You are on page 1of 10

Sekolah Kurang

Murid
(SKM)
Pengenalan SKM
• Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengenal pasti jurang
pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti
dapat ditingkatkan. Di antaranya ialah jurang pendidikan antara
bandar dan luar bandar yang merujuk kepada ketidaksamarataan
daripada segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru
terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM).
• Hampir 90 peratus Sekolah Kurang Murid ini berada dalam keadaan
daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan
dan guru terlatih.
Pengenalan SKM
• Penempatan guru di Sekolah KurangMurid sukar dilakukan
keranakebanyakannya berada jauh di pedalaman.
• Kebanyakan SKM mengamalkan pengajaran kelas bercantum.
• SKM kurang lengkap dan biasanya merupakan pondok-pondok kecil
sahaja.
• Biasanya, SKM hanya mempunyai dua atau tiga buah bilik darjah dan
terletak di kawasan-kawasan terpencil yang bilangan penduduknya
tidak ramai
Kaedah Pelaksanaan SKM
• Kelas bercantum diwujudkan kerana bilangan murid dalam tahun
persekolahan adalah kurang daripada 15 orang dan bilangan ini tidak
mencukupi untuk membentuk sebuah kelas biasa.
• Oleh itu, perlaksanaan kelas iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri
lebih daripada satutahun persekolahan perlu dilaksanakan.
• Sesebuah kelas bercantum mungkin mengandungi murid-murid
daripada dua atau tiga tahun persekolahan ( iaitu Tahun1 dan 2 atau
Tahun 1, 2 dan 3 )
• Seorang guru akan dikehendaki mengajar lebih daripada satu tahun
persekolahan secara serentak dalam sesebuah kelas bercantum.
Ciri-ciri Kelas Bercantum
• Bilangan murid dalam satu tahun persekolahan tidak melebihi 14
orang.
• Bilangan kelas bercantum akan ditentukan dengan membuat
pertimbangan berdasarkan bilangan murid dalam setiap tahun
persekolahan.
• Kriteria percantuman kelas juga bergantung kepada bilangan tenaga
pengajar yang sedia ada. Contohnya, sebuah sekolah yang hanya
mempunyai 3 orang guru boleh mencantumkan murid-murid
daripada tiga tahun persekolahan bagi membentuk sebuah kelas
bercantum.
Ciri-ciri Kelas Bercantum
• Manakala, sebuah sekolah yang mempunyai 4 atau 5 orang guru pula
boleh mencantumkan murid-murid daripada dua tahun persekolahan
dalam sebuah kelas
• Namun, biasanya bilangan guru dalam sekolah yang mempunyai kelas
bercantum tidak melebihi 5 orang kerana peruntukan guru adalah
mengikut nisbah bilangan kelas yang terdapat di sesebuah sekolah
berkenaan.
Ciri-ciri Kelas Bercantum
• Strategi pengajaran dan pembelajarannya yang tersendiri dan berbeza daripada
kelas biasa. Semasa guru mengajar murid-murid dalam satu tahun persekolahan,
murid-murid dari tahun persekolahan yang lain akan ditinggalkan.
• Oleh itu, guru perlu memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan berkesan. Guru yang terlibat perlu memilih dan merancang
strategi pengajaran yang sesuai supaya dapat menyelenggarakan bilik darjah
dengan baik.
• Murid-murid Tahun 1 yang baru masuk sekolah memerlukan perhatian dan
layanan yang lebih manakala murid-murid Tahun 6 akan menduduki peperiksaan
penting seperti UPSR. Oleh itu, kelas Tahun 1 dan Tahun 6 seeloknya tidak
dicantumkan. Kriteria ini tidak semestinya perlu dipenuhi oleh sekolah manakala
bergantung kepada pihak sekolah berdasarkan keutamaan dan keadaan.
Pendekatan Dan Strategi Pengajaran Kelas
Bercantum
• Penyusunan bilik darjah perlu sesuai dengan jenis aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan. Sebagai contoh, sebuah kelas
bercantum bagi murid-murid Tahun 1 dan 2, murid-murid Tahun 1
disusun secara berkumpulan, manakala murid-murid Tahun 2 duduk
secara formal.
• Dua papan hitam digunakan dan kedua-duanya terletak di tengah-
tengah kelas sebagai pembahagi kelas manakala tempat duduk guru
pula diletakkan di tempat yang membolehkan guru mengawasi kedua-
dua tahun persekolahan itu.
Pendekatan Dan Strategi Pengajaran Kelas
Bercantum
• Penyusunan jadual waktu kelas bercantum perlu disusun berdasarkan
peruntukan masa yang ditetapkan bagi setiap mata pelajaran. Sebagai
contoh, semasa murid Tahun 1 belajar Matematik, murid-murid Tahun
2 juga harus disusun jadualnya dengan mata pelajaran yang sama.
Pengurusan alat bantu mengajar adalah penting bagi memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan
berkesan.
Pendekatan Dan Strategi Pengajaran Kelas
Bercantum
• Kaedah Kumpulan boleh digunakan dalam sebuah kelas bercantum di
mana murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut
kebolehan murid dan guru menyampaikan pelajaran secara bergilir-
gilir,kumpulan demi kumpulan.
• Kaedah individu juga kadangkala harus digunakan sebagai strategi
pengajaran dan pembelajaran dalam sesebuah kelas bercantum.
Strategi penggabungjalinan, penyerapan dan pemulihan juga boleh
diubahsuai untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
kelas bercantum.

You might also like