan digunakan dalam kajian ini, ianya
digunakan bagi mendapatkan data berbentuk kualitatif untuk membantu
penyelidik menyokong hasil kajian deskriptif yang telah dijalankan ke atas
responden. Ianya juga digunakan untuk memperoleh maklumat mengenai teknik
atau cara pengajaran yang telah dipilih oleh responden.

Pemerhatian ikut serta adalah salah satu metod yang sangat penting dalam
penyelidikan kualitatif

(Othman Lebar, 2007). Kajian pemerhatian penting

apabila penyelidik ingin mendapat pandangan mengenai sesuatu isu (Sabitha


Marican, 2005). Dalam kajian ini penyelidik juga menggunakan kaedah
pemerhatian. Menurut Sabitha Marican (2005), kaedah pemerhatian turut serta
bermaksud penyelidik akan melibatkan diri secara langsung dalam suasana
(setting) kajian. Kelebihan menggunakan kaedah pemerhatian ialah data yang
diperolehi selalunya adalah lebih tinggi kebolehpercayaan (Sabitha Marican,
2005).

Kaedah pemerhatian ikut serta dijalankan oleh pengkaji bagi mengumpul


data. Kaedah ini memerlukan pengkaji menceburkan diri ke dalam kelompok
yang dikaji dan memerhatikan serta aktiviti yang dilakukan oleh responden

23

kajian. Untuk mengaplikasikan metod ini, kerjasama guru di sekolah dan


pandangan mereka juga diambil kira. Dengan ini, kebenaran jawapan responden
dapat dinilai berdasarkan pemerhatian yang dibuat sewaktu kajian. Ini adalah
kerana berlaku kebarangkalian responden untuk menipu ataupun memberi
maklumat yang palsu semasa menjawab soalan yang dikemukakan oleh pengkaji.
Maklumat-maklumat yang relevan dan cukup dikumpul daripada pelbagai sumber
untuk dijadikan asas

analisis dan refleksi. Sebarang maklumat dalam apa jua

bentuk yang dapat menjelaskan lagi situasi dikaji turut dikumpul. Dalam usaha
mencari data, penyelidik tidak mengabaikan bahan-bahan yang sedia ada seperti
rekod prestasi murid, hasil kerja, kertas jawapan peperiksaan, pekeliling dan
dokumen lain yang berkaitan di samping memperolehi data-data yang baru.

Penyelidikan perpustakaan merujuk kepada pengumpulan data kedua


(sumber sekunder). Ia membolehkan mendapatkan data dan bukti melalui kajian
ke atas dokumen dan rekod yang diperolehinya. Kajian perpustakaan
dilaksanakan untuk pengumpulan data sekunder. Maklumat yang dikumpulkan
merangkumi teori-teori berkaitan dengan pendidikan dan perkembangan
pendidikan Tamil. Kesemua maklumat ini diperlukan untuk membina landasan
kefahaman penyelidik terhadap skop kajian. Selain itu, kajian perpustakaan juga
dilaksanakan untuk mengumpulkan maklumat berkenaan dasar pendidikan dan
perkembanganya.

Kajian

perpustakaan

juga

akan

digunakan

untuk

mengumpulkan maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran bahasa Tamil.

24

1.9.2

Tempat Kajian
Sebanyak 18 buah sekolah menengah dipilih dari daerah Kuala Muda di

negeri Kedah untuk menjalankan kaijian ini. Antara sekolah menengah yang
dipilih ialah, SMK Dato Bijaya Setia, SMK Pengkalan Lebai Man, SMK Taman
Ria Jaya, SMK Tunku Ismail, SMK Bakar Arang, SMK Ibrahim, SMK Convent
Father Berry, SMK St.Tresa, SMK Che Thom, SMK Khir Johari, SMK Sungai
Pasir, SMK Bandar Sungai Petani, SMK Bedong, SMK Gurun, SMK Merbok,
SMK Bukit Selambau, SMK Batu Lima dan SMK Aman Jaya.

1.9.3

Populasi Dan Sampel Kajian

Responden kajian ini adalah daripada guru-guru bahasa Tamil yang


mengajar di sekolah sekolah menengah kebangsaan di daerah Kuala Muda negeri
Kedah dan pelajar-pelajar yang mengambil matapelajaran bahasa Tamil sebagai
matapelajaran pilihan. Sampel kajian pula adalah terdiri daripada 37 orang guru
bahasa Tamil iaitu guru-guru yang mengajar di sekolah menengah kebangsaan di
daerah Kuala Muda di negeri Kedah dan 100 orang pelajar yang mengikuti
pengajaran mereka. Penyelidik membuat andaian bahawa guru-guru bahasa Tamil
ini dapat memberi respon dengan baik mengenai pelaksanaan pengajaran bahasa
Tamil, tahap pemahaman dan pengaplikasian konstruktivisme terhadap proses
pengajaran dan masalah yang dihadapi oleh mereka. Manakala pelajar-pelajar
bahasa Tamil di sekolah-sekolah menengah Daerah Kuala Muda negeri Kedah
akan memberi maklumbalas mengenai kefahaman mereka terhadap ilmu yang
25

diajar dan keaktifan di dalam kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran
sedang berlangsung.

1.9.4

Instrumen Kajian

Jenis instrumen yang digunakan untuk mendapatkan maklum balas


responden dalam kajian ini ialah dua jenis borang soal selidik, borang temubual
dan borang pemerhatian. Ketiga-tiga kaedah ini digunakan memandangkan ia
mempunyai ciri objektiviti, kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

1.9.4.1

Borang Soal Selidik Guru

Penyelidik menggunakan item dalam soal selidik Pendekatan


Pembelajaran Secara Konstruktivisme Dalam Kalangan Guru-Guru
Teknikal Bagi Mata Pelajaran Teknikal yang telah dibina oleh Yahya bin
Buntat dan Amirudin bin Yusof (2009) untuk mendapat data para guru.
Penyelidik membuat beberapa pengubahsuaian terhadap beberapa item
dalam soal selidik ini bagi tujuan pencapaian objektif kajian.

Bahagian A dalam borang soal selidik guru mengandungi 11 item


yang bertujuan untuk mengumpul maklumat latar belakang responden
seperti jantina, sekolah mengajar, aliran, waktu pelajaran, umur,
kelayakan ekademik, kelulusan ikthisas, pengkhususan, pengalaman

26

menjadi guru dan mengajar. Responden hendaklah menandakan ( / )


dalam petak yang disediakan.

Bahagian B dalam soal selidik guru, penyelidik telah


membahagikan kepada tiga bahagian mengikut objektif kajian yang
hendak dikaji. Bahagian ini mengandungi 45 item. 35 item berbentuk
positif dan 10 item berbentuk negatif. Bilangan item bagi setiap bahagian
adalah seperti dalam jadual 1.1.

Bahagian
1

Soalan Kajian
Pelaksanaan

guru

terhadap

Bilangan
pengajaran

dan

Item
15

pembelajaran Bahasa Tamil di sekolah-sekolah


menengah.

Pemahaman

mengenai

pendekatan

15

konstruktivisme dan pengaplikasiannya dalam


pengajaran dan pembelajaran bahasa Tamil di
sekolah-sekolah menengah.
3

Permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru

15

bahasa Tamil di sekolah-sekolah menengah


dalam melaksanakan pendekatan pembelajaran
konstruktivisme

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran bahasa Tamil


Jumlah Item
Jadual 1.1 : Bilangan item mengikut soalan kajian.
27

45

1.9.4.2

Borang Soal Selidik Pelajar

Bagi borang soal selidik pelajar penyelidik menggunakan item


daripada borang soal selidik Persepsi Dan Sikap Pelajar Terhadap
Pendekatan Konstruktivisme Serta Kesan Terhadap Pencapaian Dalam
Mata Pelajaran Matematik Di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia yang telah dibina oleh Zainudin Abu Bakar dan Nor Hidayatul
Aini Ismail (2009). Penyelidik membuat beberapa pengubahsuaian
terhadap beberapa item dalam soal selidik ini bagi tujuan pencapaian
objektif kajian iaitu mengumpul data bekenaan keadaan pelajar-pelajar
yang telah terlibat dengan pendekatan secara konstruktivisme dari segi
kefahaman mereka terhadap ilmu yang diajar dan keaktifan di dalam kelas
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.

Bahagian A dalam borang soal selidik pelajar mengandungi 5 item


yang bertujuan untuk mengumpul maklumat latar belakang responden
seperti jantina, sekolah, aliran, waktu pelajaran dan tempat tinggal.
Responden hendaklah menandakan ( / ) dalam petak yang disediakan.

Bahagian B dalam borang soal selidik pelajar mengandungi 32


item. Terdapat 20 item dalam aspek persepsi terhadap konstruktivisme di

28

mana 4 item adalah negatif dan 16 item berbentuk positif. Manakala


bagi soalan berkaitan sikap terhadap pendekatan konstruktivisme pula, 12
item telah dibina di mana 6 item telah dinyatakan dalam bentuk negatif
dan yang lainnya adalah berbentuk positif.

Mingikut Chee (1998), terdapat empat jenis skala yang biasa


digunakan untuk mengukur sikap iaitu Skala Thurstone (1928), Skala
Likert (1932), Skala Guttman (1944) dan Skala Osgood (1957). Kajian ini
telah memilih Skala Likert memandangkan skala ini mudah digunakan dan
kemungkinan berlaku kesilapan dalam menilai item-item juga adalah
kecil. Ia mudah ditadbirkan dan dianalisa. Ia juga lebih tekal dan
mempunyai kebolehpercayaan yang lebih tinggi berbanding dengan Skala
Thurstone (Chee, 1998). Skor untuk setiap respons bagi soal selidik yang
diberi berdasarkan Skala Likert empat mata yang mempunyai julat nilai 1
hingga 4. Berdasarkan skala ini, jika item berorientasi positif maka 4 mata
diberi untuk pilihan sangat setuju dan 1 mata untuk sangat tidak bersetuju.

Penggunaan soal selidik membolehkan pengkaji memperolehi


maklumat yang banyak dengan perbelanjaan yang sedikit (Abd. Majid,
2000). Di samping itu, ia merupakan instrument yang ringkas dan mudah
ditadbir. Cadangan jawapan yang dikemukakan akan memudahkan
responden menjawab soalan dengan cepat (Mohd Najib, 1999).

29

1.9.4.3

Borang Temu bual

Selain itu kajian ini juga menggunakan instrumen temu bual bagi
tujuan mendapatkan data seperti Lambiran C. Protokol temu bual yang
dibina mengandungi soalan-soalan berkaitan pelaksanaan pengajaran
bahasa Tamil, pemahaman dan pengaplikasian tentang pendekatan
konstruktivisme serta masalah yang dihadapi.

1.9.4.4

Borang Pemerhatian

Borang

pemerhatian

dibuat

berdasarkan

kepada

kerangka

konstruktivisme dan isi kandungan atau item bagi setiap fasa diubahsuai
daripada borang pemerhatian yang digunakan oleh Winne Wing Mui-So
(2002). Instrumen pemerhatian yang digunakan dalam kajian ini (lampiran
D) mengandungi 15 kriteria pemerhatian yang diperhatikan semasa
respoden mengajar. Kriteria-kriiteria pemerhatian ini diklusterkan
mengikut fasa-fasa seperti dalam model konstruktivisme.

1.9.5

Prosedur Kajian

30

Data-data dipungut daripada hasil maklum balas responden yang telah


menjawab soal selidik. Soal selidik ini akan diedarkan oleh penyelidik kepada 37
responden guru dan 100 responden pelajar pada 5 Jun 2011 hingga 8 September
2011 di 18 buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Kuala Muda negeri
Kedah. Dalam jangka masa ini juga pencerapan atau pemerhatian keatas 12 orang
guru bahasa Tamil dijalankan. Penyelidik telah membuat temujanji dengan
respoden bagi menetapkan hari dan masa yang sesuai untuk proses pencerapan
dijalankan. Pencerapan ini melibatkan 2 waktu pengajaran dan pembelajaran.
Temubual dijalankan di luar waktu persekolahan terhadap duabelas orang guru
yang berlainan. Semua data-data mentah daripada borang soal selidik, borang
temubual dan borang pemerhatian yang dipungut telah dianalisis oleh penyelidik.
Proses penganalisian data borang soal selidik dibuat dengan menggunakan
perisisan Statistical Package for Sosial Science, (SPSS 17.0). Data temu bual
dan pemerhatian dalam bentuk verbatim kemudian dianalisis dan dijadikan dalam
bentuk transkrip. Data data kaedah temuramah dan pemerhatian akan digunakan
sebagai bahan sokongan untuk mencapai objektif kajian.

1.9.6

Kajian Rintis

Kajian rintis adalah merupakan jenis penyelidikan berskala kecil sebelum


kajian sebenar dilakukan. Tujuan kajian rintis ini adalah untuk mengetahui sejauh
mana kesesuaian keseluruhan penggunaan instrumen kepada responden kajian.
Kajian rintis juga berfungsi untuk mengetahui sejauh mana responden memahami

31

setiap pernyataan yang digunakan. Kajian rintis untuk penyelidikan ini dijalankan
bertujuan untuk menguji dari sudut kefahaman guru-guru dari segi tatabahasa, isi
kandungan, keesahan dan kebolehpercayaan item soalan soal selidik. Kajian rintis
tersebut telah dijalankan ke atas 6 orang guru-guru bahasa Tamil yang terpilih di
Sekolah Menengah Kebangsaan Bedong, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato
Bijaya Setia dan Sekolah Menengah Bandar Sungai Petani.

Data-data yang

diperolehi untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik ini


dianalisa dengan menggunakan Statistical Package For The Social Sciences
(SPSS), Version 17.0 For Windows. Hasil kajian rintis telah menunjukkan bahawa
responden memahami setiap soalan yang dikemukakan kerana instrumen soal
selidik didapati mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Ini dapat dilihat
menerusi pekali Cronbach Alpha yang diperolehi iaitu 0.725. Menurut Najib
(1999), jika nilai Cronbach Alpha melebihi 0.6 maka instrumen tersebut sesuai
untuk digunakan. Nilai min ini mempunyai kebolehpercayaan yang bersesuaian
dengan kenyataan Mohd Majid Konting (1994), meskipun tiada batasan khusus
yang boleh digunakan bagi menentukan pekali kebolehpercayaan yang sesuai bagi
sesuatu alat ukur, pekali yang lebih daripada 0.6 sering digunakan dan menjadi
rujukan paling minimum untuk diterima. Nilai kebolehpercayaan yang boleh
diterima pakai adalah antara 0.6 hingga 1. Menurut Sekaran (2000) pula, semakin
tinggi nilai pekali iaitu menghampiri nilai 1, maka semakin baik sesuatu
instrumen. Mohd Majid Konting (1994) turut berpendapat bahawa kajian yang
mencapai nilai alfa lebih daripada 0.6 adalah mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan item yang tinggi.

32

Protokol temu bual yang siap dibina kemudiannya dibuat kajian rintis.
Bagi memastikan soalan temu bual ada kesahan dan boleh dipercayai, pengkaji
meminta kerjasama guru Ketua Panitia Bahasa Tamil dan guru Bahasa Malaysia
sekolah kajian rintis untuk memeriksa soalan temu bual berkenaan.

Menurut Sabitha Marican ( 2005 ), kesahan kandungan borang


pemerhatian dapat dilakukan melalui sekumpulan pakar yang meneliti skala
tersebut dan bersetuju bahawa item-item yang terkandung dalam skala itu
mewakili item-item yang berkaitan dengan konsep yang diukur. Bagi
meningkatkan kebolehpercayaan borang pemerhatian yang akan digunakan,
penyelidik dengan kerjasama Ketua Panitia Bahasa Tamil sekolah telah membuat
pemerhatian rintis ke atas lima orang guru yang mengajar bahasa Tamil di sekolah
berlainan. Daripada pemerhatian yang dijalankan menunjukkan penilaian yang
dibuat adalah sama. Menurut Sabitha Marican (2005), kebolehpercayaan antara
pemerhati boleh dilakukan dengan menggunakan dua penilai untuk menjawab
satu set soalan.

1.9.7

Analisis Data

Bagi data yang diperolehi dari borang soal selidik, ia dianalisis


menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 17.0
dengan teknik-teknik statistik berbentuk deskriptif dan kualitatif. Data yang

33

diperolehi diproses untuk mendapatkan keputusan bagi subjek yang dikaji. Teknik
statistik deskriptif digunakan untuk meneliti pelaksanaan, kefahaman dan masalah
pelaksanaan kumpulan responden. Analisis ini dapat membantu dalam memerihal
profil responden seperti latar belakang ekademik, sekolah, kawasan sekolah dan
status pengalaman melalui teknik taburan frekuensi dan peratusan.

1.10

Organisasi Bab

Bab pertama merupakan bab pengenalan kepada kajian yang merangkumi


penyataan masalah, objektif kajian, kepentingan kajian, bidang kajian, pemilihan bidang
kajian, latar belakang kajian dan metodologi kajian. Bab ini juga mengandungi kajiankajian yang terdahulu berkaitan dengan pendidikan Tamil di Malaysia dan pendekatan
konstruktivisme. Organisasi bab yang dirancang akan mengambil tempat dalam bab ini.
Bab pertama turut dimuatkan pengkaedahan penyelidikan dalam mencapai objektif
kajian. Ia melibatkan huraian mengenai kaedah pengumpulan data dan penganalisaan
data.

Bab kedua membincangkan tentang sejarah dan sistem pendidikan Tamil di


Malaysia secara amnya. Bermula dengan pendidikan Tamil di era pra moden, era moden
dan pendidikan vernakular dan sistem pendidikan negara juga dibincang dalam bab ini.
Polisi dan dasar kerajaan dalam pengajaran bahasa Tamil di sekolah menengah dan
masalah yang dihadapi turut dibincangkan dalam bab ini. Matlamat sukatan pelajaran
bahasa Tamil sekolah menengah, Objektif sukatan pelajaran bahasa Tamil, huraian

34

sukatan bahasa Tamil, hasil pembelajaran, sistem bahasa dan pengisian kurikulum turut
dibincang dalam bab ini.

Bab ketiga membincangan tentang teori konstruktivisme yang digunakan bagi


membantu kajian. Bab ini dimuatkan dengan teori pembelajaran, pentaksiran tentang
pendekatan konstruktivisme, pendekatan pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme,
strategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pendekatan konstruktivisme,
persekitaran pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisme, peranan guru dan
pelajar serta cabaran dalam pengajaran pembelajaran konstruktivisme, kelebihan
pembelajaran secara konstruktivisme, ciri-ciri pembelajaran konstruktivisme dan modelmodel pengajaran konstruktivisme turut dibincang dalam bab ini.

Bab keempat dimuatkan dengan analisis borang soal selidik bagi para guru dan
pelajar-pelajar sekolah menengah yang dikaji. Analisa ini dijalankan menerusi borang
soal selidik yang telah dibuat oleh kumpulan responden. Analisa juga turut dibuat dengan
borang temubual dan borang pemerhatian. Analisa secara terperinci sub-sub bahagian
yang dikemukakan sewaktu soal selidik juga diterangkan dalam bab ini. Pandangan para
guru melalui temubual turut mengambil tempat dalam bab ini.

Bab kelima akan mengkaji dapatan analisis, di mana bab ini akan memberi
kesimpulan secara menyeluruh berkaitan objektif yang dikaji. Selain itu memberi
gambaran tentang pelaksanaan pengajaran bahasa Tamil di sekolah-sekolah menengah
Kuala Muda, pemahaman dan pengaplikasian konstruktivisme dalam mata pelajaran

35

Bahasa Tamil. Masalah sebenar guru dalam proses pengajaran dalam mata pelajaran
bahasa Tamil di sekolah menengah akan menjadi salah satu agenda dalam bab ini.
Daripada penemuan-penemuan utama serta rumusan kajian, cadangan-cadangan kajian
turut mengambil tempat dalam bab ini. Selain itu penyelidik juga akan mengemukakan
beberapa saranan berkenaan dengan penyelidikan ini.

1.10

Kesimpulan

Kajian Pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran bahasa


Tamil di sekolah menengah merupakan suatu usaha dalam meninjau pelaksanaan
pengajaran bahasa Tamil di sekolah menengah. Kajian-kajian sebegini bukan sahaja
membantu golongan intelektual pendidikan, malahan turut memberi gambaran kepada
para pendidik mengenai pengajaran bahasa Tamil.

Pada masa yang sama, kajian-kajian seumpama ini adalah perlu bagi
merealisasikan dasar pendidikan yang berterusan untuk memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu. Kajian ini dapat memastikan dasar kerajaan
yang bertujuan memberi sumber ilmu kepada murid-murid, memberikan satu hasil yang
terbaik kepada mereka bagi membentuk identiti yang cemerlang. Maka kajian-kajian
yang berkaitan bidang bahasa dalam pendidikan juga perlu dilakukan dengan kerap kali
bagi mencapai tujuan tersebut.

36

Dalam usaha menjayakan sistem pendidikan negara, kajian berkaitan bahasa


Tamil ini diharap menjadi satu bahan rujukan kepada pihak -pihak berkenaan. Dengan
adanya kajian ini, pengajaran mata pelajaran bahasa Tamil dapat dinilai. Penilaian
terhadap keberkesanan kajian serta keperluannya kepada masa kini dan masa hadapan
juga turut dapat dibuat satu penilaian yang tepat oleh para pembaca dan perujuk kajian
ini.

37

You might also like