You are on page 1of 36

PENGURUSAN KEMASUKAN

MURID

SEKTOR PENGURUSAN PENDAFTARAN MURID


BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1.Pendidikan Wajib dan Kohort Umur
Persekolahan

2. Pengecualian Daripada Mengikuti


Pendidikan Wajib

K ANDUNGAN 3. Homeschooling

4. Permohonan Bagi Kemasukan Kanak-kanak


Di Bawah Umur Ke Tahun 1

5. Kemasukan Murid Bukan Warganegara Ke


Sekolah Kerajaan/ Bantuan Kerajaan

6. Pengecualian Mengikuti Kelas Peralihan


Murid SJK

2
PENDIDIKAN WAJIB
&
KOHORT UMUR
PERSEKOLAHAN

3
AKTA PENDIDIKAN 1996
(Akta 550)

Pendidikan Rendah Menjadi Pendidikan Wajib


(Tahun 1 hingga Tahun 6)
berkuatkuasa 1 Januari 2003 SPI Bil. 14/2002

Jika anak telah mencapai umur enam (6) tahun pada hari pertama
bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa anak itu
didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah dalam tahun itu dan
terus menjadi murid di sekolah rendah sepanjang tempoh
pendidikan wajib (SPI Bil 10/1998 dan SPI Bil.3 2001) panduan
tentang umur masuk sekolah rendah ….)

Pengecualian – Menteri boleh mengecualikan mana-mana


murid atau mana-mana golongan murid daripada kehendak
supaya mengikuti pendidikan wajib.
4
PANDUAN KOHORT UMUR PERSEKOLAHAN

SPI Bil. • Panduan tentang Umur Masuk Sekolah Rendah


dan Menengah serta Menduduki Peperiksaan
Bagi Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan
10/1998 Kerajaan dan Sekolah Swasta

• Pindaan bagi Para 2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.


SPI Bil. 10/1998. Panduan Tentang Umur Masuk Sekolah
Rendah dan Sekolah Menengah serta Umur
3/2001 Menduduki Peperiksaan bagi Sekolah Kerajaan,
Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta

5
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL . 3/2001

2. Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa Y.B. Menteri Pendidikan


telah mengarahkan supaya tarikh larangan menerima murid baru di bawah umur, di
Para 2 Pekeliling Ikhtisas 10/1998 diubah daripada 1.1.1998 kepada 1.1.2000. Oleh
itu perenggan berkenaan hendaklah dibaca seperti berikut :-

”Mulai 1.1.2000, Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah


Swasta dilarang menerima murid baru di bawah umur, sama ada didaftar
atau menumpang tanpa didaftarkan. Murid yang diterima belajar di sekolah
rendah hendaklah dari umur 6 tahun ke atas. Pengiraan umur hendaklah dikira
dari 1 Januari tahun persekolahan semasa. Sebagai contoh, murid tahun 1
pada tahun 2018 hendaklah dilahirkan antara 2.1.2011 hingga 1.1.2012. Ini
bermakna bahawa murid yang genap berumur 6 tahun pada 1 Januari tahun
yang berkenaan tidak perlu memohon kebenaran daripada Kementerian
Pendidikan”.

6
TINDAKAN JPN

• Semua murid wajib ditempatkan di kelas


mengikut kohort umur
1

• Bagi kes tidak mengikut kohort umur, surat


kelulusan penangguhan diperlukan
2

• Surat kelulusan penangguhan diperlukan


bagi tujuan pendaftaran UPSR, PT3 dan SPM
3

7
KOHORT UMUR

KOHORT UMUR MASUK


KOHORT UMUR TAHUN 1
SEKOLAH RENDAH 2020

KOHORT TAHUN 1 TARIKH LAHIR


TAHUN LAHIR
BELAJAR
2013 2020 2/1/2013 – 1/1/2014
TAHUN 1
2/1/2013 – 1/1/2014
TAHUN 2 2012 2021 2/1/2014 – 1/1/2015
2/1/2012 – 1/1/2013
TAHUN 3 2011 2022 2/1/2015 – 1/1/2016
2/1/2011 – 1/1/2012
TAHUN 4 2010 2023 2/1/2016 – 1/1/2017
2/1/2010 – 1/1/2011
TAHUN 5 2009 2024 2/1/2017 – 1/1/2018
2/1/2009 – 1/1/2010
TAHUN 6 2008 2025 2/1/2018 – 1/1/2019
2/1/2008 – 1/1/2009
8
KOHORT UMUR MASUK SEKOLAH
MENENGAH 2020

KOHORT BELAJAR TAHUN KELAHIRAN


2007
TINGKATAN 1
2/1/2007 – 1/1/2008
2006
TINGKATAN 2
2/1/2006 – 1/1/2007
2005
TINGKATAN 3
2/1/2005 – 1/1/2006
2004
TINGKATAN 4
2/1/2004 – 1/1/2005
2003
TINGKATAN 5
2/1/2003 – 1/1/2004

9
PENGECUALIAN PENDIDIKAN
WAJIB

10
PENGECUALIAN DARIPADA MENGIKUTI
PENDIDIKAN WAJIB

• Pendidikan secara persekolahan di rumah


HOME
SCHOOLING

• Murid yang mencapai umur enam tahun pada 1 Januari tahun


persekolahan semasa yang memohon untuk menangguhkan kemasukan
LAHIR ke Tahun 1 ke tahun berikutnya. (SPI Bil. 2/2005 – Subseksyen 29A(93) -
1 JANUARI 15(ii) )

• Lain-lain sebab yang munasabah


• Kanak-kanak istimewa, Kaum asli /bumiputra Sabah Sarawak yang
LAIN- LAIN tinggal jauh di pedalaman

11
KEGAGALAN MEMATUHI AKTA PENDIDIKAN
WAJIB

Kegagalan ibu bapa memastikan anaknya


mengikut pendidikan wajib adalah merupakan satu
kesalahan dari segi undang-undang. Jika
disabitkan dengan kesalahan ibubapa berkenaan
boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu
ringgit (RM5000.00) atau penjara tidak lebih enam
(6) bulan atau kedua-duanya sekali.

12
HOMESCHOOLING

13
HOMESCHOOLING

• SPI.BIL 2/2005 : Garis Panduan Pengecualian Daripada Mengikuti


Pendidikan Wajib di Sekolah Rendah
PUNCA
KUASA

• Murid kaum asli dan bumiputera Sabah dan Sarawak yang tinggal
jauh di pedalaman dan secara tradisinya masih mengamalkan hidup
secara berpindah randah
• Murid Istimewa seperti yang ditetapkan, contohnya melalui
Golongan Murid Peraturan-Peraturan Pendidikan Khas di Bawah Akta 1996
Yang Boleh
Dipertimbangkan • Lain-lain golongan murid yang ditentukan oleh YB Menteri
Pendidikan

14
HOMESCHOOLING

• Permohonan oleh Ibu bapa melalui JPN


• Semua permohonan hendaklah menggunakan boring permohonan
dan disertakan dokumen-dokumen sokongan sebagai bukti
PERMOHONAN menyokong permohonan

• Ibu bapa hendaklah mengemukakan bukti-bukti anaknya mengikuti


Pendidikan rendah yang sempurna
• Dilaksanakan atau diajar oleh tenaga pengajar yang terdiri daripada
ibu, bapa, atau tutor
• Dijalankan dirumah kanak-kanak tersebut
• Tidak boleh diajar secara kumpulan kecuali adik-beradik kanak-
KEADAH
PELAKSANAAN kanak tersebut
• Kurikulum hendaklah sesuai dengan peringkat umur. Ia juga
mematuhi tahap minima kurikulum Kebangsaan iaitu menhgajar
mata pelajaran teras

15
PERMOHONAN BAGI KEMASUKAN
KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR
(KEMASUKAN AWAL) KE TAHUN 1

16
PERMOHONAN BAGI KEMASUKAN KANAK-KANAK
DI BAWAH UMUR KE TAHUN 1

▪ Permohonan kelonggaran syarat yang membolehkan


Kemasukan Awal Kanak-kanak Di Bawah Umur Ke Tahun 1
berbanding tahun persekolahan wajib.
▪ Permohonan diproses dan dikendalikan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri berdasarkan permohonan ibu bapa atau
Pengenalan penjaga yang sah.
▪ Kelonggaran syarat hanya diberikan kepada kanak-kanak
(warganegara)
- lahir pada 2 hingga 15 Januari
- telah mengikuti kelas prasekolah atau tadika; dan
- memenuhi kriteria yang ditetapkan.
▪ Permohonan hendaklah dikemukakan dua tahun sebelum
sesi persekolahan sebenar berlangsung.

17
PERMOHONAN BAGI KEMASUKAN KANAK-KANAK
DI BAWAH UMUR KE TAHUN 1

Surat Siaran Kelonggaran Syarat Kemasukan Kanak-kanak Di


Bawah Umur Ke Tahun 1
Punca Kuasa Rujukan:
KP(BS/PSR)8502/03/005/Jld.22(10)
bertarikh 5 Mac 2003

Kementerian Pendidikan telah bersetuju untuk


mempertimbangkan permohonan kemasukan
awal bagi kanak-kanak bawah umur yang lahir
mulai 2 Januari hingga 15 Januari pada tahun
persekolahan berkenaan.

TARIKH LAHIR BAGI PERMOHONAN KEMASUKAN KANAK-KANAK


DI BAWAH UMUR KE TAHUN 1

Tarikh Lahir Tarikh lahir pertimbangan


Tahun 1
(wajib Tahun 1) masuk awal
2020 2/1/2013 – 1/1/2014 2/1/2014 – 15/1/2014

2021 2/1/2014 – 1/1/2015 2/1/2015 – 15/1/2015

2022 2/1/2015 – 1/1/2016 2/1/2016 – 15/1/2016

2023 2/1/2016 – 1/1/2017 2/1/2017 – 15/1/2017


18
SYARAT PERMOHONAN KEMASUKAN KANAK-KANAK DI
BAWAH UMUR KE TAHUN 1

Warganegara - Lahir pada


2-15 Januari pada tahun
persekolahan berkenaan

Telah mengikuti kelas prasekolah


atau tadika

Capai tahap KEMASUKAN


KRITERIA munasabah KANAK-KANAK
dari segi
mental DI
dan kemampuan
BAWAH UMUR KE(reading
TAHUN 1
age)

Menghadiri sesi ujian saringan

Menghadiri sesi temubual


19
PROSES KERJA PERMOHONAN KEMASUKAN KANAK-
KANAK DI BAWAH UMUR KE TAHUN 1

1 Ibu bapa/penjaga mohon menggunakan borang PMA01

2
Mohon ke JPN beserta sijil lahir surat pengesahan persekolahan
tadika dan laporan kemajuan murid.

3 Menduduki ujian saringan bertulis

4 Melepasi ujian saringan akan menghadiri sesi temubual

5 Keputusan layak / tidak layak adalah muktamad

Yang berjaya perlu daftar di sekolah yang ditempatkan dalam minggu


6 pertama persekolahan tahun berikutnya

20
20
PERMOHONAN BAGI KEMASUKAN KANAK-KANAK
DI BAWAH UMUR KE TAHUN 1

Prosedur Kerja Yang Sama Di Seluruh Negara.


Instrumen Saringan Dan Temubual Setara Bagi
Semua JPN.

Ujian Saringan Serentak dan Pemeriksaan Saringan


Secara Berpusat. Keputusan Saringan Menentukan
Kelayakan Dipanggil Temubual.

Sesi Temubual Dalam Minggu Yang Sama Bagi Semua


JPN. Rumusan Temubual Dipanjangkan Ke BPSH.

BPSH Keluarkan Keputusan Kepada JPN Dan JPN


Keluarkan Surat Tawaran Kepada Ibu Bapa.

Murid Mendaftar Di Sekolah Yang Ditawarkan. JPN


Mengemukakan Laporan Ke BPSH.

21
KEMASUKAN MURID BUKAN
WARGANEGARA KE SEKOLAH
KERAJAAN DAN BANTUAN KERAJAAN

22
KEMASUKAN MURID BUKAN WARGANEGARA KE
SEKOLAH KERAJAAN DAN BANTUAN KERAJAAN
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid
1 ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi
Punca Pengekalan Murid Belajar di Sekolah) 1998
Kuasa
Surat Siaran KPM Bil.3 Tahun 2018 :
2 Permohonan Kemasukan Sekolah Murid Bukan
Warganegara
Rujukan: KPM.100-1/7/2 Jld.4(61) bertarikh 15 Januari 2018

Terbahagi kepada 2 Situasi:


1. Kanak-kanak bukan warganegara yang ibu bapa/ penjaga juga
bukan warganegara
2. Kanak-kanak bukan warganegara tetapi ibu bapa/ penjaga
juga adalah warganegara
2.1 Kanak-kanak bukan warganegara yang telah diambil oleh
warganegara Malaysia sebagai anak angkat
2.2 Kanak-kanak bukan warganegara hasil perkahwinan tidak
mengikut undang-undang Malaysia 23
A. PU.(A) 275/98 : Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk
Murid ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan
Murid Belajar di Sekolah) 1998

Peraturan 5: Penerimaan masuk murid bukan warganegara ke


sekolah
(1) Kategori murid berikut yang bukan warganegara boleh di terima masuk
ke sekolah :
(a) Anak kakitangan kedutaan asing;
(b) Anak yang ibu bapanya adalah juga bukan warganegara, yang bekerja
dalam perkhidmatan atau agensi kerajaan, badan berkanun atau
mana-mana tempat lain dengan permit kerja yang sah (employment
pass – kategori 1 - RM10,000 ke atas dengan kontrak minimum 2
tahun, kategori 2 - RM5000 hingga RM9999 dengan kontrak kurang
2 tahun);
(c) Anak yang ibu bapanya adalah pemastautin tetap Malaysia;
(d) Anak yang dipilih oleh Kerajaan kanak-kanak itu untuk melanjutkan
pelajaran di Malaysia menurut mana-mana Memorandum
Persafahaman atau perjanjian antara kerajaan Malaysia dan Kerajaan
Negara Kanak-kanak itu. 24
A. PU.(A) 275/98 : Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penerimaan
Masuk Murid ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi
Pengekalan Murid Belajar di Sekolah) 1998

Peraturan 5: Penerimaan masuk murid bukan warganegara ke sekolah

(2) Murid yang disebut dalam subperaturan (1) Sebelum diterima


masuk ke sekolah hendaklah :
(a) memiliki pas pelajar yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen;
(b) membayar fi yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia ; dan
(c) mengemukakan borang sebagaimana yang ditetapkan dalam
Jadual Pertama (Akta Pendidikan 1996 m/s 249).

25
B. Kanak-kanak bukan warganegara yang telah diambil
oleh warganegara Malaysia sebagai anak angkat

Kanak-kanak bukan warganegara yang telah diambil oleh warganegara


Malaysia sebagai anak angkat perlulah mempunyai dokumen pengenalan
diri seperti berikut :-
(a) Sijil Pengangkatan yang sah dari Jabatan Pendaftaran Negara
(JPN) atau ;
(b) Perintah Mahkamah tentang hak penjagaan kanak-kanak atau,
(c) Surat Akuan Penjagaan Kanak-kanak daripada Jabatan Kebajikan
Masyarakat.

26
C. Kanak-kanak bukan warganegara hasil perkahwinan tidak
mengikut undang-undang Malaysia

Kanak-kanak bukan warganegara hasil perkahwinan tidak mengikut


undang-undang Malaysia di mana sekiranya bapa adalah warganegara
dan ibunya bukan warganegara maka penerimaan masuk kanak-kanak
tersebut ke sekolah perlulah mempunyai dokumen pengenalan seperti
berikut :-
(a) Sijil pengangkatan yang sah dari Jabatan Pendaftaran Negara
(JPN) atau ;
(b) Perintah mahkamah untuk hak penjagaan yang sah, atau,
(c) Surat pengesahan atau perakuan daripada sama ada
Penghulu, Ketua Kampung, Ketua Kaum atau Ketua Rumah
Panjang tempat kanak-kanak tersebut tinggal.

27
D. Syarat-syarat penerimaan masuk

Bagi kanak-kanak yang terlibat seperti di perkara B dan C, keluarga,


penjaga atau mana-mana badan atau pihak yang bertanggungjawab
dalam penjagaan kenak-kanak tersebut perlulah mematuhi perkara
seperti tersebut ;
(a) Dalam tempoh dua (2) tahun daripada mula kanak-kanak
tersebut masuk persekolahannya, semua dokumen
pengenalan diri kanak-kanak esebut perlu diselesaikan, dan
(b) Membayar fi yang ditetapkan oleh KPM,
- sekolah rendah – RM120.00 setahun
- sekolah menengah – RM240.00 setahun

* JPN hendaklah memastikan bayaran fi ini dijelaskan setiap


tahun persekolahan.

28
E. Peraturan kemasukan sekolah murid bukan warganegara.

Kanak-kanak bukan warganegara yang dibenarkan bersekolah tidak


layak menerima :
1. Bantuan Khas Pendidikan :-
(a) RMT, Program Susu Sekolah, PSP
(b) Buku Teks,
(c) Awal Persekolahan, KWAPM, biasiswa,
(d) Lain-lain bantuan khas pendidikan.
2. Kemasukan ke sekolah
(a) Ikut Kohort Umur,
(b) Tidak layak ke Kelas Peralihan,
(c) Tidak boleh mengulang belajar,
(d) Tidak layak memohon kemasukan awal Tahun Satu.

29
KEMASUKAN MURID TANPA DOKUMEN
KE SEKOLAH KERAJAAN DAN
BANTUAN KERAJAAN

30
KEMASUKAN MURID BUKAN WARGANEGARA KE
SEKOLAH KERAJAAN DAN BANTUAN KERAJAAN
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1 Tahun 2009 :
Punca
1 Kemasukan Kanak-kanak Warganegara Malaysia Tanpa
Kuasa Dokumen Ke Sekolah
Rujukan: KP.100(BS-Dsr)201/002/1 Jld.2(1) bertarikh 11 Mac
2009

Syarat-syarat Penerimaan:
1. Mana-mana salah seorang ibu bapa kanak-kanak tersebut
adalah warganegara Malaysia; dan

2. Surat pengesahan atau surat perakuan ketua kampung bahawa


kanak-kanak tersebut adalah anak kepada warganegara Malaysia.

31
Kategori lain penjaga kanak-kanak tanpa dokumen
yang boleh dipertimbangkan:-

1. Keluarga (Datuk/Nenek/Ibu Saudara/Bapa Saudara) yang


bertaraf warganegara Malaysia, dan

2. Pengurus/Pengetua Pusat Kebajikan atau Rumah Kebajikan yang


berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan syarat:-
a) mengemukakan borang permohonan bersama Surat Kuasa
Penjagaan kanak-kanak ini daripada Jabatan Kebajikan
Masyarakat; atau
b) Surat Perintah Mahkamah bagi hak penjagaan; atau
Sijil Anak Angkat dan
c) Sesalinan kad pengenalan pengurus/pengetua pusat sebagai
penjaga yang sah.

32
PENGECUALIAN MENGIKUTI KELAS
PERALIHAN DI SMK BAGI MURID SJK

33
PENGECUALIAN MENGIKUTI KELAS PERALIHAN DI SMK
BAGI MURID SJK
Surat Siaran KPM Bil.12 Tahun 2019
Pengecualian Mengikuti Kelas Peralihan Di Sekolah Menengah Kebangsaan Bagi
Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina [SJK(C)] dan Sekolah Jenis Kebangsaan
Punca Kuasa Tamil [SJK(T)]

Rujukan: KPM.100-1/3/2(31) bertarikh 7 November 2019


SYARAT-SYARAT PRNGECUALIAN

34
Surat Makluman BPSH
DIBACA Rayuan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Di Sekolah Menengah Bagi Murid
SECARA Sekolah Jenis Kebangsaan Cina [SJK(C)] Dan Sekolah Jenis Kebangsaan
BERSAMA Tamil [SJK(T)] Yang Tidak Mencapai Tahap Minimum D Bahasa Melayu
Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
Rujukan: KPM.800-1/1/4(55) bertarikh 30 November 2019
SYARAT-SYARAT RAYUAN

▪ Permohonan rayuan secara rasmi oleh ibu bapa/


penjaga
▪ Permohonan rayuan dikemukakan PPD/JPN (tiada
PPD).
▪ Keputusan tertakluk kepada pertimbangan dan
kelulusan PPD/ JPN. Antara kriteria yang boleh diambil
kira:
1- pencapaian Bahasa Melayu murid dalam
peperiksaan Tahap Dua (Tahun 4, 5, dan Tahun
6)
2- Kriteria lain yang difikirkan sesuai
▪ JPN/ PPD perlu menempatkan murid yang berjaya ke
Tingkatan 1 di sekolah menengah
▪ Mengikuti kelas tambahan mata pelajaran Bahasa
Melayu.
▪ Tempoh pelaksanaan kelas tambahan ini bergantung
kepada keperluan.
▪ Cadangan kandungan pembelajaran berdasarkan
sukatan pelajaran Bahasa Melayu kelas peralihan.
35
Sekian
Terima Kasih

| 36

You might also like