You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN BALIK PULAU

JALAN PERMATANG TEPI


11000 BALIK PULAU TEL :04-8660682
FAX :04-8667709
PULAU PINANG E-MAIL :pba3018@jpnpp.edu.my
PORTAL :sk_balikpulau.blogspot.com

“PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH TS25 3.0 “

No.Ruj :
Tarikh :

Pengarah,
Pejabat Pertanian Daerah Barat Daya,
Jalan Sungai Nipah,
Kampung Permatang Tengah,
11000 Balik Pulau, Pulau Pinang

PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN KHIDMAT DAN PERALATAN DARIPADA JABATAN PERTANIAN


UNTUK PROJEK PERTANIAN BANDAR DI SEKOLAH KEBANGSAAN BALIK PULAU

Merujuk perkara di atas, untuk makluman pihak tuan sekolah akan menyertai Program Sekolah Hijau pada
tahun 2022. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon khidmat dan peralatan daripada pihak
tuan untuk Projek Pertanian Bandar di sekolah bagi membolehkan pihak sekolah berjaya dalam
pertandingan sekolah hijau tersebut. Selain daripada itu pihak sekolah juga ingan menyahut kempen yang
dianjurkan oleh Kerajaan Pulau Pinang dalam Kempen Pulau Pinang Bersih dan Hijau.

2. Adanya persekitaran yang dipenuhi dengan pokok-pokok dan tanaman lain dapat menambah nilai
kepada sekolah ini sendiri selain daripada kecemerlangan akademik dan sahsiah. Persekitaran yang sihat
menjamin kualiti kesihatan yang lebih baik untuk warga sekolah. Semoga dengan adanya tanaman dalam
bandar ini dapat menambah kualiti hidup seluruh warga sekolah. Besarlah harapan kami semoga sekolah
ini dapat dijadikan contoh atau penanda aras kepada sekolah-sekolah yang lain untuk menjadikan
tanaman dalam bandar sesuatu yang bermanfaat untuk seluruh warga sekolah.

3. Pihak sekolah sangat berharap agar permohonan ini diterima dan pihak tuan dapat membantu
kami dalam merelalisasikan program sekolah hijau di sekolah kami ini. Segala kerjasama dan keprihatinan
pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”


“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………..............
( MOHD RAZIF BIN OTHMAN )
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Balik Pulau,
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang.

You might also like