You are on page 1of 13

Garis panduan dan kriteria MBK yang boleh

dicadangkan untuk mengikuti Program Pendidikan


Inklusif di Malaysia
 Satu tatacara piawai yang diperakukan oleh KPM sebagai panduan

melaksanakan pendidikan bagi MBK, seperti yang terkandung dalam


Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Bab 8 Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 dan akta-akta yang berkaitan.
Mengikut
Penempatan
Kriteria Guru
murid
murid

Pengajaran
dan Pentaksiran
Pembelajaran
 Boleh ikut sesi pengajaran dan pembelajaran aliran perdana.

 Bersosialisasi.

 Menduduki peperiksaan awam

 Melepasi tahap penilaian menggunakan instrument yang ditetapkan oleh KPM.

 Umur MBK hendaklah mengikut kohort umur murid di arus perdana/tambahan satu

tahun sahaja daripada umur murid di arus perdana.


 Penempatan MBK di PPI perlu mengambil kira perkara berikut:
 Saiz kelas arus perdana yang menjalankan PPI sebaik-baiknya mempunyai

bilangan murid kurang daripada 35 orang


 MBK yang ditempatkan di PPI tidak lebih daripada lima orang di setiap kelas

 MBK ditempatkan di kelas yang setara dengan pencapaian mereka

 Kelas PPI sebaik=baiknya berada di aras bawah bangunan sekolah bagi MBK

yang menggunakan kerusi roda


 Penempatan MBK di PPI hendaklah mendapat kebenaran daripada ibu bapa

secara bertulis
 Guru arus perdana yang mengajar di kelas inklusif hendaklah diberi latihan dalam
mengendali MBK.
 Bagi sekolah yang tiada PPKI, pihak sekolah boleh mendapatkan bantuan latihan
daripada guru PPKI dari sekolah berhampiran, pegawai di 3PK, PPD atau Bahagian
di Kementerian.
 Bagi sekolah yang mempunyai PPKI, guru pendidikan khas memainkan peranan
yang penting dalam membantu guru aliran perdana menjayakan PPI.
 MBK dalam PPI belajar menggunakan kurikulum kebangsaan.
 Pengubahsuaian kaedah pengajaran, penyediaan bahan dan penyampaian boleh
dilakukan bagi memudahkan MBK menerima pembelajaran
 Laporan perubatan, profil murid, analisis ujian dan rekod prestasi hendaklah digunakan
bagi merancang pengajaran murid.
 Guru aliran perdana  RPH (memasukkan keperluan pengajaran khusus MBK.
 RPI  boleh dibuat bagi memastikan keperluan intervensi yang bersesuaian dapat
dilaksanakan.
 Sekolah yang mempunyai PPKI, guru pendidikan khas dan guru mata pelajaran perlu
bekerjasama untuk merancang P&P yang sesuai mengikut tahap kognitif murid
 MBK dalam inklusif penuh menjalani pentaksiran dan penilaian sama seperti murid

lain di arus perdana dalam aspek kurikulum dan kokurikulum (rujuk Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 23/1998 KEBENARAN MURID-MURID MENDUDUKI
PEPERIKSAAN AWAM)
 Murid perlu didaftarkan sebagai calon bekeperluan khas (CBK) dalam

peperiksaan awam bagi mendapatkan keistimewaan, kemudahan dan


perkhidmatan yang diperuntukkn oleh Lembaga Peperiksaan berdasarkan
Panduan Pengurusan Peperiksaan Bagi Calon Berkeperluan Khas
 Mata pelajaran arus perdana dengan pendidikan khas masalah pembelajaran tidak
sama.
 Murid dapat mengikuti mata pelajaran seperti Kemahiran Manipulatif di kelas PPKI
atau di sekolah pendidikan khas

 Guru arus perdana perlu menerapkan unsur terapi (terapi cara kerja untuk
murid yang mempunyai masalah menulis) supaya domain yang lemah
dapat dipertingkatkan
 Guru perlu bersedia apabila terdapat murid dari PPI masuk ke kelas arus perdana,
cara pengajarannya perlu diubahsuai.
 Supaya murid PPI tidak ketinggalan dari segi pelajaran kerana sukar menerima pelajaran
yang disampaikan dalam kadar yang laju atau bbm yang tidak jelas.

 Contohnya, menyediakan gambar rajah yang besar semasa menerangkan


bahagian-bahagian pokok supaya murid PPI yang mungkin mempunyai masalah
rabun dapat melihat dengan jelas.
 Guru perlu mempunyai kemahiran dalam
mengendalikan murid dari program
pendidikan inklusif.
 Jika guru tidak bersedia, guru akan berasa
kehadiran murid PPI adalah suatu beban
dan menyusahkan.
 Hal ini akan menimbulkan perasaan pilih
kasih guru terhadap murid PPI dan
mengabaikan mereka

You might also like