You are on page 1of 2

Dasar Pengoperasian Pengecualian Daripada Mengikuti Pendidikan Wajib

(Penangguhan Ke Tahun 1)
Penyataan Dasar

 Penangguhan ke Tahun 1 adalah merupakan satu pengecualian daripada mengikuti pendidikan wajib
berdasarkan kohort umur yang diberikan kepada kanak-kanak yang memerlukannya. Namun demikian,
penangguhan ini hanyalah satu keistimewaan dan bukannya hak. Persekolahan biasa adalah
diutamakan kepada kanak-kanak kerana ia merupakan satu cara untuk kanak-kanak berinteraksi di antara
satu sama lain.

Punca Kuasa

 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)


o Subseksyen 29A(3) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) memperuntukkan “Menteri boleh, jika
difikirkan wajar dan demi kepentingan murid atau awam untuk berbuat demikian”, melalui
perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana murid atau mana-mana
golongan murid yang dikehendaki supaya mengikuti pendidikan wajib, sama ada secara mutlak
atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya dan patut dikenakan, dan boleh pada bila-
bila masa menurut budi bicaranya membatalkan pengecualian itu atau membatalkan atau
mengubah atau menambah syarat-syarat itu.

 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002: Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003 bertarikh
27 November 2002.
 Garis Panduan Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah Tahun 2003.

Kaedah Pelaksanaan

 Kes permohonan penangguhan kemasukan ke Tahun 1


o Diputuskan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) selaku Ketua Pendaftar Institusi
Pendidikan dan Guru
 Kategori permohonan pengecualian ialah : 
o kes-kes yang tertakluk di bawah Seksyen 29A - merupakan permohonan ibu bapa kohort murid
yang lahir pada atau selepas 2 Januari hingga 15 Januari tahun persekolahan semasa; dan
o kes-kes yang tidak tertakluk di bawah Seksyen 29A - merupakan permohonan ibu bapa murid
yang lahir sebelum 2 Januari tahun persekolahan semasa.
 Pelaksanaan Pengecualian Pendidikan Wajib
o Pemohon hendaklah mengemukakan alasan-alasan yang munasabah berdasarkan prinsip utama
pengecualian kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.
 Golongan murid yang diberi pertimbangan khas untuk pengecualian ialah :
o Murid kaum Asli dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang tinggal jauh di pedalaman dan secara
tradisinya masih mengamalkan hidup secara berpindah randah;
o Murid istimewa seperti yang ditetapkan, contohnya melalui Peraturan-Peraturan Pendidikan Khas
di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550); dan
o Lain-lain golongan yang ditentukan oleh KPPM.
 Permohonan yang boleh dipertimbangkan untuk pengecualian daripada mengikuti pendidikan wajib di
peringkat rendah adalah seperti berikut :
o Murid yang mencapai umur enam tahun pada 1 Januari tahun persekolahan semasa yang
memohon untuk menangguhkan kemasukan ke Tahun 1 ke tahun berikutnya; dan
o Lain-lain permohonan.
 Permohonan dikemukakan oleh ibu bapa/penjaga kanak-kanak kepada Jabatan Pendidikan Negeri.
 Murid mesti mengikuti pendidikan rendah di sekolah sehingga keputusan permohonan penangguhan
diluluskan.
 Permohonan menggunakan borang permohonan (Borang PPW 2) dan dokumen sokongan yang disahkan :
o Satu (1) salinan kad pengenalan bapa (depan dan belakang);
o Satu (1) salinan kad pengenalan ibu (depan dan belakang);
o Satu (1) salinan sijil lahir anak (depan dan belakang);
o Satu (1) salinan bukti pendaftaran kemasukan ke Tahun 1;
o Satu (1) salinan asal laporan doktor; dan
o Dokumen lain jika berkenaan.

Tarikh Kuatkuasa
28 Jun 2003

https://www.moe.gov.my/pendidikan/pendidikan-rendah/dasar-pengoperasian-pengecualian-daripada-mengikuti-pendidikan-
wajib-penangguhan-ke-tahun-1

DASAR PENGOPERASIAN
PENGECUALIAN DARIPADA
MENGIKUTI PENDIDIKAN WAJIB
(PENANGGUHAN KE TAHUN 1)

You might also like