You are on page 1of 33

ANTARA

KERAJAAN MALAYSIA

DENGAN

ABD RAZAK BIN SAMSHUDIN (NO. K/P: 781007-07-5879)


YANG BERNIAGA ATAS NAMA BANJARAN NUSANTARA RESOURCES
(NO. PERNIAGAAN: PG0374643-A)

NO. 13 JALAN NUSANTARA 8


TAMAN NUSANTARA
GELANG PATAH
81550 JOHOR BHARU

PERJANJIAN NO.: KEMAS/JOHOR-01/2019

KONTRAK MENJAHIT, MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PAKAIAN SERAGAM


KANAK-KANAK TABIKA KEMAS NEGERI JOHOR TAHUN 2019

1
KONTRAK MENJAHIT, MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PAKAIAN SERAGAM
KANAK-KANAK TABIKA KEMAS NEGERI JOHOR TAHUN 2019

KONTRAK ini dibuat pada ……….. haribulan………… 2019

ANTARA

KERAJAAN MALAYSIA, yang bagi tujuan Kontrak ini diwakili oleh JABATAN
KEMAJUAN MASYARAKAT, sebuah agensi Kerajaan dibawah Kementerian
Pembangunan Luar Bandar yang beralamat di No. 47, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya (“Kerajaan”) bagi satu
pihak;

DAN

ABD RAZAK BIN SAMSHUDIN (NO. K/P: 781007-07-5879) YANG BERNIAGA


ATAS NAMA BANJARAN NUSANTARA RESOURCES (NO. PERNIAGAAN:
PG0374643-A) sebuah perniagaan yang didaftarkan di Malaysia di bawah Akta
Pendaftaran Perniagaan 1956 dan mempunyai alamat berdaftar di No. 13 Jalan
Nusantara 8, Taman Nusantara, Gelang Patah, 81550 Johor Bharu (“Kontraktor”)
pada satu pihak.

(Kedua-dua pihak disebut kemudian daripada ini sebagai “pihak” secara berasingan
dan ‘pihak-pihak’ secara bersama.)

BAHAWASANYA

A. Kerajaan berhasrat untuk melantik Kontraktor bagi Menjahit, Membekal dan


Menghantar Pakaian Seragam Sekolah Kanak-Kanak Tabika KEMAS Negeri
Johor mengikut skop dan spesifikasi seperti yang dinyatakan di Jadual A

2
(”Perkhidmatan”).
B. Melalui Surat Setuju Terima (“SST”) bertarikh 13 Januari 2019, Kerajaan telah
bersetuju untuk melantik Kontraktor bagi Perkhidmatan tersebut dan
Kontraktor bersetuju dengan perlantikan tersebut tertakluk kepada terma dan
syarat yang ditetapkan kemudian ini. Salinan Surat Setuju Terima dilampirkan
sebagai Jadual B.

ADALAH DENGAN INI kedua-dua pihak bersetuju seperti berikut:

KLAUSA 1
TAKRIF DAN TAFSIRAN

1.1 Takrif

Dalam Kontrak ini perkataan-perkataan berikut membawa maksud yang


ditetapkan baginya, melainkan jika konteksnya memerlukan maksud yang
lain :-

“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia, yang termasuklah


Ketua Setiausaha Kementerian
Pembangunan Luar Bandar, dan pegawai-
pegawai yang diberi kuasa sewajarnya
menurutnya Akta Kontrak Kerajaan 1949
[Akta 120] atau mana-mana pegawai yang
diberi kuasa sewajarnya untuk mentadbirkan
Kontrak ini.

“Kontraktor” ertinya ABD RAZAK BIN SAMSHUDIN


(NO. K/P: 781007-07-5879) yang berniaga
atas nama BANJARAN NUSANTARA
RESOURCES (NO. PERNIAGAAN:
PG0374643-A) dan termasuk waris,
pengganti, pentadbir, pemegang serahak
dan wakil Kontraktor atau agen yang diberi
kuasa dengan sewajarnya.

3
“Bekalan” ertinya pakaian seragam seperti yang
disenaraikan di dalam Jadual A kepada
Kontrak ini.

“Kontrak” ertinya Kontrak ini dan jadual yang


dilampirkan kepadanya.

“Perkhidmatan” ertinya menjahit, membekal dan menghantar


Pakaian Seragam Sekolah Kanak-Kanak
Tabika KEMAS Negeri Johor.

“Waktu Pejabat” ertinya waktu pejabat Kerajaan dari 7.30


pagi hingga 5.30 petang pada hari Ahad
hingga Khamis, kecuali hari cuti umum.

1.2 Tafsiran

Melainkan jika dinyatakan sebaliknya, tafsiran di dalam Kontrak ini adalah


seperti berikut:

a) Resital-resital, mukadimah, klausa-klausa dan lampiran dan apa-apa


dokumen yang dirujuk di dalam Kontrak ini hendaklah diambil kira,
dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian yang penting di dalam
Kontrak ini;

b) Sebarang rujukan kepada resital-resital, mukadimah, klausa-klausa


dan lampiran-lampiran di dalam Kontrak ini adalah ditafsirkan sebagai
rujukan kepada resital-resital, mukadimah, klausa-klausa dan
lampiran-lampiran di dalam Kontrak ini melainkan jika dinyatakan
sebaliknya;

c) Perkataan-perkataan yang membawa maksud satu adalah juga


merujuk kepada jumlah majmuk dan juga sebaliknya;

4
d) Rujukan kepada peruntukan-peruntukan undang-undang adalah
termasuk peruntukan-peruntukan undang-undang yang telah dipinda,
disemak atau dicetak semula;

e) Perkataan-perkatan yang merujuk kepada orang perseorangan


adalah juga merujuk kepada kumpulan perseorangan, syarikat,
perbanan, firma atau rakan kongsi sama ada diperbadankan ataupun
tidak diperbadankan;

f) Tajuk-tajuk dan jugak tajuk-tajuk kecil kepada klausa-klausa di dalam


Kontrak ini adalah hanya untuk mempermudahkan rujukan sahaja dan
tidak menjejaskan pentafsiran dan maksud ayat di dalam Kontrak ini;

g) Apa-apa perkataan atau ungkapan yang ditafsirkan di dalam Kontrak


ini adalah juga termasuk olahan tatabahasa dan ungkapan perkataan
yang ditakrifkan;

h) Sekiranya rujukan berkaitan dengan masa bagi sesuatu perbuatan


yang harus dilakukan atau sesuatu persetujuan dicapai atau
kebenaran diberikan, rujukan tersebut harus dianggap dibaca
bersama ungkapan tersebut atau mana-mana tempoh yang
dipersetujui secara bertulis antara pihak-pihak di dalam Kontrak ini
dari semasa ke semasa;

i) Mana-mana rujukan kepada "hari", "minggu", "bulan" atau "tahun"


adalah merupakan rujukan kepada hari, minggu, bulan dan tahun
tersebut menurut kalender Gregory;

j) Apa-apa syarat teknikal yang tidak ditakrifkan secara khusus di dalam


Kontrak ini hendaklah ditafsirkan menurut penggunaan atau definisi
yang boleh diterima oleh mereka yang terlibat di dalam profesion ini di
Malaysia;

k) Apa-apa rujukan kepada kaedah secara bertulis atau notis adalah


termasuk sebarang komunikasi yang dihantar secara pos berdaftar,

5
teleks, kabel, transmisi faks, mel elektronik atau cara lain yang sama
dengannya; dan

l) Apa-apa rujukan kepada "kelulusan" atau "kebenaran" bermaksud


kelulusan atau kebenaran secara bertulis.

KLAUSA 2
SKOP KONTRAK

2.1 Kontraktor hendaklah membekal dan menghantar kepada Kerajaan Bekalan


mengikut bilangan, tempoh dan spesifikasi seperti yang telah ditetapkan di
dalam dokumen sebut harga yang dilampirkan pada Jadual A dengan
memenuhi spesifikasi yang dikehendaki dengan cekap dan profesional.

2.2 Kuantiti Bekalan di Jadual A adalah keperluan sebenar bagi tempoh Kontrak
ini dan Kontraktor hendaklah membekalkan kesemua Bekalan semasa
Kontrak ini berkuatkuasa.

2.3 Semua Bekalan yang dibekalkan di bawah Kontrak ini mestilah barang-barang
keluaran semasa, baru, tulen serta belum digunakan.

KLAUSA 3
TARIKH KUAT KUASA DAN TEMPOH KONTRAK

3.1 Tanpa mengambil kira tarikh Kontrak ini ditandatangani, Kontrak ini
mula berkuatkuasa pada 15 Januari 2019 hingga 14 Februari 2019.

3.2 Perubahan kontrak dan perlanjutan tempoh kontrak bekalan dan


perkhidmatan boleh diluluskan oleh pihak berkuasa yang meluluskan sebut
harga asal dengan syarat :-

(i) Dibenarkan bagi kontrak yang bernilai melebihi RM200,000 hingga


RM500,000;

6
(ii) Kontrak masih berkuat kuasa semasa perlanjutan tempoh
kontrak dipertimbangkan;

(iii) Perubahan kontrak dan perlanjutan tempoh kontrak tidak


melibatkan perubahan kadar harga dan syarat- syarat lain dalam
kontrak;

(iv) Perlanjutan tempoh kontrak hanya diberi sekali sahaja dan


tempoh maksimum adalah sehingga dua (2) tahun; dan

(v) Bagi kontrak bekalan, tambahan kuantiti tidak melebihi 50%


daripada kontrak asal tertakluk kepada nilai maksimum
RM250,000 dengan syarat jumlah keseluruhan tambahan ini dan
nilai kontrak asal tidak melebihi RM750,000.

3.3 Kontraktor boleh memohon kepada Kerajaan untuk melanjutkan tempoh


kontrak secara bertulis tidak kurang dari dua (2) minggu sebelum Tempoh
Kontrak tamat jika Kontraktor berniat untuk melanjutkan Tempoh Kontrak.
Kerajaan mempunyai kuasa mutlak sama ada hendak mempertimbangkan
permohonan itu atau sebaliknya.

3.4 Sekiranya Pihak-pihak gagal mencapai persetujuan mengenai


perlanjutan itu, Kontrak ini akan dengan sendirinya tamat selepas tamatnya
Tempoh Kontrak.

KLAUSA 4
PEMBEKALAN DAN PENYERAHAN KUANTITI,
HARGA, TEMPAT DAN MASA

4.1 Kontraktor hendaklah atas permintaan Kerajaan membekal Bekalan yang


ditentukan di dalam Jadual A Kontrak ini mengikuti kuantiti, penentuan dan
jenis yang dipesan dengan harga-harga dan pada jangkamasa yang
ditentukan di dalam jadual tersebut pada tempat seperti yang dinyatakan.

4.2 Harga pembekalan Bekalan sepertimana yang disenaraikan di dalam Jadual

7
A kepada Kontrak ini adalah termasuk harga pembungkusan, pengangkutan
dan buruh bagi penghantaran pembekalan ke tempat stor Kerajaan atau
mana-mana tempat yang diarahkan oleh Kerajaan atau mana-mana pegawai
Kerajaan yang diberi kuasa. Harga adalah tetap dan tidak berubah di
sepanjang tempoh Kontrak ini.
4.3 Setiap transaksi bagi kontrak yang melibatkan hanya sekali bayaran
(one-time payment) melalui sistem ePerolehan akan dikenakan fi
perkhidmatan pada kadar sebanyak 0.8% dengan had maksimum
RM9,600.00 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih; atau

4.4 Setiap transaksi bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran
(multiple payment) melalui sistem ePerolehan akan dikenakan fi perkhidmatan
pada kadar sebanyak 0.4% dengan had maksimum RM4,800.00 bagi pesanan
yang bernilai RM1.2 juta atau lebih.

4.5 Kontraktor dengan ini mengaku janji bahawa Perkhidmatan yang dibekalkan
dan dihantar bagi maksud Kontrak ini adalah berkualiti baik dan sesuai untuk
kegunaannya seperti yang dinyatakan di dalam Klausa 2.3.

KLAUSA 5
NILAI KONTRAK

5.1 Kerajaan akan membayar kepada Kontraktor berjumlah Ringgit Malaysia


Satu Ratus Enam Puluh Enam Ribu Enam Ratus Enam Puluh Lapan
(RM166,668.00) sahaja iaitu berdasarkan pengiraan Ringgit Malaysia Dua
Puluh Lima dan Sen Lima Puluh (RM25.50) sahaja sepasang sebanyak
6,536 pasang bagi tempoh Kontrak dengan cara sebagaimana yang
dinyatakan dalam syarat-syarat Kontrak.

5.2 Nilai Kontrak tidak boleh ditambah melainkan dengan persetujuan bertulis
Kerajaan terlebih dahulu.

8
KLAUSA 6
PEMBAYARAN

6.1 Pembayaran bagi tiap-tiap penyerahan akan dibuat dalam tempoh empat
belas (14) hari selepas Bekalan dan bil atau invois diterima daripada
Kontraktor. Suatu penyata penerimaan dan invois hendaklah dilampirkan
bersama seperti yang telah ditetapkan di dalam Klausa 9.

6.2 Pembayaran kepada Kontraktor tidak boleh dianggap sebagai perakuan


bahawa Bekalan itu adalah mengikut kualiti yang dikehendaki. Pembayaran
oleh Kerajaan tidak melepaskan Kontraktor atas tanggungjawabnya di dalam
Kontrak ini.

KLAUSA 7
PEMERIKSAAN DAN CONTOH BEKALAN

Kontraktor hendaklah apabila diminta, memberi dengan tiada apa-apa bayaran


contoh Bekalan yang akan dibekalkan untuk diuji contoh tersebut dan boleh disimpan
oleh Kerajaan. Selain daripada itu Kontraktor mestilah juga membenarkan pegawai-
pegawai Kerajaan yang berkenaan untuk bebas masuk bagi maksud pemeriksaan
dalam waktu-waktu bekerja biasa ke premis di mana Bekalan tersebut sedang
disimpan.

KLAUSA 8
PEMBUNGKUSAN

8.1 Bekalan yang dibekalkan hendaklah dibungkus dengan sempurna. Apa-apa


kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh bungkusan-bungkusan atau
pembungkusan yang tidak mencukupi atau cacat hendaklah ditukarganti oleh
Kontraktor atas perbelanjaan Kontraktor dalam tempoh tiga puluh (30) hari
selepas penghantaran.

8.2 Semua Bekalan hendaklah dibungkus dengan mencatatkan alamat

9
penghantaran yang ditetapkan.
8.3 Setiap Bekalan hendaklah dilekatkan dengan tag “HAK KERAJAAN
MALAYSIA”.

KLAUSA 9
PENYERAHAN

9.1 Bekalan yang dibungkus dengan sepatutnya hendaklah diserahkan dalam


tempoh empat puluh lima (45) hari bermula 13 Januari 2019 sehingga 26
Februari 2019. Denda akan dikenakan jika berlaku kelewatan dan akan
dituntut daripada Kontraktor. Sebarang lanjutan kepada tempoh penyerahan
hendaklah dipersetujui oleh Kerajaan secara bertulis. Permohonan hendaklah
dibuat empat belas (14) hari sebelum tarikh akhir penyerahan.

9.2 Kontraktor hendaklah menghantar satu surat penyerahan dengan pendua


bersama dengan tiap-tiap satu penyerahan Bekalan dan satu salinannya akan
diperakuterima dan dipulangkan kepada Kontraktor apabila Bekalan diterima.
Surat penyerahan tersebut hendaklah ditandatangani dan dicatatkan nama,
jawatan pegawai yang menerima, dicop dan dinyatakan alamat penghantaran.

9.3 Kontraktor juga dikehendaki menyediakan Sijil Akuan Penerimaan yang


mengandungi butiran Bekalan yang dibekalkan. Sijil-sijil ini akan diserahkan
kepada Kerajaan sebagai dokumen rasmi penerimaan Bekalan oleh Kerajaan.

9.4 Kontraktor hendaklah melampirkan pada tiap-tiap pengiriman Bekalan yang


diserahkan suatu perakuan bertulis yang menyatakan kualiti Bekalan yang
dibekalkan dan dihantar itu tidaklah kurang daripada kualiti contoh atau
penentuan yang telah dipersetujui. Bekalan yang rendah mutunya tidak akan
diterima.

9.5 Kontraktor hendaklah membekalkan di atas risikonya sendiri, kos untuk segala
peralatan, pengangkutan, tenaga pekerja dan apa-apa jua yang perlu untuk
membekal dan menghantar Bekalan tersebut ke alamat yang ditetapkan.

10
KLAUSA 10
PENERIMAAN BERSYARAT

10.1 Walaupun Bekalan telah diterima, Kerajaan adalah sentiasa berhak menolak
semua penghantaran Bekalan yang tidak menepati contoh atau kualiti yang
ditentukan dalam Kontrak ini.

10.2 Apa-apa kehilangan atau kerosakan yang tidak mencukupi atau cacat
hendaklah diganti oleh Kontraktor dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas
penghantaran.

KLAUSA 11
HAK KERAJAAN APABILA BEKALAN ROSAK ATAU RENDAH KUALITI

11.1 Jika Kontraktor telah menyerahkan Bekalan yang rosak atau rendah kualiti
daripada contoh atau penentuan-penentuan dalam Jadual 'A' kepada Kontrak
ini, Kerajaan boleh sama ada:

a) Menolak Bekalan tersebut dan menamatkan Kontrak ini; atau

b) Menolak Bekalan dan meminta menggantikan Bekalan itu dan


penggantian hendaklah dibuat dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas
permintaan itu. Jika penggantian tidak dibuat Kerajaan berhak membeli
Bekalan yang dikehendaki itu daripada punca-punca lain, dengan syarat
sentiasa bahawa jika kos bagi memperolehi Bekalan tersebut daripada
punca-punca lain melebihi harga dalam Kontrak, Kontraktor boleh
dikenakan membayar amaun yang lebih itu sebagai pampasan kepada
Kerajaan. Bagi hal ini, Kerajaan juga boleh mengenakan denda
beramaun 5% daripada jumlah harga Bekalan yang gagal dibekalkan.

11.2 Jika Kontraktor telah menyerahkan Bekalan yang rosak atau yang rendah
kualitinya kepada Kerajaan dan Kerajaan tidak mungkin menolak Bekalan itu
sebab telah dipakai atau digunakan sebelum diketahui rosak atau rendah
kualitinya, atau oleh sebab Kerajaan telah terpaksa kerana keadaan,

11
menerima Bekalan itu, Kerajaan boleh mengenakan denda sama banyak
dengan nilai Bekalan tersebut.

KLAUSA 12
TOLAKAN (“SET OFF”)

12.1 Sekiranya Kontraktor berhutang apa-apa jumlah wang kepada Kerajaan di


bawah Kontrak ini, maka Kerajaan berhak memotong sejumlah wang tersebut
daripada apa-apa wang yang kena dibayar oleh Kerajaan kepada Kontraktor
di bawah Kontrak ini dan atau mana-mana Kontrak lain di antara Kerajaan dan
Kontraktor. Jika wang yang kena dibayar kepada Kontraktor itu tidak
mencukupi bagi menampung tuntutan Kerajaan, Kerajaan boleh menuntut
baki tuntutan itu terus kepada Kontraktor dan Kontraktor hendaklah membuat
pembayaran selewat-lewatnya tiga puluh (30) hari selepas menerima tuntutan
itu. Jika Kontraktor gagal membuat pembayaran tersebut dalam tempoh
ditetapkan, Kerajaan berhak menuntut jumlah yang sama daripada Kontraktor
melalui mana-mana kontrak lain yang ditandatangani dengan Kontraktor.

12.2 Dalam keadaan di mana Kerajaan menolak apa-apa wang di bawah Kontrak
ini sebagai tolakan (“set-off”) sesuatu amaun yang masih belum dibayar
kepada Kerajaan oleh Kontraktor di bawah Kontrak lain yang mana Kerajaan
telah memasuki dengannya, pihak-pihak dengan ini bersetuju bahawa amaun
tersebut yang ditolak di bawah Kontrak ini hendaklah disifatkan sebagai telah
dibayar di bawah Kontrak ini kepada Kontraktor dan hendaklah diakui terima
sebagai suatu pelepasan yang lengkap dan sah (full and valid discharge) bagi
amaun tersebut apabila amaun tersebut kena dibayar di bawah Kontrak ini.

KLAUSA 13
HAK KERAJAAN APABILA BEKALAN TIDAK DISERAHKAN SEPENUHNYA

Bagi hal Bekalan yang tidak diserahkan dalam tempoh Kontrak oleh Kontraktor,
Kerajaan boleh menamatkan Kontrak ini.

12
KLAUSA 14
HAK KERAJAAN APABILA PENYERAHAN BEKALAN LEWAT DISERAHKAN

14.1 Bagi hal Bekalan yang lewat diserahkan oleh Kontraktor, Kerajaan boleh sama
ada:

14.1.1 Menolak Bekalan tersebut dan menamatkan Kontrak ini; atau

14.1.2 Membatalkan Bekalan yang dipesan daripada Kontraktor dan


membeli punca-punca lain. Dalam hal demikian, jika kos pembelian
Bekalan itu daripada pihak lain melebihi harga dalam Kontrak ini,
Kontraktor hendaklah membayar amaun yang lebih itu sebagai
pampasan kepada Kerajaan; atau

14.1.3 Setuju kekalkan Bekalan itu dan kadar denda yang akan dikenakan
untuk perolehan bekalan adalah seperti berikut:-

i) Denda sebanyak 0.15% untuk satu (1) hari lewat bermula dari
hari berikutnya selepas tamat tempoh bekalan

Formula pengiraan denda:

Nilai Kontrak x Kadar x Bilangan hari = Jumlah


(RM) (0.15%) Lewat Denda

ii) Denda maksima sebanyak 15% sekiranya tempoh bekalan


melebihi 100 hari daripada tarikh akhir bekal seperti di
dokumen tawaran.

Formula pengiraan denda:

Nilai Kontrak x Kadar = Jumlah Denda


(RM) (15%)

13
14.1.4 Denda yang dikenakan akan ditolak terus daripada nilai bayaran yang
akan diterima oleh pembekal.

14.1.5 Kiraan Denda hanya akan ditamatkan selepas pembekal


selesai menghantar sepenuhnya bekalan. Sekiranya pembekal
hanya menghantar sebahagian bekalan atau belum menyelesaikan
latihan, denda masih akan dikira sehingga bekalan disempurnakan.

KLAUSA 15
HAK KERAJAAN MEMBELI DI LUAR KONTRAK

Kerajaan berhak membeli di luar Kontrak ini bagi maksud keperluan atau percubaan
yang termasuk di bawah Kontrak ini.

KLAUSA 16
PENGALIHAN BEKALAN

Jika Kerajaan telah menolak Bekalan yang dipesan seperti peruntukan di bawah
Klausa 11.1 dan 14.1 Kontraktor hendaklah mengalihkan Bekalan tersebut di dalam
tempoh masa satu (1) minggu dari tarikh notis mengenainya. Jika Bekalan tersebut
tidak dialih di dalam tempoh masa tersebut, Kerajaan berhak mengalih Bekalan
tersebut dan menuntut kos daripada Kontraktor kerana mengalih Bekalan tersebut.
Kontraktor tidak berhak untuk menuntut gantirugi jika Bekalan tersebut rosak semasa
dialihkan.

KLAUSA 17
PERUBAHAN KADAR DUTI DAN CUKAI

17.1 Jika dalam tempoh Kontrak ini, terjadi sebarang perubahan pada mana-mana
kadar duti kastam, cukai, jualan, cukai kastam dan eksais, harga Kontrak akan
disesuaikan oleh Kontraktor dengan persetujuan Kerajaan mengikut setakat
mana belanja Kontraktor bertambah atau berkurang.

14
17.2 Sebarang tambahan atau kekurangan pada harga Kontrak akan dibuat hanya
ke atas Bekalan yang terlibat di dalam perubahan di bawah Klausa 18.1
sahaja. Tiada tambahan atau kekurangan pada harga Kontrak akan dibuat
mengenai Bekalan yang telahpun diserah sebelum tarikh permohonan oleh
mana-mana pihak untuk pelarasan dalam harga Kontrak.

KLAUSA 18
KENAIKAN HARGA

Kontraktor tidak dibenarkan membuat permohonan untuk kenaikan harga kecuali


dalam sebab-sebab yang dinyatakan di bawah Klausa 17.1 Kontrak ini.

KLAUSA 19
GANTI RUGI

Kontraktor hendaklah menggantirugi Kerajaan terhadap segala bayaran, tuntutan,


belanja, ganti rosak, tanggungan, kerugian dan perbicaraan yang mungkin
ditanggung oleh atau dikenakan ke atas Kerajaan sebagai akibat yang langsung atau
tidak langsung dari perlanggaran Kontrak ini oleh Kontraktor. Jika bilangan
Kontraktor itu dua atau lebih dua orang, maka tanggungan bagi mereka itu di bawah
ini hendaklah disifatkan sebagai bersesama dan masing-masing.

KLAUSA 20
INDEMNITI TERHADAP PELANGGARAN HARTA INTELEK

20.1 Kontraktor menjamin bahawa Bekalan tersebut yang dilaksanakan di bawah


Kontrak ini tidak akan melanggar apa-apa surat kurnia (”letters patent”),
rekabentuk berdaftar, cap perdagangan atau nama perdagangan atau apa-
apa jenis harta intelek yang lain.

20.2 Kontraktor akan menanggungrugi sepenuhnya dan memberi pampasan


kepada Kerajaan terhadap apa-apa tindakan tuntutan, kos bayaran dan
perbelanjaan yang berbangkit dari atau yang ditanggung atas sebab apa-apa

15
perlanggaran mana-mana surat kurnia (”letters patent”), rekabentuk
berdaftar, cap perdagangan atau nama perdagangan atau apa-apa jenis
harta intelek yang lain melalui perlaksanaan Bekalan tersebut, dan terhadap
semua kos/atau kerugian yang Kerajaan mungkin tanggung dalam apa-apa
tindakan bagi perlanggaran sedemikian yang mana Kontraktor mungkin
dipertanggungjawabkan dalam apa-apa tindakan sedemikian.

KLAUSA 21
IKLAN

Iklan-iklan mengenai Kontrak ini tidaklah boleh disiarkan di dalam sebarang akhbar,
majalah atau lain-lain bentuk pengiklanan tanpa kelulusan bertulis daripada
Kerajaan.

KLAUSA 22
PEMAJAKAN DAN KONTRAK KECIL

Kontraktor tidak boleh memajakkan atau membuat atau memberi sub-kontrak


terhadap Kontrak ini atau apa-apa bahagiannya dengan tidak terlebih dahulu
mendapat persetujuan bertulis daripada Kerajaan.

KLAUSA 23
PEMBERIAN MILIK

Kontraktor tidak boleh serahak atau memindah Kontrak ini atau mana-mana
bahagiannya atau memberi milik, menggadai janji, menggadai atau
mempertanggungjawabkan apa-apa juga daripada wang yang kena dibayar atau
yang telah genap masanya dibayar di bawah Kontrak ini dan apa-apa faedah yang
terlibat dari atau yang mungkin terbit daripada Kontrak ini dengan tidak terlebih
dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Kerajaan.

16
KLAUSA 24
PENAMATAN ATAS PERBUATAN RASUAH DAN AKTIVITI YANG MENYALAHI
UNDANG-UNDANG

24.1 Tanpa menjejaskan hak Kerajaan yang lain, sekiranya Kontraktor, kakitangan,
pekerja atau orang yang digajikan disabitkan oleh Mahkamah atas kesalahan
terlibat dengan rasuah atau aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang
yang berkaitan dengan Kontrak ini atau kontrak-kontrak lain yang dimasuki
oleh Kontraktor dengan Kerajaan, Kerajaan berhak untuk menamatkan
Kontrak ini pada bila-bila masa dengan memberikan notis bertulis kepada
Kontraktor yang akan berkuatkuasa serta merta.

24.2 Atas penamatan tersebut, Kerajaan berhak ke atas segala kerugian, kos-kos,
ganti rugi dan perbelanjaan (termasuk kos dan perbelanjaan sampingan) yang
ditanggung oleh Kerajaan akibat dari penamatan tersebut.

24.3 Bagi mengelakkan keraguan atau was-was, pihak-pihak dalam Kontrak ini
bersetuju bahawa Kontraktor tidak mempunyai hak untuk mendapatkan balik
apa-apa gantirugi termasuk kehilangan, keuntungan, pampasan, tuntutan atau
apa-apa gantirugi lain setelah Kontrak ini ditamatkan.

KLAUSA 25
“FORCE MAJEURE”

25.1 Kontraktor dan Kerajaan adalah tidak bertanggungjawab bagi sebarang


ketinggalan atau kegagalan dalam menjalankan Kontrak ini, jika ketinggalan
atau kegagalan itu timbul daripada keadaan-keadaan Force Majeure. Dalam
keadaan ini, yang menyebabkan mana-mana Pihak tidak dapat
menyempurnakan Kontrak ini, Kontrak ini boleh ditamatkan dengan
persetujuan Pihak-Pihak tanpa apa-apa pampasan. Kejadian Force Majeure
hendaklah bermaksud :

a) Peperangan (sama ada ia diisytiharkan atau tidak), pertempuran,


penaklukan atau tindakan oleh musuh-musuh asing;

17
b) Pemberontakan, revolusi, rampasan kuasa, perang saudara atau
tindakan pengganas;

c) Bencana alam termasuk, tetapi tidak terhad kepada gempa bumi,


banjir, kebakaran spontan bawah tanah, ombak besar atau apa-apa
bencana alam yang secara munasabahnya seseorang yang
berpengalaman tidak dijangka dapat mengambil langkah berjaga-
jaga;

d) Letupan nuklear, pencemaran radioaktif atau bahan kimia atau


radiasi;

e) Tekanan gelombang yang disebabkan oleh kapal terbang atau apa-


apa peranti aerial yang bergerak dalam kelajuan sonic atau
supersonik;

f) Rusuhan, kekecohan atau kekacauan awam; atau

g) Sebab-sebab atau bahaya-bahaya yang lain yang di luar kawalan


mana-mana Pihak.

25.2 Walau bagaimanapun, keadaan Force Majeure adalah tidak termasuk


kemerosotan ekonomi, dana yang tidak mencukupi atau masalah kewangan di
Pihak Kontraktor dalam menjalankan tanggungjawab di bawah Kontrak ini.

25.3 Jika berlaku sesuatu kejadian Force Majeure yang menyebabkan mana-mana
Pihak tidak dapat melaksanakan apa-apa obligasinya di bawah Kontrak ini
(atau mana-mana bahagian daripadanya) yang terjejas akibat daripada
kejadian Force Majeure tersebut, Pihak tersebut hendaklah dengan serta-
merta memaklumkan akan kejadian Force Majeure tersebut kepada Pihak
yang satu lagi dan diikuti dengan butir-butir terperinci mengenai kejadian
Force Majeure dan kesannya kepada pelaksanaan Kontrak ini.

25.4 Mana-mana Pihak tidak boleh menggunakan mana-mana peruntukan dalam


klausa ini jika Pihak-Pihak telah memutuskan secara munasabahnya bahawa

18
satu kejadian Force Majeure tidak berlaku.

25.5 Kontraktor hendaklah membuktikan bahawa kejadian Force Majeure betul-


betul berlaku sebelum Kontraktor dapat melepaskan tanggungjawabnya
mengikut klausa 26.1.

25.6 Jika Kontrak ini ditamatkan di bawah klausa 26.1 di atas, semua hak dan
obligasi Pihak-Pihak di bawah Kontrak ini hendaklah terhenti dan mana-mana
Pihak tidak boleh membuat apa-apa tuntutan terhadap Pihak yang satu lagi
dan masing-masing tidak bertanggungan terhadap satu sama lain melainkan
berkaitan apa-apa hak dan liabiliti yang terakru sebelum berlakunya kejadian
Force Majeure tersebut.

25.7 Bagi mengelakkan apa-apa keraguan, Pihak-Pihak kepada Kontrak ini


hendaklah terus melaksanakan obligasi masing-masing di bawah Kontrak ini
yang tidak terjejas, tertangguh atau terganggu oleh kejadian Force Majeure
dan obligasi berkenaan hendaklah terus berkuat kuasa sementera menunggu
pelaksanaan peruntukan klausa ini.

KLAUSA 26
PENAMATAN KONTRAK

26.1 Tanpa prejudis atas hak atau apa-apa remedi yang boleh diambil oleh
Kerajaan ke atas Kontraktor, Kerajaan berhak menamatkan Kontrak ini pada
bila–bila masa dengan memberikan notis bertulis tiga puluh (30) hari kepada
Kontraktor untuk menamatkan Kontraktor ini dalam keadaan-keadaan berikut
jika:-

(a) Kontraktor melakukan pelanggaran obligasi-obligasi atau gagal,


enggan dan/atau cuai di dalam membekal dan menghantar Bekalan di
bawah Kontrak ini dan telah gagal untuk membaiki perlanggaran
tersebut dalam tempoh masa yang diberikan itu;

(b) Prosiding penggulungan telah dimulakan di Mahkamah ke atas

19
Kontraktor atau satu Perintah Penggulungan telah dikeluarkan oleh
Mahkamah;

(c) Satu resolusi yang sah telah diluluskan oleh Kontraktor untuk tujuan
penggulungan syarikat (Kecuali untuk tujuan penyusunan atau
penyatuan dengan kebenaran bertulis Kerajaan);

(d) Kontraktor mengalami likuidasi atau memasuki perkiraan atau


perundingan dengan pemiutang-pemiutang; atau

(e) Prosiding distress atau lain-lain bentuk prosiding dilaksanakan ke


atas Kontraktor dan tidak diselesaikan atau tidak mendapat
pelepasan dan tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh
prosiding tersebut dilaksanakan.

26.2 Penamatan hendaklah berkuatkuasa selepas luput tempoh yang diberikan di


dalam notis kepada Kontraktor;

26.3 Tanpa prejudis kepada Klausa 26.1 di atas dan apa – apa hak untuk
mendapatkan remedi yang boleh diambil oleh Kerajaan ke atas Kontraktor,
Kerajaan berhak menamatkan Kontrak sekiranya Kontraktor melakukan
pelanggaran terhadap perkara - perkara berikut jika:-

(a) Tanpa alasan munasabah telah menangguhkan penghantaran Bekalan


yang dijalankan; atau

(b) Gagal untuk melaksanakan penghantaran Bekalan secara biasa dan


dengan berhati-hati mengikut obligasi di bawah Kontrak ini.

26.4 Tanpa menjejaskan hak Kerajaan, Kerajaan adalah berhak untuk


menamatkan dan/atau penamatan awal Kontrak ini pada bila-bila masa
juapun tanpa apa-apa alasan.

20
26.5 Penamatan Atas Kepentingan Negara, Keselamatan Negara, Polisi Kerajaan
atau Polisi Awam;

(a) Tanpa mengambilkira peruntukan di bawah Kontrak ini, Kerajaan


berhak menamatkan Kontrak ini jika penamatan adalah perlu demi
Kepentingan negara, untuk keselamatan negara atau untuk tujuan
polisi Kerajaan atau polisi awam; dan

(b) Apabila berlaku penamatan di bawah Klausa 26.5(a), Kontraktor


berhak mendapatkan pampasan yang ditentukan oleh auditor bebas
yang dilantik oleh Kerajaan selepas berunding dengan Kontraktor.

26.6 Untuk tujuan Klausa 26.5, maksud ‘kepentingan negara’, ‘Keselamatan


Negara’, ‘Polisi Kerajaan’ dan ‘Polisi Awam’ adalah diputuskan dan
ditentukan oleh Kerajaan dan ia adalah muktamad.

26.7 Apabila penamatan telah dikuatkuasakan, maka Kontraktor hendaklah ;

a) Mengemukakan kepada Kerajaan satu laporan lengkap berkaitan


Bekalan yang telah dijalankan dan kos serta perbelanjaan sebelum
penamatan Kontrak untuk tujuan pengesahan dan kelulusan oleh
Kerajaan;

b) Membuat bayaran gantirugi atas tuntutan Kerajaan kepada Kontraktor;


dan

c) Mengeluarkan segala Bekalan atau alatan Kontraktor yang tidak


diperlukan oleh Kerajaan termasuk pekerja-pekerja Kontraktor,
agennya dan lain-lain orang yang dilantik mewakilinya.

26.8 Dengan sentiasa bersyarat bahawa penamatan Kontrak ini tidak


menyentuh hak-hak Kerajaan yang lain, jika ada untuk mendapatkan balik
apa-apa gantirugi atau pampasan di bawah Kontrak ini.

21
KLAUSA 27
PEMAKAIAN DAN PEMATUHAN UNDANG-UNDANG

27.1 Kontrak ini hendaklah ditafsirkan mengikut dan dikawal oleh Undang-undang
Malaysia dan Pihak-Pihak bersetuju untuk tertakluk kepada klausa
Mahkamah di Malaysia.

27.2 Pihak-pihak bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang bertulis yang


berkuat kuasa, arahan perintah, kehendak dan perkeliling yang dikeluarkan
oleh pihak berkuasa yang kompeten untuk berbuat demikian ke atas Kontrak
ini dari semasa ke semasa.

KLAUSA 28
PINDAAN-PINDAAN

Sebarang pindaan atau perubahan kepada Kontrak ini hendaklah dibuat secara
bertulis dalam bentuk kontrak tambahan dan ditandatangan oleh kedua-dua pihak.

KLAUSA 29
KEBOLEHASINGAN

29.1 Jika mana-mana klausa atau peruntukan atau bahagian dalam Kontrak ini
didapati tidak sah, batal atau tidak boleh dilaksanakan di bawah undang-
undang masa kini atau undang-undang masa depan, klausa atau peruntukan
atau bahagian tersebut akan dibolehasingkan sepenuhnya (”fully severable”).

29.2 Sekiranya perkara yang dinyatakan di klausa 29.1 berlaku, Kontrak ini
hendaklah ditafsirkan dan dilaksanakan seolah-olah klausa atau peruntukan
atau bahagian dalam Kontrak ini yang tidak sah, batal atau tidak boleh
dilaksanakan tersebut tidak pernah membentuk sebahagian daripada Kontrak
ini dan klausa atau peruntukan atau bahagian yang lain akan kekal dengan
sepenuh kesan dan peranannya dan tidak akan terjejas oleh klausa atau
peruntukan atau bahagian dalam Kontrak ini yang didapati tidak sah, batal
atau tidak boleh dilaksanakan tersebut atau oleh pengasingannya daripada

22
Kontrak ini.

29.3 Sebagai ganti kepada klausa atau peruntukan atau bahagian dalam Kontrak
ini yang didapati tidak sah, batal atau tidak boleh dilaksanakan tersebut, akan
ditambah kepada Kontrak ini secara automatik klausa atau peruntukan atau
bahagian (yang seberapa hampir yang boleh maksudnya dengan klausa atau
peruntukan atau bahagian dalam Kontrak ini yang didapati tidak sah, batal
atau tidak boleh dilaksanakan tersebut) yang sah, tidak batal dan boleh
dilaksanakan bagi merealisasikan niat kedua-kedua Pihak.

KLAUSA 30
KOS DAN DUTI SETEM

Apa-apa duti setem dan kos yang harus dibayar berkenaan Kontrak ini hendaklah
ditanggung sepenuhnya oleh Kontraktor.Pindaan-pindaan tersebut hendaklah dibaca
bersama dan menjadi sebahagian daripada Kontrak.

KLAUSA 31
PENEPIAN HAK

31.1 Kegagalan Kerajaan dan/atau Kontraktor untuk melaksanakan atau


menguatkuasakan apa-apa hak, remedi atau peruntukan yang terkandung di
dalam Kontrak ini pada bila-bila masa tidak boleh dianggap penepian hak,
remedi atau peruntukan tersebut melainkan ianya telah dibuat secara bertulis
terlebih dahulu oleh suatu pihak yang lain.

31.2 Sebarang penepian hak, remedi atau peruntukan di bawah Kontrak ini oleh
Kerajaan hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah dipersetujui dan
ditandatangani oleh Kerajaan.

31.3 Sebarang penepian hak di pihak Kontraktor di bawah Kontrak ini hendaklah
dipersetujui dan ditandatangani oleh pengurus syarikat Kontraktor.

23
KLAUSA 32
INDEMNITI

Kerajaan tidak akan menanggung sebarang liabiliti untuk apa-apa gantirugi atau
pampasan kepada sesiapa yang lain berakibat dari kerosakan kepada hartabenda
seseorang atau kecederaan, maut atau tidak, atau kerugian yang dihadapi oleh
orang tersebut melainkan kerosakan, kecederaan atau kerugian itu berakibat dari
mana-mana tindakan atau keingkaran Kerajaan, pekerja-pekerjanya atau agennya
yang mana Kerajaan bertanggungjawab terhadapnya mengikut Undang-Undang.
Kontraktor hendaklah mengindemnitikan Kerajaan berkaitan dengan tuntutan-
tuntutan terhadap Kerajaan bagi kecederaan atau kerugian dan atau kerosakan
terhadap harta termasuk hartabenda Kerajaan yang mungkin timbul akibat dari
kecuaian, peninggalan atau keingkaran Kontraktor, pekerja-pekerjanya, agen-
agennya atau kontraktor- kontraktor kecil yang diberi kuasa atau sebarang keadaan
yang di bawah kawalannya.

KLAUSA 33
PAMPASAN

Kontraktor hendaklah memberi pampasan kepada Kerajaan terhadap segala


bayaran, tuntutan, belanja, ganti, rosak, tanggungan, kerugian dan perbicaraan yang
mungkin ditanggung oleh atau dikenakan ke atas Kerajaan sebagai akibat yang
langsung atau tidak langsung dari pelanggaran Kontrak ini oleh Kontraktor. Jika
bilangan Kontraktor itu dua atau lebih daripada dua orang, maka tanggungan bagi
mereka itu di bawah ini hendaklah disifatkan sebagai bersesama dan masing-
masing.

KLAUSA 34
MERAHSIAKAN MAKLUMAT

34.1 Kontraktor di dalam melaksanakan Bekalan tersebut hendaklah pada setiap


masa mematuhi peruntukan-peruntukan berikut:

(a) Tidak boleh menggunakan kebenaran yang diberikan kepadanya,

24
ejennya dan pekerjanya di bawah Kontrak ini, bagi mendapatkan sesuatu
benda, suratan atau maklumat rasmi yang berkaitan dengan tugas atau
pembekalan tersebut dibuat;

(b) Suatu benda, suratan atau maklumat rasmi yang berkaitan dengan sebab
kewajipannya sebagai tersebut hendaklah dikawal dan dijaga
keselamatan atau kerahsiaan benda, suratan atau maklumat rasmi itu;

(c) Tanpa kebenaran yang sah, tidak boleh membantu atau membenarkan
seseorang lain memiliki sebarang benda, suratan atau maklumat rasmi
yang berkaitan dengan tugas atau Tempat Pembungkusan dibuat;

(d) Jika dapat memiliki sesuatu benda atau suratan rasmi samada dengan
menjumpainya atau dengan serta merta kepada seorang pegawai awam
yang bertugas di pejabat di mana tempat Bekalan dihantar;

(e) Tanpa kuasa yang sah, tidak boleh memiliki sesuatu anak kunci, lencana,
alat, acuan, meteri atau cop yang berkaitan dengan tempat dimana
Bekalan telah, sedang dan akan dihantar.

34.2 Kegagalan mematuhi kehendak peruntukan-peruntukan di bawah Para 35.1,


Kontraktor boleh didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 dan/atau ditamatkan
Kontrak ini dan didakwa; dan

34.3 Kontraktor tidak boleh menzahirkan kepada mana-mana pihak apa-apa maklumat
yang ditemuinya atau yang dizahirkan kepadanya bagi maksud pelaksanaan
Kontrak ini di antara kedua-dua pihak.

34.4 Klausa ini hendaklah terus berkuat kuasa walaupun Kontrak ini ditamatkan atas
apa-apa sebab sekalipun.

25
KLAUSA 35
REPRESENTASI DAN WARANTI

35.1 Kontraktor dengan ini memberi representasi dan waranti kepada Kerajaan
bahawa:

(a) ia adalah sebuah perniagaan yang sah diwujudkan dan didaftarkan


dibawah undang-undang Malaysia;

(b) ia mempunyai kuasa untuk memasuki dan melaksanakan


tanggungjawab serta urusan di bawah Kontrak ini;

(c) ia telah mengambil segala langkah-langkah yang perlu bagi memasuki


dan melaksanaan tanggungjawab serta urusan di bawah Kontrak ini;

(d) pada pelaksanaan Kontrak ini, pelaksanaan Kontrak ini tidak menyalahi
sebarang peruntukan terutamanya berkaitan mana-mana dokumen
atau Kontrak yang mengikat asetnya;

(e) ia adalah sebuah perniagaan yang berdaftar pada setiap masa dengan
Kementerian Kewangan melainkan diberikan pengecualian secara
bertulis oleh Kerajaan; dan

(f) tiada sebarang litigasi, tuntutan cukai, timbang tara, pertikaian atau
prosiding yang sedang atau akan berlangsung yang pada
pengetahuannya akan memberi kesan negatif terhadap keupayaan
atau tanggungjawabnya di bawah Kontrak ini

(g) Tidak dalam apa-apa cara sekalipun pada bila-bila masa menjejaskan
atau melanggar apa-apa undang-undang berkaitan hakcipta, paten
atau rekabentuk berdaftar;

26
(i) Tiada perbuatan rasuah, aktiviti haram atau menyalahi undang-undang
telah digunakan untuk mendapatkan hak untuk melaksanakan
Perkhidmatan di bawah Kontrak ini.

35.2 Dan Kontraktor dengan ini mengaku bahawa Kerajaan telah memasuki Kontrak
ini berdasarkan representasi dan waranti Kontraktor seperti dinyatakan di sini.

KLAUSA 36
JAWATANKUASA PENYELESAIAN PERTIKAIAN

36.1 Apa-apa hal, pertikaian atau tuntutan yang timbul daripada atau berkenaan
dengan Kontrak ini hendaklah diselesaikan secara baik oleh kedua-dua Pihak.

36.2 Jika hal, pertikaian atau tuntutan tersebut tidak dapat diselesaikan secara baik
oleh Pihak-Pihak yang terlibat, maka hal, pertikaian atau tuntutan tersebut
boleh dirujuk oleh mana-mana Pihak kepada Jawatankuasa Penyelesaian
Pertikaian yang dianggotai oleh:

(a) seorang (1) wakil Ketua Setiausaha Kementerian sebagai pengerusi


bebas yang dilantik secara persetujuan bersama oleh Pihak-Pihak;

(b) seorang (1) wakil yang dilantik daripada Kerajaan; dan

(c) seorang (1) wakil yang dilantik daripada Kontraktor.

36.3 Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian tersebut hendaklah menentukan


prosedurnya sendiri. Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian tersebut
hendaklah bermesyuarat dan berusaha sedaya upaya untuk mencapai
penyelesaian yang sebaik-baiknya di atas perkara yang dirujukkan
kepadanya.

36.4 Jika hal, pertikaian atau tuntutan yang dirujuk kepada Jawatankuasa
Penyelesaian Pertikaian tersebut tidak dapat diselesaikan secara baik oleh
Pihak-Pihak, mana-mana Pihak boleh merujuk hal, pertikaian atau tuntutan

27
tersebut kepada timbang tara dalam masa empat belas (14) hari daripada
tarikh Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian membuat keputusan.

36.5 Setiap ahli Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian termasuk Pengerusi


memegang satu undi. Sebarang keputusan yang diputuskan oleh
Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian tersebut adalah muktamad dan
mengikat Pihak-Pihak yang terlibat.

KLAUSA 37
TIMBANG TARA

37.1 Sekiranya pertikaian, perbezaan,perkara atau tuntutan yang berbangkit


daripada atau berhubung dengan Kontrak ini masih tidak dapat diselesaikan
menurut klausa 37, maka hendaklah dirujuk kepada Timbang Tara. Sekiranya
pertikaian, perbezaan, perkara atau tuntutan yang berbangkit daripada atau
berhubung dengan Kontrak ini dirujuk kepada Timbang Tara tetapi jika tiada
persetujuan berhubung dengan pemilihan penimbang tara hendaklah
dicalonkan atas permohonan salah satu Pihak oleh Pengarah Pusat Timbang
Tara Antarabangsa Asia (Malaysia).

37.2 Apa-apa rujukan kepada penimbang tara hendaklah dianggap sebagai satu
rujukan kepada Timbang Tara mengikut cara yang diperuntukkan oleh Akta
Timbang Tara 2005.

37.3 Keputusan yang diputuskan oleh penimbang tara adalah muktamad dan
mengikat Pihak-Pihak yang terlibat.

37.4 Setiap prosiding Timbang Tara hendaklah dijalankan di bawah Peraturan-


peraturan Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia) yang bertempat
di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia) dengan menggunakan
kemudahan dan kelengkapan yang tersedia di Pusat tersebut atau di mana-
mana tempat yang akan ditentukan oleh penimbang tara dan dipersetujui oleh
Pihak-pihak.

28
37.5 Apa-apa rujukan kepada mana-mana hal pertikaian, perbezaan, perkara atau
tuntutan kepada Timbang Tara selaras dengan Klausa ini dan/atau pelanjutan
prosiding Timbang Tara akibat daripadanya, hendaklah tanpa menyentuh apa-
apa tuntutan oleh mana-mana Pihak kepada Pihak yang satu lagi mengenai
apa-apa pelanggaran terdahulu terhadap mana-mana persetujuan atau syarat
yang terkandung dalam Kontrak ini.

37.6 Rujukan berkenaan apa-apa pertikaian kepada penimbang tara menurut


Klausa ini atau penerusan apa-apa prosiding Timbang Tara yang berbangkit
daripada perujukan itu, tidak dengan apa-apa cara bertindak sebagai
penepian obligasi Pihak-Pihak untuk melaksanakan obligasi mereka masing-
masing di bawah Kontrak ini.

KLAUSA 38
MASA

Masa hendaklah penting dan menjadi intipati kepada Kontrak ini.

KLAUSA 39
IKATAN PERJANJIAN

Kontrak ini hendaklah mengikat ejen-ejen, wasi-wasi, pentadbir-pentadbir, penganti-


penganti dan penerima pindah hak milik Kontraktor.

KLAUSA 40
DOKUMEN KONTRAK

Jadual kepada Kontrak ini hendaklah dibaca dan tafsirkan sebagai sebahagian yang
penting kepada Kontrak ini.

29
KLAUSA 41
HAK MILIK HARTA INTELEK

41.1 Hak Milik

(a) Bekalan yang dibekalkan oleh Kontraktor kepada Kerajaan akan menjadi
hakmilik kerajaan.

41.2 Hak Cipta Intelek

(a) Kontraktor hendaklah memberi jaminan bahawa Bekalan yang dibekalkan


kepada Kerajaan adalah bukan dipinjam, diciplak serta tidak melanggar hak
cipta intelek, paten, “trade mark”, “copy right” atau “trade secret” pihak lain.

(b) Kontraktor hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya jika terdapat apa-apa


tuntutan daripada mana-mana pihak di atas pelanggaran hak cipta intelek,
paten, “trade mark”, “copy right” atau “trade secret” sekiranya ada semasa
melaksanakan obligasinya di bawah Kontrak ini.

KLAUSA 42
HAK MILIK HARTA INTELEK

42.1 Hak Milik

(b) Bekalan yang dibekalkan oleh Kontraktor kepada Kerajaan akan menjadi
hakmilik kerajaan.

42.2 Hak Cipta Intelek

(c) Kontraktor hendaklah memberi jaminan bahawa Bekalan yang dibekalkan


kepada Kerajaan adalah bukan dipinjam, diciplak serta tidak melanggar hak
cipta intelek, paten, “trade mark”, “copy right” atau “trade secret” pihak lain.

30
(d) Kontraktor hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya jika terdapat apa-apa
tuntutan daripada mana-mana pihak di atas pelanggaran hak cipta intelek,
paten, “trade mark”, “copy right” atau “trade secret” sekiranya ada semasa
melaksanakan obligasinya di bawah Kontrak ini.

KLAUSA 43
KESELURUHAN KONTRAK

Kontrak ini mengandungi keseluruhan persetujuan dan persefahaman di antara


Pihak-Pihak berkenaan dengan Perkhidmatan dan mengatasi serta membatalkan
keseluruhan mana-mana perjanjian, kontrak, representasi, persetujuan, surat
rundingan, persefahaman, syarat-syarat dan terma-terma terdahulu sebelum Kontrak
ini berkuat kuasa sama ada secara langsung atau tidak langsung, di antara Pihak-
Pihak terhadap atau berkaitan dengan Perkhidmatan atau perkara-perkara yang
melibatkan Perkhidmatan dalam Kontrak ini.

KLAUSA 44
NOTIS / SURAT MENYURAT

44.1 Segala notis atau surat menyurat berkaitan dengan Kontrak ini akan
dialamatkan kepada Kerajaan di :

(a) Bagi pihak Kerajaan

Pengarah
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Johor
Tingkat 6, Blok A,
Wisma Persekutuan, Jalan Air Molek
80100 Johor Bahru
No. Telefon : 07-2278941 / 07-2278373
No. Faks : 07-2241579

31
(b) Bagi pihak Kontraktor

BANJARAN NUSANTARA RESOURCES (PG0374643-A)


No. 13 Jalan Nusantara 8
Taman Nusantara
Gelang Patah
81550 Johor Bharu
No. Tel :
No. Faks :

44.2 Bagi maksud Klausa 44.1, notis ini hendaklah menjadi penyampaian yang cukup
dan disifatkan telah diterima jika dihantar melalui pos berdaftar ke alamat yang
dinyatakan dalam Klausa 44.1; dan

44.3 Sebarang perubahan alamat dan atau pertukaran entiti Kontraktor hendaklah
dimaklumkan kepada Kerajaan secara bertulis dalam tempoh empat belas
(14) hari dari tarikh pertukaran tersebut.

---------------------------------------------

(ruangan ini sengaja dibiarkan kosong)

32
PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS pihak-pihak kepada Kontrak ini telah
menurunkan tandatangan dan meteri mereka pada hari dan tahun seperti yang mula-
mula tertulis di atas.

Ditandatangani untuk dan bagi Di hadapan :


Pihak KERAJAAN MALAYSIA oleh :

Tandatangan : ………………………… Tandatangan : ……………………..


Nama : ………………………………… Nama : ……………………………...
Jawatan : ……………………………… Jawatan : …………………………..
No. K/P : ……………………………… No. K/P : ……………………………

Ditandatangani untuk dan bagi Di hadapan :


Pihak KONTRAKTOR
oleh:

Tandatangan: ………………………. Tandatangan : ……………………..


Nama : ……………………………….. Nama : ……………………………...
Jawatan : ……………………………. Jawatan : …………………………..
No. K/P : …………………………….. No. K/P : ……………………………

Cop Rasmi Syarikat : ………………

33

You might also like