You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JELUTONG

LORONG SEKOLAH, 11600 PULAU PINANG


TEL: 04-6583452 KOD SEKOLAH : PEE1104
FAX: 04-6590632 EMEL SEKOLAH : pee1104@jpnpp.edu.my

Rujukan Kami :
Tarikh : 20 Mei 2019
En. Sean Tua Pook Sean,
Pengerusi
Lions Club Pulau Pinang .

Melalui

Pengetua SMK Jelutong,


Lorong Sekolah
11600 Pulau Pinang,

Tuan/ Puan,

MEMOHON SUMBANGAN DANA BAGI PROGRAM SEKOLAH HIJAU SMK JELUTONG.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Leo SMK Jelutong, Pulau Pinang akan
mengadakan suatu program penanaman pokok menggunakan bahan kitar semula sebagai
sebahagian daripada program sekolah hijau. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memohon
sumbangan dana daripada Kelab Lions Pulau Pinang bagi membiayai serta menjayakan program
tersebut.

3. Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan program telah diperincikan dalam kertas kerja
program yang turut saya lampirkan bersama surat permohonan ini untuk rujukan dan penelitian
pihak tuan/puan. Untuk pengetahuan tuan/puan, pelaksanaan program ini amat diharapkan
untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan indah serta mewujudkan suasana
pengajaran & pembelajaran yang kondusif untuk anak-anak murid.

5. Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan dalam memberi sumbangan tersebut pihak


sekolah mengucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menjalankan tugas,

------------------------------------
DEVI A/P SERKARAN
Penyelaras Program
SMK Jelutong, Pulau Pinang.

You might also like