You are on page 1of 21

PENGENALAN KEPADA

PENDIDIKAN KHAS
PENGENALAN
• Pendidikan khas ertinya pendidikan bagi Murid
Berkeperluan Pendidikan khas di suatu sekolah khas
atau di sekolah yang melaksanakan Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) atau Program
Pendidikan Inklusif (PPI) pada peringkat pendidikan
prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah
atau pendidikan lepas menengah.
Peraturan- peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013.
Kategori Murid Berkeperluan Khas
• Ketidakupayaan Penglihatan (BL)
• Ketidakupayaan Pendengaran (BD)
• Ketidakupayaan Pertuturan
• Ketidakupayaan Fizikal
• Masalah Pembelajaran
• Ketidakupayaan Pelbagai
Zero Reject Policy (ZRP)
• Secara dasarnya ZRP bukan satu dasar baharu.
• ZRP adalah berkaitan dengan pematuhan Akta
Pendidikan 1996 [Akta 550], Seksyen 29A.
Pendidikan Rendah Wajib menggariskan
bahawa:
• Subseksyen (2) Tiap-tiap ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia
yang tinggal di Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anaknya telah
mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun
persekolahan semasa anak itu didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah
dalam tahun itu dan terus menjadi murid sekolah rendah sepanjang tempoh
pendidikan wajib.
• Subseksyen (4) Ibu bapa yang melanggar subseksyen (2) adalah melakukan
suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima
ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan
atau kedua-duanya.
Zero Reject Policy (ZRP)
• Berpandukan kepada Akta 550 ini, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan bahawa
MBK berhak untuk menerima pendidikan wajib
di peringkat sekolah rendah.
• MBK berhak untuk menerima pendidikan yang
selari dengan ketidakupayaan mereka sama ada
ke Sekolah Pendidikan Khas (SPK) atau sekolah-
sekolah biasa (mainstream) melalui Program
Pendidikan Inklusif (PPI) atau Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
PERBINCANGAN berhubung penyelarasan pelaksanaan Zero Reject Policy
(ZRP)

• No.1
• Isu: Bagaimanakah pelaksanaan Zero Reject
Policy?
• Jawapan:
1. Semua MBK perlu diterima masuk ke mana-
mana sekolah pilihan.
2. Bagi MBK prasekolah tertakluk kepada dasar
sedia ada (Surat Siaran yang dikeluarkan oleh
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM).
PERBINCANGAN berhubung penyelarasan pelaksanaan Zero Reject Policy
(ZRP)

• No.2
• Isu: Adakah MBK boleh mendaftar ke sekolah yang
tiada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)?
• Jawapan: MBK boleh mendaftar ke mana-mana
sekolah pilihan.
• Keputusan Mesyuarat:
1. Sekolah perlu menerima semua MBK.
2. JPN/PPD perlu membantu pihak sekolah dan ibu
bapa dalam menempatkan MBK ke sekolah yang
bersesuaian.
PERBINCANGAN berhubung penyelarasan pelaksanaan Zero Reject Policy
(ZRP)
• No.3
• Isu: Adakah tempoh percubaan tidak melebihi tiga
bulan masih berkuatkuasa?
• Jawapan: Tempoh percubaan tidak melebihi tiga
bulan masih berkuatkuasa tetapi BUKAN bertujuan
untuk penolakan MBK. Tempoh percubaan ini
bertujuan untuk:
• i. Memberi intervensi dan sokongan yang
bersesuaian kepada MBK bagi meminimakan
ketidakupayaan untuk mengikuti pembelajaran.
• ii. Menentukan kesesuaian penempatan MBK
mengikuti pendidikan khas.
• Rujukan:
i. Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas
ii. Panduan Tempoh Percubaan Tidak Melebihi Tiga (3) Bulan Murid Berkeperluan Khas
PERBINCANGAN berhubung penyelarasan pelaksanaan Zero Reject Policy
(ZRP)

• No.4
• Isu: Adakah pihak sekolah boleh menangguhkan
persekolahan MBK yang telah berdaftar?
• Jawapan: Pihak sekolah tidak boleh menangguhkan
persekolahan MBK yang telah berdaftar.
• Keputusan Mesyuarat: Pihak sekolah perlu
membantu memenuhi keperluan asas MBK dengan
melaksanakan penyesuaian munasabah (reasonable
accommodation) seperti:
i. mengubah kelas ke tingkat bawah;
ii. membenarkan MBK menggunakan tandas guru sekiranya
tiada tandas mesra OKU; dan
iii. menyediakan susur landai (ramp) mudah alih.
KONSEP PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

Konsep Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah


selaras dengan penyataan dalam Peraturan-peraturan
Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 seperti di bawah :

“Program Pendidikan Inklusif” ertinya suatu


program pendidikan bagi murid berkeperluan
pendidikan khas yang dihadiri oleh murid
berkeperluan khas bersama-sama dengan
murid lain dalam kelas yang sama
di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan
kerajaan.
MATLAMAT
PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

Meningkatkan penyertaan dan memberi


peluang kepada MBK mengikuti program
akademik dan bukan akademik bersama-
sama murid di arus perdana. PPI juga
memberi kesedaran kepada masyarakat
supaya tidak menafikan potensi MBK dan
percaya bahawa ketidakupayaan mereka
boleh diminimakan jika diberi peluang yang
sama.
PENDEKATAN PROGRAM
INKLUSIF PENUH INKLUSIF SEPARA

MBK belajar secara sepenuh MBK belajar bersama-sama murid arus


perdana bagi mata pelajaran akademik
masa bersama-sama murid atau aktiviti koakademik atau aktiviti
arus perdana. kokurikulum tertentu sahaja mengikut
MBK mengikuti pembelajaran keupayaan mereka.
bagi semua mata pelajaran MBK yang mengikuti inklusif separa
akademik berasaskan bagi mata pelajaran akademik
berasaskan kurikulum kebangsaan atau
kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang diubahsuai
kurikulum kebangsaan yang dengan sedikit atau tanpa bantuan
diubahsuai dengan bantuan perkhidmatan sokongan. Inklusif
atau tanpa bantuan separa bagi aktiviti koakademik atau
perkhidmatan sokongan. kokurikulum adalah berdasarkan
potensi, bakat dan keupayaan mereka.
Rancangan Pengajaran Individu
• Satu dokumen bertulis yang dirancang khusus untuk
seseorang murid

• Tujuannya untuk mendokumentasikan segala pengubahsuaian


dan penerapan ke atas Pdp dan tingkahlaku

• Berfungsi sebagai alat untuk menentukan kerjasama dan


kolaborasi antara sekolah,ibu bapa dan murid.
• RPI merupakan satu pernyataan ringkas tentang:

 Tahap prestasi seseorang murid

 Perancangan yang merangkumi aspek akademik


dan bukan akademik

 Matlamat tahunan yang boleh dicapai oleh murid

 Maklumat yang mengandungi satu siri objektif


yang boleh diukur bagi setiap matlamat yang
dikenalpasti
 Objektif,prosedur dan urutan penilaian bagi
menentukan pencapaian

 Satu huraian berhubung dengan perkhidmatan


yang diperlukan oleh murid

 Perancangan jangka masa dan tarikh


perkhidmatan yang disediakan untuk murid

 Satu perancangan dan persediaan untuk


membantu murid berkeperluan khas menghadapi
alam sekitar
Elaun Murid Khas
1.KELAYAKAN MURID

Kelayakan murid untuk menerima EMK tertakluk kepada syarat-syarat seperti


berikut:

Warganegara Malaysia;
2.Murid Prasekolah hingga Tingkatan 6;
3.Bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan;
4.Pelajar di Kolej Matrikulasi;
5.Memiliki surat pengesahan OKU/Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM); dan
6.Tidak menerima elaun OKU daripada mana-mana agensi Kerajaan atau pertubuhan bukan Kerajaan.
KADAR ELAUN
Mulai tahun 2009, kadar EMK yang telah diluluskan bagi seorang murid yang
layak ialah RM150.00 (Ringgit Malaysia : Seratus Lima Puluh) sebulan dan dibayar
untuk tempoh 12 bulan. Pembayaran EMK dibuat dua (2) kali setahun.
BIL INFORMASI EMK
1 TARIKH TEMPOH PERMOHONAN ELAUN MURID KHAS (EMK) @ TEMPOH PEMBUKAAN
SISTEM APLIKASI PENGURUSAN BANTUAN (ABP) :
12 MAC – 30 APRIL 2019
# Permohonan selepas 30 April 2019 TIDAK akan dipertimbangkan.

2 PAUTAN APB: http://apb1.moe.gov.my

3 HANTAR BORANG A & B KE PPD UNTUK DOKUMENTASI.


• BORANG PENGESAHAN PENERIMAAN SURAT SIARAN EMK (BORANG A) – TARIKH AKHIR
HANTAR KE PPD: 06 MAC 2019
• BORANG PENGESAHAN PENERIMA EMK (BORANG B) – TARIKH AKHIR HANTAR KE PPD 15
MAC 2019

4 PENGESAHAN PERMOHONAN EMK MELALUI SISTEM APB OELH JPN:


02 MEI – 08 MEI 2019

5 PENYALURAN PERUNTUKAN DARI JPN KE AKAUN SEKOLAH DAN PENYALURAN KE ASKUAN


MURID (PEMBAYARAN 6 BULAN PERTAMA):
22 MEI – 07 JUN 2019
Kemenjadian Murid Pendidikan Khas
• Pencapaian Tahun 2018
Aktiviti Daerah Negeri Kebangsaan
Olaharaga
Lompat Jauh LS Emas (Muhd Fariq Sani ) Emas (Muhd Fariq Sani ) Penyertaan (Muhd Fariq Sani )
Lontar Peluru LJ Emas ( Muhd Asyraf) Emas ( Muhd Asyraf) Penyertaan ( Muhd Asyraf)
MTAQ
Syarahan Agama L Johan ( Muhd Asyraf) Johan ( Muhd Asyraf) Penyertaan ( Muhd Asyraf)
Karnival Kemahiran
Tengkolok Diraja Ke-3 (Muhd Fariq Sani )
Bowling Johan – L S (Muhd Adam)
Petanque Ke -3 ( Muhd Adam)
• Pencapaian tahun 2019

Aktiviti Daerah Negeri Kebangsaan


Olahraga
Lompat Jauh LS Emas ( Muhd Fariq) Ke-2 (Muhd Fariq)
200 M LS Perak (Muhd Fariq) & Penyertaan
Gangsa (Hafiz)
100 M Perak (Hafiz)
Lontar Peluru LS Emas ( Muhd Asyraf )
100 M PS Gangsa (Sheela)
Petanque Johan ( Mohd Faridzul) Suku Akhir
Bowling Johan ( Hafiz)& Ke-3 ( Muhd
Faridzul) : LS
N. Johan ( Sheela) : PS
Sekian , Terima Kasih

You might also like