You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI RELAU

JALAN PAYA TERUBONG


11900 BAYAN LEPAS
PULAU PINANG
Telefon : 04-6425207
Faks : 04-6425207
E-mel :Pba3015@jpnpp.edu.my

Ruj.Kami :Pba3015 / 100 5 /2/1


T Tarikh :23 April 2016
Ibu / Bapa / Penjaga Murid
Sk. Seri Relau

Tuan,
MAKLUMAN KEJOHANAN MERENTAS DESA DAN SUKANEKA PERINGKAT SEKOLAH BAGI TAHUN 2016

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan menganjurkan kejohanan merentas desa bagi
murid tahun 3 hingga tahun 6 dan sukaneka bagi murid prasekolah,pendidikan khas,tahun 1 dan tahun 2
seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 23 April 2016 ( Sabtu )


Masa : 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat : Sk. Seri Relau
Murid terlibat : Tahun 1 hingga Tahun 6 serta Prasekolah dan Pendidikan khas

3. Sehubungan itu,ibu bapa atau penjaga murid hendaklah memberikan surat tunjuk sebab kepada pihak
sekolah jika tidak membenarkan anak dalam jagaan tuan untuk menyertai kejohanan merentas desa dan
sukaneka pada tahun ini.Oleh itu, pada 25 April 2016 ( Isnin ) adalah cuti peristiwa.Sekolah akan dibuka
semula pada 26 April 2016 ( selasa ).

4. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan dalam menjayakan kejohanan merentas desa pada
tahun ini amatlah kami hargai.

Sekian dimaklumkan , terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

( PN.NORSILAWATI BINTI ISHAK )


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seri Relau,Pulau Pinang.

You might also like