You are on page 1of 11

Berdasarkan Nota yang berkaitan sila jawab soalan-soalan berikut.

Apa yang dilakukan oleh KPM dalam menentukan semua pihak mendapat pendidikan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Dasar

Pendidikan Wajib dan surat-surat pekeliling mengenai kemasukan murid ke

sekolah.

Apakah yang terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2009 bertarikh 11 Mac 2009.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2009 bertarikh 11 Mac 2009 telah mengeluarkan

arahan bahawa mana-mana kanak-kanak yang tidak memiliki dokumen dan salah

seorang ibu bapa kanak-kanak tersebut adalah warganegara, boleh didaftarkan

sebagai murid di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan setelah

mendapat surat pengesahan atau surat perakuan daripada ketua kampung.

Apakah yang dilakukan oleh KPM dalam memenuhi Dasar Pendidikan Wajib

Menerima murid warganegara Malaysia dalam peringkat persekolahan daripada

prasekolah hingga menengah atas (berumur 5 hingga 17 tahun).

Senaraikan kategori kanak-kanak yang diterima masuk ke Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih

Kategori kanak-kanak yang diterima masuk ke SBJK adalah :

Kanak-kanak jalanan

Kanak-kanak terpinggir

Kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri


Kanak-kanak yatim piatu yang tinggal di bawah pusat jagaan

kanak-kanak yang berdaftar.

Nyatakan latar belakang ibu bapa murid SBJK

Latar belakang keluarga murid SBJK terdiri daripada anak-anak

pekerja sosial, ibu bapa yang terlibat dalam gejala dadah, perilaku

jenayah, institusi kekeluargaan yang kucar kacir, tidak mempunyai

tempat tinggal tetap (gelandangan) dan golongan miskin tegar.

Apakah objektif SBJK

Menyediakan akses pendidikan formal dalam persekitaran kondusif

bagi kanak-kanak jalanan dan terpinggir

Mengurangkan kadar keciciran dalam kalangan penduduk Malaysia

Memberi peluang membentuk laluan kerjaya kanak-kanak jalanan

dan terpinggir

Membina insan yang berilmu, berkemahiran dan boleh berdikari

Dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan formal, nyatakan apa yang dilakukan oleh KPM

Menyediakan perkhidmatan pendidikan formal dengan modifikasi

kurikulum dan pengoperasian sekolah yang bersesuaian dengan kurikulum

setempat, situasi serta kebajikan kanak-kanak jalanan dan terpinggir.

Nyatakan kandungan kurikulum dan masa pembelajaran bagi SBJK

Kandungan kurikulum di SBJK disesuaikan dengan minat, tahap kebolehan,

sosiobudaya dan bersifat latar belakang setempat.


Nyatakan apakah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terdapat di SBJK

Kaedah pengajaran adalah secara berpasukan (collaborative teaching)

dengan berpusatkan murid. Kaedah pengajaran ‘memberi perhatian dan

teroka ilmu’ (HATI) dijalankan bagi mewujudkan kasih sayang, minat,

kekeluargaan, perhatian dan motivasi manakala pembelajaran berasaskan

aktiviti iaitu bersifat ‘hands on’, multigrades dan didik hibur.

Masa pembelajaran murid adalah fleksibel, terancang dan mengikut

keperluan seerta minat murid.

Apakah pendidikan yang disediakan untuk SBJK

Pendidikan yang disediakan di SBJK ialah Pendidikan Prasekolah,

Pendidikan Rendah, Pendidikan Menengah dan Pendidikan Asas

Vokasional.

Senaraikan Kumpulan sasar bagi SBJK

Kanak-kanak Menghadapi Masalah Sosial

Ibu bapa adalah warganegara atau salah seorang ibu bapanya adalah

warganegara.

Kanak-kanak Tanpa Dokumen

Ibu bapanya adalah warganegara atau salah seorang ibu bapanya adalah

warhganegara

Kanak-kanak Yatim Piatu


Tinggal di pusat/ rumah jagaan kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan

Kebajikan Masyarakat

Murid Tercicir

Tercicir dari system persekolahan berpanjangan disebabkan kemiskinan

Ibu bapanya adalah warganegara atau salah seorang ibu bapanya adalah

warganegara.

Apakah jurang pendidikan yang terdapat antara bandar dan luar bandar

Di antaranya ialah jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar

yang merujuk kepada ketidaksamarataan daripada segi penyediaan

infrastruktur dan penempatan guru terutama di Sekolah Kurang

Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman.

Senaraikan Kriteria Sekolah Kurang Murid

Sehingga tahun 2005, terdapat 2,261 (29.7%) sekolah rendah yang

dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid, iaitu sekolah yang

enrolmennya kurang daripada 150 orang

Bagaimana pendidikan dilaksanakan di Sekolah Kurang Murid

Kelas bercantum merupakan kelas yang diwujudkan kerana bilangan

murid dalam tahun persekolahan adalah kurang daripada 15 orang

dan bilangan ini tidak mencukupi untuk membentuk sebuah kelas

biasa
Perlaksanaan kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu

mengajar sebuah kelas yang terdiri lebih daripada satu tahun

persekolahan.

Sesebuah kelas bercantum mungkin mengandungi murid-murid

daripada dua atau tiga tahun persekolahan ( iaitu Tahun 1 dan Tahun

2 atau Tahun 1, 2 dan 3 )

Seorang guru akan dikehendaki mengajar lebih daripada satu tahun

persekolahan secara serentak dalam sesebuah kelas bercantum.

Berikan ciri-ciri kelas dan umur bagi Kelas Bercantum

Kelas bercantum merupakan kelas yang unik yang mempunyai ciri-ciri yang

tersendiri.

umur murid-murid dalam sesebuah kelas bercantum berlainan mengikut

tahun persekolahan mereka

Percantuman murid-murid mengikut umur yang hampir sama ini dilakukan

bagi memudahkan guru melaksanakan proses pengajaran dan pelajaran di

dalam kelas bercantum.

Bilangan murid dalam satu tahun persekolahan pula tidak melebihi 14

orang.

Bilangan kelas bercantum akan ditentukan dengan membuat pertimbangan

berdasarkan bilangan murid dalam setiap tahun persekolahan.

Jumlah murid dalam tiga tahun persekolahan tidak melebihi 14 orang

murid, maka tiga tahun persekolahan dicantumkan dalam sebuah kelas


bercantum.

Huraikan penglibatan guru di Kelas Bercantum

seorang guru ditugaskan mengajar murid-murid daripada dua atau tiga

tahun persekolahan secara serentak dalam sebuah kelas yang sama

kriteria percantuman kelas juga bergantung kepada bilangan tenaga

pengajar yang sedia ada

contoh, sebuah sekolah yang mempunyai 3 orang guru boleh

mencantumkan murid-murid daripada tiga tahun persekolahan bagi

membentuk sebuah kelas bercantum.

Manakala, sebuah sekolah yang mempunyai 4 atau 5 orang guru pula boleh

mencantumkan murid-murid daripada dua tahun persekolahan dalam

sebuah kelas

Namun, biasanya, bilangan guru dalam sekolah yang mempunyai kelas

bercantum tidak melebihi 5 orang kerana peruntukan guru adalah

mengikut nisbah bilangan kelas yang terdapat disesebuah sekolah

berkenaan

Bincangkan strategi pengajaran dan pembelajaran di Kelas Bercantum

strategi pengajaran dan pembelajarannya yang tersendiri dan berbeza

daripada kelas biasa

semasa guru mengajar murid-murid dalam satu tahun persekolahan,

murid-murid dari tahun persekolahan yang lain akan ditinggalkan


memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan

dengan berkesan, guru yang terlibat perlu memilih dan merancang strategi

pengajaran yang sesuai untuk menyelenggarakan bilik darjah

murid-murid Tahun 1 yang baru masuk sekolah dan memerlukan perhatian

dan layanan perlu diutamakan oleh guru.

murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan penting seperti

UPSR.

kelas Tahun 1 dan Tahun 6 seeloknya tidak dicantumkan dan dijadikan

kelas biasa

kriteria ini tidak semestinya dapat dipenuhi oleh sekolah, bergantung

kepada pihak sekolah yang perlu memikirkan kriteria yang sesuai

berdasarkan keutamaan dan keadaan sekolah itu sendiri

Senaraikan strategi pelaksanaan Sekolah Kurang Murid

membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar

menyediakan bekalan elektrik 24 jam ke sekolah pedalaman

merintis penggunaan solar hybrid

merintis penggunaan empangan mini

menyediakan bekalan air ke sekolah, menambah baik Sekolah Kurang

Murid

menilai pelaksanaan Sekolah Pusat bagi tujuan peluasan


mewujudkan norma baru untuk guru di Sekolah Kurang Murid.

Nyatakan Pendekatan dan Strategi pengajaran dan pembelajaran di Kelas Cantum

STRATEGI PERTAMA

penyusunan bilik darjah iaitu melibatkan penyusunan kerusi-meja dan

alatan perlu sesuai dengan jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran

yang dijalankan.

Sebagai contoh, sebuah kelas bercantum bagi murid-murid Tahun 1

dan 2, murid-murid Tahun 1 disusun secara berkumpulan, manakala

murid-murid Tahun 2 duduk secara formal.

Dua papan hitam digunakan dan kedua-duanya terletak di tempat

pengadang yang diletakkan ditengah-tengah kelas sebagai pembahagi

kelas.

Tempat duduk guru pula diletakkan di tempat yang membolehkan

guru mengawasi kedua-dua tahun persekolahan itu.

penyusunan jadual waktu kelas bercantum yang disusun berdasarkan

peruntukan masa yang ditetapkan bagi setiap mata pelajaran.

Sebagai contoh, semasa murid Tahun 1 belajar Matematik,

murid-murid Tahun 2 juga harus disusun jadualnya dengan mata

pelajaran yang sama.

pengurusan alat bantu mengajar adalah penting bagi memastikan

proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan


berkesan.

guru mestilah memastikan setiap murid mematuhi semua peraturan

yang telah ditetapkan.

percantuman kemahiran-kemahiran untuk diajarkan dalam waktu

pelajaran yang sama perlu dititikberatkan.

Kaedah Kumpulan juga boleh digunakan dalam sebuah kelas

bercantum di mana murid-murid dibahagikan kepada beberapa

kumpulan mengikut kebolehan murid dan guru menyampaikan

pelajaran secara bergilir-gilir, kumpulan demi kumpulan.

kaedah individu juga kadangkala harus digunakan sebagai strategi

pengajaran dan pembelajaran dalam sesebuah kelas bercantum.

Strategi penggabungjalinan, penyerapan dan pemulihan juga boleh

diubahsuai untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran

kelas bercantum.

Apakah Program Gemilang 7?

Program Gemilang 7 merupakan salah satu cara untuk mengatasi kekurangan

SKM dalam aspek-aspek antara lain sumber manusia, kemudahan asas, buku dan

sumber rujukan.

Program ini merupakan perkongsian pintar tujuh buah sekolah yang dikategorikan

sebagai kurang murid di zon kurikulum 1, daerah Segamat.

Senaraikan sekolah Kurang Murid yang terdapat di Malaysia

SK Spang Loi, Batu Anam,


SK Balai Badang, Batu Anam,

SK Tambang, Batu Anam,

SK Mensudut Pindah, Batu Anam.

SK Mensudut Lama, Batu Anam,

SK Kampung Awat, Batu Anam,

SK Kemedak, Batu Anam

Apakah objektif G7

Memupuk semangat kerjasama antara sekolah-sekolah G7 dan

masyarakatnya;

Melahirkan insan yang gemilang dan seimbang daripada masyarakat

luar bandar;

Mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan G7 di samping dapat

memupuk dan meningkatkan keupayaan jati diri di semua peringkat

G7.

Senaraikan Teras Utama G7

Perkongsian dalam aspek kemudahan fizikal, sumber manusia, bahan

dan peralatan, dan bahan rujukan.


Apakah cabaran bagi kesamarataan peluang pendidikan di Malaysia dari segi jantina.

Murid lelaki sukar menguasai kurikulum akademik arus perdana, dan

lebih mendapat manfaat daripada latihan vokasional atau kerja kursus

berbentuk aplikasi.

Penambahan tempat di sekolah teknik dan vokasional membantu lelaki

yang kurang berminat dalam pembelajaran teori boleh menonjolkan

bakat mereka dengan praktikal.

Nyatakan cabaran kesamarataan peluang pendidikan di kawasan pendalaman

Ibu bapa di kawasan pedalaman tidak mementingkan pelajaran.

Segala kesulitan yang dihadapi oleh murid-murid, secara tidak langsung

menjadi satu halangan kepada mereka untuk memajukan diri.

Ibu bapa itu sendiri turut tidak berpendidikan ataupun tidak berpelajaran.

Pendekatan ataupun kaedah yang digunakan oleh guru-guru juga tidak

menarik

You might also like