You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN BALIK PULAU

JALAN PERMATANG TEPI, 11000 BALIK PULAU


PULAU PINANG
Tel: 04-8660682 Fax: 04-8667709
Email: pba3018@jpnpp.edu.my

Ruj.Kami : SKBP (KOKO)600-3/5/2 ( 4 )


Ruj.Tuan :
Tarikh : 27 JUN 2023

Pengarah,
Politeknik Balik Pulau,
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN RUANG TEMPAT MELETAK KERETA .

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sekolah Kebangsaan Balik Pulau telah dilantik sebagai
pengelola Kejohanan Merentas Desa (MSSPP) Peringkat Negeri Pulau Pinang yang akan berlangsung
pada tarikh 5 dan 12 Julai 2023.

3. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk
menggunakan ruang letak kereta Politeknik Balik Pulau . Kejohanan ini akan berlangsung seperti
ketetapan berikut:

Tarikh : RABU 5.7.2023 (Rendah) & RABU 12.7.2023 (Menengah)


Masa : 6.15 pagi – 11.00 pagi
Tempat : Sekolah Kebangsaan Balik Pulau.

4. Pihak sekolah dengan dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang telah
diberikan.

Sekian,

“MALAYSIA MADANI ”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

MOHD RAZIF BIN OTHMAN


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Balik Pulau,
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang.

You might also like