You are on page 1of 1

ARAHAN SEMASA PENDAFTARAN

Semasa mendaftar sila bawa bersama-sama anda :

A. PENDAFTARAN KOLEJ

1. Membawa slip wang masuk (warna biru Salinan Bendahari UMK) semasa hari pendaftaran untuk
semakan pembayaran.

2. Borang Maklumat Peribadi Pelajar—UMK P1

3. Borang Maklumat Peribadi Pelajar (Kolej) - UMK6

4. Borang Perakuan dan Permohonan Bayaran melalui Bank.

5. Borang Perakuan Kebenaran Bius dan Pembedahan (UMK 1c) dan Senarai Semakan (UMK 1b).

B. PENDAFTARAN KURSUS

1. SIJIL ASAL dan SALINAN FOTOKOPI (salinan fotokopi sahaja tidak diterima) perkara berikut :-

(i) Kad Pengenalan atau Pasport (bagi calon bukan Warganegara Malaysia).

(ii) Sijil Kelahiran Pemohon, Ibu, Bapa, Penjaga.

(iii) Sijil/Slip serta dokumen asal keputusan peperiksaan secara terperinci, Sijil Berhenti
Sekolah, Sijil Kegiatan Ko-Kurikulum.

(iv) Surat pelepasan daripada majikan (bagi calon yang sedang berkhidmat).

(v) Bagi calon bukan Warganegara Malaysia - surat kebenaran belajar di Malaysia dari
Kedutaan (Pesuruhjaya Tinggi masing-masing di Malaysia atau Jabatan Pihak Berkuasa
Pelajar negara masing-masing).

2. Surat Tawaran Program.

3. Borang Perakuan Pelepasan Tanggungan—UMK 2a.

4. Borang Jaminan Kewangan—UMK 3a dan UMK 3b.

5. Ikrar Pelajar—UMK 4.

6. Surat Aku janji.

7. Borang Maklumat Peribadi Pelajar (Fakulti) - UMK 7.

8. Borang Pengakuan Mengenai Penyalahgunaan Dadah UMK2.

PERINGATAN :
Sebelum mendaftar diri, semua borang yang dinyatakan di atas hendaklah diceraikan terlebih dahulu untuk
mempercepatkan proses pendaftaran.

You might also like