You are on page 1of 13

0 1 0 4 0 6 1 2 0 2 5 6

PERJANJIAN PINJAMAN PELAJARAN PERSEKUTUAN


TAHUN 2022

ANTARA
K
E
T
I
P

SHERYL AFIQAH BINTI SAIFUL IDHAM


(010406-12-0256)

(Nama PELAJAR dan No. Kad Pengenalan)

DAN

KERAJAAN MALAYSIA

DAN
K
E
T
I
P
SAIFUL IDHAM BIN LASSIM (720719-12-5169)
(Nama PENJAMIN dan No.Kad Pengenalan)

Bertarikh pada

Untuk Kegunaan Jabatan:

Kod Fail: 192 / 19 / IPT Jld. 3718 ( 12 )

Program: PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA

Institusi: UNIVERSITI MALAYSIA SABAH


PERJANJIAN PINJAMAN PELAJARAN PERSEKUTUAN

Perjanjian ini dibuat pada tarikh yang dinyatakan dalam Bahagian 1 Jadual 1 kepada Perjanjian di antara pihak
yang nama dan butir-butirnya dinyatakan dalam Bahagian 2 Jadual 1 kepada Perjanjian ini (selepas ini disebut
sebagai PELAJAR ) sebagai pihak pertama dan KERAJAAN MALAYSIA yang bagi tujuan Perjanjian ini diwakili
oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 1-13, Blok C1, Parcel C, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, 62510 Putrajaya (selepas ini disebut sebagai KERAJAAN ) sebagai pihak kedua dan pihak-pihak
yang nama dan butir-butirnya dinyatakan dalam Bahagian 3 Jadual 1 kepada Perjanjian ini (selepas ini disebut
sebagai PENJAMIN ) sebagai pihak ketiga.

BAHAWASANYA-
A. KERAJAAN telah bersetuju memberikan Pinjaman Pelajaran kepada PELAJAR bagi mengikuti kursus
Pengajian seperti yang ditetapkan dalam Surat Tawaran Pinjaman Pelajaran yang nombor rujukan
dan tarikhnya dinyatakan dalam Bahagian 4 Jadual 1 kepada Perjanjian ini (selepas ini disebut
sebagai Surat Tawaran );

B. PELAJAR telah menerima Surat Tawaran dan bersetuju untuk menerima Pinjaman Pelajaran
tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian ini dan Surat
Tawaran itu; dan

C. PENJAMIN telah bersetuju untuk menjadi penjamin kepada PELAJAR bagi tujuan pematuhan
terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian ini.

MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti yang berikut:

1. Definisi dan Tafsiran

1.1 Definisi
Dalam Perjanjian ini, melainkan konteksnya menghendaki maksud yang lain, perkataan-perkataan di
bawah diberi maksud seperti yang berikut:

(a) "Nilai Pinjaman " - ertinya semua bayaran yang dibayar oleh KERAJAAN kepada PELAJAR
bagi tujuan Pinjaman Pelajaran di bawah Perjanjian ini, dan apa-apa
bayaran premium insurans/takaful bagi pihak PELAJAR;

(b) "Pinjaman Pelajaran " - ertinya Nilai Pinjaman yang dibayar kepada PELAJAR termasuk dan tidak
terhad kepada Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup dan bayaran-bayaran
lain yang dinyatakan dalam Surat Tawaran dan Perjanjian ini;

(c) "Pengajian " - ertinya kursus ijazah, diploma atau sijil yang akan diikuti oleh PELAJAR
seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran;

(d) "Surat Tawaran" - ertinya surat tawaran Pinjaman Pelajaran daripada Jabatan Perkhidmatan
Awam Malaysia kepada PELAJAR; dan

(e) "Tempoh Pinjaman" - ertinya tempoh pembiayaan seperti yang dinyatakan dalam Surat
Tawaran.

010406-12-0256 Page 2/13


1.2 Tafsiran

a) Tajuk-tajuk dan tajuk-tajuk kecil kepada peruntukan-peruntukan dan bahagian-bahagian dalam


Perjanjian ini dimasukkan bertujuan untuk memudahkan pembacaan sahaja dan tidak boleh
diambil kira sebagai sebahagian daripada Perjanjian atau untuk dibuat pertimbangan dalam
mentafsirkan Perjanjian ini;

b) Rujukan kepada mana-mana statut atau peruntukan statutori adalah merangkumi


rujukan-rujukan kepada statut atau peruntukan statutori yang dipinda dan digubal semula; dan

c) Rujukan kepada lampiran, fasal, sub-fasal atau jadual adalah rujukan kepada lampiran, fasal,
sub-fasal atau jadual dalam Perjanjian ini.

2. Pembiayaan Pinjaman Pelajaran oleh KERAJAAN

2.1 Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini, KERAJAAN bersetuju untuk
memberi Pinjaman Pelajaran kepada PELAJAR untuk membolehkan PELAJAR mengikuti Pengajian
di universiti, kolej atau institusi seperti dinyatakan dalam Surat Tawaran.

2.2 KERAJAAN, berdasarkan permintaan PELAJAR, boleh menambah Nilai Pinjaman atau
bantuan-bantuan lain kepada PELAJAR jika difikirkannya perlu. Sekiranya KERAJAAN bersetuju
untuk memberikan tambahan kepada Nilai Pinjaman atau bantuan-bantuan lain, KERAJAAN
hendaklah memaklumkan kepada pihak PELAJAR akan persetujuannya itu bersama-sama apa-apa
syarat atau terma tambahan yang berkenaan.

2.3 KERAJAAN akan membayar Nilai Pinjaman itu sama ada kepada PELAJAR itu sendiri, penjaga di sisi
undang-undang atau kepada pihak berkuasa universiti, kolej atau institusi atau melalui wakil
KERAJAAN mengikut mana yang berkenaan.

3. Insurans/Takaful Pinjaman

Bagi maksud melindungi kepentingan KERAJAAN di bawah Perjanjian ini berhubung pembayaran balik
Nilai Pinjaman, jika berlaku kematian atau keilatan kekal yang menyebabkan PELAJAR tidak berupaya
meneruskan Pengajiannya atau tidak berupaya membayar balik Nilai Pinjaman sepanjang tempoh
pembayaran balik Nilai Pinjaman, KERAJAAN boleh mengeluarkan suatu notis bertulis kepada PELAJAR,
sebelum apa-apa pembiayaan Pinjaman Pelajaran dibuat oleh KERAJAAN, untuk KERAJAAN mengambil
apa-apa perlindungan insurans atau takaful bagi pihak PELAJAR dan apa-apa premium yang dibayar oleh
KERAJAAN bagi perlindungan insurans dan takaful di bawah Perjanjian ini hendaklah menjadi sebahagian
daripada Nilai Pinjaman kepada Perjanjian ini, tanpa menjejaskan hak-hak KERAJAAN untuk menuntut
apa-apa hutang lain yang tidak diliputi di bawah perlindungan insurans atau takaful itu.

4. Tempoh Pengajian

PELAJAR hendaklah menamatkan Pengajiannya dengan memperolehi ijazah atau diploma atau sijil dalam
tempoh seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran atau dalam sesuatu masa sebagaimana yang
diluluskan oleh KERAJAAN.

010406-12-0256 Page 3/13


5. Penjamin

5.1 Adalah dengan ini dipersetujui dan diakui bahawa, jika pada bila-bila masa semasa berkuatkuasanya
Perjanjian ini, sekiranya PENJAMIN-

(a) meninggal dunia;

(b) tidak lagi bermastautin dalam Malaysia;

(c) berada di luar Malaysia selama lebih dari dua belas (12) bulan berturut-turut kecuali
berkhidmat dengan KERAJAAN;

(d) diisytiharkan sebagai seorang bankrap; atau

(e) memperolehi suatu perintah pentadbiran pemakan gaji,

PELAJAR hendaklah mendapatkan penjamin baru yang dipersetujui oleh KERAJAAN dan penjamin
baru itu hendaklah bersetuju menjadi PENJAMIN mengikut terma-terma dan syarat-syarat yang
terkandung dalam Perjanjian ini.

5.2 Jika PELAJAR gagal menggantikan PENJAMIN yang berkenaan, KERAJAAN boleh, pada bila-bila
masa selepas itu, menamatkan Perjanjian ini dan tanpa menyentuh hak-hak KERAJAAN di bawah
Perjanjian ini, PELAJAR tidak berhak untuk menuntut apa-apa faedah di bawah Perjanjian ini.

6. Syarat-syarat Semasa Pengajian

6.1 Kursus Pengajian

(a) PELAJAR hendaklah dengan bersungguh-sungguh dan sedaya upaya mengikuti Pengajian
seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran dengan menghadiri kuliah, seminar, ceramah,
tutorial dan apa-apa program yang dijalankan berkaitan dengan Pengajian PELAJAR.

(b) PELAJAR hendaklah menghadiri semua ujian dan peperiksaan yang disyaratkan yang
berkaitan dengan Pengajiannya untuk mendapat ijazah, diploma atau sijil sebagaimana yang
dinyatakan dalam Surat Tawaran.

(c) PELAJAR hendaklah menunjuk dan mencapai kejayaan yang memuaskan dalam
Pengajiannya.

(d) PELAJAR tidak boleh menukar Pengajian dan/atau tempat Pengajiannya ke universiti, kolej
atau institusi selain daripada yang ditetapkan oleh KERAJAAN tanpa mendapat kebenaran
terlebih dahulu daripada KERAJAAN.

(e) PELAJAR tidak boleh melanjutkan tempoh dan/atau menangguhkan Pengajian tanpa
mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada KERAJAAN

010406-12-0256 Page 4/13


6.2 Memaklumkan Keputusan Peperiksaan

PELAJAR hendaklah melaporkan dengan segera kepada KERAJAAN, keputusan peperiksaan atau
ujian penggal, semester, tahunan atau akhir yang diduduki oleh PELAJAR sebaik sahaja keputusan
peperiksaan atau ujian itu diisytiharkan oleh universiti, kolej atau institusi yang berkenaan.

6.3 Pemakluman Tamat Pengajian

PELAJAR hendaklah memaklumkan dengan seberapa segera yang boleh kepada KERAJAAN selepas
menamatkan Pengajiannya sama ada dengan jayanya atau tidak.

6.4 Disiplin

PELAJAR hendaklah pada bila-bila masa dalam tempoh Pengajiannya:

(a) Sentiasa mematuhi apa-apa peraturan dan tatatertib sebagaimana yang berkuat kuasa di
universiti, kolej atau institusi dari semasa ke semasa;

(b) Mematuhi semua undang-undang yang berkuat kuasa ke atasnya dari semasa ke semasa; dan

(c) Tidak melakukan perbuatan salah laku dalam apa cara jua pun yang pada pendapat
KERAJAAN mungkin menjatuhkan nama baiknya atau nama baik Malaysia.

6.5 Hasutan dan Tunjuk Perasaan

PELAJAR hendaklah pada bila-bila masa dalam tempoh Pengajiannya:

(a) Tidak mengambil jua apa bahagian dalam sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan di
mana-mana tempat oleh apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang, iaitu penghasutan
atau tunjuk perasaan yang boleh memudaratkan kepentingan Malaysia atau sesuatu institusi
pendidikan;

(b) Tidak menyediakan atau mengedarkan dengan apa-apa cara atau mengambil apa jua
bahagian dalam menyediakan atau mengedarkan, sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan
di mana-mana tempat oleh apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang, iaitu
penghasutan atau tunjuk perasaan yang boleh memudaratkan kepentingan Malaysia atau
sesuatu institusi pendidikan;

(c) Tidak menyedia, mencetak, membahagi atau mengedarkan, atau mengambil bahagian dengan
apa-apa cara dalam menyedia, mencetak, membahagi, mengedarkan apa-apa dokumen atau
lain-lain bahan yang boleh memudaratkan kepentingan Malaysia atau sesuatu institusi
pendidikan; dan

(d) Tidak membuat apa-apa kenyataan dalam sesuatu perhimpunan apa-apa kumpulan orang di
mana-mana tempat yang boleh memudaratkan kepentingan Malaysia atau sesuatu institusi
pendidikan.

010406-12-0256 Page 5/13


6.6 Menyertai Politik dan Pertubuhan

PELAJAR hendaklah pada bila-bila masa dalam tempoh Pengajiannya:

(a) Tidak mengambil bahagian sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam kegiatan
berunsur politik atau anti-KERAJAAN;

(b) Tidak memegang apa-apa jawatan dalam apa-apa pertubuhan badan atau kumpulan orang
tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada KERAJAAN; dan

(c) Tidak menjadi seorang ahli atau mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan apa-apa
pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang tujuan atau kegiatan-kegiatan bercorak politik.

6.7 Syarat-syarat Lain

PELAJAR juga hendaklah pada bila-bila masa dalam tempoh Pengajiannya:

(a) Tidak melibatkan diri dalam apa-apa kegiatan atau perbuatan yang boleh menjejaskan
Pengajiannya;

(b) Tidak mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan yang difikirkan oleh KERAJAAN tidak
selaras dengan kepentingan PELAJAR atau kepentingan Malaysia. Sekiranya PELAJAR telah
mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan dan kemudiannya telah diberitahu oleh
KERAJAAN bahawa kegiatan itu adalah tidak selaras dengan kepentingannya atau
kepentingan Malaysia, maka PELAJAR hendaklah berhenti dengan serta-merta daripada
mengambil bahagian selanjutnya;

(c) Tidak berkahwin tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada KERAJAAN dan
sekiranya dibenarkan, PELAJAR adalah terikat dengan semua syarat mengenai hal
perkahwinan yang dinyatakan dalam Surat Tawaran;

(d) Tidak menerima apa-apa biasiswa, dermasiswa, pinjaman atau apa-apa jua cara dan bentuk
bantuan kewangan lain bagi tujuan Pengajiannya;

(e) Tidak menerima dan membuat apa-apa pekerjaan sama ada yang berpendapatan ataupun
tidak, kecuali dengan kebenaran terlebih dahulu daripada KERAJAAN;

(f) Tidak melakukan apa-apa perkara yang boleh menyebabkan PELAJAR ditamatkan Pengajian
dan/atau dibuang dari universiti, kolej atau institusi oleh pihak berkuasa universiti, kolej atau
institusi; dan

(g) Bertanggungjawab untuk memulangkan apa-apa bayaran yang terlebih bayar oleh
KERAJAAN.

010406-12-0256 Page 6/13


7. Lapor Diri dan Makluman Tempat Berkhidmat

7.1 PELAJAR yang telah menamatkan Pengajian hendaklah melapor diri kepada KERAJAAN
mengikut cara dan kaedah yang ditetapkan secara bertulis oleh KERAJAAN.

7.2 PELAJAR hendaklah dari semasa ke semasa memaklumkan tempat berkhidmat PELAJAR
kepada KERAJAAN mengikut cara dan kaedah yang ditetapkan secara bertulis oleh
KERAJAAN.

7.3 Apa-apa ketetapan secara bertulis yang dibuat oleh KERAJAAN bagi tujuan Fasal 7.1 dan 7.2
hendaklah menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini.

8. Pembayaran Balik Nilai Pinjaman

8.1 Nilai Pinjaman hendaklah dibayar balik kepada KERAJAAN setelah PELAJAR mendapat
pekerjaan atau setelah enam (6) bulan selepas tamat Tempoh Pinjaman, yang mana
terdahulu. Bayaran balik Nilai Pinjaman boleh dibuat secara keseluruhannya dengan
serta-merta atau boleh dibuat secara ansuran mengikut jumlah dan tempoh yang dinyatakan
dalam Bahagian 5 Jadual 1 kepada Perjanjian ini.

8.2 KERAJAAN mempunyai hak untuk mengubah cara dan masa pembayaran balik Nilai Pinjaman
dengan memberikan notis bertulis selama tiga (3) bulan kepada PELAJAR sebelum perubahan
itu dikuatkuasakan. Notis itu hendaklah menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini dan
peruntukan yang berkenaan hendaklah dibaca seperti mana dipinda.

8.3 PELAJAR bersetuju untuk membenarkan KERAJAAN membuat perkiraan dengan sesiapa jua
pihak ketiga yang merupakan majikan PELAJAR supaya suatu jumlah tertentu dipotong
daripada pendapatan PELAJAR dan jumlah yang dipotong itu dibayar terus kepada
KERAJAAN sebagai pembayaran balik Nilai Pinjaman.

8.4 PELAJAR juga bersetuju bahawa KERAJAAN boleh mendapatkan maklumat berkenaan
PELAJAR bagi tujuan menuntut bayaran balik Nilai Pinjaman daripada Jabatan Pendaftaran
Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imigresen, Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja, Kumpulan Wang Amanah Pencen, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Perbadanan
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, institusi kewangan dan/atau lain-lain organisasi yang
berkenaan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat
kuasa ke atas agensi-agensi itu.

9. Penalti

PELAJAR hendaklah membayar sebanyak satu peratus (1%) setahun daripada Nilai Pinjaman sebagai
penalti sekiranya PELAJAR gagal membuat bayaran balik Nilai Pinjaman kepada KERAJAAN dalam
tempoh seperti yang dinyatakan dalam Bahagian 5 Jadual 1 dari tarikh diminta oleh KERAJAAN.

010406-12-0256 Page 7/13


10. Berkhidmat dengan KERAJAAN

10.1 Sekiranya PELAJAR memohon dengan Pihak Berkuasa Melantik atau Kerajaan Negeri atau
mana-mana badan lain sebagaimana yang dipersetujui oleh KERAJAAN, PELAJAR hendaklah
memohon jawatan yang sesuai dengan kelayakan yang diperolehi oleh PELAJAR.

10.2 Sekiranya:

(a) PELAJAR dikehendaki berkhidmat dengan KERAJAAN atau Kerajaan Negeri atau mana-mana
badan lain sebagaimana yang dipersetujui oleh KERAJAAN; atau

(b) PELAJAR sendiri bersetuju untuk berkhidmat dengan KERAJAAN atau Kerajaan Negeri atau
mana-mana badan lain sebagaimana yang dipersetujui oleh KERAJAAN,PELAJAR hendaklah
berkhidmat dengan KERAJAAN atau Kerajaan Negeri atau mana-mana badan lain
sebagaimana yang dipersetujui oleh KERAJAAN bagi tempoh seperti mana dalam Bahagian
6 Jadual 1 dari tarikh PELAJAR berkhidmat dengan KERAJAAN atau Kerajaan Negeri atau
mana-mana badan lain sebagaimana yang dipersetujui oleh KERAJAAN (selepas ini disebut
sebagai Tempoh Berkhidmat ) dalam apa-apa jawatan yang diarah atau dipersetujui oleh
KERAJAAN sebagai balasan kepada jumlah Nilai Pinjaman yang telah dikeluarkan oleh
KERAJAAN.

10.3 Setelah tamat Tempoh Berkhidmat, PELAJAR adalah dilepaskan daripada tanggungan untuk
membayar balik jumlah Nilai Pinjaman selagi mana PELAJAR mematuhi syarat-syarat Perjanjian ini.

10.4 Sekiranya PELAJAR ditamatkan perkhidmatannya di bawah peraturan 49, Peraturan-Peraturan


Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993] atau undang-undang lain yang
sepertinya atau berhenti daripada berkhidmat sebelum mencapai Tempoh Berkhidmat dengan
KERAJAAN, PELAJAR hendaklah membayar balik Nilai Pinjaman kepada KERAJAAN dalam tempoh
dua puluh lima (25) hari dari tarikh PELAJAR ditamatkan perkhidmatan atau berhenti daripada
berkhidmat.

10.5 Sekiranya PELAJAR gagal membayar balik Nilai Pinjaman, KERAJAAN berhak untuk memotong
sejumlah wang yang dikira bersamaan dengan Nilai Pinjaman daripada jumlah pencen atau
faedah-faedah persaraan yang lain (sekiranya ada) yang diterima oleh PELAJAR.

10.6 Sekiranya PELAJAR bersara daripada perkhidmatan sebelum menamatkan Tempoh Berkhidmatnya,
KERAJAAN berhak untuk memotong sejumlah wang bersamaan dengan Nilai Pinjaman seperti yang
ditetapkan daripada jumlah pencen atau faedah-faedah persaraan yang lain yang diterima oleh
PELAJAR.

010406-12-0256 Page 8/13


11. Berkhidmat dengan Syarikat Berkaitan KERAJAAN

11.1 Sekiranya PELAJAR berkhidmat dengan Syarikat Berkaitan KERAJAAN (selepas ini disebut
sebagai Syarikat GLC ), PELAJAR hendaklah membayar balik Nilai Pinjaman sebagai balasan
kepada jumlah Nilai Pinjaman yang telah dikeluarkan oleh KERAJAAN.

11.2 Walau apa pun Fasal 11.1, PELAJAR hanya layak diberi kemudahan bayaran balik sebanyak
dua puluh lima peratus (25%) daripada Nilai Pinjaman sekiranya telah berkhidmat di Syarikat
GLC selama tempoh seperti yang dinyatakan dalam Bahagian 7 Jadual 1 kepada Perjanjian
ini.

11.3 Dengan kemudahan bayaran balik sebanyak dua puluh lima peratus (25%) daripada Nilai
Pinjaman yang diberikan, PELAJAR hendaklah membayar balik baki Nilai Pinjaman kepada
KERAJAAN mengikut jumlah dan tempoh yang akan ditetapkan oleh KERAJAAN.

11.4 Walau apa pun Fasal 11.2 dan 11.3, sekiranya PELAJAR meninggalkan perkhidmatannya di
Syarikat GLC dan masih belum menyelesaikan bayaran balik Nilai Pinjaman, KERAJAAN
berhak untuk menarik balik kemudahan bayaran balik sebanyak dua puluh lima peratus (25%)
daripada Nilai Pinjaman pada bila-bila masa sahaja dengan memberi notis bertulis kepada
PELAJAR dan PENJAMIN.

12.Berkhidmat dengan Syarikat Swasta Dalam Negara

12.1 Sekiranya PELAJAR berkhidmat dengan Syarikat Swasta Dalam Negara (selepas ini disebut
sebagai Syarikat Swasta ), PELAJAR hendaklah membayar balik Nilai Pinjaman sebagai
balasan kepada jumlah Nilai Pinjaman yang telah dikeluarkan oleh KERAJAAN.

12.2 Walau apa pun Fasal 12.1, PELAJAR hanya layak diberi kemudahan bayaran balik sebanyak
lima puluh peratus (50%) daripada Nilai Pinjaman sekiranya telah berkhidmat di Syarikat
Swasta selama tempoh seperti yang dinyatakan dalam Bahagian 8 Jadual 1 kepada
Perjanjian ini.

12.3 Dengan kemudahan bayaran balik sebanyak lima puluh peratus (50%) daripada Nilai Pinjaman
yang diberikan, PELAJAR hendaklah membayar balik baki Nilai Pinjaman kepada KERAJAAN
mengikut jumlah dan tempoh yang akan ditetapkan oleh KERAJAAN.

12.4 Walau apa pun Fasal 12.2 dan 12.3, sekiranya PELAJAR meninggalkan perkhidmatannya di
Syarikat Swasta dan masih belum menyelesaikan bayaran balik Nilai Pinjaman, KERAJAAN
berhak untuk menarik balik kemudahan bayaran balik sebanyak lima puluh peratus (50%)
daripada Nilai Pinjaman pada bila-bila masa sahaja dengan memberi notis bertulis kepada
PELAJAR dan PENJAMIN.

13. Berkhidmat selain daripada KERAJAAN atau Syarikat Berkaitan KERAJAAN atau Syarikat Swasta

Sekiranya PELAJAR berkhidmat selain daripada KERAJAAN seperti yang dinyatakan dalam Fasal 10 atau
Syarikat GLC seperti yang dinyatakan dalam Fasal 11 atau Syarikat Swasta seperti yang dinyatakan
dalam Fasal 12, PELAJAR dikehendaki untuk membayar balik sepenuhnya Nilai Pinjaman sebagaimana
yang dinyatakan dalam Fasal 8.

010406-12-0256 Page 9/13


14. Pelanggaran dan Penamatan Perjanjian

14.1 Sekiranya PELAJAR:

(a) Dalam tempoh Pengajiannya-

(i) ditamatkan Pengajian oleh pihak universiti, kolej atau institusi; atau

(ii) melakukan pelanggaran kepada mana-mana peruntukan dalam Fasal 6 Perjanjian ini; atau

(iii) dengan sebab tingkah laku dirinya menjadikan dirinya tidak sesuai atau/ dan tidak berupaya
untuk meneruskan Pengajiannya;

(b) Selepas tamat Pengajian sama ada dengan jayanya ataupun tidak-

(i) gagal membayar balik Nilai Pinjaman; atau

(ii) melakukan pelanggaran kepada mana-mana peruntukan dalam Fasal 7, 8 dan 9 Perjanjian ini;
atau

(iii) enggan, atau oleh sebab salah lakunya sendiri menjadikan dirinya tidak sesuai dan/atau tidak
layak ditawarkan atau dilantik untuk berkhidmat dengan KERAJAAN atau Kerajaan Negeri atau
mana-mana badan lain sebagaimana yang dipersetujui oleh KERAJAAN;

(c) Dalam perkhidmatannya-

(i) dibuang kerja atau ditamatkan perkhidmatan kerana salah laku, kecuaian, tidak
mengendahkan kewajipan-kewajipannya atau atas apa-apa sebab sekalipun yang
menyebabkan PELAJAR boleh dibuang kerja atau ditamatkan perkhidmatan;

(ii) enggan, atau oleh sebab salah lakunya sendiri menjadikan dirinya tidak sesuai berkhidmat
atau terus berkhidmat dengan pekerjaan itu selama masa tempoh yang dinyatakan dalam
Fasal 10, 11 dan 12 Perjanjian ini;

(iii) telah tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan KERAJAAN, berhenti daripada atau
meninggalkan perkhidmatan atau apa-apa pekerjaan lain yang telah diarahkan atau
dipersetujui oleh KERAJAAN di bawah Fasal 10, 11 dan 12 Perjanjian ini;

(iv) telah melakukan apa-apa pelanggaran di bawah Fasal 7, 8, 9, 10, 11, 12 dan 13 Perjanjian ini;
atau

(v) melanggar peraturan-peraturan dan apa-apa undang-undang bertulis yang berkuatkuasa dari
semasa ke semasa,

maka dalam mana-mana hal yang demikian itu, KERAJAAN boleh menurut budi bicara mutlaknya,
menamatkan Perjanjian ini.

14.2 Walau apa pun peruntukan lain dalam Perjanjian ini, KERAJAAN boleh, dengan memberi satu (1) bulan
notis secara bertulis kepada PELAJAR, menamatkan Perjanjian ini tanpa memberi apa-apa sebab, dan
selepas tamat tempoh satu (1) bulan itu, Perjanjian ini adalah terbatal, dan tanpa menyentuh hak-hak
KERAJAAN di bawah Perjanjian ini, segala faedah bagi dan tanggungan PELAJAR atau PENJAMIN di
bawah Perjanjian ini adalah terhenti.

010406-12-0256 Page 10/13


15. Pembayaran Balik Nilai Pinjaman Akibat Kemungkiran Perjanjian

PELAJAR dan PENJAMIN hendaklah bersama-sama dan masing-masing bertanggungjawab bagi pihak
diri mereka, waris-waris, wasi-wasi dan penerima-penerima serah hak, apabila diminta dalam tempoh
dua puluh lima (25) hari dari tarikh diminta oleh KERAJAAN:

(a) Membayar balik Nilai Pinjaman kepada KERAJAAN mengikut apa-apa kaedah yang ditetapkan
oleh KERAJAAN; dan

(b) Semua kos dan perbelanjaan termasuk dan tidak terhad kepada kos guaman atas dasar
peguamcara-anakguam, untuk menuntut, menyaman atau mendapatkan balik jumlah Nilai
Pinjaman yang telah dibayar kepada PELAJAR atau menguatkuasakan apa-apa tanggungan
lain di bawah Perjanjian ini.

16. Notis

16.1 Walau apa pun peruntukan dalam Perjanjian ini, KERAJAAN berhak meminda segala terma
dan syarat yang ditetapkan pada bila-bila masa sahaja dengan memberi notis bertulis kepada
PELAJAR dan PENJAMIN sebelum berkuatkuasanya notis itu dan PELAJAR dan PENJAMIN
adalah tertakluk kepada pindaan-pindaan itu.

16.2 Apa-apa notis yang dibuat oleh KERAJAAN di bawah Perjanjian ini hendaklah dibaca bersama
dan disifatkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini.

17. Alamat dan Penyerahan Notis

17.1 PELAJAR adalah bertangungjawab memaklumkan kepada KERAJAAN melalui notis bertulis,
pertukaran alamat PELAJAR dan PENJAMIN, jika ada.

17.2 Sebarang notis bertulis dan/atau proses pemula Mahkamah yang perlu dihantar kepada
PELAJAR dan PENJAMIN di bawah Perjanjian ini dianggap telah disampaikan dengan
sempurna sekiranya ia ditinggalkan di alamat yang dinyatakan dalam Perjanjian ini atau dalam
notis pertukaran alamat atau alamat terakhir yang diketahui atau dihantar melalui pos berdaftar
kepada mana-mana alamat yang berkenaan

18. Duti Setem dan Kos

Apa-apa duti setem dan kos yang harus dibayar berkenaan Perjanjian ini hendaklah ditanggung oleh
PELAJAR sepenuhnya.

19. Masa

Masa di mana-mana disebut dalam Perjanjian ini adalah merupakan intipati kepada Perjanjian ini.

010406-12-0256 Page 11/13


PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS,pihak-pihak kepada Perjanjian ini telah menurunkan di sini tandatangan-
tandatangan dan meteri-meteri mereka pada haribulan dan tahun yang mula tertulis di atas.

PELAJAR:

Tandatangan: Tandatangan oleh: SHERYL AFIQAH BINTI SAIFUL IDHAM


Pada: 14-08-2022 21:34:35

Nama: SHERYL AFIQAH BINTI SAIFUL IDHAM

KERAJAAN:

Tandatangan:

Nama:

PENJAMIN:

Tandatangan: Tandatangan oleh: SAIFUL IDHAM BIN LASSIM


Pada: 14-08-2022 21:54:42

Nama:
SAIFUL IDHAM BIN LASSIM

010406-12-0256 Page 12/13


JADUAL

(Dibaca bersama dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini)


BAHAGIAN PERKARA BUTIR-BUTIR

1. Tarikh Perjanjian

2. PELAJAR Nama: SHERYL AFIQAH BINTI SAIFUL


IDHAM

No. Kad Pengenalan: 010406-12-0256


Tarikh Lahir: 06/04/2001
Alamat:
LOT D26 TAMAN MDK FASA 1,
JALAN PADANG GOLF,
PETI SURAT 734
89008 KENINGAU
SABAH

3. PENJAMIN Nama: SAIFUL IDHAM BIN LASSIM


No. Kad Pengenalan: 720719-12-5169
Tarikh Lahir: 19/07/1972
Alamat:
LOT D26 TAMAN MDK FASA 1,
JALAN PADANG GOLF, PETI SURAT 734,
89008 KENINGAU,
SABAH

4. Surat Tawaran Pinjaman Pelajaran No. Rujukan: JPA(I) 010406120256


Tarikh: 13/08/2022

5. Jumlah dan Tempoh Pembayaran Nilai Pinjaman : Perbelanjaan Sebenar Yang


Balik Nilai Pinjaman
Dikeluarkan Oleh KERAJAAN

Tempoh Pembayaran Balik: Mengikut tempoh


yang diarahkan oleh KERAJAAN

6. Tempoh Berkhidmat dengan 36 bulan/ tahun


KERAJAAN

7. Tempoh minimum berkhidmat 36 bulan/ tahun


dengan Syarikat GLC

8. Tempoh minimum berkhidmat 36 bulan/ tahun


dengan Syarikat Swasta

Tandatangan oleh: SHERYL Tandatangan oleh: SAIFUL IDHAM


AFIQAH BINTI SAIFUL IDHAM BIN LASSIM
Pada: 14-08-2022 21:34:35 Pada: 14-08-2022 21:54:42

t.tangan ringkas pelajar t.tangan ringkas penjamin

010406-12-0256 Page 13/13


Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

You might also like