You are on page 1of 10

BORANG PERMOHONAN BANTUAN

YAYASAN KELUARGA MALAYSIA (YKM)

A. MAKLUMAT IBU / BAPA / PENJAGA

1 NAMA PEMOHON
2 NO KAD PENGENALAN /
NO PASSPORT
3 WARGANEGARA
4 TARAF PERKAHWINAN
5 UMUR
6 JANTINA
7 ALAMAT TETAP
8 KAUM
9 AGAMA
10 NO TELEFON
11 EMEL
12 PUNCA KEMATIAN IBU /
BAPA / PENJAGA
13 HUBUNGAN DENGAN
ANAK / ANAK JAGAAN
14 PEKERJAAN IBU / BAPA/
PENJAGA
B. NAMA ANAK/ ANAK JAGAAN YANG MASIH BERSEKOLAH /
BELAJAR DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI
BIL NAMA UMUR NO K/P NAMA SEKOLAH / IPT TARIKH
MULA
BELAJAR
1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

C. BANTUAN YANG PERNAH DITERIMA

BIL NAMA BANTUAN JUMLAH PENYALUR TARIKH TARIKH AKHIR


BANTUAN BANTUAN MULA (Jika telah tamat)
1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.
D. GARIS PANDUAN PEMBERIAN BANTUAN

1.1 Syarat Kelayakan:

i. Kanak-kanak/ remaja yang berusia 18 tahun dan ke bawah


yang kehilangan ibu atau bapa atau penjaga atau kedua-
duanya;

ii. Warganegara yang memiliki pengenalan Malaysia


(MyKad/MyKid) sahaja;

iii. Kanak-kanak yang bukan diambil sebagai anak angkat


menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran
Pengangkatan 1952;

iv. Dalam kes-kes tertentu, sekiranya pemohon berumur 18


tahun ke atas dan diterima masuk ke IPT; dan

v. Tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pemegang Amanah.

1.2 Kaedah Permohonan

i. Permohonan boleh dilakukan secara manual atau secara atas


talian melalui borang yang disediakan.

ii. Pemohon mesti melengkapkan borang yang dinyatakan


dengan mengemukakan bukti-bukti yang diperlukan seperti:
a. Salinan sijil lahir kanak-kanak yang terlibat;

b. Salinan sijil kematian ibu/bapa atau kedua-


duanya;

c. Salinan MyKid atau MyKad;

d. Salinan Kad Orang Kurang Upaya (jika berkaitan);

e. Salinan surat pengesahan penjaga; dan

f. Perintah mahkamah untuk hak penjagaan anak.

iii. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan


siasatan untuk penilaian bagi mengesahkan kelayakan
bantuan kepada pemohon supaya bantuan diberikan kepada
golongan sasar.

iv. Selain daripada permohonan yang diterima, bantuan juga


boleh diberikan kepada senarai penerima daripada pihak
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan
Masyarakat/ Kementerian Pendidikan/ Kementerian
Kesihatan. Yayasan boleh meluluskan dan memberikan
bantuan kepada senarai daripada agensi berikut sekiranya
tiada pertindihan bantuan kewangan.
1.3 Syarat dan Terma Ikatan Permohonan

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB


Semasa mengikuti mana-mana pengajian yang dinyatakan pada
borang di atas, pelajar hendaklah mematuhi semua arahan /
peraturan sebagaimana berikut –

( a ) Berkelakuan sebagai seorang pelajar yang bertanggungjawab


dan dikehendaki mematuhi semua arahan
/ peraturan yang dikeluarkan oleh pihak sekolah / institusi
pengajian berkenaan dan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) dari
semasa ke semasa;

( b ) Memasuki dan meneruskan pengajian serta menghadiri kelas,


kuliah, seminar, ceramah, tutorial, ujian, peperiksaan dan apa-apa
program yang dijalankan berkaitan dengan pengajian dalam
tempoh yang ditetapkan;

( c ) Dimestikan mengikuti pengajian yang ditentukan oleh YKM.


Pertukaran institusi / bidang / peringkat atau penarikan diri
daripada pengajian yang diikuti adalah dilarang tanpa mendapat
kelulusan YKM;

( d ) Tidak boleh terlibat dalam mana-mana kesalahan jenayah dan


apa-apa perkara yang akan mencemarkan nama baik YKM dan
Negara;
( e ) Tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam apa-apa
kegiatan yang difikirkan oleh YKM tidak selaras dengan
kepentingan pelajar atau kepentingan YKM;

( f ) Tidak dibenarkan memegang apa-apa jawatan, menjadi ahli


atau mengambil bahagian dalam apa-apa pertubuhan, badan atau
kumpulan yang pada pendapat YKM boleh ditafsirkan sebagai
bercorak politik / militan / subversif tanpa terlebih dahulu
mendapat kebenaran bertulis daripada YKM dan YKM mengikut
budi bicara mutlaknya, boleh memberi atau tidak memberi
kelulusan tersebut;

( g ) Tidak boleh menerima apa-apa pekerjaan sama ada yang


berpendapatan ataupun tidak kecuali dengan terlebih dahulu
mendapat kebenaran YKM;

( h ) Dikehendaki mengemukakan kepada YKM satu salinan


keputusan peperiksaan / ujian penggal, semester, tahunan atau
akhir dalam tempoh satu bulan selepas keputusan diumumkan dan
YKM boleh menahan apa jua bayaran kepada pelajar sekiranya
gagal mengemukakan keputusan peperiksaan tersebut. Pelajar yang
tidak mencapai tahap minimum yang ditetapkan bagi dua (2)
semester berturut-turut boleh ditamatkan penajaan. Keputusan
minimum bagi pelajar dan penjelasan mengenai sesi dan penilaian
di sekolah dan IPT adalah tertakluk kepada YKM;
( i ) Tidak dibenarkan berkahwin tanpa kelulusan YKM semasa
mengikuti pengajian. Sekiranya pelajar diketahui telah berkahwin
sebelum mengikuti pengajian, maka tawaran ini akan terbatal
dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, hanya dalam keadaan-
keadaan tertentu, permohonan boleh dipertimbangkan tertakluk
kepada syarat-syarat berikut –

( i ) Mendapat persetujuan dan kebenaran bertulis daripada ibu


bapa, penjamin dan YKM dengan mengisi borang-borang YKM;
( ii ) Mematuhi peraturan-peraturan nikah kahwin yang ditetapkan
oleh YKM dari semasa ke semasa;
( iii ) YKM tidak akan bertanggungjawab menanggung apa- apa
perbelanjaan yang timbul di atas perkara ini; dan
( iv ) YKM berhak menarik balik penajaan dan menuntut balik
perbelanjaan sebenar jika prestasi akademik pelajar tidak
memuaskan sama ada secara langsung atau tidak langsung
diakibatkan oleh perkahwinan ini.

( j ) Pelajar hendaklah berpakaian sopan mengikut garis panduan


yang ditetapkan oleh institusi pengajian dan semasa menghadiri
ceramah-ceramah atau perjumpaan-perjumpaan yang dianjurkan
oleh YKM;

( k ) Pelajar bertanggungjawab memaklumkan kepada YKM


sebarang pertukaran alamat tempat tinggal pelajar dan penjamin
dari semasa ke semasa, jika ada;
( l ) Pelajar dikehendaki menamatkan pengajian dalam tempoh
yang ditetapkan. Sekiranya pelajar memerlukan perlanjutan untuk
menamatkan pengajian, pelajar perlu memohon kepada YKM tiga
(3) bulan sebelum tamat tempoh tajaan asal dengan menyertakan
maklumat-maklumat berikut:-

( i ) Sebab-sebab gagal menamatkan pengajian dalam tempoh


tajaan. Sekiranya gagal disebabkan oleh masalah kesihatan,
laporan perubatan perlu dikemukakan;
( ii ) Borang Perlanjutan yang diisi dengan lengkap;
( iii ) Struktur pengajian dari semester pertama sehingga akhir
semester; dan
( iv ) Keputusan semua peperiksaan / ujian penggal, semester,
tahunan atau akhir. YKM akan menimbang permohonan
perlanjutan biasiswa pelajar sekiranya didapati wajar.

( m ) Penangguhan Pengajian
Pelajar tidak dibenarkan membuat sebarang penangguhan
pengajian tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis
daripada YKM.

( n ) Pindaan Tempoh Tawaran


Sebarang pindaan terhadap tempoh tawaran yang disebabkan oleh
perubahan struktur pengajian, polisi institusi, pindahan kredit atau
sebab-sebab lain, perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis
daripada YKM.
( o ) Tamat Pengajian

Pelajar dikehendaki -
( i ) Melapor diri dan mengemukakan satu salinan Diploma / Ijazah
atau surat pengesahan tamat pengajian kepada YKM sebaik sahaja
memperoleh slip keputusan peperiksaan akhir untuk tujuan
penamatan pembiayaan.

2. PELANGGARAN SYARAT-SYARAT TAWARAN

Biasiswa YKM ini akan ditamatkan sekiranya didapati pelajar


melanggar mana-mana syarat tawaran seperti yang telah
dinyatakan. Sekiranya ini berlaku, pelajar dan penjamin
dikehendaki membayar ganti rugi dan lain-lain bayaran
sebagaimana yang ditetapkan dalam perjanjian.

HAK YKM

Walau apa pun peruntukan dalam syarat tawaran ini, YKM berhak
meminda apa-apa peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan dan /
atau menambahnya pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang
pemberitahuan dan pelajar adalah tertakluk kepada pindaan-
pindaan tersebut. YKM juga berhak menamatkan Biasiswa YKM
ini tanpa memberikan sebarang sebab.
Dengan menandatangani borang permohonan ini, pemohon
dianggap telah memahami syarat-syarat permohonan dan
pembiayaan. Sebarang kerugian oleh pihak pemohon tidak akan
ditanggung oleh pihak YKM selama terikat dengan perjanjian ini.

PENGHANTARAN BORANG

Permohonon bantuan dan sebarang pertanyaan boleh dihantar


kepada:
azlina.yayasankeluargamalaysia@gmail.com

You might also like