You are on page 1of 6

BAHAGIAN PENGANJURAN PELAJARAN MARA

Telefon : 03-2613 2000


TINGKAT 10, IBU PEJABAT MARA,
21, JALAN MARA, Fax : 03-2691 5854
50609 KUALA LUMPUR Kod ST : ST12-1

NAMA PELAJAR : NORSYAMIMI SHAKIRA BINTI MOHD SAFERI Bil. MARA : 330392419477

NO. K/P : 020814060060 TARIKH : 02/10/2020

Saudara / Saudari,

TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN MARA

PERINGKAT : DIPLOMA [20]


KURSUS : CIVIL ENG (CONSTRUCTION SAFETY [150138]
INSTITUSI : KOLEJ POLY-TECH MARA SDN BHD, KUANTAN, PAHANG [551304]
PROGRAM : DALAMAN IPMA [34]
JENIS PINJAMAN : PINJAMAN BOLEH UBAH [2C]
TEMPOH PINJAMAN : 2 TAHUN 4 BULAN [01/07/2020 - 31/10/2022]
TEMPOH PENGAJIAN : 2 TAHUN 4 BULAN [01/07/2020 - 31/10/2022]

2. BUTIR-BUTIR PINJAMAN

2.1 Pinjaman ini adalah patuh syariah berdasarkan konsep Qard yang merujuk kepada kontrak pemberian
pinjaman oleh pemberi pinjaman kepada peminjam yang mana ia harus membayar jumlah penggantian
setara kepada pemberi pinjaman.
Jumlah pinjaman yang ditawarkan (seperti lampiran A) adalah merupakan jumlah anggaran perbelanjaan
sepanjang tempoh dan peringkat pengajian seperti di atas (selepas ini disebut "Anggaran Perbelanjaan").
Jumlah pinjaman sebenar adalah jumlah yang dibelanjakan oleh MARA sepanjang tempoh pengajian
(selepas ini dirujuk "Jumlah Pinjaman"). Sekiranya Jumlah Pinjaman adalah kurang daripada Anggaran
Perbelanjaan maka perbezaan antara kedua-dua jumlah tersebut tidak boleh dituntut oleh Pelajar.

3. SYARAT-SYARAT TAWARAN
3.1 Syarat Umum

3.1.1 Pelajar dan salah seorang ibu atau bapa berketurunan Melayu/ berstatus Bumiputera
(Semenanjung, Sabah atau Sarawak) dan warganegara Malaysia.

3.1.2 Ibu/bapa/penjaga pelajar memenuhi syarat-syarat kelayakan pendapatan yang ditetapkan oleh
MARA.

3.1.3 Pelajar mendapat tawaran pengajian tanpa syarat daripada institusi pengajian dan bidang
pengajian yang tersenarai dalam senarai Institusi Tajaan MARA.

3.1.4 Pelajar belum mempunyai kelayakan akademik setaraf dengan pengajian yang dimohon.

3.1.5 Pelajar tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian
di peringkat yang sama KECUALI dengan kebenaran MARA.
3.1.6 Pelajar mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman
daripada badan penaja lain (kecuali MARA) untuk pengajian terdahulu.

3.1.7 Pelajar tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin,
menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana -mana institusi
pengajian atas masalah akademik/disiplin bagi pengajian di peringkat yang sama.

3.1.8 Pelajar mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai
pelepasan/peletakan jawatan daripada majikan bagi pelajar yang sedang dalam perkhidmatan.

3.1.9 Pelajar/ibu/bapa/penjaga pelajar bebas daripada senarai hitam atau tindakan undang -undang
MARA.

3.2 Syarat Khusus

3.2.1 Pelajar tidak dibenarkan menukar institusi dan kursus tanpa kebenaran bertulis daripada pihak
MARA.

3.2.2 Pelajar perlu mengekalkan CGPA 2.50 atau setara sepanjang pengajian dalam tempoh
pinjaman. Sekiranya gagal berbuat demikian, pihak MARA berhak memberhentikan pinjaman
tanpa notis.

3.2.3 Pelajar perlu membuat permohonan dengan mengisi borang BPPM /B/05C dan mendapatkan
kebenaran bertulis MARA sekiranya ingin berkahwin dalam tempoh pinjaman.

3.2.4 Pelajar perlu menamatkan pengajian dalam tempoh pinjaman yang ditetapkan.

3.2.5 Pelajar dikehendaki mengemukakan salinan transkrip penuh pengajian dan skrol yang
disahkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh graduasi kepada Bahagian Penganjuran Pelajaran
MARA.

3.2.6 Jadual Bayaran Balik (JBB) akan dijana pada bulan ketujuh selepas tarikh tamat tempoh
pinjaman. Walau bagaimanapun, pelajar boleh mengemukakan permohonan pengurangan /
pengecualian bayaran balik pinjaman pelajaran kepada Bahagian Kawalan Kredit MARA dalam
tempoh dua (2) tahun daripada tarikh tamat pinjaman MARA sekiranya memenuhi

3.2.7 Pelajar dikehendaki membayar balik keseluruhan Jumlah Pinjaman yang dikeluarkan oleh
MARA sekiranya pelajar tidak layak mendapatkan pengurangan /pengecualian balik pinjaman
pelajaran.

3.2.8 Pelajar dikehendaki membayar balik keseluruhan Jumlah Pinjaman yang telah dikeluarkan
oleh MARA sekiranya pelajar tidak menamatkan pengajian atau diberhentikan oleh pihak
institusi pengajian dalam tempoh pinjaman.

3.2.9 Sekiranya pelajar tidak dapat menamatkan pengajian atau telah menamatkan pengajian lebih
awal dalam tempoh pinjaman Pelajar tidak boleh menuntut untuk menggunakan Anggaran
Perbelanjaan yang diluluskan.

3.2.10 Pelajar perlu memaklumkan secara bertulis kepada Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA
sekiranya tidak dapat menamatkan pengajian atau telah menamatkan pengajian lebih awal
dalam tempoh pinjaman.

3.2.11 Pelajar adalah dilarang sama sekali melibatkan diri dengan aktiviti penyalahgunaan dadah,
perhimpunan haram dan kegiatan-kegiatan sosial yang tidak sihat serta kenyataan di
mana-mana medium yang pada pandangan MARA boleh menjejaskan nama baik agama,
bangsa, negara dan MARA.
3.2.12 Pelajar hendaklah menghantar keputusan peperiksaan setiap semester / tahun ke Bahagian
Penganjuran Pelajaran MARA dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan diumumkan /
diterima.
3.2.13 Pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda atau setaraf di bawah program khas adalah
tertakluk kepada pencapaian Akademik di Peringkat Persediaan atau setaraf seperti di
Lampiran B serta memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan.

3.3 Syarat Tambahan

3.3.1 Pelajar yang mengikuti pengajian dalam dan luar negara dikehendaki mengikuti kursus -kursus
atau apa-apa program pembangunan pelajar yang akan ditentukan oleh MARA.

Bagi Pengajian Luar Negara:

Pelajar hendaklah mengemukakan Laporan Pemeriksaan Kesihatan yang telah disahkan oleh
3.3.2
Pengawai Perubatan Klinik Kesihatan, Hospital Kerajaan atau Hospital Swasta yang
bertauliah, bahawa pelajar bebas dari HIV, Hepatitis, Tuberculosis, H 1N1, tidak buta warna
atau penyakit-penyakit kronik yang lain yang boleh menjejaskan pengajian.

3.3.3 Pelajar dikehendaki melaporkan diri kepada MARA dengan mengisi borang BPPM /B/05B
dalam tempoh 14 hari dari tarikh pelajar tiba di negara Institusi pengajian Pelajar untuk
memaklumkan kehadiran pelajar di negara berkenaan.

3.3.4 Pelajar dikehendaki kembali ke Malaysia serta merta setelah tamat pengajian atau
diberhentikan daripada pengajian atau atas apa jua sebab kecuali dengan kebenaran secara
bertulis daripada MARA dengan mengisi Borang Lapor Diri Tamat Pengajian (BPPM/B/05E)

3.3.5 Pelajar dikehendaki membuat permohonan dengan mengisi borang BPPM /B/05D dan
mendapatkan kebenaran bertulis MARA sekiranya mempunyai urusan /lawatan di luar
kawasan pengajian.

3.3.6 Pelajar perlu berhubung terus dengan Pejabat MARA Luar Negara yang berdekatan untuk
sebarang urusan.

4. TAWARAN ADALAH BERSYARAT DAN TERTAKLUK KEPADA KEPUTUSAN MUKTAMAD MARA

4.1 MARA berhak pada bila-bila masa membuat apa-apa pindaan, mengubahsuai atau menambah syarat-syarat
tawaran ini termasuklah jumlah pinjaman yang diluluskan.

Surat tawaran ini adalah terbatal dengan sendirinya jika pelajar tidak memenuhi mana -mana syarat tawaran
4.2
yang dinyatakan pada perenggan 3.1, 3.2 dan 3.3 di atas.

4.3 MARA berhak menggantung, memberhentikan atau menarik balik pinjaman ini dengan serta -merta sekiranya
didapati pelajar mengemukakan maklumat palsu.

4.4 MARA berhak pada bila-bila masa mengkaji semula tawaran ini dari semasa ke semasa.
5. SURAT TAWARAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA DOKUMEN PERJANJIAN

5.1 Surat tawaran ini adalah sebahagian daripada Dokumen Perjanjian. Oleh itu, pada bila -bila masa juga surat
tawaran ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Dokumen Perjanjian yang akan ditandatangani
bersama oleh MARA, Pelajar dan Penjamin.

6. PENERIMAAN TAWARAN

6.1 Pelajar dikehendaki melengkapkan Akuan Penerimaan Tawaran di bawah sekiranya bersetuju dan
menerima tawaran pinjaman ini dan diserahkan kepada MARA bersama -sama dengan surat perjanjian dan
dokumen pinjaman pelajaran MARA yang lain .

6.2 Surat Tawaran ini akan terbatal dengan sendirinya sekiranya Akuan Penerimaan Tawaran Oleh Pelajar tidak
ditandatangani oleh pelajar.

Sekian dan Selamat Maju Jaya.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


"LUAR BANDAR SEJAHTERA"

Saya yang menjalankan amanah,

PENGARAH
BAHAGIAN PENGANJURAN PELAJARAN
b/p KETUA PENGARAH MARA

"Keusahawanan dan Pendidikan Global"

SURAT TAWARAN INI ADALAH JANAAN KOMPUTER DAN TIDAK


MEMERLUKAN TANDATANGAN
AKUAN PENERIMAAN TAWARAN OLEH PELAJAR

Saya ................................................. (No K/P ....................................... ) mengaku telah membaca dan faham
serta bersetuju menerima tawaran ini seperti syarat - syarat dan ketetapan yang terkandung dalam Surat Tawaran
Pinjaman Pelajaran MARA bagi Program ............................................... Bil MARA
................................................. bertarikh .................................. dan Surat Perjanjian Pinjaman Pelajaran MARA.

Saya mengaku sekiranya saya tidak mematuhi atau melanggar mana-mana syarat yang terkandung dalam surat
tawaran tersebut, pihak MARA berhak menarik balik atau membatalkan tawaran ini.

DISAKSIKAN (Ibu/ Bapa/ Penjaga)

............................................. .....................................................
Tandatangan Ibu/ Bapa/ Penjaga
(Tandatangan Pelajar)
Nama :
No K/P :
LAMPIRAN A

SKIM MARA
ANGGARAN PINJAMAN PELAJARAN

NAMA PELAJAR : NORSYAMIMI SHAKIRA BINTI MOHD SAFERI


NO. KP : 020814060060
PERINGKAT : DIPLOMA [20]
KURSUS : CIVIL ENG (CONSTRUCTION SAFETY [150138]
INSTITUSI : KOLEJ POLY-TECH MARA SDN BHD, KUANTAN, PAHANG [551304]
PROGRAM : DALAMAN IPMA [34]
JENIS PINJAMAN : PINJAMAN BOLEH UBAH
TEMPOH PINJAMAN : 2 TAHUN 4 BULAN [01/07/2020 - 31/10/2022]
TEMPOH PENGAJIAN : 2 TAHUN 4 BULAN [01/07/2020 - 31/10/2022]

PINJAMAN
BIL. BUTIRAN ELAUN (RM)

1 SARA HIDUP (ES) 14,994.00


RM 535.50 Satu Kali Sebulan - 01/07/2020 - 31/10/2022

2 YURAN - M'SIA (YD) 21,300.00


RM 4,260.00 Dua Kali Setahun - 01/07/2020 - 31/10/2022

JUMLAH BESAR 36,294.00

Nota :

1. Pelajar hanya layak pada butiran di atas seperti yang tertera di surat tawaran pinjaman pelajaran
MARA.

2. Kadar Yuran Pengajian adalah tertakluk kepada yuran sebenar yang dikenakan oleh Institusi
Pengajian terhad kepada jumlah maksima di atas. (jika berkaitan)

3. MARA berhak pada bila-bila masa membuat apa-apa pindaan, mengubahsuai atau menambah
syarat tawaran ini termasuklah jumlah pinjaman yang diluluskan.

You might also like