You are on page 1of 15

Pengurusan Kemasukan Murid Bukan Warganegara Ke Sekolah Bantuan Kerajaan 1

SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH | JABATAN PELAJARAN JOHOR

PENEMPATAN MURID BUKAN WARGANEGARA


PELAKSANAAN DASAR PENEMPATAN MURID BUKAN WARGANEGARA
DASAR SEDIA ADA

PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN
(PENERIMAAN MASUK MURID KE SEKOLAH, PENYIMPANAN DAFTAR
DAN SYARAT BAGI PENGEKALAN MURID BELAJAR DI SEKOLAH)
1998*

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 130 Akta Pendidikan 1996,
Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:

1. Nama dan mula berkuat kuasa.

Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-peraturan Pendidikan


(Penerimaan Masuk Murid Ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi
Pengekalan Murid Belajar Di Sekolah) 1998 dan hendaklah mula berkuat kuasa
pada 23 Julai 1998.

2. Pemakaian.

Peraturan-peraturan ini hendaklah terpakai bagi sekolah kerajaan dan sekolah


bantuan kerajaan.

3. Tafsiran.

Dalam Peraturan-peraturan ini “GuruBesar” atau “Pengetua” ertinya pegawai dalam


Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Ketua Pengarah untuk mengurus
sekolah.

Disediakan oleh: MOHD AZMI BIN HJ. ABDUL RAHMAN|Unit Perhubungan & Pendaftaran | JPNJ|07-2332351
Pengurusan Kemasukan Murid Bukan Warganegara Ke Sekolah Bantuan Kerajaan 2
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH | JABATAN PELAJARAN JOHOR

4. Penerimaan masuk murid warganegara ke sekolah.

(1) Guru Besar atau Pengetua hendaklah menerima masuk murid yang adalah
warganegara ke sekolah untuk menerima pendidikan.

(2) Ibu bapa hendaklah mengemukakan yang berikut semasa pendaftaran


penerimaan masuk murid ke sekolah:
(a) Sijil kelahiran asal murid bagi penerimaan masuk ke sekolah rendah;
(b) Kad pengenalan asal murid bagi penerimaan masuk ke sekolah menengah;
(c) Sijil kelahiran asal murid bagi penerimaan masuk ke sekolah menengah, jika
murid itu belum memiliki kad pengenalan; atau
(d) Kad pengenalan asal ibu atau bapa murid.

5. Penerimaan masuk murid bukan warganegara ke sekolah.

(1) Kategori murid yang berikut yang bukan warganegara boleh diterima masuk ke
sekolah:
(a) anak kakitangan kedutaan asing;
(b) anak yang ibu bapanya adalah juga bukan warganegara, yang bekerja dalam
perkhidmatan atau agensi kerajaan, badan berkanun atau mana-mana
tempat lain dengan permit kerja yang sah;
(c) kanak-kanak yang ibu bapanya adalah pemastautin tetap Malaysia, atau
(d) kanak-kanak yang dipilih oleh Kerajaan kanak-kanak itu untuk melanjutkan
pelajarannya di Malaysia menurut mana-mana Memorandum Persefahaman
atau Perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan negara kanak-kanak
itu.

(2) Murid yang disebut dalam subperaturan (1) sebelum diterima masuk ke sekolah
hendaklah-
(a) memiliki pas pelajar yang dikeluarkan oleh Jabatan imigresen;
(b) membayar fi yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan; dan
(c) mengemukakan borang sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.

Disediakan oleh: MOHD AZMI BIN HJ. ABDUL RAHMAN|Unit Perhubungan & Pendaftaran | JPNJ|07-2332351
Pengurusan Kemasukan Murid Bukan Warganegara Ke Sekolah Bantuan Kerajaan 3
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH | JABATAN PELAJARAN JOHOR

6. Daftar penerimaan masuk murid.

(1) Guru Besar atau Pengetua hendaklah menyimpan atau menyebabkan supaya
disimpan suatu daftar penerimaan masuk murid yang kemaskini yang
mengandungi butir-butir sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua
berkenaan dengan semua murid di sekolah.

(2) Walau apa pun subperaturan (1), Guru Besar atau Pengetua hendaklah
membatalkan dari daftar nama murid yang telah bertukar atau berhenti sekolah
pada sesuatu hujung bulan yang berkenaan.

7. Pertukaran sekolah.

(1) Guru Besar atau Pengetua boleh mendaftarkan murid yang adalah warganegara
yang permohonannya untuk bertukar sekolah telah diluluskan oleh Pengarah
Pendidikan Negeri dalam borang sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual
Ketiga.

(2) Jika murid yang bukan warganegara berhasrat untuk bertukar sekolah, dia
hendaklah membuat suatu permohonan baru bagi kemasukan ke sekolah yang
dipohon itu.

(3) Permohonan di bawah subperaturan (2) itu hendaklah dibuat dalam borang
sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Pertama dengan syarat yang berikut:
(a) pemohon telah menjelaskan fi kepada Kerajaan Malaysia;
(b) pas pelajar baru telah dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen; dan
(c) ada kekosongan tempat di sekolah baru yang dia pohon.

(4) Guru Besar atau Pengetua hendaklah menempatkan seseorang murid yang telah
diluluskan pertukaran sekolahnya ke dalam kelas mengikut umur murid itu.

Disediakan oleh: MOHD AZMI BIN HJ. ABDUL RAHMAN|Unit Perhubungan & Pendaftaran | JPNJ|07-2332351
Pengurusan Kemasukan Murid Bukan Warganegara Ke Sekolah Bantuan Kerajaan 4
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH | JABATAN PELAJARAN JOHOR

8. Kesalahan dan Penalti.

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan dalam Peraturan ini


adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga
bulan.

Dipetik daripada:
Undang-undang Malaysia
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Peraturan-peraturan & Kaedah-kaedah Terpilih
(Hingga 25HB Januari 2008), Terbitan International Law Book Services

Disediakan oleh: MOHD AZMI BIN HJ. ABDUL RAHMAN|Unit Perhubungan & Pendaftaran | JPNJ|07-2332351
Pengurusan Kemasukan Murid Bukan Warganegara Ke Sekolah Bantuan Kerajaan 5
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH | JABATAN PELAJARAN JOHOR

PENEMPATAN MURID BUKAN WARGANEGARA


PELAKSANAAN DASAR PENEMPATAN MURID BUKAN WARGANEGARA
DASAR SEDIA ADA

1. TAFSIRAN WARGANEGARA ASING

1.1 Tiap-tiap orang yang lahir di Malaysia dan ibu dan bapanya warga asing;
1.2 Tiap-tiap orang yang lahir di luar Malaysia dan bapa Penduduk Tempat dan ibu
warganegara asing;
1.3 Tiap-tiap orang yang lahir di luar Malaysia dan bapa Penduduk Tetap dan ibu
warganegara Persekutuan;
1.4 Tiap-tiap orang yang lahir di luar Malaysia dan bapa warganegara asing dan ibu
warganegara Persekutuan;
1.5 Tiap-tiap orang yang lahir di luar Malaysia dan ibu bapa Penduduk Tetap.

2. PERMOHONAN

Tiap-tiap pemohon dikehendaki mengisi 5 salinan ‘Borang Permohonan Untuk


Kemasukan Murid-murid Bukan Warganegara Ke Sekolah-sekolah Bantuan Penuh Di
Malaysia’. Borang ini boleh didapati dari Jabatan Pelajaran Negeri.

3. TEMPAT MEMOHON

Borang permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Pelajaran Negeri di


mana murid berkenaan hendak belajar. Permohonan hendaklah disertakan dengan
dokumen-dokumen sokongan yang asal dan salinan yang disahkan oleh Guru
Besar/Pengetua/Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri:
(i) Surat Beranak murid yang dikeluarkan oleh negara berkenaan
(ii) Pasport/Dokumen Perjalanan murid dan ibubapa
(iii) Kad Pengenalan (Jika ada)
(iv) Buku rekod sekolah dan salinan yang sah keputusan atau sijil peperiksaan
yang terbaharu murid
(v) Pas Penggajian bapa

Disediakan oleh: MOHD AZMI BIN HJ. ABDUL RAHMAN|Unit Perhubungan & Pendaftaran | JPNJ|07-2332351
Pengurusan Kemasukan Murid Bukan Warganegara Ke Sekolah Bantuan Kerajaan 6
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH | JABATAN PELAJARAN JOHOR

(vi) Pas Tanggungan ibu dan murid


(vii) Surat berhenti sekolah murid ( Jika murid sudah berhenti sekolah)
(viii) Surat pengesahan dari majikan ibu/bapa pemohon di Malaysia sekiranya
pemohon bukan seorang warganegara tetapi ibu/bapa bekerja di Malaysia
(ix) Surat pencen jika pemohon seorang warganegara yang telah berpencen di
Singapura dan ingin menetap semula di Malaysia

Semua permohonan disemak di peringkat negeri sebelum dipanjangkan ke


Kementerian Pelajaran untuk dipertimbangkan selanjutnya.

4. JENIS KANAK-KANAK ASING YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN UNTUK MEMASUKI


KE SEKOLAH BANTUAN PENUH DI MALAYSIA

(i) Anak kepada salah seorang ibu bapa rakyat Malaysia.


(ii) Anak-anak kakitangan diplomat kedutaan asing.
(iii) Anak-anak orang asing dalam perkhidmatan kerajaan termasuk mereka yang
berkhidmat secara kontrak.
(iv) Anak-anak orang asing yang diambil bekerja oleh badan-badan berkanun dan
pertubuhan-pertubuhan anjuran kerajaan yang lain seperti Universiti Malaya,
Bank Negara, Dewan Bahasa Dan Pustaka, dan lain-lain.
(v) Anak-anak orang asing yang berkhidmat di wilayah-wilayah tempatan dengan
syarat mereka itu bermastautin di negeri-negeri Tanah Melayu.
(vi) Anak-anak bukan warganegara yang hendak diterima belajar di sekolah
bantuan penuh kerajaan mestilah terlebih dahulu memiliki pas pelajar yang
dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Ketetapan ini telah dibuat dalam Surat Pekeliling ‘Profesional’ 3/2968 bertarikh 15
Januari 1968.

Disediakan oleh: MOHD AZMI BIN HJ. ABDUL RAHMAN|Unit Perhubungan & Pendaftaran | JPNJ|07-2332351
Pengurusan Kemasukan Murid Bukan Warganegara Ke Sekolah Bantuan Kerajaan 7
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH | JABATAN PELAJARAN JOHOR

5. KUASA YANG MEMBENARKAN MURID-MURID ASING MASUK KE SEKOLAH


BANTUAN PENUH KERAJAAN

5.1 Pengarah Pelajaran Negeri:


5.1.1 Murid warganegara asing (seperti dalam Tafsiran 1).
5.1.2 Memiliki dokumen lengkap (seperti dalam Para 3).
5.1.3 Memohon belajar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang
menepati syarat-syarat akta.

5.2 Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia:


5.2.1 Permohonan belajar ke sekolah rendah tetapi tidak memiliki dokumen
sokongan yang lengkap dan dokumen yang dikemukakan tidak jelas dan
meragukan.
(i) Malaysia My Second Home
(ii) Visa Lawatan (Temporary Employment atau Visit Pass Profesional)
(iii) Pemegang Kad Pemastautin Sementara
(iv) Anak Bukan Warganegara yang tinggal di rumah kebajikan NGO
(v) Anak-anak di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
(vi) Anak Bukan Warganegara yang ingin belajar mengikut Memorandum
Persefahamanan (MoU) antara negara

6. BAYARAN FEE BAGI MURID ASING

6.1 Murid-murid Bukan Warganegara dikenakan fee mengikut Surat Pekeliling


Kewangan Bil.4/2000. Murid-murid Bukan Warganegara yang gagal membayar
fee tidak dibenarkan meneruskan pelajaran di sekolah bantuan penuh kerajaan.

6.2 Sebagaimana mengikut Peraturan-peraturan Pendidikan (Fee Yang Diluluskan)


(Kehadiran Murid Asing) 1995, kadar bayaran setahun ditetapkan:
(i) RM120 bagi sekolah rendah
(ii) RM 240 bagi sekolah menengah

6.3 Fee yang dikutip adalah hasil kerajaan Malaysia dan hendaklah dipungut sebagai
tambahan kepada semua jenis yuran yang dikenakan oleh sekolah. Ini selaras
dengan Pekeliling Bahagian Kewangan Bil.4/2000 Peraturan Kutipan Fee Sekolah
Yang Dikenakan Kepada Murid Asing.

Disediakan oleh: MOHD AZMI BIN HJ. ABDUL RAHMAN|Unit Perhubungan & Pendaftaran | JPNJ|07-2332351
Pengurusan Kemasukan Murid Bukan Warganegara Ke Sekolah Bantuan Kerajaan 8
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH | JABATAN PELAJARAN JOHOR

7. KEMUDAHAN LAIN
Murid-murid BukanWarganegara tidak berhak mendapat Skim Pinjaman Buku Teks
(SPBT), Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Program Susu Sekolah (PSS) dan lain-
lain bantuan (termasuk kelas-kelas khas).
Rujukan:
(i) Surat Siaran RMT : Siaran KP(BS/HEP)8614/049/C(9)
(ii) Memo Bahagian Buku Teks : KP.BT 8675(A)Jld.iv(66)

8. BORANG PAS PELAJAR

Pekeliling Malaysia Bil.3/95 yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia


bertarikh 7 Februari 1995 telah menetapkan peraturan-peraturan pengeluaran Pas
Pelajar kepada pelajar-pelajar asing yang hendak belajar di negara ini. Pekeliling ini
dilampirkan.

9. TUJUAN

Menentukan kemasukan dan penempatan murid bukan warganegara yang layk dan
menepati syarat-syarat dapat masuk ke sekolah kerajaan / bantuan kerajaan.

10. KRITERIA PELAKSANAAN

10.1 Ibu bapa bukan warganegara yang datang ke Malaysia untuk bekerja dan
mempunyai pas pekerjaan atau pas penggajian (sekiranya ibu bapa
melanjutkan pelajaran di Malaysia), anak-anak mereka dibenarkan belajar di
sekolah bantuan kerajaan dengan syarat mengisi borang permohonan dan
menyertakan dokumen sokongan untuk pertimbangan.
10.2 Ibu bapa yang mempunyai Pas Pekerjaan Sementara (Temperory
Emplyoment), anak-anak mereka tidak dibenarkan bersekolah di sekolah
kerajaan / bantuan kerajaan. Begitu juga bagi anak yang ibu bapa bukan
warganegara yang tidak bekerja dalam perkhidmatan atau agensi kerajaan
atau tidak bekerja dengan badan berkanun atau mana-mana tempat lain dan
tidak mempunyai permit kerja yang sah.

Disediakan oleh: MOHD AZMI BIN HJ. ABDUL RAHMAN|Unit Perhubungan & Pendaftaran | JPNJ|07-2332351
Pengurusan Kemasukan Murid Bukan Warganegara Ke Sekolah Bantuan Kerajaan 9
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH | JABATAN PELAJARAN JOHOR

10.3 Bagi ibu bapa yang pulang ke negara asal dan tidak dapat dikesan, anak yang
ditinggalkan kepada ibu bapa angkat di negara ini, maka ibu bapa angkat
perlu mendapatkan surat hak penjagaan anak atau surat dari Jabatan
Kebajikan Masyarakat atau perintah mahkamah atau akuan dari polis. Kes-
kes seperti ini perlu dirujuk terlebih dahulu ke Kementerian / Pegawai
Undang-undang (LA) Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapat
keputusan yang sewajarnya.

11. SEMAKAN DOKUMEN PERLU KETELITIAN


Semakan dokumen perlu dilakukan secara teliti untuk memastikan keputusan yang
diambil tidakbercanggah dengan peraturan sedia ada. Sijil Kelahiran adalah penting
untuk mengesahkanstatus murid. Maklumat lain yang perlu disemak seperti nama
penjaga, status anak dengan penjaga, kewarganegaraan dan tarikh tamat tempoh
perjalanan dalam pasport murid / ibu bapa / penjaga.

12. TARIKH KUATKUASA DASAR


Peraturan-peraturan (Penerimaan Masuk Murid Ke Sekolah, Penyimpanan Daftar
dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar Di Sekolah) 1998 dan hendaklah mula
berkuatkuasa pada 23 Julai 1998.

Disediakan oleh: MOHD AZMI BIN HJ. ABDUL RAHMAN|Unit Perhubungan & Pendaftaran | JPNJ|07-2332351
Pengurusan Kemasukan Murid Bukan Warganegara Ke Sekolah Bantuan Kerajaan 10
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH | JABATAN PELAJARAN JOHOR

PERMOHONAN PENERIMAAN MASUK MURID BUKAN WARGANEGARA


KE SEKOLAH KERAJAAN / SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN

Pihak pemohon hendaklah melengkapkan borang P.U.(A) 275 (Jadual Pertama) dan
dilampirkan bersama dokumen-dokumen yang diperlukan bagi melicinkan lagi pengurusan
permohonan.

BIL PERKARA SUMBER KUANTITI

1 Borang P.U.(A) 275 (Jadual Pertama) Sekolah / PPD / JPNJ 5 Salinan


2 Surat Mohon Pas Pelajar (MPP-SR) / Sekolah 2 Salinan
Surat Melanjutkan Pas Pelajar (LPP-SR) Sekolah
3 Sijil Kelahiran Anak, Ibu dan Bapa (Asal & Salinan) Pemohon / J.P.Negara 2 Salinan
4 Sijil Anak Angkat (Asal & Salinan) J.P.Negara 3 Salinan
5 Borang PTW / Borang W/Pengesahan Taraf / J.P.Negara 2 Salinan
Perakuan Taraf (Asal & Salinan) J.P.Negara
6 Pasport Anak, Ibu dan Bapa (Asal & Salinan) Pemohon / J.Imigresen 2 Salinan
7 Kad Pengenalan Anak, Ibu dan Bapa (Asal & Salinan) Pemohon / J.P.Negara 2 Salinan
8 Sijil Nikah / Daftar Perkahwinan (Asal & Salinan) J.Agama Islam 2 Salinan
9 Sijil Cerai / Daftar Perceraian / Sijil Kematian J.P.Negara /Mahkamah 2 Salinan
(Asal & Salinan)
10 Surat Kuasa Memelihara Anak / Custody Letter / Mahkamah 2 Salinan
Surat Perintah Mahkamah (Asal & Salinan) Mahkamah
11 Pas Penggajian (Kebenaran Bekerja) Ibu dan Bapa IPTA Ibu/Bapa Belajar 2 Salinan
(Asal & Salinan)
12 Sijil Berhenti Sekolah / Surat Akuan Berhenti Sekolah Sekolah 2 Salinan
/ Sijil UPSR (Asal & Salinan)
13 Pas Tanggungan (Kebenaran Tinggal ) Anak J.Imigresen 2 Salinan
(Asal & Salinan)
14 Kelulusan Visa Malaysia My Second Home J.Imigresen 2 Salinan
(Asal & Salinan)
15 Surat Tawaran Belajar Ibu dan Bapa (Asal & Salinan) IPTA / Syarikat Kerja 2 Salinan
16 Permit Masuk (PT) (Asal & Salinan) J.Imigresen 2 Salinan
17 Surat Pengesahan Majikan Ibu dan Bapa Majikan Ibu / Bapa 2 Salinan
(Asal & Salinan)

SETIAP SALINAN DOKUMEN HENDAKLAH DISAHKAN OLEH PENGETUA/GURU BESAR

Rujukan Singkatan:
JPNJ : Jabatan Pelajaran Negeri Johor
PPD : Pejabat Pelajaran Daerah
J.P.Negara : Jabatan Pendaftaran Negara

Disediakan oleh: MOHD AZMI BIN HJ. ABDUL RAHMAN|Unit Perhubungan & Pendaftaran | JPNJ|07-2332351
Pengurusan Kemasukan Murid Bukan Warganegara Ke Sekolah Bantuan Kerajaan 11
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH | JABATAN PELAJARAN JOHOR

RUJUKAN:

Bil Surat Tarikh Punca Kuasa

PEKELILING IMIGRESEN MALAYSIA BIL.3/95


Peraturan Mengeluarkan Pas Pelajar Kepada Pelajar Pejabat Ketua Pengarah
1 7 Februari 1995
Asing Untuk Belajar Di Institusi Pengajian Di Jabatan Imigresen Malaysia
Malaysia

Panduan Kemasukan Murid-murid Asing Ke Sekolah Pejabat Ketua Pengarah


2 6 Ogos 1997
Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan Pendidikan Malaysia

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.10/1998:


Panduan Tentang Umur Masuk Sekolah Rendan dan
Pejabat Ketua Pengarah
3 Sekolah Menengah Serta Menduduki Peperiksaan 7 Mei 1998
Pendidikan Malaysia
Bagi Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan
dan Sekolah Swasta

Pekeliling Bahagian Kewangan Bil.4/2000 Kementerian Pendidikan


4 Peraturan Kutipan Fee Sekolah Yang Dikenakan 3 Mei 2000 Malaysia
Kepada Murid Asing (Bahagian Kewangan)

SURAT PEKELILING IKHTISAS : BIL: 1/2009


Pejabat Ketua Pengarah
5 Kemasukan Kanak-kanak Warganegara Malaysia 11 Mac 2009
Pelajaran Malaysia
Tanpa Dokumen Ke Sekolah

Disediakan oleh: MOHD AZMI BIN HJ. ABDUL RAHMAN|Unit Perhubungan & Pendaftaran | JPNJ|07-2332351
Pengurusan Kemasukan Murid Bukan Warganegara Ke Sekolah Bantuan Kerajaan 12
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH | JABATAN PELAJARAN JOHOR

PROSEDUR PERMOHONAN
KEMASUKAN MURID BUKAN WARGANEGARA KE SEKOLAH KERAJAAN

MULA

PEMOHON MENGISI BORANG DAN MENYERAHKAN KEPADA JABATAN


PELAJARAN JOHOR (UNIT PERHUBUNGAN & PENDAFTARAN) BESERTA
MEMOHON DOKUMEN / DOKUMEN-DOKUMEN
MAKLUMAT TAMBAHAN

TIDAK
JABATAN PELAJARAN JOHOR MENYEMAK BORANG DAN DOKUMEN
LENGKAP
LENGKAP

JABATAN PELAJARAN JOHOR MENGHANTAR PERMOHONAN KE KPM


(BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN)

KPM MENERIMA PERMOHONAN DAN MENYENARAIKAN


PERMOHONAN

TIDAK KPM MEMBUAT KEPUTUSAN


JPN MENGHANTAR
LULUS
JAWAPAN TIDAK LULUS
KEPADA PEMOHON
KPM MENGHANTAR KEPUTUSAN KEPADA JPN JOHOR
TAMAT

JPN JOHOR MENGHANTAR KEPUTUSAN KEPADA PEMOHON

PEMOHON MEMBAYAR PAS/FEE


PEMOHON MENDAFTAR KE SEKOLAH

TAMAT

Disediakan oleh: MOHD AZMI BIN HJ. ABDUL RAHMAN|Unit Perhubungan & Pendaftaran | JPNJ|07-2332351
Pengurusan Kemasukan Murid Bukan Warganegara Ke Sekolah Bantuan Kerajaan 13
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH | JABATAN PELAJARAN JOHOR

SENARAI SEMAK PENGURUSAN KEMASUKAN MURID BUKAN WARGANEGARA KE SEKOLAH


KERAJAAN/BANTUAN KERAJAAN

SENARAI SEMAK INI PERLU DILENGKAPKAN OLEH PENOLONG PPD PERHUBUNGAN

Nama Kanak-kanak : ………………………………………………………………………………………


Nama Ibu/Bapa : ………………………………………………………………………………………
No.Tel./Tel.Bimbit : ………………………………………………………………………………………

MENYEMAK & MENELITI:


1. Surat Beranak Asal Kanak-kanak

1.1 Mempastikan Taraf Warganegara Kanak-kanak


* Jika Taraf Warganegara Kanak-kanak selain daripada “WARGANEGARA”
maka ia perlu diurus mengikut prosedur kemasukan MBWN.
* Kanak-kanak yang lahir di Malaysia dan/atau mempunyai Surat Beranak
Malaysia, TIDAK SEMESTINYA mereka mempunyai taraf warganegara Malaysia.

2. Kad Pengenalan Asal Ibu Kad Pengenalan Asal Bapa


3. Pasport Asal Ibu Pasport Asal Bapa
4. Surat Nikah/Daftar Perkawhinan Asal Ibu Bapa
5. Surat Cerai Asal (Jika berkenaan)
PIHAK PPD DIINGATKAN SUPAYA
6. Sijil Kematian ibu/bapa (Jika berkenaan) TIDAK MENGGUNAKAN SEBARANG
JADUAL PENENTUAN TARAF
7. Sijil Pengangkatan (Anak Angkat) WARGANEGARA KANAK-KANAK.
Sila Rujuk Jabatan Pelajaran Johor
8. Pas Penggajian (Unit Perhubungan & Pendaftaran)
jika memerlukan maklumat lanjut
9. Pas Tanggungan jika terdapat kemusyikilan mengenainya.

10. Surat Pengesahan Majikan Ibu dan Bapa


11. Pemohon Melengkapkan Borang P.U.(A)275 Jadual Pertama
* Pihak sekolah digalakkan membimbing/membantu pemohon mengisi borang berkenaan.
12. Borang P.U.(A)275 Jadual Pertama yang telah dilengkap
telah ditandatangani oleh Pengetua./Guru Besar
13. Menyemak dokumen-dokumen lain yang berkaitan
14. Meminta pemohon menghantar Borang P.U.(A)275 Jadual Pertama
dan semua dokumen sokongan ke Jabatan Pelajaran Johor
(Unit Perhubungan & Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah)
15. Pastikan tarikh tamat tempoh pasport dan visa tidak kurang daripada 6 bulan
dari tarikh permohonan dibuat.
16. Jika anak bertaraf Bukan Warganegara, sila mohon pertukaran taraf warganegara
anak di Jabatan Pendaftaran Negara ATAU wujudkan pasport di kedutaan.

Disediakan oleh: MOHD AZMI BIN HJ. ABDUL RAHMAN|Unit Perhubungan & Pendaftaran | JPNJ|07-2332351
Pengurusan Kemasukan Murid Bukan Warganegara Ke Sekolah Bantuan Kerajaan 14
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH | JABATAN PELAJARAN JOHOR

SENARAI SEMAK PENGURUSAN KEMASUKAN MURID BUKAN


WARGANEGARA KE SEKOLAH KERAJAAN/BANTUAN KERAJAAN
SENARAI SEMAK INI PERLU DILENGKAPKAN OLEH GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

Nama Kanak-kanak : ………………………………………………………………………………………


Nama Ibu/Bapa : ………………………………………………………………………………………
No.Tel./Tel.Bimbit : ………………………………………………………………………………………

MENYEMAK & MENELITI:


1. Surat Beranak Asal Kanak-kanak

1.1 Mempastikan Taraf Warganegara Kanak-kanak


* Jika Taraf Warganegara Kanak-kanak selain daripada “WARGANEGARA”
maka ia perlu diurus mengikut prosedur kemasukan MBWN.
* Kanak-kanak yang lahir di Malaysia dan/atau mempunyai Surat Beranak
Malaysia, TIDAK SEMESTINYA mereka mempunyai taraf warganegara Malaysia.

2. Kad Pengenalan Asal Ibu Kad Pengenalan Asal Bapa


3. Pasport Asal Ibu Pasport Asal Bapa
4. Surat Nikah/Daftar Perkawhinan Asal Ibu Bapa
5. Surat Cerai Asal (Jika berkenaan)
PIHAK SEKOLAH DIINGATKAN SUPAYA
6. Sijil Kematian ibu/bapa (Jika berkenaan) TIDAK MENGGUNAKAN SEBARANG
JADUAL PENENTUAN TARAF
7. Sijil Pengangkatan (Anak Angkat)
WARGANEGARA KANAK-KANAK.
8. Pas Penggajian Sila Rujuk Jabatan Pelajaran Johor
(Unit Perhubungan & Pendaftaran)
9. Pas Tanggungan jika memerlukan maklumat lanjut
jika terdapat kemusyikilan mengenainya.
10. Surat Pengesahan Majikan Ibu dan Bapa
11. Pemohon Melengkapkan Borang P.U.(A)275 Jadual Pertama
* Pihak sekolah digalakkan membimbing/membantu pemohon mengisi borang berkenaan.

12. Borang P.U.(A)275 Jadual Pertama yang telah dilengkap


telah ditandatangani oleh Pengetua./Guru Besar

13. Menyemak dokumen-dokumen lain yang berkaitan


14. Meminta pemohon menghantar Borang P.U.(A)275 Jadual Pertama
dan semua dokumen sokongan ke Jabatan Pelajaran Johor
(Unit Perhubungan & Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah)

15. Jika anak bertaraf Bukan Warganegara, sila mohon pertukaran taraf warganegara
anak di Jabatan Pendaftaran Negara ATAU wujudkan pasport di kedutaan.

Disediakan oleh: MOHD AZMI BIN HJ. ABDUL RAHMAN|Unit Perhubungan & Pendaftaran | JPNJ|07-2332351
Pengurusan Kemasukan Murid Bukan Warganegara Ke Sekolah Bantuan Kerajaan 15
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH | JABATAN PELAJARAN JOHOR

Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi:

MOHD AZMI BIN HJ. ABDUL RAHMAN


Penolong Pengarah
Unit Perhubungan Dan Pendaftaran
Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pelajaran Johor
Wisma Pendidikan
Jalan Tun Abdul Razak
80604 JOHOR BAHRU

Tel. : 07-2332351
H.Phone : 019-7714737
Faks : 07-2368033
Email : mazmi.arahman@moe.gov.my
azmijpnj@gmail.com

Disediakan oleh: MOHD AZMI BIN HJ. ABDUL RAHMAN|Unit Perhubungan & Pendaftaran | JPNJ|07-2332351

You might also like