You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN LEPAR, PEKAN

RPSB BATU 8 LEPAR


26300 GAMBANG
PAHANG DARUL MAKMUR

T el : 01 1- 6573159
e-mail : SKLCBA5074@gmail.com

Ruj. Kami : SKL 5021/600-3/1/ ( )


Tarikh : 26 Januari 2023
Kepada;

Pengarah,
Institut Kemahiran Belia Negara Pekan,
KM 55, Jalan Kuantan-Segamat,
Paloh Hinai, 26650 Pekan,
Pahang Darul Makmur.

Tuan,

MEMOHON PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN BAS UNTUK LAWATAN SAMBIL


BELAJAR MURID TAHUN 6 DAN PENDIDIKAN KHAS SK LEPAR, PEKAN

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Lepar akan
mengadakan lawatan sambil belajar murid tahun 6 dan pendidikan khas ke Kuala Lumpur.
Berikut adalah maklumat lawatan tersebut:

Tarikh : 9 Februari 2023


Tempat : Kuala Lumpur dan sekitarnya
Bil. Peserta : 40 orang (5 orang guru dan 35 orang murid)

3. Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon perkhidmatan pengangkutan bas


daripada pihak tuan agar program lawatan kami ini dapat dijalankan dengan jayanya.

4. Akhir sekali diharapkan permohonan kami ini dapat dipertimbangkan daripada


pihak tuan. Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian,
terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya Yang Menurut perintah,

___________________________
Arman bin Mohamad Husin
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Lepar
26300, Gambang, Pahang.

You might also like