You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Batu Feringghi Telefon : 04-8831015


11100 Batu Feringghi Faks : 04-8813967
Pulau Pinang E-mel : pba1002@moe.edu.my
: pba1002@jpnpp.edu.my

Rujukan Tuan :
Rujukan Kami : SKBF 600-3/6/8
Tarikh : 17 November 2022

Tn Yusof bin Shaari,


Pegawai Pendidikan Daerah Timur Laut,
Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut,
No 25, Jalan Sultan Ahmad Shah,
10050 Georgetown, Pulau Pinang.

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PERASMI SEMPENA HARI KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN BATU


FERINGGHI

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sekolah Kebangsaan Batu Feringghi akan mengadakan Hari
Kokurikulum pada ketetapan berikut.

Tarikh : 26 November 2022 (Sabtu)


Masa : 8.30 pagi – 1.30 tengahari
Tempat : Sekolah Kebangsaan Batu Ferringhi

3. Sehubungan itu, pihak sekolah dengan berbesar hati menjemput pihak tuan untuk menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan Hari Kokurikulum SK Batu Feringghi serta menyampaikan hadiah bagi Anugerah
Cemerlang Kokurikulum bagi tahun 2022.

4. Kesudian dan jasa baik pihak tuan menerima jemputan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. Semoga dengan kehadiran tuan ke majlis tersebut dapat
memeriahkan lagi Hari Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Batu Feringghi.

Sekian, terima kasih.

“PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”


“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

.......................................
(ROSLINDA BINTI NAYAN)
Guru Besar
SK Batu Feringghi

You might also like