You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Batu Kawan


14110 Simpang Ampat Telefon/Faks : 04-588 4391
Seberang Perai Selatan Kod Sekolah : PBA4017
Emel : pba4017@jpnpp.edu.my

Tarikh : 10 Februari 2020

Kepada:

Muhammad Anas Amsyar Bin Abdul Aziz

Tuan / Puan,

PENERIMA HADIAH KECEMERLANGAN UPSR 2019

Merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Tuan/Puan/Encik/Cik dijemput


hadir untuk menerima Hadiah Kecemerlangan UPSR 2019 bersempena dengan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 17 sesi 2020.

2. Mesyuarat tersebut akan diadakan pada :


Hari : Sabtu
Tarikh : 22 Februari 2020
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan SKBK
Pakaian : Pakaian Sekolah ( Pelajar )

3. Semua pelajar yang menerima hadiah perlu berada di sekolah pada pukul 9.30
pagi. Pelajar yang tidak dapat hadir untuk menerima hadiah boleh diwakili oleh ibu /
bapa masing-masing. Sila daftar kehadiran di meja pendaftaran.

4. Kehadiran Tuan/Puan/Encik/Cik amat dialu-alaukan demi memeriahkan dan


melancarkan perjalanan majlis ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(ZAMRI BIN NAYAN)


Penolong Kanan Pentadbiran
b.p. Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Batu Kawan

You might also like