You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SELAT BAGAN NYIOR

PULAU DAYANG BUNTING


07000 LANGKAWI
Tel & Faks : 04 – 966 0145
E-Mel : KBA6020@moe.edu.my
KEDAH DARUL AMAN

Ruj.Kami : SKSBN 800 /


Tarikh : 7 Januari 2020

Kepada :

Ibu bapa / waris yang berkenaan

Tuan/Puan,

SURAT LANTIKAN SEBAGAI PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ( PRS ) SEKOLAH BAGI SESI
PERSEKOLAHAN 2020

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah melantik anak jagaan tuan/puan :
__________________________________________ dari kelas _____________ sebagai Pembimbing
Rakan Sebaya ( PRS ) sekolah bagi sesi 2020.

3. Pihak sekolah amat berharap agar pelantikan ini, dapat memberi pengalaman kepimpinan
kepada murid. Justeru itu, diharap murid tersebut sentiasa memberi kerjasama kepada pihak sekolah
khususnya Unit Bimbingan dan Kaunseling. Di samping itu murid hendaklah sentiasa mematuhi
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dari masa ke semasa.

3. Sehubungan itu, pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada anak tuan/puan di atas
pelantikan jawatan ini. Segala kerjasama dan perhatian dari pihak tuan/puan amat di harapkan.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“ PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG “

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………………………..
Sk Fail

You might also like