You are on page 1of 47

KERAJAAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERJANJIAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)


SEKOLAH RENDAH AGAMA KINABUTAN DI BAWAH PEJABAT PENDIDIKAN
DAERAH TAWAU BAGI TEMPOH 23 BULAN

NO. PERJANJIAN : QT220000000006230/2022

TEMPOH PERJANJIAN : 15 APRIL 2022 HINGGA


14 MAC 2024

ANTARA

KERAJAAN MALAYSIA
(DIWAKILI OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA)

DENGAN

RESTU ELECTRICAL SERVICES


(No pendaftaran perniagaan/syarikat:357-20021556)
TB 6445, LOT 3, TAMAN RIA 11,
JALAN UTARA BARU, PETI SURAT 60464,
91014, TAWAU,SABAH
BPL/KBK/01092020

KANDUNGAN PERJANJIAN

NO. PERKARA MUKA SURAT

1 DEFINISI, TAFSIRAN DAN KESELURUHAN PERJANJIAN ………...………………………….. 1


2 SKOP PERKHIDMATAN ………………………...…………………………………………………… 4
3 TEMPOH PERJANJIAN DAN PELANJUTAN PERJANJIAN…………………………………….. 4
4 ANGGARAN NILAI PERJANJIAN …………………………………………………………………… 5
5 PEMBAYARAN ………………………………………………………………………………………... 5
6 BON PELAKSANAAN…………………………………………………………………………..……... 8
7 PEKERJA, TANGGUNGAN PERBELANJAAN DAN KOS ...………………………………..……..9
8 MAKLUMAT PEKERJA, PEMERIKSAAN DAN PENGGANTIAN PEKERJA …………………. 13
9 LAPORAN PERKHIDMATAN ………………………………………………………………………. 14
10 PERALATAN ATAU ALAT KELENGKAPAN PERKHIDMATAN …………………………………14
11 PERUBAHAN DAN MODIFIKASI ………………………………………………………………….. 14
12 PENERIMAAN ADALAH BERSYARAT …………………………………………………………… 15
13 HAK KERAJAAN APABILA PERKHIDMATAN YANG DILAKSANAKAN TIDAK
MENGIKUT TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT .………………………………………… 15
14 HAK KERAJAAN MENDAPATKAN PERKHIDMATAN DARIPADA PUNCA LAIN ……………16
15 INDEMNITI …………………………………………………………………………………………… 17
16 TANGGUNGJAWAB AM PIHAK-PIHAK ……..………………………………………………….... 17
17 PENAMATAN ………………………………………………………………………………………… 18
18 PENAMATAN KERANA RASUAH, AKTIVITI-AKTIVITI YANG TIDAK SAH
ATAU MENYALAHI UNDANG-UNDANG …………………………………………………………. 21
19 PENAMATAN ATAS SEBAB KEPENTINGAN NEGARA …………………………………..…… 22
20 HAK PIHAK-PIHAK APABILA PERJANJIAN DITAMATKAN …………………………………… 22
21 JAWATANKUASA PENYELESAIAN PERTIKAIAN ……………………………………………… 22
22 TIMBANG TARA …………………………….……………………………………………………….. 23
23 IKLAN …………………………………………………………………………………….…………… 24
24 KONTRAK KECIL ……………………………………………………………………………………. 24
25 SERAH HAK …….……………………………………………………………………………………. 25
26 REPRESENTASI DAN WARANTI …………………………………………………………….…… 25
27 FORCE MAJEURE .………………………...……………………………………………………….. 26
28 KOS PERJANJIAN DAN DUTI SETEM …………………………………………………………….27
29 PENAFIAN ……………………………………………………………………………………………. 27
30 NOTIS …………………………………………………………………………………………………. 27
31 PEMAKAIAN DAN PEMATUHAN UNDANG-UNDANG …………………………………………. 28
32 PINDAAN PERJANJIAN …………....…….………………………………………………………… 29
33 KETIDAKSELARASAN PERUNTUKAN PERJANJIAN …………………………………………. 29
34 KERAHSIAAN ………………………………………………………………………………………... 29
35 MENGIKAT PENGGANTI …………………………………………………………………………... 30
36 MASA …………………………………………………………………………………………………. 30
37 PERSETUJUAN KONTRAKTOR ………………………………………………………………….. 31
38 LARANGAN MEMBUAT PERUBAHAN PEGANGAN EKUITI SYARIKAT ATAU PERNIAGAAN .. 31
39 HALAMAN TANDATANGAN PIHAK-PIHAK…….………………………………………………… 32
40 LAMPIRAN-LAMPIRAN PERJANJIAN.……………………………………………………………. 34

0
BPL/KBK/01092020

PERJANJIAN INI dibuat pada 12 hari bulan April 2022 (kemudian daripada ini
dirujuk sebagai "Perjanjian ini").

ANTARA

KERAJAAN MALAYSIA yang bagi maksud Perjanjian ini diwakili oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia, yang beralamat di Pejabat Pendidikan Daerah Tawau,
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Peti Surat 499, 91007, Tawau, Sabah (kemudian
daripada ini dirujuk sebagai "Kerajaan") bagi suatu pihak;

DENGAN

RESTU ELECTRICAL SERVICES (No pendaftaran perniagaan/syarikat:


357-20021556) suatu syarikat atau perniagaan yang didaftarkan di Malaysia di bawah
Akta Syarikat 1965 [Akta 125] atau Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197]
yang mempunyai alamat berdaftar di TB 6445, LOT 3, TAMAN RIA 11, JALAN
UTARA BARU,PETI SURAT 60464, 91014, TAWAU, SABAH (kemudian
daripada ini dirujuk sebagai "Kontraktor") sebagai pihak yang satu lagi.

Dalam Perjanjian ini, di mana bersesuaian, Kerajaan dan Kontraktor kemudian


daripada ini boleh disebut secara perseorangan sebagai "Pihak" dan secara bersama
sebagai "Pihak-Pihak".

BAHAWASANYA

A. Kerajaan berhasrat untuk mendapatkan perkhidmatan Kebersihan Bangunan


dan Kawasan (KBK) Sekolah Rendah Agama Kinabutan Di Bawah Pejabat
Pendidikan Daerah Tawau Bagi Tempoh 23 Bulan (kemudian daripada ini
dirujuk sebagai “Perkhidmatan”).

B. Kerajaan melalui Surat Setuju Terima (“SST”) rujukan (PPDTW(SULIT)/200-


13(2022)/01-1) bertarikh 12 April 2022 seperti dalam LAMPIRAN A kepada
Perjanjian ini, telah bersetuju menerima tawaran Kontraktor bagi
melaksanakan Perkhidmatan bermula daripada 15 April 2022 hingga 29
Mac 2024.

C. Kontraktor telah bersetuju untuk melaksanakan Perkhidmatan yang


dinyatakan dalam SST tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan
dalam Perjanjian ini.

PIHAK-PIHAK TELAH BERSETUJU seperti yang berikut:

1. DEFINISI, TAFSIRAN DAN KESELURUHAN PERJANJIAN

1.1 Definisi

1
BPL/KBK/01092020

Dalam Perjanjian ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna


yang lain dan jika digunakan dalam atau berkenaan dengan Perjanjian
ini, perkataan-perkataan di bawah hendaklah mempunyai makna yang
diberikan seperti yang berikut:

“Kontraktor” ertinya RESTU ELECTRICAL SERVICE (357-20021556)


dan termasuk wakilnya yang diberi kuasa, waris, pentadbir, ejen,
penerima serah hak, pegawai, kakitangan, kontraktor, subkontraktor,
pekhidmat dan pekerja;

“pekerja” ertinya mana-mana orang yang diambil bekerja sama ada


secara tetap, sementara atau kontrak oleh Kontraktor untuk
melaksanakan Perkhidmatan di Premis;

“peralatan atau alat kelengkapan Perkhidmatan” ertinya apa-apa


bahan, kenderaan, mesin, peralatan atau alat kelengkapan yang
digunakan bagi maksud Perkhidmatan seperti yang dinyatakan dalam
Lampiran C;

“Premis” ertinya kawasan dan/atau bangunan tempat Perkhidmatan


dilaksanakan seperti yang dinyatakan dalam Lampiran E yang
ditentukan oleh Kerajaan; dan

"Perkhidmatan” ertinya Perkhidmatan kebersihan bangunan dan


kawasan di Premis kepada Kerajaan sebagaimana yang dinyatakan
dalam Surat Setuju Terima dalam Lampiran A yang dipersetujui untuk
dilaksanakan oleh Kontraktor dan mengikut Skop Perkhidmatan yang
dinyatakan dalam Klausa 2.

1.2 Tafsiran

Melainkan jika dinyatakan sebaliknya, tafsiran di dalam Perjanjian ini


adalah seperti berikut –

(a) Apa-apa jadual, lampiran, apendiks, dokumen, nota atau


penerangan yang dirujuk dalam Perjanjian ini dan apa-apa
pindaan, perubahan, penambahan atau modifikasi bertulis
padanya hendaklah ditafsirkan dan dibaca sebagai sebahagian
daripada Perjanjian ini;

(b) Rujukan kepada Klausa atau Fasal hendaklah bermaksud rujukan


kepada Klausa-Klausa atau Fasal-Fasal dalam Perjanjian ini;

(c) Semua rujukan terhadap peruntukan-peruntukan dalam apa-apa


Akta, Peraturan-Peraturan, Kaedah-Kaedah, Enakmen, Ordinan,
undang-undang, Undang-Undang Kecil, Perintah, Arahan
2
BPL/KBK/01092020

Keselamatan Kerajaan, Arahan dan Surat Pekeliling


Perkhidmatan, Arahan dan Surat Pekeliling Perbendaharaan dan
Arahan-Arahan lain Kerajaan hendaklah termasuk peruntukan
yang dipinda, dipotong, digantikan, diubah, dicetak semula atau
digubal semula;

(d) Pernyataan "Perjanjian", “Kontrak" atau pernyataan lain yang


sama hendaklah mengandungi Klausa yang terkandung dalam
Perjanjian ini dan termasuk apa-apa pindaan, perubahan,
penambahan atau modifikasi dan perjanjian tambahan secara
bertulis padanya;

(e) Perkataan “termasuk" hendaklah memberikan makna atau tafsiran


apa-apa perkara lain berkenaan dengan Perjanjian ini atau
Perkhidmatan selain daripada perkara-perkara yang dinyatakan
selepas perkataan itu dan perkara-perkara yang dinyatakan
selepas perkataan itu adalah antara atau sebahagian daripada
contoh-contoh mengikut mana yang berkenaan;

(f) Perkataan "undang-undang" ertinya mana-mana undang-undang


bertulis semasa, akan datang dan apa-apa Perlembagaan, Dekri,
Penghakiman atau Perundangan, Peraturan-Peraturan, Perintah,
Kaedah-Kaedah, Ordinan, Undang-undang Kecil atau Arahan
yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa;

(g) Semua rujukan terhadap hari, bulan atau tahun hendaklah


termasuk hari dan waktu bekerja biasa Kerajaan, hari Sabtu dan
Ahad dan hari kelepasan am Negeri-Negeri yang berkenaan
melainkan dinyatakan sebaliknya atau sebagaimana yang
dipersetujui secara bertulis oleh Kerajaan;

(h) Perkataan "secara bertulis" ertinya suatu arahan suratan dalam


bentuk bertulis yang diberikan, dikemukakan atau diserahkan
secara rasmi antara Pihak-Pihak;

(i) Tajuk kepada mana-mana Klausa dalam Perjanjian ini adalah


sebagai rujukan dan kemudahan sahaja dan tidak memberikan
apa-apa kesan kepada tafsiran dan pengertian Klausa tersebut;
dan

(j) Apa-apa istilah teknikal yang tidak ditakrifkan dalam Perjanjian ini
hendaklah ditafsirkan mengikut penggunaan atau takrifan yang
biasa digunakan dalam industri atau profesion yang berkenaan.

1.3 Keseluruhan Perjanjian

Perjanjian ini mengandungi keseluruhan persetujuan dan persefahaman


antara Pihak-Pihak berkenaan dengan Perkhidmatan dan mengatasi
3
BPL/KBK/01092020

serta membatalkan keseluruhan mana-mana perjanjian, kontrak,


representasi, persetujuan, surat rundingan, persefahaman, terma-terma
dan syarat-syarat terdahulu sebelum Perjanjian ini berkuat kuasa sama
ada secara langsung atau tidak langsung, atau sama ada secara lisan
atau bertulis, antara Pihak-Pihak terhadap atau berkaitan dengan
Perkhidmatan atau perkara-perkara yang melibatkan Perkhidmatan
dalam Perjanjian ini.

2. SKOP PERKHIDMATAN

Kontraktor hendaklah melaksanakan Perkhidmatan mengikut arahan Kerajaan


secara bertulis dari semasa ke semasa mengenai Perkhidmatan mulai Tarikh
Berkuat kuasa yang dinyatakan dalam Klausa 3.1 atau pada apa-apa tarikh
lain yang dimaklumkan secara bertulis oleh Kerajaan mengikut terma-terma
dan syarat-syarat Perjanjian ini dan termasuk -

(a) melaksanakan Perkhidmatan mengikut Skop Perkhidmatan seperti


yang dinyatakan dalam Lampiran B;

(b) melaksanakan Perkhidmatan dengan menggunakan peralatan atau alat


kelengkapan Perkhidmatan seperti yang dinyatakan dalam Lampiran
C;

(c) mempunyai Polisi Insurans Perlindungan yang meliputi perlindungan


untuk Kerajaan, harta benda yang dikawal dan pekerja;

(d) melaksanakan Perkhidmatan pada setiap hari kecuali pada hari


Jumaat (bagi negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor)
manakala pada hari Ahad (bagi negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak,
Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan
semua Wilayah Persekutuan) dan Hari Kelepasan Am; dan

(e) melaksanakan Perkhidmatan dengan mengupah, menggaji atau


mengambil pekerja mengikut Skim Perkhidmatan Pekerja
Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan seperti yang
dinyatakan dalam Lampiran G.

3. TEMPOH DAN PELANJUTAN PERJANJIAN

3.1 Perjanjian ini berkuat kuasa bagi tempoh dua puluh tiga (23) bulan
mulai 15 April 2022 (“Tarikh Berkuat kuasa”) hingga
29 Mac 2024 (“Tarikh Tamat”) (kemudian daripada ini dirujuk sebagai
"Tempoh Perjanjian”).

3.2 Kontraktor boleh memohon secara bertulis kepada Kerajaan untuk


melanjutkan Tempoh Perjanjian, dalam tempoh tidak kurang daripada
enam (6) bulan atau dalam apa-apa tempoh lain yang dipersetujui
4
BPL/KBK/01092020

secara bertulis oleh Kerajaan, sebelum Tarikh Tamat, jika Kontraktor


ingin melanjutkan Tempoh Perjanjian kepada satu tarikh yang lain
tertakluk kepada tatacara perolehan semasa Kerajaan.

3.3 Jika permohonan pelanjutan Tempoh Perjanjian dipertimbangkan atau


dipersetujui oleh Kerajaan, Kontraktor hendaklah dalam tempoh tiga
puluh (30) hari atau dalam tempoh yang dinyatakan secara bertulis oleh
Kerajaan, selepas menerima pertimbangan atau keputusan daripada
Kerajaan, berunding mengenai terma-terma dan syarat-syarat pelanjutan
tempoh tersebut dan jika Pihak-Pihak gagal mencapai persetujuan,
Perjanjian ini hendaklah tamat pada Tarikh Tamat.

4. ANGGARAN NILAI PERJANJIAN

4.1 Nilai anggaran keseluruhan Perjanjian ini adalah berjumlah Ringgit


Malaysia Satu Ratus Empat Belas Ribu Lima Ratus Empat Puluh
(RM114,540.00) (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Anggaran Nilai
Perjanjian"). Tertakluk kepada Kontraktor memenuhi semua terma-
terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini, Kerajaan hendaklah
sebagai ganjaran kepada Perkhidmatan yang dilaksanakan oleh
Kontraktor, pada setiap bulan dalam Tempoh Perjanjian berkuat kuasa
membuat pembayaran kepada Kontraktor mengikut Klausa 5.

4.2 Pengiraan kepada Anggaran Nilai Perjanjian adalah berdasarkan


kepada Jadual Harga yang dinyatakan dalam Lampiran F.

4.3 Kerajaan tidak berobligasi untuk membuat bayaran penuh melainkan


Kontraktor telah melaksanakan Perkhidmatan menurut terma-terma dan
syarat-syarat Perjanjian ini.

4.4 Anggaran Nilai Perjanjian adalah merupakan suatu anggaran nilai


Perkhidmatan yang diberikan oleh Kontraktor kepada Kerajaan dan
Kerajaan tidak berobligasi untuk menggunakan sepenuhnya Anggaran
Nilai Perjanjian tersebut.

4.5 Tiada sebarang kenaikan kepada Anggaran Nilai Perjanjian yang


dinyatakan di Klausa 4.1 boleh dibuat melainkan sekiranya dipersetujui
oleh Kerajaan.

5. PEMBAYARAN

5.1 Pembayaran Anggaran Nilai Perjanjian dibuat dalam Ringgit Malaysia


kepada Kontraktor dalam akaun bank Kontraktor (MALAYAN
BANKING BERHAD CAWANGAN TAWAU, NOMBOR AKAUN
560036001974 dan pembayaran Anggaran Nilai Perjanjian akan
diproses oleh Kerajaan selepas Kerajaan menerima daripada
Kontraktor invois dan/ atau dokumen lain, yang ditentukan oleh

5
BPL/KBK/01092020

Kerajaan dari semasa ke semasa, daripada Kontraktor yang lengkap


diisi dengan butir-butir Perkhidmatan yang disahkan dan diperakukan
oleh Kerajaan tidak lewat daripada 7 hari bulan berikutnya selepas
Perkhidmatan dilaksanakan atau dalam apa-apa tempoh masa yang
munasabah yang difikirkan sesuai oleh Kerajaan.

5.2 Tertakluk kepada Klausa 5.1, Kerajaan hendaklah membuat


pembayaran kepada Kontraktor dalam tempoh empat belas (14) hari
atau dalam apa-apa tempoh masa yang munasabah yang difikirkan
sesuai oleh Kerajaan selepas tarikh penerimaan dokumen-dokumen
tuntutan yang lengkap. Kerajaan akan menyediakan satu (1) Fail
Induk Dokumen Pembayaran yang mengandungi dokumen-dokumen
yang hendaklah dikemukakan oleh Kontraktor, sepertimana yang
berikut, bagi tujuan rujukan Kerajaan dalam setiap kali pembayaran
dibuat –

a) Dokumen Berkaitan Kontrak


i. Salinan Surat Setuju Terima (SST);
ii. Salinan muka hadapan kontrak;
iii. Salinan muka surat yang ada dinyatakan tempoh kuat
kuasa kontrak;
iv. Salinan muka surat kontrak yang ditandatangani; dan
v. Salinan Jadual Tawaran Harga.

b) Dokumen Sokongan Yang Lain


i. Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan
Malaysia (MOF);
ii. Salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM);
iii. Salinan Bon Pelaksanaan; dan
iv. Salinan Buku Bank/ Penyata Kewangan.

c) Dokumen Tambahan Yang Lain (Jika Berkaitan)


i. Salinan Surat Setuju Terima bagi pertambahan atau
pindaan daripada Kontrak Asal;
ii. Salinan Perjanjian Pemfaktoran; dan
iii. Salinan Buku Bank/ Penyata Kewangan Bank
Pemfaktoran.

5.3 Tertakluk kepada Klausa 5.2, Kontraktor hendaklah mengemukakan


dokumen-dokumen seperti perkara (a), (b) dan (c) bagi tuntutan kali
pertama berserta dokumen-dokumen sepertimana yang berikut –

a) Dokumen Pengesahan Perkhidmatan

a. Invois tuntutan yang lengkap;


b. Borang KBK A
– Borang Pengesahan Pelaksanaan Kerja
Perkhidmatan;
6
BPL/KBK/01092020

c. Borang KBK 1(A) & Borang KBK 1(B)


– Borang Rumusan Pengesahan Skop dan Spesifikasi
Perkhidmatan dan Pengurusan Pekerja Kebersihan;
d. Borang KBK 2
– Borang Pengesahan Bilangan Pekerja dan Rekod
Kehadiran Pekerja Kebersihan; dan
e. Borang KBK 3
- Borang Pengesahan Kehadiran Pekerja
Berdasarkan Rekod Kehadiran Pekerja Kebersihan
f. Borang KBK 4
– Borang Pengesahan Pembekalan Bahan dan
Peralatan Perkhidmatan.

ii) Salinan Buku Bank/ Penyata Kewangan

ii) Dokumen lain yang diperlukan dan diarahkan untuk


dikemukakan dari semasa ke semasa berdasarkan
peraturan semasa Kerajaan yang berkuat kuasa.

5.4 Bagi tuntutan bulan seterusnya, Kontraktor hendaklah mengemukakan


dokumen seperti dalam Klausa 5.3 sahaja. Semua salinan dokumen
perlu disahkan salinan asal.

5.5 Bayaran fi perkhidmatan akan dikenakan kepada Kontraktor secara


pemotongan atau tolakan (set-off) sekiranya pembayaran diproses
menggunakan sistem e-Perolehan. Pengiraan fi perkhidmatan adalah
berdasarkan kepada perkara berikut:

(a) One-off payment


Kadar fi perkhidmatan sebanyak kosong perpuluhan lapan
peratus (0.8%) dikenakan bagi setiap transaksi tertakluk kepada
had maksimum berjumlah RM9,600 bagi transaksi yang bernilai
RM1.2 juta atau lebih.

(b) Multiple payment


Kadar fi perkhidmatan sebanyak kosong perpuluhan empat
peratus (0.4%) dikenakan bagi setiap transaksi tertakluk kepada
had maksimum berjumlah RM4,800 bagi setiap transaksi
bayaran yang bernilai RM1.2 juta atau lebih.

5.6 Pembayaran Anggaran Nilai Perjanjian oleh Kerajaan kepada


Kontraktor tidak mengecualikan Kontraktor terhadap mana-mana
terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini.

5.7 Walau apa pun yang dinyatakan dalam Klausa ini, tanpa menjejaskan
hak lain Kerajaan dalam Perjanjian ini, Kerajaan sentiasa berhak untuk
membuat tolakan (set-off), meminda, mengurangkan, memotong atau
mengubah pembayaran Anggaran Nilai Perjanjian yang kena dibayar
kepada Kontraktor sekiranya Perkhidmatan yang dilaksanakan oleh
7
BPL/KBK/01092020

Kontraktor tidak mengikut mana-mana satu atau apa-apa gabungan


perkara yang berikut:

(a) pelaksanaan Perkhidmatan atau mana-mana bahagiannya oleh


Kontraktor didapati oleh Kerajaan tidak memuaskan atau tidak
memenuhi Skop Perkhidmatan;

(b) pelanggaran mana-mana terma-terma dan syarat-syarat dalam


Perjanjian ini; atau

(c) pelanggaran apa-apa arahan bertulis Kerajaan yang diberikan


dari semasa ke semasa berkenaan dengan pelaksanaan
Perkhidmatan.

5.8 Jika tolakan (set-off), pindaan, pengurangan, pemotongan atau


perubahan kepada pembayaran Anggaran Nilai Perjanjian yang kena
dibayar kepada Kontraktor yang dinyatakan dalam Klausa 5.7 tidak
mencukupi bagi menampung tuntutan Kerajaan, maka Kerajaan
berhak menuntut baki jumlah wang itu daripada Kontraktor dan
Kontraktor hendaklah menjelaskan pembayarannya selewat-lewatnya
tiga puluh (30) hari dari tarikh tuntutan itu dikemukakan. Kerajaan juga
berhak menuntut jumlah baki tersebut daripada Kontraktor melalui
mana-mana Perjanjian lain yang ditandatangani dengan Kerajaan
sekiranya Kontraktor gagal membuat bayaran setelah tuntutan dibuat.

5.9 Kerajaan sentiasa berhak untuk membuat pemotongan bayaran


Perkhidmatan yang seterusnya sekiranya didapati terdapat pelanggaran
terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian ini selepas pembayaran dibuat
di bawah Klausa 5.1.

6. BON PELAKSANAAN (TIDAK BERKENAAN)

6.1 Kontraktor hendaklah menyerahkan kepada Kerajaan suatu Bon


Pelaksanaan bersama-sama dengan akuan penerimaan Surat Setuju
Terima sebelum Kontraktor memasuki Premis berjumlah........ yang
diluluskan oleh Kerajaan dan yang tidak boleh batal dalam tempoh
tidak melebihi tiga puluh (30) hari dari tarikh pengakuan penerimaan
Surat Setuju Terima yang dinyatakan dalam Lampiran A atau dalam
apa-apa tempoh yang dipersetujui secara bertulis oleh Kerajaan dalam
bentuk:

(a) Jaminan Bank/ Syarikat Kewangan yang dikeluarkan oleh bank/


syarikat kewangan berlesen di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013 [Akta 758] yang beroperasi di Malaysia; atau

(b) Jaminan Bank Islam yang dikeluarkan oleh bank berlesen di


bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759] yang
beroperasi di Malaysia; atau
8
BPL/KBK/01092020

(c) Jaminan Insurans yang dikeluarkan oleh syarikat insurans yang


berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]
yang beroperasi di Malaysia; atau

(d) Jaminan Takaful yang dikeluarkan oleh Syarikat Takaful yang


berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
[Akta 759] yang beroperasi di Malaysia; atau

(e) Jaminan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan Malaysia


Berhad (BPMB) dan Bank Perusahaan Kecil & Sederhana
Malaysia (SME Bank).

6.2 Kontraktor hendaklah menyerahkan kepada Kerajaan Bon


Pelaksanaan tersebut sebagai jaminan bahawa Kontraktor tidak akan
melanggar dan akan mematuhi keseluruhan terma-terma dan syarat-
syarat Perjanjian ini dan, selain remedi yang diberikan kepada
Kerajaan dalam Perjanjian ini, Kerajaan berhak mengambil atau
merampas keseluruhan atau sebahagian jumlah wang dalam Bon
Pelaksanaan tersebut bagi apa-apa pelanggaran terma-terma dan
syarat-syarat dalam Perjanjian ini dan/ atau jika Perjanjian ini
ditamatkan sebelum Tarikh Tamat tanpa menyentuh apa-apa hak
Kerajaan yang lain dalam Perjanjian ini.

6.3 Nilai Bon Pelaksanaan tersebut hendaklah sentiasa tetap seperti yang
dinyatakan dalam Klausa 6.1 dan hendaklah berkuat kuasa selama
dua belas (12) bulan selepas Tarikh Tamat atau selepas obligasi
terakhir mengikut mana yang terkemudian.

6.4 Jika jumlah wang dalam Bon Pelaksanaan—

(a) diambil atau dirampas secara keseluruhan daripadanya,


Kontraktor hendaklah menggantikan Bon Pelaksanaan itu
dengan Bon Pelaksanaan baru sebagai gantian kepada
keseluruhan jumlah wang dalam Bon Pelaksanaan yang diambil
atau dirampas mengikut Klausa 6.1 dan 6.2; atau

(b) diambil atau dirampas sebahagian daripadanya, Kontraktor


hendaklah mengemukakan Bon Pelaksanaan baru sebagai
gantian kepada bahagian jumlah wang dalam Bon Pelaksanaan
yang diambil atau dirampas mengikut Klausa 6.1 dan 6.2.

6.5 Bon Pelaksanaan hendaklah dilampirkan bersama-sama dengan


Perjanjian ini dan akan dikembalikan kepada Kontraktor selepas tempoh
yang dinyatakan dalam Klausa 6.3 dan tertakluk kepada apa-apa
pindaan atau potongan yang boleh dibuat oleh Kerajaan mengikut
terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini berhubung dengan
apa-apa pelanggaran terma-terma atau syarat-syarat yang dilakukan
oleh Kontraktor.
9
BPL/KBK/01092020

7. PEKERJA, TANGGUNGAN PERBELANJAAN DAN KOS

7.1 Kontraktor hendaklah memastikan bahawa pekerja—

(a) sentiasa menjaga kebersihan diri dan bebas daripada apa-apa


wabak atau penyakit berbahaya atau berjangkit;

(b) sentiasa menjaga kebersihan Premis;

(c) terlatih dalam pelaksanaan Perkhidmatan;

(d) adalah warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18


tahun dan tidak melebihi 63 tahun sepanjang Tempoh
Perjanjian;

(e) mengemukakan laporan pemeriksaan kesihatan yang dijalankan


setiap tahun bagi pekerja yang berumur antara 55 tahun sehingga
63 tahun yang mengesahkan bahawa pekerja-pekerja ini
disahkan sihat untuk bekerja (fit for duty) dan tidak menghidap
penyakit berjangkit atau berbahaya oleh pihak hospital atau
klinik Kerajaan. Laporan hendaklah ditandatangani/ disahkan
oleh sekurang-kurangnya Pegawai Perubatan Gred 41 dan
dikemukakan kepada sekolah/ institusi pendidikan untuk
kelulusan. Kelulusan untuk bekerja diberikan secara tahunan
tertakluk kepada pemeriksaan kesihatan yang dijalankan secara
berkala pada setiap tahun;

(f) memakai pakaian seragam yang disediakan dengan sempurna


dan mempunyai tanda nama yang dibekalkan oleh Kontraktor.
Panduan Rekabentuk Pakaian Seragam yang telah ditetapkan
bagi Perkhidmatan ini adalah seperti di Lampiran D serta
menggunakan peralatan atau alat kelengkapan Perkhidmatan
yang diperlukan semasa melaksanakan Perkhidmatan;

(g) tidak berambut panjang bagi lelaki, berambut kemas bagi


perempuan dan tidak merokok semasa melaksanakan
Perkhidmatan;

(h) tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah dan tidak terlibat


dengan penyalahgunaan dadah berbahaya dan aktiviti-aktiviti
tidak sah atau tidak bermoral;

(i) memastikan rekod kedatangan dan jadual bertugas dikemas


kini pada setiap hari;

(j) cergas, sihat akal fikiran dan tubuh badan;

10
BPL/KBK/01092020

(k) boleh menulis, membaca dan bertutur dalam Bahasa Melayu


dengan baik;

(l) melaksanakan Perkhidmatan mengikut arahan Kerajaan pada


setiap masa;

(m) mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu dan


bersesuaian terhadap Perkhidmatan termasuk memastikan
tiada sesiapa pun dibenarkan berada di kawasan berumput,
padang dan kawasan Premis yang terlibat ketika kerja
pemotongan rumput dan kerja penebasan/ pemotongan/
pemangkasan pagar tanaman(hedges), semak/ belukar dan
pokok kecil/ renek dilaksanakan di kawasan tersebut;

(n) meletakkan tanda AMARAN ketika kerja-kerja pembersihan


sedang dilakukan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan
kepada pelajar-pelajar dan juga kakitangan sekolah/ institusi
pendidikan/ mana-mana orang/ ibu bapa pelajar/ penjaga
pelajar yang dibenarkan oleh Kerajaan berada di Premis
berkenaan;

(o) melaksanakan Perkhidmatan dengan profesional, berdisiplin,


mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
dari masa ke masa, sopan dan berbudi bahasa;

(p) perempuan sahaja dibenarkan bekerja di blok asrama


perempuan bagi sekolah-sekolah yang mempunyai asrama
termasuk tandas perempuan di Premis terlibat; dan

(q) menghormati pengetua, guru besar, guru dan pegawai yang


diberi kuasa di Premis dan mematuhi arahan semasa yang
ditetapkan oleh pentadbir Premis.

7.2 Kontraktor hendaklah atas perbelanjaan dan kos sendiri menanggung


dan bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang berikut:

(a) membaiki kerosakan aset-aset milik Kerajaan yang disebabkan


oleh pekerja atau Kontraktor semasa melaksanakan Perkhidmatan
berdasarkan Skop Perkhidmatan. Kerosakan yang tidak boleh
dibaiki hendaklah diganti dengan jenis dan kualiti yang sama atau
lebih tinggi yang dipersetujui oleh Kerajaan;

(b) membayar atau mengganti aset-aset milik Kerajaan yang hilang


dalam Premis tidak terhad kepada kecurian termasuk sebab-
sebab lain seperti diambil oleh pihak ketiga yang berpunca atau
diakibatkan oleh kecuaian, ketinggalan atau perbuatan pekerja
atau Kontraktor dengan jenis dan kualiti yang sama atau lebih
tinggi yang dipersetujui oleh Kerajaan;

11
BPL/KBK/01092020

(c) perbelanjaan membeli, mengganti dan menyelenggara


peralatan atau alat kelengkapan Perkhidmatan;

(d) pembayaran gaji, upah atau apa-apa elaun atau bayaran lain
pekerja, tertakluk kepada apa-apa ketetapan semasa di bawah
Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] dan Akta
Kerja 1955 (Disemak 1981) [Akta 265] atau mana-mana
undang-undang berkaitan yang berkuat kuasa;

(e) penyimpanan dan tempat penyimpanan peralatan atau alat


kelengkapan Perkhidmatan;

(f) menjaga nama baik, imej dan reputasi Premis dan Kerajaan
sepanjang masa;

(g) pematuhan peruntukan undang-undang berkenaan dengan


pekerja dan pembuangan sampah sarap serta membuang
semua sampah sarap dan bahan-bahan buangan di tapak
pelupusan sampah yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa
Tempatan yang berkenaan;

(h) menanggung kos/ saman/ denda yang dikenakan oleh Pihak


Berkuasa Tempatan yang berkenaan atas kesalahan
berhubung pembuangan sampah sarap yang dikendalikan oleh
Kontraktor;

(i) menanggung kos/ saman/ denda yang dikenakan oleh pihak


Kementerian Kesihatan Malaysia atas kesalahan berlakunya
pembiakan tempat nyamuk aedes di kawasan yang dikendalikan
oleh Kontraktor;

(j) pada bila-bila masa apabila diperlukan, membekalkan seorang


atau lebih pekerja untuk menjalankan kerja-kerja yang
ditentukan berdasarkan Skop Perkhidmatan;

(k) apa-apa perkara berkenaan dengan kebajikan pekerja seperti—

(i) perlindungan insurans pekerja;

(ii) perbelanjaan pengangkutan pekerja pergi dan balik dari


dan ke Premis;

(iii) penginapan dan tempat tinggal pekerja;

(iv) perbelanjaan makanan dan minuman pekerja;

(v) caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)


dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); dan

12
BPL/KBK/01092020

(vi) perbelanjaan perubatan dan rawatan pekerja.

7.3 Kontraktor digalakkan untuk-

(a) melantik pekerja yang pernah berkhidmat dengan syarikat


terdahulu; dan

(b) menghantar pekerja untuk mengikuti kursus yang berkaitan


perkhidmatan mencuci dan membersih bangunan dan kawasan
yang dikendalikan oleh pihak Kerajaan dan juga pihak swasta
atas perbelanjaan dan kos sendiri.

7.4 Apa-apa pembaikan, penggantian dan/ atau pembayaran yang


hendaklah dibuat oleh Kontraktor kepada Kerajaan di bawah Klausa 7.2
hendaklah disempurnakan dalam tempoh empat belas (14) hari dari
tarikh tuntutan atau suatu tempoh lain sebagaimana yang ditetapkan
oleh Kerajaan. Sekiranya Kontraktor gagal membuat pembaikan,
penggantian dan/atau pembayaran berkenaan, Kerajaan berhak
mendapatkan amaun yang dituntut itu dengan membuat pemotongan
daripada apa-apa bayaran yang kena dibayar kepada Kontraktor atau di
bawah Bon Pelaksanaan.

7.5 Kontraktor hendaklah bertanggungjawab terhadap apa-apa


pembayaran caj, cukai, levi, bayaran, permit, kebenaran atau lesen,
mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dikenakan oleh Pihak
Berkuasa Tempatan atau mana-mana agensi Kerajaan berkenaan
dengan Perkhidmatan dan pekerja.

7.6 Kontraktor hendaklah bertanggungjawab terhadap apa-apa


pembayaran dan ganti rugi bagi apa-apa kerugian termasuk reputasi
dan nama baik yang dialami oleh Kerajaan yang disebabkan oleh
mogok dan ketidakhadiran pekerja dan termasuk kerugian akibat
kegagalan pematuhan peruntukan undang-undang berkenaan dengan
penggajian pekerja dan pembuangan sampah sarap.

8. MAKLUMAT PEKERJA, PEMERIKSAAN DAN PENGGANTIAN PEKERJA

8.1 Kontraktor hendaklah dalam tempoh empat belas (14) hari dari Tarikh
Berkuat kuasa mengemukakan kepada Kerajaan tanpa mengenakan
sebarang kos—

(a) nama, salinan kad pengenalan dan slip pengesahan ketulenan


kad pengenalan secara biometrik yang disahkan oleh Jabatan
Pendaftaran Negara, gambar terkini pekerja, alamat dan nombor
telefon pekerja;

(b) kelayakan dan latar belakang pekerja;

13
BPL/KBK/01092020

(c) jadual bertugas pekerja; dan

(d) surat lantikan pekerja oleh Kontraktor.

8.2 Kerajaan boleh melantik pihak ketiga yang lain bagi mewakili Kerajaan
dalam melaksanakan pemeriksaan mutu Perkhidmatan sama ada
secara khusus atau secara keseluruhan. Kontraktor hendaklah
memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membolehkan wakil
Kerajaan yang dilantik itu menyempurnakan tugasnya.

8.3 Kerajaan berhak untuk memasuki Premis bagi maksud pemeriksaan


atau pemantauan Perkhidmatan pada bila-bila masa.

8.4 Sekiranya Kerajaan tidak berpuas hati dengan kecuaian, kelalaian,


kesalahan, tingkah laku, perbuatan, budi bahasa atau apa-apa sebab
lain yang dilakukan oleh pekerja, Kontraktor hendaklah dalam tempoh
dua (2) jam dari notis bertulis diberikan oleh Kerajaan untuk
menggantung tugas pekerja tersebut dan menggantikannya dengan
pekerja lain bagi melaksanakan Perkhidmatan di Premis.

8.5 Kontraktor hendaklah pada tiap-tiap hari Perkhidmatan memberi satu


perakuan pelaksanaan kerja menggunakan Borang Pengesahan
Pelaksanaan Kerja bahawa Perkhidmatan telah sempurna dan
dijalankan dengan memuaskan seperti yang dinyatakan dalam Skop
Perkhidmatan. Perakuan pelaksanaan kerja ini hendaklah diserahkan
oleh pihak Kontraktor untuk disemak dan disahkan oleh pihak sekolah/
institusi pendidikan berkenaan.

9. LAPORAN PERKHIDMATAN

Kontraktor hendaklah mengemukakan laporan harian dan bulanan


Perkhidmatan yang ditetapkan oleh Kerajaan tidak lewat dari 7 hari bulan
berikutnya selepas Perkhidmatan dilaksanakan atau dalam apa-apa tempoh
masa yang munasabah yang difikirkan sesuai oleh Kerajaan. Kegagalan
Kontraktor berbuat demikian membolehkan Kerajaan menguatkuasakan hak-
hak Kerajaan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perjanjian ini.

10. PERALATAN ATAU ALAT KELENGKAPAN PERKHIDMATAN

Kontraktor hendaklah memastikan peralatan atau alat kelengkapan


Perkhidmatan berfungsi dan disenggara dengan baik, bersih, kemas, teratur
dan tersusun pada setiap masa, mengikut mana yang berkenaan.

11. PERUBAHAN DAN MODIFIKASI

14
BPL/KBK/01092020

11.1 Kerajaan berhak untuk membuat perubahan dan modifikasi terhadap


Perkhidmatan secara bertulis. Sekiranya tidak melibatkan implikasi
kewangan, Kontraktor hendaklah melaksanakan Perkhidmatan
sepertimana yang diarahkan oleh Kerajaan tanpa apa-apa kenaikan
harga. Perubahan dan modifikasi itu hendaklah tidak memberikan kesan
atau menjejaskan pelaksanaan Perkhidmatan dari segi mutu, kualiti dan
tempoh.

11.2 Sekiranya Perkhidmatan tidak dapat dilaksanakan oleh Kontraktor


mengikut Klausa 11.1 tanpa alasan munasabah dan Kerajaan terpaksa
menerima apa-apa atau sebahagian daripada Perkhidmatan atas apa-
apa sebab atau alasan, Kerajaan boleh mengenakan denda seperti yang
dinyatakan dalam Klausa 13 Perjanjian ini.

11.3 Bagi maksud Klausa 11.1, sekiranya perubahan dan modifikasi terhadap
Perkhidmatan melibatkan implikasi kewangan, Kerajaan hendaklah
mendapatkan persetujuan bertulis Kontraktor. Sekiranya dipersetujui,
Kontraktor hendaklah, mulai dari tarikh yang dipersetujui, melaksanakan
Perkhidmatan yang diubah atau dimodifikasi tersebut.

11.4 Sekiranya kontraktor tidak bersetuju dengan perubahan dan modifikasi


ditawarkan oleh Kerajaan, Kerajaan berhak untuk menguatkuasakan
Klausa 14 Perjanjian ini.

12. PENERIMAAN ADALAH BERSYARAT

Kerajaan sentiasa berhak menolak Perkhidmatan atau apa-apa bahagian


daripadanya jika Perkhidmatan yang dilaksanakan tidak mengikut terma-terma
dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini.

13. HAK KERAJAAN APABILA PERKHIDMATAN YANG DILAKSANAKAN


TIDAK MENGIKUT TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

13.1 Jika Perkhidmatan yang dilaksanakan tidak mengikut atau jika berlaku
pelanggaran mana-mana terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian ini,
maka Kerajaan boleh mengambil tindakan mengikut mana-mana satu
atau apa-apa gabungan perkara yang berikut:

(a) menolak Perkhidmatan atau apa-apa bahagian daripadanya dan


menghendaki Kontraktor menggantikan Perkhidmatan atau apa-
apa bahagian daripadanya dalam apa-apa tempoh yang
ditentukan oleh Kerajaan. Jika Perkhidmatan atau apa-apa
bahagian daripadanya tidak digantikan dalam masa yang
ditentukan, maka Kerajaan boleh mendapatkan Perkhidmatan
15
BPL/KBK/01092020

atau apa-apa bahagian daripadanya menerusi punca-punca lain


dan Kontraktor dikehendaki membayar amaun penggantian dan
kos-kos lain yang berkaitan kepada Kerajaan;

(b) mengenakan denda dengan jumlah satu peratus (1%) sehari


daripada Nilai Perjanjian bulanan bagi Premis terlibat tanpa
mengira bilangan pelanggaran mana-mana syarat/ terma kontrak,
skop dan spesifikasi yang dilakukan pada hari tersebut. Bagi
maksud ini, asas pengiraan denda adalah seperti berikut:

Denda = 1% sehari x Bilangan hari pelanggaran dilakukan x


Jumlah Anggaran Nilai Perjanjian bulanan bagi Premis
terlibat mengikut Lampiran F (Jadual Harga)

Had denda maksimum sebulan ditetapkan sebanyak 20%


daripada Anggaran Nilai Perjanjian bulanan bagi Premis terlibat;

(c) menamatkan Perjanjian ini dan melantik pihak lain untuk


melaksanakan Perkhidmatan; dan/ atau

(d) mengambil atau merampas keseluruhan atau sebahagian


daripada jumlah wang dalam Bon Pelaksanaan.

13.2 Sekiranya didapati mana-mana pekerja Kontraktor tidak hadir bertugas


mengikut terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini, Kerajaan
boleh mengenakan pemotongan dengan jumlah yang sama banyak
dengan gaji sehari setiap pekerja yang tidak hadir tersebut mengikut
Lampiran G tanpa mengenakan denda mengikut Klausa 13.1(b)
dengan syarat Perkhidmatan yang diberikan memuaskan Kerajaan.
Bagi maksud ini, pengiraan hendaklah dibuat secara berasingan bagi
setiap pekerja yang tidak bertugas. Asas pengiraan kadar pemotongan
bagi pekerja yang tidak bertugas adalah seperti yang berikut:

Pemotongan = (Gaji Pokok Sebulan / 30.5) x Bilangan Hari Tidak


Bertugas x Bilangan Pekerja Yang Tidak Bertugas
Nota: i. GPS adalah Gaji minimum mengikut peraturan dan Perintah yang sedang berkuat
kuasa semasa Surat Setuju Terima ditandatangani.
ii. Pengiraan hendaklah dibuat secara berasingan bagi setiap pekerja yang tidak
bertugas

13.3 Kerajaan berhak memotong apa-apa wang yang kena dibayar kepada
Kontraktor oleh Kerajaan, sama ada sebagai denda atau pampasan
daripada mana-mana perjanjian yang ditandatangani dengan Kerajaan
daripada apa-apa yang kena dibayar oleh Kerajaan kepada Kontraktor
di bawah Perjanjian ini. Jika wang yang kena dibayar kepada
Kontraktor itu tidak mencukupi bagi menampung tuntutan Kerajaan,
16
BPL/KBK/01092020

maka Kerajaan boleh menuntut baki tuntutan itu daripada Kontraktor


dan Kontraktor hendaklah membuat pembayaran tersebut dalam
tempoh yang ditentukan dalam notis tuntutan. Kerajaan juga berhak
menuntut jumlah baki tersebut daripada Kontraktor melalui mana-
mana perjanjian yang ditandatangani oleh Kontraktor dengan agensi
Kerajaan yang lain, sekiranya Kontraktor gagal membuat bayaran
setelah dituntut.

14. HAK KERAJAAN MENDAPATKAN PERKHIDMATAN DARIPADA PUNCA


LAIN

14.1 Kerajaan berhak mendapatkan Perkhidmatan daripada punca lain


selain daripada Kontraktor jika Kontraktor tidak dapat melaksanakan
Perkhidmatan, tertakluk kepada tatacara kewangan dan perolehan yang
masih berkuat kuasa.

14.2 Jika Kerajaan mendapatkan Perkhidmatan daripada punca lain selain


daripada Kontraktor di bawah Klausa 14.1, maka Kerajaan boleh
mengenakan kos pentadbiran, penggantian dan/ atau kos-kos lain
yang berkaitan.

14.3 Jika Kerajaan mendapatkan Perkhidmatan daripada punca lain selain


daripada Kontraktor di bawah Klausa 14, maka Kontraktor tidak
dibenarkan melaksanakan Perkhidmatan sehingga tamat tempoh
Perkhidmatan daripada punca lain berkenaan.

15. INDEMNITI

15.1 Kerajaan tidak akan menanggung sebarang liabiliti termasuk dari segi
undang-undang untuk apa-apa ganti rugi atau pampasan kepada
sesiapa yang diupah oleh Kontraktor atau sesiapa yang lain yang
mengakibatkan kerosakan kepada harta benda seseorang atau
kecederaan, maut atau tidak, atau kerugian yang berakibat daripada
mana-mana tindakan atau keingkaran Kontraktor, pekerja-pekerjanya
atau ejen-ejennya.

15.2 Kontraktor hendaklah menanggung ganti rugi kepada Kerajaan berkaitan


dengan tuntutan-tuntutan terhadap Kerajaan bagi kecederaan atau
kerugian yang dihadapi oleh orang perseorangan tersebut dan
kerosakan kepada harta benda termasuk harta benda Kerajaan, yang
mungkin timbul akibat daripada kecuaian, peninggalan atau keingkaran
Kontraktor, pekerjanya, ejen-ejennya atau subkontraktor yang diberi
kuasa atau sebarang keadaan yang berada di bawah kawalan
Kontraktor.

16. TANGGUNGJAWAB AM PIHAK-PIHAK

17
BPL/KBK/01092020

16.1 Kontraktor hendaklah secara am, pada setiap masa dalam


melaksanakan Perkhidmatan, bertanggungjawab seperti yang berikut:

(a) melaksanakan Perkhidmatan dengan teratur, sempurna dan


profesional berdasarkan amalan pengurusan yang baik bagi
menjaga kepentingan Kerajaan supaya tidak terjejas;

(b) mengambil semua langkah yang perlu bagi memastikan dan


melindungi kepentingan Kerajaan supaya tidak terjejas;

(c) mengambil semua langkah yang perlu untuk memastikan


Perkhidmatan memenuhi kehendak Perjanjian ini;

(d) memaklumkan kepada Kerajaan secara bertulis dengan serta


merta apabila berlaku apa-apa faktor atau kejadian, yang boleh
memberikan kesan terhadap Perkhidmatan dan makluman
tersebut hendaklah tidak ditafsirkan sebagai pengecualian
terhadap tanggungjawab Kontraktor dalam Perjanjian ini; dan
(e) membuat perakuan untuk tidak menawar atau memberi rasuah
kepada mana-mana individu dalam Kerajaan dan
menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya seperti di
Lampiran H.
16.2 Kerajaan hendaklah secara am bertanggungjawab seperti yang
berikut:
(a) merujuk dan memaklumkan kepada Kontraktor sekiranya
terdapat apa-apa perubahan terhadap perkara-perkara yang
boleh menjejaskan Perjanjian ini;
(b) memastikan apa-apa bilangan pegawai Kerajaan yang
menyelaraskan Perkhidmatan dengan Kontraktor;
(c) tertakluk kepada arahan-arahan keselamatan dan pentadbiran
yang dikeluarkan dari semasa ke semasa, membenarkan
kakitangan kebersihan berada dan masuk ke dalam Premis
untuk melaksanakan Perkhidmatan; dan

(d) melaksanakan pembayaran yang kena dibayar dalam Perjanjian


ini.

17. PENAMATAN

17.1 Penamatan oleh Kerajaan

17.1.1 Sekiranya Kontraktor tanpa apa-apa sebab yang munasabah—

(a) menangguhkan atau enggan melaksanakan Perkhidmatan


tersebut;

18
BPL/KBK/01092020

(b) gagal memberikan Perkhidmatan tersebut secara tekun


dan berterusan seperti yang diperuntukkan dalam
Perjanjian ini;

(c) gagal memberikan Perkhidmatan tersebut atau gagal


menjalankan obligasi seperti yang diperuntukkan dalam
Perjanjian ini;

(d) melakukan pelanggaran terhadap mana-mana terma-


terma atau syarat-syarat Perjanjian ini; atau

(e) mengemukakan dokumen atau maklumat palsu, tidak sah


atau tidak tulen kepada Kerajaan,

Kerajaan berhak memberikan notis tujuan penamatan kepada Kontraktor


dengan menyatakan butiran mengenai kegagalan atau kemungkiran itu
dan menghendaki Kontraktor untuk meremedikan kegagalan atau
kemungkiran itu dalam tempoh yang ditetapkan dalam notis itu.
Sekiranya Kontraktor gagal untuk meremedikan kegagalan atau
kemungkiran itu dalam tempoh yang dinyatakan atau mana-mana
tempoh lain yang ditetapkan oleh Kerajaan, Kerajaan berhak
menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa selepas itu dengan
memberikan notis penamatan.

17.1.2 Kerajaan juga berhak dengan serta-merta menamatkan


Perjanjian ini sekiranya—

(a) Kontraktor pada bila-bila masa menjadi bankrap atau satu


perintah penerimaan atau pentadbiran dibuat terhadapnya;
atau

(b) seorang penerima atau pengurus bagi pihak seseorang


pemiutang dilantik atau jika timbul keadaan-keadaan yang
memberikan hak kepada mahkamah atau seseorang
pemiutang melantik seorang penerima atau pengurus,
atau yang memberikan hak kepada mahkamah membuat
suatu perintah penggulungan,

Kerajaan berhak menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa selepas


itu dengan memberikan notis penamatan.

17.1.3 Sekiranya pemilik tunggal Syarikat meninggal dunia, dan Syarikat


tersebut merupakan perniagaan milikan tunggal yang didaftarkan
di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1656 [Akta 197] atau
Odinan Pelesenan Perniagaan 1948 atau Odinan Pelesenan
Perniagaan, Profesion dan Perdagangan Sarawak [Bab 33] –

(a) Perjanjian ini ditamatkan dengan serta-merta dan semua


kuasa, obligasi dan hak yang diberikan kepada Syarikat

19
BPL/KBK/01092020

yang wujud dibawah Perjanjian ini hendaklah tamat


dengan serta-merta; dan

(b) Kerajaan hendaklah membayar apa-apa pembayaran bagi


Perkhidmatan yang perlu dibayar dan terakru di bawah
Perjanjian ini setakat pada tarikh penamatan perjanjian
kepada waris pemilik Syarikat yang sah.

17.1.4 Kesan Penamatan oleh Kerajaan

Sekiranya Perjanjian ini ditamatkan menurut peruntukan Klausa


17.1.1 atau 17.1.2—

(a) Apa-apa obligasi dan liabiliti yang dikenakan kepada


Kontraktor di bawah Perjanjian ini hendaklah ditamatkan
dengan serta-merta;

(b) Kontraktor hendaklah –

(i) menamatkan pelaksanaan segala Perkhidmatan;


dan

(ii) dengan kos dan perbelanjaan Kontraktor sendiri,


memindah dan mengeluarkan semua peralatan dan
kelengkapan milik Kontraktor yang tidak diperlukan
oleh pentadbir Premis dalam tempoh tiga puluh (30)
hari selepas tarikh notis penamatan dikemukakan
dan meremedikan semua kerosakan yang
disebabkan oleh pemindahan tersebut;

(c) Kerajaan berhak –

(i) menuntut kepada Kontraktor apa-apa ganti rugi


bagi kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan
sebagai akibat kepada penamatan Perjanjian ini
dan merampas Bon Pelaksanaan; dan

(ii) melantik pihak ketiga untuk meneruskan


pelaksanaan Perjanjian ini dan Kontraktor
hendaklah membuat bayaran kepada Kerajaan
untuk apa-apa kos dan perbelanjaan yang
ditanggung oleh Kerajaan bagi menyempurnakan
pelaksanaan Perjanjian tersebut selaku bayaran
yang perlu dibuat kepada Kontraktor apabila
Kontraktor menyempurnakan pelaksanaan
Perkhidmatan tersebut jika Perjanjian ini tidak
ditamatkan menurut Klausa 17.1.1 atau 17.1.2.

20
BPL/KBK/01092020

Walau apa pun, penamatan itu tidak boleh menyentuh atau menjejaskan
hak mana-mana Pihak yang telah terakru sebelum tarikh penamatan
Perjanjian ini dan obligasi di bawah Perjanjian ini hendaklah berterusan
walaupun selepas penamatan Perjanjian ini berkenaan dengan apa-apa
perbuatan, perkara atau benda yang berlaku sebelum penamatan
Perjanjian ini. Sekiranya Perjanjian ini ditamatkan, Kerajaan berhak
mengemukakan maklumat Kontraktor kepada Kementerian Kewangan
untuk tindakan tatatertib.

17.2 Penamatan oleh Kontraktor

17.2.1 Kontraktor berhak menamatkan Perjanjian ini sekiranya


Kerajaan tanpa sebab yang munasabah gagal untuk
melaksanakan atau memenuhi mana-mana obligasinya yang
secara langsung menjejaskan obligasi Kontraktor di bawah
Perjanjian ini. Kontraktor hendaklah memberikan notis tujuan
penamatan secara bertulis kepada Kerajaan menyatakan butiran
mengenai kegagalan atau kemungkiran itu dan meminta
Kerajaan untuk meremedikan kegagalan atau kemungkiran itu
dalam tempoh yang ditetapkan dalam notis itu atau apa-apa
tempoh lain yang dilanjutkan sebagaimana yang dipersetujui
oleh Pihak-Pihak. Jika Kerajaan gagal untuk meremedikan
kegagalan atau kemungkiran itu dalam tempoh yang ditetapkan
atau apa-apa tempoh lain yang dilanjutkan, maka Kontraktor
berhak untuk menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa
selepas itu dengan memberi notis penamatan.

17.2.2 Kesan Penamatan oleh Kontraktor

Sekiranya penamatan Perjanjian ini berlaku menurut Klausa


17.2.1, Kontraktor hendaklah menerima aku janji daripada
Kerajaan yang menyatakan bahawa Kerajaan telah
menyelesaikan secara lengkap semua tuntutan yang kena
dibayar oleh Kerajaan kepada Kontraktor berkaitan peruntukan
Perjanjian ini—

(a) Kerajaan hendaklah membuat bayaran kepada Kontraktor


untuk apa-apa bayaran yang terhutang dan kena dibayar
kepada Kontraktor pada tarikh penamatan Perjanjian ini
dan yang belum dibayar dengan syarat bahawa Kerajaan
hendaklah berhak untuk menolak apa-apa jumlah wang
yang kena dibayar kepada Kerajaan daripada Kontraktor di
bawah Perjanjian ini dan/ atau menolak daripada Bon
Pelaksanaan; dan

(b) Kontraktor hendaklah –

(i) menamatkan pelaksanaan segala Perkhidmatan; dan

21
BPL/KBK/01092020

(ii) dengan kos dan perbelanjaan Kontraktor sendiri,


memindah dan mengeluarkan semua peralatan dan
kelengkapan Kontraktor, subkontraktor atau ejen-
ejennya dan meremedikan semua kerosakan yang
disebabkan oleh pemindahan tersebut.

18. PENAMATAN KERANA RASUAH, AKTIVITI-AKTIVITI YANG TIDAK SAH


ATAU MENYALAHI UNDANG-UNDANG

18.1 Tanpa prejudis kepada apa-apa hak Kerajaan yang lain, jika
Kontraktor, pengkhidmat atau pekerjanya disabitkan oleh mahkamah
atas kesalahan rasuah atau aktiviti-aktiviti yang tidak sah atau
menyalahi undang-undang yang berkaitan dengan Perjanjian ini atau
perjanjian-perjanjian lain yang dimeterai oleh Kontraktor tersebut
dengan Kerajaan, maka Kerajaan berhak untuk menamatkan
Perjanjian ini pada bila-bila masa dengan memberikan notis bertulis
dengan serta-merta kepada Kontraktor bagi tujuan penamatan
Perjanjian ini.

18.2 Dengan penamatan di bawah Klausa 18.1 tersebut, Kerajaan berhak


menuntut kepada Kontraktor atas segala kerugian, kos-kos, ganti rugi
dan perbelanjaan, termasuk apa-apa kos dan perbelanjaan sampingan
yang ditanggung oleh Kerajaan berikutan daripada penamatan
Perjanjian ini.

18.3 Bagi mengelakkan keraguan, Pihak-Pihak dengan ini bersetuju


bahawa Kontraktor tidak berhak ke atas apa-apa bentuk kerugian
termasuklah kehilangan keuntungan, ganti rugi, tuntutan atau apa-apa
pun berikutan daripada penamatan Perjanjian ini.

19. PENAMATAN ATAS SEBAB KEPENTINGAN NEGARA

19.1 Walau apa pun dalam Perjanjian ini, Kerajaan boleh menamatkan
Perjanjian ini dengan memberikan, tidak kurang daripada tiga puluh (30)
hari, suatu notis bertulis kepada Kontraktor, tanpa apa-apa
tanggungjawab untuk memberikan apa-apa sebab, jika Kerajaan
berpendapat bahawa penamatan tersebut adalah perlu untuk
Kepentingan Negara, Kepentingan Keselamatan Negara atau bagi
maksud Dasar Kerajaan atau Dasar Awam.

19.2 Bagi maksud Klausa ini, apa yang merupakan "Kepentingan Negara",
"Kepentingan Keselamatan Negara", "Dasar Kerajaan" dan "Dasar
Awam" hendaklah dibuat dan ditentukan oleh Kerajaan dan penentuan
tersebut bagi semua maksud adalah muktamad dan tidak boleh dicabar.
22
BPL/KBK/01092020

19.3 Sekiranya Perjanjian ini ditamatkan di bawah Klausa 19.1, Kontraktor


berhak mendapat pembayaran Perkhidmatan setakat tarikh akhir
Perkhidmatan yang telah dilaksanakan atau apa-apa jumlah
pembayaran yang munasabah yang ditentukan oleh Kerajaan.

20. HAK PIHAK-PIHAK APABILA PERJANJIAN DITAMATKAN

Apa-apa penamatan yang dinyatakan dalam Perjanjian ini hendaklah tidak


memberikan kesan kepada apa-apa hak Pihak-Pihak yang terakru sebelum
tarikh penamatan Perjanjian ini dan tanggungjawab Pihak-Pihak dalam
Perjanjian ini hendaklah terus bersambung walaupun selepas penamatan
Perjanjian ini bagi maksud apa-apa tindakan, pertikaian, rujukan, pembayaran,
tuntutan atau perkara sebelum penamatan Perjanjian ini.

21. JAWATANKUASA PENYELESAIAN PERTIKAIAN

21.1 Sebarang perkara, pertikaian atau tuntutan antara Pihak-Pihak


berkaitan mana-mana bahagian dalam Perjanjian ini (melainkan
sekiranya Kerajaan hendak melaksanakan hak Kerajaan sepenuhnya
di bawah peruntukan Perjanjian ini) boleh dirujuk kepada
Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian yang terdiri daripada—

(a) Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia atau


mana-mana Pegawai yang dilantik olehnya sebagai Pengerusi;

(b) seorang wakil yang dilantik oleh pihak Kerajaan; dan

(c) seorang wakil yang dilantik oleh pihak Kontraktor.

21.2 Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian boleh melantik seorang pakar


bebas bagi memberikan nasihat mengenai sebarang perkara,
pertikaian atau tuntutan yang dirujuk kepadanya dan segala kos, yuran
dan perbelanjaan yang ditanggung oleh pakar bebas yang dilantik
tersebut hendaklah dikongsi sama rata oleh Pihak-Pihak.

21.3 Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian hendaklah menentukan


prosedur-prosedurnya yang tersendiri bagi mencapai jalan
penyelesaian. Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian hendaklah
berjumpa dan berusaha untuk mencapai jalan penyelesaian secara
baik antara Pihak-Pihak tentang perkara, pertikaian atau tuntutan yang
dirujuk kepadanya.

23
BPL/KBK/01092020

21.4 Jika sebarang perkara, pertikaian atau tuntutan yang dirujuk kepada
Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian tidak dapat dipersetujui oleh
Pihak-Pihak dalam masa tiga puluh (30) hari selepas tarikh perkara,
pertikaian atau tuntutan dirujuk, maka Pihak-Pihak bolehlah merujuk
perkara, pertikaian atau tuntutan tersebut kepada penimbang tara
menurut peruntukan Klausa 22.

21.5 Setiap ahli Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian termasuk Pengerusi


hendaklah mempunyai satu (1) undi.

21.6 Apa-apa keputusan yang diputuskan oleh Jawatankuasa


Penyelesaian Pertikaian hendaklah mengikat Pihak-Pihak kepada
Perjanjian ini.

22. TIMBANG TARA

22.1 Jika apa-apa perkara, pertikaian atau tuntutan yang dinyatakan dalam
Klausa 21 di atas tidak dapat diselesaikan secara aman atau baik oleh
Pihak-Pihak, maka perkara, pertikaian atau tuntutan tersebut boleh
dirujuk kepada Penimbang tara yang dipersetujui oleh Pihak-Pihak atau
sekiranya tidak ada persetujuan, hendaklah dicalonkan, atas
permohonan oleh salah satu Pihak, oleh Pengarah Pusat Timbang Tara
Antarabangsa Asia (Malaysia) dan apa-apa rujukan hendaklah dianggap
sebagai suatu rujukan kepada timbang tara mengikut cara yang
diperuntukkan oleh Akta Timbang Tara 2005 [Akta 646]. Keputusan yang
diberikan oleh Penimbang tara adalah muktamad dan mengikat Pihak-
Pihak.

22.2 Setiap prosiding timbang tara hendaklah dijalankan di Pusat Timbang


Tara Antarabangsa Asia (Malaysia) dengan menggunakan kesemua
kemudahan dan kelengkapan yang tersedia di pusat tersebut atau
mana-mana tempat yang akan ditentukan oleh Penimbang tara dan
dipersetujui oleh Pihak-Pihak.

22.3 Rujukan kepada apa-apa perkara, pertikaian atau tuntutan kepada


timbang tara selaras dengan Klausa ini dan/ atau pelanjutan prosiding
timbang tara akibat daripadanya hendaklah tanpa menyentuh apa-apa
tuntutan oleh mana-mana Pihak terhadap Pihak yang satu lagi
mengenai apa-apa pelanggaran terdahulu terhadap mana-mana
Klausa atau syarat yang terkandung dalam Perjanjian ini.

22.4 Apa-apa kos berkenaan dengan rujukan kepada Penimbang tara di


bawah Klausa ini hendaklah ditanggung secara bersama oleh Pihak-
Pihak.

24
BPL/KBK/01092020

23. IKLAN

Kontraktor tidak boleh menyiarkan iklan mengenai Perjanjian ini dalam


sebarang akhbar, majalah atau media-media lain tanpa mendapat kelulusan
bertulis daripada Kerajaan.

24. KONTRAK KECIL

24.1 Kontraktor tidak boleh memberikan kontrak kecil terhadap Perjanjian ini
atau mana-mana bahagian Perjanjian ini kepada mana-mana pihak lain
tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada Kerajaan.

24.2 Jika Perjanjian ini atau mana-mana bahagian daripadanya diberi kontrak
kecil kepada mana-mana pihak lain (kemudian daripada ini dirujuk
sebagai “Kontraktor Kecil”) dengan persetujuan bertulis Kerajaan,
Kontraktor bersetuju tanpa syarat untuk terus bertanggungjawab secara
berterusan dan secara sendiri dan peribadi bagi memastikan Kontraktor
Kecil mematuhi terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini.

24.3 Kontraktor tidak boleh mempertanggungkan kepada pihak ketiga apa-


apa jua daripada wang yang kena dibayar oleh Kerajaan di bawah
Perjanjian ini dan apa-apa faedah yang terlibat daripada atau mungkin
terbit daripada Perjanjian ini tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan
bertulis Kerajaan.

24.4 Sebarang isu yang timbul antara Kontraktor dan Kontraktor kecil
mengenai Perjanjian ini atau hal-hal lain adalah di luar tanggungjawab
Kerajaan.

25. SERAH HAK

Kontraktor tidak boleh menyerah hak Perjanjian ini atau mana-mana bahagian
Perjanjian ini atau menggadai janji, menggadai atau mempertanggungkan apa-
apa juga daripada wang yang kena dibayar atau yang telah genap masanya
untuk dibayar di bawah Perjanjian ini dan apa-apa faedah yang terlibat dengan
atau yang mungkin terbit daripada Perjanjian ini tanpa terlebih dahulu
mendapat kelulusan bertulis daripada Kerajaan.

26. REPRESENTASI DAN WARANTI

Kontraktor hendaklah memberikan representasi dan waranti kepada Kerajaan


bahawa:

25
BPL/KBK/01092020

(a) ia adalah sebuah Perniagaan/ Syarikat berdaftar yang ditubuhkan di


bawah undang-undang Malaysia;

(b) ia mempunyai kuasa korporat untuk memasuki dan melaksanakan


Perkhidmatan dalam Perjanjian ini;

(c) ia telah mengambil segala tindakan-tindakan korporat yang perlu untuk


memasuki dan melaksanakan Perkhidmatan dalam Perjanjian ini;

(d) pada Tarikh Berkuat kuasa—

(i) jika Kontraktor adalah sebuah Syarikat yang ditubuhkan di bawah


Akta Syarikat 2016 [Akta 777], pelaksanaan atau penjalanan
Perjanjian ini tidak menyalahi atau melanggar dalam apa jua cara
sekali pun peruntukan atau apa-apa perkara berkenaan dengan
Memorandum dan Artikel Pertubuhannya atau apa-apa dokumen
atau perjanjian yang mengikatnya atau asetnya; atau

(ii) jika Kontraktor adalah sebuah Syarikat yang ditubuhkan di bawah


Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197], maka
pelaksanaan atau penjalanan Perjanjian ini tidak menyalahi atau
melanggar dalam apa jua cara sekali pun apa-apa dokumen atau
perjanjian yang mengikatnya atau asetnya;

(e) ia tidak tertakluk kepada apa-apa litigasi perundangan pada waktu


semasa atau waktu yang tertangguh, atau pada pengetahuannya boleh
menjejaskan keupayaannya untuk melaksanakan Perkhidmatan di
bawah Perjanjian ini;

(f) ia tiada litigasi, timbang tara, tuntutan cukai, pertikaian atau prosiding
pentadbiran pada masa ini, atau yang belum selesai, atau dalam
pengetahuan Kontraktor, yang menjejaskan, mempunyai kesan yang
merosakkan terhadap Kontraktor atau terhadap keupayaannya
melaksanakan tanggungjawab kewangan atau tanggungjawab lain
dalam Perjanjian ini;

(g) Perjanjian ini merupakan tanggungjawab yang sah dari segi


perundangan dan mengikat Kontraktor dan berkuat kuasa mengikut
terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini; dan

(h) ia mempunyai keupayaan dari segi kewangan dan teknikal untuk


melaksanakan Perkhidmatan dalam Perjanjian ini.

27. FORCE MAJEURE

27.1 Kerajaan atau Kontraktor hendaklah tidak melanggar obligasi masing-masing


di bawah Perjanjian ini jika ia tidak dapat melaksanakan atau memenuhi
mana-mana obligasinya di bawah Perjanjian ini (atau mana-mana bahagian
26
BPL/KBK/01092020

daripadanya) akibat daripada berlakunya kejadian Force Majeure. Kejadian


Force Majeure hendaklah bermaksud suatu peristiwa bukan di bawah
kawalan Pihak yang terjejas, yang Pihak itu tidak dapat mencegah, mengelak
atau menghindari, dan hendaklah bermaksud—

(a) peperangan (sama ada diisytiharkan atau tidak), permusuhan,


serangan, tindakan musuh asing, pemberontakan, revolusi,
penderhakaan, kuasa tentera atau rampasan kuasa, perang
saudara, atau tindakan keganasan;

(b) radiasi pengionan atau pencemaran radioaktif daripada apa-apa


bahan buangan nuklear, daripada pembakaran bahan api
nuklear, bahan letupan toksik radioaktif, atau sifat-sifat
berbahaya yang lain daripada mana-mana bahan letupan,
pemasangan nuklear atau komponen nuklear daripadanya;

(c) tekanan gelombang yang disebabkan oleh kapal terbang atau


alat peranti aerial lain yang bergerak dalam kelajuan sonik atau
supersonik;

(d) bencana alam termasuk tetapi tidak terhad kepada gempa


bumi, banjir, penenggelaman, dan pembakaran spontan bawah
tanah atau mana-mana operasi kuasa alam semula jadi, kilat
dan cuaca yang sangat buruk;

(e) rusuhan, kekecohan dan gangguan, kerosakan jenayah,


sabotaj, mogok, sekat masuk, kekacauan buruh atau gangguan
industri lain (yang menjejaskan pelaksanaan Perjanjian ini) yang
bukan merupakan kesalahan Syarikat atau kontraktornya, atau
Kerajaan, yang menyebabkan, atau boleh dengan
munasabahnya dijangka menyebabkan, mana-mana Pihak
gagal untuk mematuhi obligasinya;

(f) pandemik atau epidemik; atau

(g) apa-apa peristiwa yang tidak dapat diramalkan yang memenuhi


kriteria sebagaimana yang dinyatakan di bawah:

(i) di luar kawalan munasabah Pihak yang terjejas oleh


peristiwa itu, keadaan atau gabungan peristiwa atau
keadaan;

(ii) yang tidak dapat diramalkan atau, jika dapat diramalkan,


27
BPL/KBK/01092020

tidak boleh dihalang atau dielak atau diatasi oleh Pihak


yang terjejas yang telah mengambil segala usaha yang
wajar dan cermat;

(iii) yang secara langsung menyebabkan Pihak yang terjejas


tidak berupaya untuk mematuhi semua atau suatu
bahagian material obligasinya di bawah Perjanjian ini;
dan

(iv) yang bukan akibat langsung pelanggaran oleh Pihak


yang terjejas obligasinya di bawah Perjanjian ini,

DENGAN SYARAT BAHAWA kejadian Force Majeure hendaklah tidak


termasuk kemerosotan ekonomi, ketiadaan atau kekurangan dana atau
kekurangan pembiayaan di pihak Kontraktor untuk melaksanakan
obligasinya di bawah Perjanjian ini.

27.2 Jika berlaku sesuatu kejadian Force Majeure yang menyebabkan mana-mana
Pihak tidak dapat melaksanakan obligasinya di bawah Perjanjian ini (atau
mana-mana bahagian daripadanya) yang terjejas akibat kejadian Force
Majeure, maka Pihak tersebut hendaklah dengan serta-merta memaklumkan
kepada Pihak yang satu lagi dan diikuti dengan mengemukakan laporan
terperinci mengenai kejadian Force Majeure tersebut dan kesannya kepada
pelaksanaan Perjanjian ini.

27.3 Pihak-Pihak tidak berhak untuk bersandarkan kepada peruntukan-peruntukan


Klausa ini melainkan sekiranya Pihak-Pihak telah berpuas hati bahawa
kejadian Force Majeure benar-benar berlaku.

27.4 Jika Pihak-Pihak merasakan bahawa kejadian Force Majeure yang berlaku itu
adalah pada tahap yang sebegitu teruk atau telah berterusan untuk suatu
tempoh yang sebenarnya menggagalkan niat asal Perjanjian ini, maka
bolehlah Perjanjian ini ditamatkan atas persetujuan bersama.

27.5 Jika Perjanjian ini ditamatkan akibat kejadian Force Majeure di bawah Klausa
27.4, maka semua hak dan obligasi Pihak-Pihak hendaklah terhenti dan
mana-mana Pihak tidak boleh membuat apa-apa tuntutan terhadap Pihak
yang satu lagi dan masing-masing tidak bertanggungjawab terhadap satu
sama lain melainkan berkaitan apa-apa hak dan liabiliti yang terakru sebelum
berlakunya kejadian Force Majeure tersebut.

27.6 Bagi mengelakkan keraguan, Pihak-Pihak kepada Perjanjian ini hendaklah


terus melaksanakan obligasi masing-masing di bawah Perjanjian ini yang
tidak terjejas, tertangguh atau terganggu oleh kejadian Force Majeure dan

28
BPL/KBK/01092020

obligasi berkenaan hendaklah, sementara menunggu pelaksanaan Klausa ini,


terus berkuat kuasa.

28. KOS PERJANJIAN DAN DUTI SETEM

Apa-apa duti setem dan kos penyediaan Perjanjian ini yang harus dibayar
hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh Kontraktor.

29. PENAFIAN

29.1 Kegagalan Kerajaan dan/ atau Kontraktor menjalankan atau


menguatkuasakan mana-mana hak, remedi atau peruntukan di bawah
Perjanjian ini pada bila-bila masa, tidak akan terjumlah kepada suatu
penafian hak, melainkan ia telah dibuat secara bertulis terlebih dahulu.

29.2 Sebarang penafian hak hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah
dirujuk dan dipersetujui oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
Malaysia atau wakilnya yang diberi kuasa dengan sewajarnya.

30. NOTIS

30.1 Apa-apa surat-menyurat, notis, persetujuan, kebenaran, permohonan


atau apa-apa komunikasi lain yang perlu diberikan atau dibuat di bawah
Perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis dalam Bahasa Malaysia.
Notis, persetujuan, kebenaran atau permohonan itu hendaklah disifatkan
sebagai telah diberi atau dibuat apabila ia telah disampaikan dengan
tangan, courier, pos biasa, pos berdaftar (A.R Registered Post) atau
faksimili kepada Pihak yang satu lagi kepada alamat yang ditetapkan
seperti yang dinyatakan di bawah atau di alamat lain sebagaimana yang
ditetapkan oleh mana-mana Pihak kepada Perjanjian ini dari semasa ke
semasa secara bertulis:

(a) bagi pihak Kerajaan:

Jabatan Pendidikan Daerah Tawau


Tingkat 5, Wisma Persekutuan , Peti Surat 499
91007, Tawau, Sabah
No. Telefon : 089-778102
No. Faks : 089-763446

(B) Bagi Pihak Kontraktor:

RESTU ELECTRICAL SERVICES


29
BPL/KBK/01092020

TB 6445, Lot 3, Taman Ria 11, Jalan Utara Baru,


Peti Surat 60464,91014, Tawau, Sabah
No. Telefon : 089 – 752290
No. Fax : 089 - 752290
No. faks : bungaayu_80@yahoo.com.my

30.2 Penghantaran apa-apa notis hendaklah dianggap telah diterima:

(a) jika dihantar melalui pos berdaftar, pada hari ketiga (ke-3) notis
tersebut diposkan;

(b) jika dihantar secara serahan kendiri, pada ketika penghantaran


dan diakui terima oleh Pihak yang satu lagi;

(c) jika dihantar melalui faks, semasa mesin transmisi pengirim


menunjukkan pengesahan laporan bahawa penerima telah
menerima transmisi faks tersebut; atau

(d) jika dihantar melalui e-mel, semasa pengesahan penerimaan


(automatik) oleh penerima diterima oleh pengirim.

30.3 Sekiranya berlaku pertukaran alamat seperti yang dinyatakan di sub-


klausa 30.1(a) dan (b), maka Pihak berkenaan hendaklah
memberikan notis bertulis kepada Pihak yang lagi satu dalam masa
empat belas (14) hari dari tarikh pertukaran tersebut.

31. PEMAKAIAN DAN PEMATUHAN UNDANG-UNDANG

31.1 Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan mengikut dan dikawal oleh undang-
undang Malaysia dan Pihak-Pihak bersetuju untuk tertakluk kepada
bidang kuasa mahkamah-mahkamah di Malaysia.

31.2 Kontraktor hendaklah mematuhi segala peruntukan undang-undang


yang berkuat kuasa, arahan, perintah atau kehendak yang dikeluarkan
oleh pihak berkuasa yang kompeten untuk berbuat demikian di bawah
mana-mana peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa di
Malaysia.

31.3 Kontraktor hendaklah memastikan pekerja Kontraktor dan mana-mana


Kontraktor Kecil yang dilantik di bawah Klausa 24 turut mematuhi
segala peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa, arahan,
perintah atau kehendak yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang

30
BPL/KBK/01092020

kompeten untuk berbuat demikian di bawah mana-mana peruntukan


undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.

32. PINDAAN

Sebarang pindaan atau perubahan kepada Perjanjian ini hendaklah dipersetujui


oleh Pihak-Pihak yang dibuat secara bertulis serta disahkan dan ditandatangani
oleh Pihak-Pihak melalui Perjanjian Tambahan dan hendaklah ia dibaca
bersekali dan dianggap sebahagian daripada Perjanjian ini.

33. KETIDAKSELARASAN PERUNTUKAN PERJANJIAN

33.1 Jika mana-mana Klausa atau peruntukan atau bahagian dalam


Perjanjian ini didapati tidak sah, batal atau tidak boleh dilaksanakan di
bawah undang-undang masa kini atau undang-undang masa depan,
Klausa atau peruntukan atau bahagian tersebut akan dibolehasingkan
sepenuhnya (“fully severable”).

33.2 Sekiranya perkara yang dinyatakan di Klausa 33.1 berlaku, Perjanjian


ini hendaklah ditafsirkan dan dilaksanakan seolah-olah Klausa atau
peruntukan atau bahagian dalam Perjanjian ini yang tidak sah, batal
atau tidak boleh dilaksanakan tersebut tidak pernah membentuk
sebahagian daripada Perjanjian ini dan Klausa atau peruntukan atau
bahagian yang lain akan kekal dengan sepenuh kesan dan
peranannya dan tidak akan terjejas oleh Klausa atau peruntukan atau
bahagian dalam Perjanjian ini yang didapati tidak sah, batal atau tidak
boleh dilaksanakan tersebut atau oleh pengasingannya daripada
Perjanjian ini.

33.3 Sebagai ganti kepada Klausa atau peruntukan atau bahagian dalam
Perjanjian ini yang didapati tidak sah, batal atau tidak boleh
dilaksanakan tersebut, akan ditambah kepada Perjanjian ini secara
automatik Klausa atau peruntukan atau bahagian (yang seberapa
hampir yang boleh maksudnya dengan Klausa atau peruntukan atau
bahagian dalam Perjanjian ini yang didapati tidak sah, batal atau tidak
boleh dilaksanakan tersebut) yang sah, tidak batal dan boleh
dilaksanakan bagi merealisasikan niat Pihak-Pihak.

34. KERAHSIAAN

34.1 Bagi tujuan Perjanjian ini, maklumat rahsia di bawah Perjanjian ini
bermaksud, semua maklumat (sama ada berkenaan komersial,
kewangan, teknikal atau sebagainya) yang berkaitan dengan mana-
mana Pihak kepada Perjanjian ini, subkontraktornya, pelanggan lain,
pekerjanya atau sebagainya, yang didapati atau diberikan oleh Pihak
yang satu lagi.

31
BPL/KBK/01092020

34.2 Pihak-Pihak kepada Perjanjian ini mengaku janji–

(a) untuk menganggap maklumat rahsia tersebut sebagai rahsia;

(b) untuk tidak akan, tanpa kebenaran Pihak yang satu lagi,
berkomunikasi atau memberitahu mengenai mana-mana
bahagian daripada maklumat rahsia tersebut kepada mana-
mana orang kecuali kepada mana-mana pekerjanya, ejen dan
subkontraktor yang terlibat secara langsung dengan Perjanjian
ini dan yang perlu mengetahui maklumat rahsia itu bagi maksud
memenuhi kewajipan Kontraktor di bawah Perjanjian ini; dan
(c) untuk tidak menggunakan atau menyebarkan maklumat rahsia
dalam organisasi mana-mana Pihak kecuali jika ia adalah perlu
di bawah Perjanjian ini.

34.3 Kewajipan yang dinyatakan dalam Klausa 34.2 tidak akan terpakai
kepada maklumat rahsia yang–

(a) maklumat itu telah pun diketahui oleh mana-mana Pihak itu
(dengan mempunyai hak untuk mendedahkannya) sebelum
menerima maklumat rahsia tersebut;

(b) maklumat itu menjadi pengetahuan umum yang bukan


disebabkan oleh pelanggaran mana-mana peruntukan di bawah
Perjanjian ini;

(c) maklumat itu adalah berasingan atau diketahui oleh pihak-pihak


tertentu hasil daripada penyelidikan sendiri tanpa menggunakan
mana-mana maklumat rahsia di bawah Perjanjian ini; dan

(d) maklumat itu diterima secara sah oleh pihak ketiga (dengan
mempunyai hak untuk mendedahkannya).

34.4 Klausa 34 hendaklah berkuat kuasa dan terus wujud selepas


peluputan atau penamatan Perjanjian ini atas apa-apa sebab pun.

34.5 Sekiranya Kontraktor gagal mematuhi peruntukan di bawah Klausa 34,


Kontraktor boleh didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88]
atau undang-undang lain yang berkaitan atau ditamatkan Kontraknya
atau kedua-duanya sekali.

35. MENGIKAT PENGGANTI

Perjanjian ini adalah mengikat ke atas pengganti, wasi, pentadbir, wakil dan
pemegang serah hak Pihak-Pihak.

36. MASA
32
BPL/KBK/01092020

Masa hendaklah menjadi inti pati penting kepada Perjanjian ini.

37. PERSETUJUAN KONTRAKTOR

Kontraktor bersetuju dan membenarkan Kerajaan pada bila-bila masa


menyemak dan mendapatkan pengesahan maklumat atau dokumen yang
dikemukakan oleh Kontraktor berkaitan Perkhidmatan dengan mana-mana
pihak yang mengeluarkan dokumen asal sepanjang Tempoh Perjanjian ini bagi
tujuan verifikasi.

38. LARANGAN MEMBUAT PERUBAHAN PEGANGAN EKUITI SYARIKAT


ATAU PERNIAGAAN

Syarikat dilarang membuat apa-apa perubahan pegangan ekuiti (termasuk


penjualan atau pemindahan ekuiti) sepanjang Tempoh Perjanjian tanpa
mendapat kelulusan bertulis daripada Kerajaan terlebih dahulu.

(sebahagian muka surat ini sengaja dibiarkan kosong)

33
BPL/KBK/01092020

PADA MENYAKSIKAN, perkara-perkara yang tersebut di atas Pihak-Pihak sebagai


wakil-wakil yang sah dan diberi kuasa kepada Perjanjian ini telah menurunkan
tandatangan dan meterai masing-masing pada tarikh mula-mula yang tertulis di atas

UNTUK DAN BAGI PIHAK KERAJAAN MALAYSIA:


(KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA)

Nama :

Jawatan : .....................................
( Tandatangan & Cap )
No. Kad Pengenalan :

SAKSI:

Nama :

Jawatan : .....................................
(Tandatangan & Cap )
No. Kad Pengenalan :

UNTUK DAN BAGI PIHAK KONTRAKTOR:


RESTU ELECTRICAL (357-20021556)

Nama :

Jawatan : .....................................
( Tandatangan & Cap)
No. Kad Pengenalan :

SAKSI:

Nama :

Jawatan : .....................................
(Tandatangan & Cap)
No. Kad Pengenalan :

34
BPL/KBK/01092020

Jadual A

[Klausa 6.1 dan 6.2]

BON PELAKSANAAN

Nilai Bon Pelaksanaan


(dalam perkataan)

Nilai Bon Pelaksanaan


(dalam angka)
Peratusan Bon Pelaksanaan
dari Anggaran Nilai Perjanjian

(2.5% daripada Anggaran Nilai


Perjanjian setahun sekiranya
Anggaran Nilai Perjanjian
setahun tidak melebihi
RM500,000; atau TIDAK BERKENAAN
5% daripada Anggaran Nilai
Perjanjian setahun sekiranya
Anggaran Nilai Perjanjian
setahun bernilai melebihi
RM500,000)

Tarikh kuat kuasa Bon


Pelaksanaan

Tarikh tamat Bon


Pelaksanaan

Nota :

(a) Perkataan “Sahaja” hendaklah dimasukkan di akhir perkataan atau angka.

(b) Bon Pelaksanaan hendaklah dilampirkan selepas helaian Jadual A ini.

35
BPL/KBK/01092020

Lampiran-Lampiran Perjanjian

Lampiran Perkara

Lampiran A Surat Setuju Terima

Lampiran B Skop Perkhidmatan

Senarai Bahan-Bahan/ Kelengkapan/ Mesin/ Peralatan Yang


Digunakan Dalam Perkhidmatan Kebersihan Bangunan Dan
Lampiran C
Kawasan (KBK) Sekolah Rendah Agama Kinabutan Kementerian
Pendidikan Malaysia
Panduan Rekabentuk Pakaian Seragam Pekerja Perkhidmatan
Kebersihan Bangunan Dan Kawasan Sekolah Rendah Agama
Lampiran D
Kinabutan Di Sekolah-Sekolah Dan Premis Institusi Pendidikan Di
Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Lampiran E Premis Perkhidmatan Dilaksanakan

Lampiran F Jadual Harga dan Bilangan Pekerja Mengikut Sekolah/Premis

Skim Perkhidmatan Pekerja Perkhidmatan Kebersihan Bangunan


Lampiran G
dan KawasanSekolah Rendah Agama Kinabutan

Lampiran H Surat Akuan Pembida Berjaya

Lampiran I Surat Akuan Sumpah Kontraktor

Nota : Lampiran-Lampiran Perjanjian, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah diisi dengan lengkap oleh
Kontraktor dan disahkan oleh Kerajaan. Mana-mana Lampiran yang tidak berkenaan hendaklah dipotong dalam
bentuk garisan dan disahkan oleh Kerajaan dengan meteri rasmi. Lampiran-Lampiran Perjanjian di atas hendaklah
dimasukkan mengikut turutan abjad selepas helaian ini.

36
BPL/KBK/01092020

LAMPIRAN A

SURAT SETUJU TERIMA

Nota: Masukkan Surat Setuju Terima selepas helaian ini.

37
BPL/KBK/01092020

LAMPIRAN B

SKOP PERKHIDMATAN

Nota: Masukkan lampiran seperti berikut sepertimana dalam Lampiran A4


Surat Setuju Terima selepas helaian ini.

i. Skop Perkhidmatan Kebersihan Bangunan Dan Kawasan; Dan

ii. Jadual Kuantiti Pekerja Mengikut Sekolah/ Asrama/ Pejabat


Pendidikan Negeri seperti di Lampiran A2 Skop Perkhidmatan.

38
BPL/KBK/01092020

LAMPIRAN C

SENARAI BAHAN-BAHAN/ KELENGKAPAN/ MESIN/ PERALATAN YANG


DIGUNAKAN DALAM PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KAWASAN (KBK) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIASEKOLAH RENDAH
AGAMA KINABUTAN

Nota: Masukkan lampiran seperti berikut selepas helaian ini.

i. Senarai Bahan-Bahan Yang Digunakan Dalam Perkhidmatan


Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) Kementerian
Pendidikan Malaysia (Lampiran Jenama Bahan) seperti di
Lampiran A2 Surat Setuju Terima;

ii. Senarai Mesin/Peralatan/Pakaian Seragam Yang Digunakan


Dalam Perkhidmatan Kebersihan Bangunan Dan Kawasan
seperti di Lampiran A4 Surat Setuju Terima; Dan

iii. Spesifikasi Bahan-Bahan, Mesin Dan Peralatan Yang Digunakan


Bagi Kontrak Kebersihan Bangunan Dan Kawasan Di Sekolah-
Sekolah Dan Premis Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) seperti di Lampiran A4 Surat Setuju
Terima.

39
BPL/KBK/01092020

LAMPIRAN D

PANDUAN REKABENTUK PAKAIAN SERAGAM PEKERJA PERKHIDMATAN


KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN SEKOLAH RENDAH AGAMA
KINABUTAN DI SEKOLAH-SEKOLAH DAN PREMIS INSTITUSI PENDIDIKAN DI
BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Nota: Masukkan Panduan Rekabentuk Pakaian Seragam Pekerja Perkhidmatan


Kebersihan Bangunan Dan Kawasan Di Sekolah-Sekolah Dan Premis Institusi
Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selepas helaian
ini.

40
BPL/KBK/01092020

LAMPIRAN E

PREMIS PERKHIDMATAN DILAKSANAKAN

Nota: Masukkan senarai Premis dan alamat di mana Perkhidmatan


dilaksanakan.

BIL. NAMA PREMIS ALAMAT PREMIS

PETI SURAT 1540, BATU 4 ½,


1. SEKOLAH RENDAH AGAMA JALAN APAS, 91040, TAWAU,
KINABUTAN SABAH

Nota:

1. Senarai Premis hendaklah disesuaikan mengikut keperluan


Kementerian/Jabatan/Agensi masing-masing.

2. Sebagai contoh, bagi Kementerian/Jabatan/Agensi yang melantik syarikat yang


sama bagi membekalkan perkhidmatan di beberapa Premis dalam zon yang
sama, senarai Premis boleh ditetapkan dalam Jadual.

3. Walau bagaimanapun, bagi Kementerian/Jabatan/Agensi yang hanya


memerlukan perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan di satu Premis
sahaja, alamat Premis tersebut boleh diperuntukkan dalam klausa tafsiran
Premis sahaja (Klausa 1.1).

41
BPL/KBK/01092020

LAMPIRAN F

JADUAL HARGA DAN BILANGAN PEKERJA MENGIKUT SEKOLAH/PREMIS

Nota: Masukkan Jadual Harga dan Bilangan Pekerja Mengikut Sekolah/Premis


seperti di Lampiran A1 Surat Setuju Terima selepas helaian ini.

42
BPL/KBK/01092020

LAMPIRAN G

SKIM PERKHIDMATAN PEKERJA PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN


DAN KAWASAN

Nota: Masukkan Skim Perkhidmatan Pekerja Perkhidmatan Kebersihan


Bangunan Dan Kawasan seperti di Lampiran A4 Surat Setuju Terima selepas
helaian ini.

43
BPL/KBK/01092020

LAMPIRAN H

SURAT AKUAN PEMBIDA BERJAYA

Nota: Masukkan Surat Akuan Pembida Berjaya seperti di Lampiran B Surat


Setuju Terima selepas helaian ini.

44
BPL/KBK/01092020

LAMPIRAN I

SURAT AKUAN SUMPAH KONTRAKTOR

Nota: Masukkan Surat Akuan Sumpah Syarikat seperti di Lampiran C Surat


Setuju Terima selepas helaian ini.

45

You might also like