You are on page 1of 15

SYARAT-SYARAT PERJANJIAN

1.0 TAKRIF DAN TAFSIRAN


Takrif
1.1 Dalam Perjanjian ini (sebagaimana kemudian hari ini ditakrifkan)
perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan berikut hendaklah
mempunyai erti sebagaimana ditetapkan kepadanya kecuali jika
konteksnya menghendaki makna yang lain:
i. Perjanjian atau Dokumen Perjanjian ertinya dokumen-dokumen
yang menjadi tawaran dan setujuterima tawaran itu termasuk:
Perkara-perkara Perjanjian,
Surat Tawaran,
Borang Setuju Terima Tawaran lantikan,
Syarat-syarat Kontrak dan Lampiran tambahan kepadanya,
dan semua dokumen ini hendaklah melengkapi antara satu
sama lain.
ii. Kontraktor ertinya orang atau orang-orang, perkongsian, firma atau
syarikat yang tendernya untuk kerja telah disetujuterima dan yang
telah menandatangani kontrak ini dan termasuk wakil-wakil peribadi
Kontraktor, penggantinya dan mana-mana orang atau kumpulan lain
yang kepadanya Kontraktor telah menyerah hak atau membuat sub-
sewa menurut syarat-syarat ini.
iii. Jumlah Harga Kontrak ertinya jumlah wang yang dinyatakan dalam
Perkara 5 Perkara-perkara Perjanjian.
1.2 Diluluskan dan Diarahkan
Istilah diluluskan dan diarahkan ertinya dimana jua terdapat dalam
Kontrak ini ertinya diluluskan atau diarahkan secara bertulis (termasuk
pengesahan kemudiannya bagi kelulusan atau arahan secara lisan oleh
Datuk Bandar).
1.3 Istilah Bilangan Tunggal dan Jamak
Perkataan-perkataan yang memaksudkan bilangan tunggal sahaja adalah
juga termasuk jamak dan sebaliknya jika konteksnya menghendaki
sedemikian.
1.4 Tajuk Birai
Tajuk-tajuk birai dalam Syarat-syarat Kontrak ini hendaklah tidak disifatkan
sebagai sebahagian darinya atau diambil kira dalam tafsiran atau
pengertian Kontrak ini.

2.0 PERLAKSANAAN TANGGUNGJAWAB


Untuk pertimbangan yang kemudian daripada ini dinyatakan, Kontraktor akan
menyempurnakan bekalan barangan sedemikian serta bertanggungjawab ke atas
tugasan, liabiliti, obligasi dan tanggungjawab yang tertera dalam Perjanjian ini
semua syarat dan terma yang dinyatakan dalam Lampiran.
3.0 SKOP KERJA
Kontraktor hendaklah melaksanakan dan menyempurnakan bekalan semua
barangan menurut kontrak ini dalam sebarang hal dan menurut arahan dan
kepuasan Datuk Bandar mengikut spesifikasi yang dipersetujui seperti yang
dinyatakan di dalam Lampiran.
4.0 BEKALAN BARANGAN
Semua Barangan yang dibekalkan di bawah kontrak ini mestilah barang-barang
keluaran semasa, baru, tulen, belum digunakan dan memenuhi spesifikasi yang
ditetapkan dalam lampiran A4.
5.0 HAK PATEN DAN ROYALTI
Kontraktor hendaklah melindungi dan menanggung rugi Datuk Bandar dari segala
tuntutan dan prosiding bagi atau oleh sebab pelanggaran terdapat apa-apa hak
paten, rekabentuk, tanda niaga atau nama dagangan atau hak-hak lain yang
terlindung mengenai apa-apa loji, kerja jentera atau bahan yang digunakan untuk
atau berkaitan dengan kerja atau mana-mana daripadanya dan dari dan terhadap
segala tuntutan, desakan, prosiding, ganti rugi, kos, caj dan apa juga perbelanjaan
mengenai atau berhubungan dengannya, kecuali jika dinyatakan selainnya,
Kontraktor hendaklah membayar segala bayaran bagi berat tan dan royalti lain,
sewaan, fee dan bayaran-bayaran lain yang dikehendaki bagi kerja atau bagi
mana-mana daripada yang tersebut itu.
6.0 BUNGKUSAN
6.1 Barang-barang yang dibekalkan kepada Datuk Bandar hendaklah dibungkus
dengan sempurna. Kontraktor juga hendaklah memastikan bahawa
pembungkusan tersebut adalah mencukupi untuk mengelakkan sebarang
kerosakan atau kemerosotan kualiti barangan semasa perjalanan darat/laut yang
biasa. Sebarang kerosakan atau kemerosotan kualiti mana-mana barangan rosak
atau tidak menepati perincian yang disebabkan oleh pembungkusan yang tidak
sempurna hendaklah diambil balik oleh Kontraktor yang diatas perbelanjaannya
sendiri dan Kontraktor hendaklah menggantikannya.

6.2 Semua bungkusan hendaklah ditanda di luarnya seperti berikut:-


i. Nombor Kontrak;
ii. Nombor Pesanan;
iii. Destinasi;

7.0 PENYERAHAN
7.1 Barangan tersebut hendaklah diserahkan dalam tempoh yang ditetapkan oleh
Datuk Bandar. Sekiranya tempoh penyerahan ini tidak dilanjutkan dengan
persetujuan secara bertulis oleh Datuk Bandar maka Kontraktor hendaklah
membuat penyerahan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
7.2 Kontraktor hendaklah semasa urusan penghantaran Barangan tersebut di tempat
yang ditentukan oleh Datuk Bandar, memastikan penghantaran tersebut tidak
menjejaskan keselamatan pegawai/kakitangan Datuk Bandar dan keselamatan
premis/harta Datuk Bandar. Sekiranya berlaku kerosakan terhadap premis/harta
dan kecederaan terhadap pegawai/kakitangan Datuk Bandar semasa Kontraktor
mengendalikan penghantaran Barangan tersebut, maka Kontraktor hendaklah
bertanggungjawab membayar gantirugi/pampasan ke atas kerosakan dan
kecederaan tersebut.
7.3 Kontraktor hendaklah, pada tiap-tiap penyerahan Barangan tersebut memberi satu
perakuan bertulis bahawa kualiti Barangan tersebut yang dihantarkan itu
memenuhi spesifikasi yang dipersetujui. Perakuan bertulis tersebut hendaklah
dilengkapkan oleh kontraktor mengikut format borang yang ditetapkan oleh Datuk
Bandar.

8.0 PENERIMAAN BERSYARAT


8.1 Walaupun Barangan tersebut telah diterima, Datuk Bandar adalah sentiasa berhak
menghantar contoh Barangan tersebut untuk diuji oleh pihak ketiga yang dilantik
oleh Datuk Bandar. Jika keputusan ujian tersebut menunjukkan contoh Barangan
tersebut itu tidak menepati kualiti contoh atau kualiti yang ditentukan dalam
spesifikasi atau lain-lain dokumen berkaitan, Datuk Bandar boleh menolak semua
pengiriman Barangan tersebut dan kontraktor tidak berhak menuntut bayaran
terhadap bekalan yang tidak menepati kualiti sebagaimana yang ditentukan dalam
spesifikasi tersebut;
8.2 Datuk Bandar boleh melantik satu jawatankuasa yang mana keahliannya terdiri
daripada Jabatan-jabatan dalam DBKL dan mana-mana pihak ketiga yang dilantik
bagi meneliti kualiti barangan yang dibekalkan oleh Kontraktor.

9.0 HAK-HAK DATUK BANDAR


9.1 APABILA BARANGAN TIDAK MEMATUHI SPESIFIKASI DAN
KUANTITI

9.1.1 Bagi satu-satu pesanan jika Kontraktor telah menyerahkan Barangan yang
rosak atau rendah kualitinya at u kurang kuantitinya daripada spesifikasi
yang ditentukan dalam Perjanjian ini, Datuk Bandar boleh sama ada :
i. Menolak Barangan tersebut dan menam tk n Perjanjian ini; atau
ii. Menolak Barangan tersebut dan meminta gantiannya; atau
iii. Tertakluk kepada Klausa 14.4, Sekiranya Barangan tersebut kurang
kuantitinya seperti yang ditentukan dalam spesifikasi, mengarahkan
Kontraktor menambah kuantiti Barangan tersebut selaras dengan
spesifikasi.
9.1.2 Tertakluk kepada Klausa 8, Jika selepas Barangan tersebut dihantar, Datuk
Bandar mendapati Barangan yang telah dibekalkan bukan Bara gan
keluaran semasa, baru atau tulin, Datuk Bandar bol h sama ada menyimpan
atau menolak Barangan yang dibekalkan dan boleh menamatkan kontrak
ini dengan serta merta.
9.1.3 Tertakluk kepada Klausa 8, Jika selepas Barangan tersebut dihantar dan
digunakan oleh Datuk Bandar, dan didapati oleh Datuk Bandar Barangan
tersebut rosak, rendah kualiti, tidak tulin dan/atau tidak menepati spesifikasi
Datuk Bandar, lalu m nyebabkan kerosakan kepada mana-mana harta
Datuk Bandar susulan dari penggunaan Barangan tersebut, maka
Kontraktor hendaklah bertanggungjawab untuk menggantikan mana-mana
harta Datuk Bandar yang rosak tersebut atau membayar gantirugi terhadap
kerosakan tersebut.
9.1.4 Sekiranya Datuk Bandar telah menolak Barangan dalam situasi yang
dinyatakan dalam Klausa 9.1.1, Kontraktor hendaklah mengambil balik
Barangan tersebut didalam tempoh masa empat belas (14) hari daripada
tarikh yang ditetapkan. Sekiranya barangan tersebut tidak diambil balik
dalam masa tersebut Datuk Bandar berhak untuk menghantar balik atau
tidak menghantar balik Barangan tersebut kepada Kontraktor dan menolak
daripada mana-mana jumlah yang belum dibayar kepada Kontraktor
sebagai kos penghantaran tersebut atau merampas sebahagian atau
kesemua Bon Pelaksanaan.

9.2 APABILA BARANGAN LEWAT DISERAHKAN


9.2.1 Apabila Barangan tersebut lewat diserahkan oleh Kontraktor, Datuk Bandar
boleh sama ada :
i. Mengenakan ganti rugi tetap menurut Klausa 14.4: atau
ii. Menamatkan Perjanjian ini; atau
ii. Membatalkan/menolak pesanan Barangan yang dipesan daripada
Kontraktor dan membeli barangan yang dikehendaki itu daripada
punca-punca lain dan sekiranya harga barangan yang diperolehi
oleh Datuk Band r melebihi harga yang dipersetujui dengan
Kontraktor m ka perbezaan harga tersebut dan kos mendapatkan
Barangan tersebut akan ditanggung oleh Kontraktor atau Datuk
Bandar berhak menolak daripada mana-mana jumlah yang belum
dibayar kepada Kontraktor;

10.0 PEMBAYARAN
Pembayaran bagi barangan tersebut akan dibuat oleh Datuk Bandar dalam
matawang Malaysia dalam tempoh yang ditetapkan oleh Datuk Bandar selepas
pihak Kontraktor menyempurnakan semua penghantaran dan kerja yang berkaitan
dan mengemukakan dokumen-dokumen berikut :
i. Satu (1) s linan Borang Tempahan Piawai Datuk Bandar
ii. Satu (1) salinan Delivery Order;
iii. Dua (2) salinan Invois;
iv. Satu salinan Borang Perakuan Kualiti Barang;

11.0 MENGALIH DAN MENGGANTI


Kontraktor hendaklah pada kosnya sendiri dan apabila dimaklumkan oleh Datuk
Bandar secara bertulis, mengalih dan menggantikan barangan yang didapati
rosak, cacat atau dalam sebarang hal contoh yang tidak baik atau tidak selaras
dengan lampiran ketika diserahkan. Jika Kontraktor gagal berbuat demikian, Datuk
Bandar berhak membeli barangan gantian dari pihak lain atau membaiki keadaan
barangan yang rosak itu seperti yang difikirkan perlu dan segala kos yang terlibat
hendaklah ditanggung oleh Kontraktor dengan menolak jumlah berkenaan dari
bayaran yang diberi kepada Kontraktor di bawah Perjanjian ini atau sebagai ganti
rugi jumlah tertentu.
12.0 TEMPAHAN

Semua tempahan (kemudian daripada ini disebut sebagai Tempahan) bagi


barangan yang perlu dibekalkan dibawah Perjanjian ini hendaklah dikemukakan
secara bertulis oleh Datuk bandar menggunakan Borang Tempahan Piawai Datuk
Bandar. Semua tempahan sedemikian hendaklah dengan jelas menyatakan
perincian dan jenis barangan yang perlu dibekalkan dan hendaklah juga
menyatakan jumlahnya, dikira pada kadar yang tertera dalam Lampiran, yang
perlu dibayar kepada Kontraktor. Selepas penyempurnaan penyerahan
sedemikian, Kontraktor hendaklah memulangkan dokumen tempahan berhubung
perkara diatas kepada Datuk Bandar untuk tujuan pembayaran pada masa dan
cara yang dinyatakan dalam dokumen ini.

13.0 MEMBELI DITEMPAT LAIN


Datuk Bandar berhak membeli sebarang barangan dibawah Perjanjian ini dari
mana-mana sumber komersil di luar kawasan yang untuknya barangan dibekalkan
dibawah Perjanjian ini atau dari mana-mana bahagian atau institusi walau dimana
sekalipun, tanpa mengambil kira bahawa barangan sedemikian digunakan dalam
lingkungan kawasan berkenaan.

14.0 KELEWATAN DAN KEGAGALAN

14.1 Jika pada pendapat Datuk Bandar, berlaku kelewatan dalam bekalan dan/atau
penyerahan mana-mana barangan yang dinyatakan dalam lampiran akibat mana-
mana sebab berikut, iaitu bencana alam, penyekatan harga, peraturan atau force
majeure, rusuhan dan ketidak tenteraman awam, mogok, sekat masuk atau lain-
lain percanggahan tenaga buruh, kebakaran, peperangan dan lain-lain bahaya
yang berada diluar kawalan Kontraktor, maka dalam sebarang kes sedemikian,
Kontraktor boleh dalam tempoh adaan sedemikian dilepaskan obligasinya untuk
membekal dan menyerahkan sebarang barangan sedemikian yang terjejas tetapi
peruntukan dalam Perjanjian ini akan tetap berkuatkuasa sepenuhnya berhubung
mana-mana barangan yang tidak terjejas akibat keadaan tersebut.
14.2 Sekiranya Kontraktor gagal membekal dan menghantar mana-mana barangan
yang tertera dalam Lampiran disebabkan sebarang keadaan yang dinyatakan di
atas, Datuk Bandar berhak membeli barangan tersebut ditempat lain dan
barangan sedemikian yang dibeli hendaklah diambil kira apabila Datuk Bandar
menganggarkan jumlah kuantiti barangan sedemikian masih diperlukan dalam
baki tempoh Perjanjian ini, tanpa mengambil kira sebarang kuantiti penghampiran
barangan yang mungkin dinyatakan dalam Lampiran.
14.3 Sekiranya Kontraktor gagal membekal dan menghantar mana-mana barangan
yang tertera dalam Lampiran, selain keadaan yang diperuntukkan dalam Klausa
14.1 diatas, Datuk Bandar berhak membatalkan kesemua atau mana-mana
bahagian dalam Perjanjian ini tanpa perlu membayar sebarang pampasan dan
memperolehi barangan sedemikian dari sumber lain, dan semua pertambahan kos
yang dialami hendaklah ditolak daripada wang yang perlu dibayar kepada
Kontraktor dibawah Perjanjian ini. Dengan syarat bahawasanya perolehan semula
pertambahan kos tersebut hendaklah dihadkan kepada kuantiti barangan
sedemikian seperti yang dinyatakan dalam Lampiran atau dibeli, selepas
kegagalan Kontraktor untuk membek l, dalam lingkungan tempoh Perjanjian ini,
mengikut yang m na lebih kecil.

14.4 Tertakluk kepada Klausa 7 (Penyerahan) Perj nji n ini, sekiranya Kontraktor gagal
menyempurnakan pembekalan barangan (atau mana-mana bahagiannya) dalam
tempoh yang ditentukan, Kontraktor akan dikehendaki membayar kepada Datuk
Bandar segala ganti rugi tetap *(Liquidated And Ascertained Damages LAD)
Ringgit Malaysia:(RM.) ATAU 1% dari harga bekalan
yang tidak dibekalkan bagi kelewatan setiap hari hingga tarikh penyempurnaan
pembekalan barangan berkenaan (atau mana-mana bahagiannya).
*batalkan yang tidak berkenaan

15.0 KESAN RUSUHAN DLL.


Sekiranya dalam tempoh Perjanjian ini sesuatu peperangan meletus yang Datuk
Bandar terlibat bersama atau sebarang keadaan rusuhan, ketidak tenteraman
awam atau sebarang gempa bumi, banjir atau keadaan suhu melampau berlaku
dan menjejaskan kepatuhan Perjanjian ini, s barang persoalan berhubung
kesinambungan penggantungan atau penentuan Perjanjian ini hendaklah
diselesaikan secara persetujuan bersama diantara Datuk Bandar dengan
Kontraktor atau sebaliknya perjanjian sedemikian hendaklah diselesaikan Klausa
14.1 (Kelewatan dan Kegagalan) dokumen ini.
16.0 PENGHANTARAN DAN PEMBAYARAN
Kontraktor hendaklah menghantar barangan yang perlu dibekalkan dibawah
Perjanjian ini ke tempat-tempat yang ditentukan oleh Datuk Bandar dan hendaklah
mendapatkan pengesahan penerimaan dari Datuk Bandar. Pengeluaran
pengesahan penerimaan sedemikian tidak sekali-kali melepaskan Kontraktor dari
tanggungjawabnya untuk menggantikan barangan yang rosak atau cacat dibawah
Klausa 8 (Penerimaan Bersyarat) dokumen ini. Datuk Bandar berhak memotong
dari sebarang bayaran sedemikian mana-mana wang yang perlu dibayar oleh
Datuk Bandar atas sebab sebarang ingkar atau kemungkiran Perjanjian ini oleh
Kontraktor.

17.0 BON PELAKSANAAN

17.1 Sebagai satu syarat terdahulu terhadap perlaksanaan Perjanjian ini,


Kontraktor dikehendaki mendeposit dengan Datuk Bandar satu bon
pelaksanaan tidak boleh batal berjumlah Ringgit Malaysia
. (RM .) sahaja dalam bentuk
tunai atau jaminan bank yang diluluskan sebagai deposit cagaran (selepas
ini dirujuk sebagai Bon Pelaksanaan) bagi perlaksanaan Perjanjian ini
sepenuhnya.

17.2 Adalah dipersetujui bahawa Datuk Bandar boleh menggunakan dan


membuat bayaran daripada atau penolakan sama ada sepenuhnya atau
sebahagian daripada Bon Pelaksanaan tersebut jika Kontraktor gagal
menyempurnakan mana-mana syarat dan terma-terma yang tertera di
dalam Perjanjian ini. Sekiranya Bon Pelaksanaan tersebut telah digunakan
oleh Datuk Bandar bagi tujuan di atas, Kontraktor hendaklah memastikan
jumlah Bon Pelaksanaan tersebut dikekalkan jumlahnya mengikut jumlah
yang dinyatakan dalam Klausa 17.1 sehingga tempoh pelepasan Bon
Pelaksanaan t rsebut menurut Klausa 17.3.

17.3 Bon Pelaksanaan (atau sebarang baki yang tinggal sebagai kredit bagi
Kontraktor) h ndaklah dilepaskan sewaktu tamat tempoh sah perjanjian ini
dan penghantaran kelompok tempahan terakhir dan hendaklah
dikembalikan tanpa faedah 1 tahun selepas tarikh tamat tempoh sah
berkenaan dan penghantaran tempahan yang terakhir.
18.0 SIJIL

Kontra tor hendaklah mengemukakan dengan setiap penyerahan barangan yang


dihantar, sijil yang menerangkan kualiti barangan sedemikian yang dihantar iaitu
tidak berlainan atau kurang bermutu berbanding contoh yang berdasarkan
Perjanjian ini dianugerahkan atau kualiti yang ditetapkan dalam spesifikasi
tawaran, mengikut mana yang berkaitan.

19.0 SOGOKAN DAN RASUAH

Jika pada sebarang masa selepas penyetuju terimaan tawaran Kontraktor


bagi Perjanjian ini, Kontraktor berkenaan didapati bersalah atas sebarang
kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1961 atau sesuatu kesalahan yang
serupa dibawah mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa, Datuk Bandar
boleh, tanpa pampasan dengan memberi Notis Bertulis Penamatan Perjanjian ini,
melepaskan Kontraktor tersebut dari obligasinya untuk membekal dan
menghantar mana-mana barangan yang untuknya tempahan telah diterimanya
sebelum tarikh penamatan sedemikian.

20.0 NASIHAT TEKNIKAL


Adalah dengan ini Kontraktor bersetuju memberi khidmat teknikal selain apa yang
terkandung di dalam Perjanjian ini secara percuma berhubung pemasangan dan
penyelenggaraan barangan yang dibekalkan dibawah Perjanjian ini.

21.0 KEMUNGKIRAN, PENAMATAN DAN KESAN PENAMATAN

21.1 Sekiranya Kontraktor :

a) Menyerahakan samada keseluruhan atau sebahagian daripada


Perjanjian ini kepada mana - mana pihak lain sepertimana
dinyatakan di dalam klausa 30.0 Perjanjian ini tanpa persetujuan
bertulis Datuk Bandar; atau
b) gagal menepati, mematuhi atau melaksanakan mana-mana terma-
terma, syarat -syarat dan tanggungjawabnya sepertimana
terkandung di dalam Perjanjian ini; atau
c) dengan sengaja mengabaikan secara berterusan daripada
menjalakan obligasi-obligasinya sepertimana terkandung di dalam
Perjanjian ini; atau
d) mengolah atau mengabaikan secara berterusan dalam mematuhi
apa-apa arahan bertulis daripada Datuk Bandar dan yang mana
telah dipersetujui akan dilakukan oleh Kontraktor;

maka Datuk Bandar boleh dengan memberi notis secara bertulis pada
Kontraktor untuk membaikpulih kemungkiran tersebut dalam tempoh empat
belas (14) hari dari tarikh notis tersebut (selepas ini disebut sebagai Notis
Membaiki Kemungkiran). Kedua belah pihak bersetuju bahawa Datuk
Bandar berhak menahan atau merampas Bon Pelaksanaan yang telah
dibayar oleh Kontraktor dibawah klausa 17.0 sehingga segala kemungkiran
di atas telah dibaikpulih dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh
Notis Membaiki Kemungkiran. Adalah dipersetujui oleh kedua-dua pihak
bahawa kemungkiran yang dilakukan oleh kontraktor hendaklah dibaiki
dalam tempoh yang ditetapkan dan hendaklah dibaiki secara
keseluruhannya.

21.2 Sekiranya kemungkiran tersebut masih berterusan selepas tamat tempoh


yang dinyatakan dalam Notis Membaiki Kemungkiran tersebut, maka Datuk
Bandar berhak menamatkan Perjanjian ini dengan memberi notis bertulis
untuk menamatkan Perjanjian ini dengan serta merta (selepas ini disebut
sebagai Notis Penamatan).
maka tanpa prejudis terhadap hak-hak Datuk Bandar untuk mengambil
tindakan terhadap mana-mana kemungkiran yang telah dilakukan oleh
Kontraktor di bawah Perjanjian ini :

a. Kontraktor hendaklah memberhentikan segala bekalan yang


dikendalikan berhubung Projek ini;
b. Datuk Bandar berhak merampas Bon Pelaksana n atau sebahagian
daripadanya dan menggunakan serta membuat apa-apa bayaran
daripadanya;
c. Apa-apa kerja-kerja/Bekalan yang dikendalikan/dibekalkan oleh
Kontraktor berhubung Projek ini, samada dilaksanakan sepenuhnya
atau sebahagian daripadanya adalah menjadi hakmilik Datuk
Bandar sepenuhnya tanpa sebarang bayaran, pampasan atau ganti
rugi diberikan kepada Kont aktor; dan
d. Segala kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Datuk Ba dar
bagi lantikan kontraktor yang baru untuk m ny mpurnakan Projek ini
hendaklah ditanggung dan dibiayai oleh Kontraktor dan Datuk
Bandar berhak membuat tuntutan sedemikian terhadap Kontraktor.

22.0 PENAMATAN PERJANJIAN SERTA-MERTA

Tanpa prasangka kepada apa-apa remedi oleh Datuk Bandar terhadap Kontra tor,
pada bila-bila masa Datuk Bandar memiliki hak untuk menamatkan Perjanjian ini
serta merta dengan memberikan notis kepada Kontraktor (selepas ini disebut
sebagai Notis Penamatan Serta- Merta) sekiranya:

(a) Kontraktor memasuki likuidasi samada secara wajib atau sukarela (kecuali
untuk tujuan pembinaan semula, penyatuan atau tujuan-tujuan lain yang
serupa) atau menjadi insolven atau mendapat perintah penggulungan dari
pemiutang-pemiutang atau melakukan tindakan yang boleh menjejaskan
kedudukan Kontraktor dalam apa cara pun; atau
(c) Kontraktor disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah; atau
(d) didapati memalsukan apa-apa dokumen yang berkaitan dengan
perlantikannya;

(e) menyerahak samada keseluruhan atau sebahagian daripada Perjanjian ini


kepada mana-mana pihak lain
maka tanpa prejudis terhadap hak-hak Datuk Bandar untuk mengambil tindakan
terhadap mana-mana kemungkiran yang telah dilakukan oleh Kontraktor di bawah
Perjanjian ini :
(a) Kontraktor hendaklah memberhentikan segala bekalan yang dikendalikan
berhubung Projek ini;
(b) Datuk Bandar berhak merampas Bon Pelaksanaan atau sebahagian
daripadanya dan menggunakan serta membuat apa-apa bayaran
daripadanya;
(c) Apa-apa kerja-kerja/Bekalan yang dikendalikan/dibekalkan oleh ontraktor
berhubung Projek ini, samada dilaksanakan sepenuhnya atau sebahagian
daripadanya adalah menjadi hakmilik Datuk Bandar sepenuhnya tanpa
sebarang bayaran, pampasan atau ganti rugi diberikan kepada Kontraktor;
dan
(d) Segala kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Datuk Bandar bagi
lantikan kontraktor yang baru untuk menyempurnakan Projek ini hendaklah
ditanggung dan dibiayai oleh Kontraktor dan Datuk Bandar berhak
membuat tuntutan sedemikian terhadap Kontraktor.
23.0 PENEPIAN
Tiada apa-apa kegagalan di pihak Datuk Bandar dalam melaksanakan mana -
mana hak, kuasa keistimewaan atau remedi yang tertangguh oleh Datuk Bandar
dibawah Perjanjian ini berhubung dengan apa-apa emungkiran di pihak Kontraktor
akan merosakkan mana-mana hak, k asa keistimewaan atau remedi sedemikian
atau ditafsirkan sebagai penepian untuknya atau akuiesensnya mengenai
kemungkiran tersebut dan apa-apa tindakan oleh Datuk Bandar berkaitan dengan
apa-apa akuiesens mengenai mana-mana kemungkiran sedemikian tidak akan
menjejaskan atau merosakkan apa-apa hak, kuasa, keistimewaan atau remedi
Datuk Bandar berkaitan dengan mana-mana kemungkiran yang lain seterusnya.

24.0 KOS
24.1 Kontraktor hendaklah membayar semua kos untuk dan yang berkaitan
dengan penyediaan Perjanjian ini termasuklah kos peguam dan kos yang
berkaitan dan berkenaan dengannya.
24.2 Kontraktor hendaklah bertanggungjawab untuk membayar dan semua
cukai setem dan fee pendaftaran yang perlu dibayar bagi atau selaras
dengan Perjanjian ini dan apa-apa penalti yang perlu dibayar berkaitan
dengannya.
25.0 PERHUBUNGAN

25.1 Apa-apa notis atau dokumen yang hendak diserahkan atau diberikan di
bawah Perjanjian ini dan semua perhubungan lain antara kedua-dua belah
pihak dalam Perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis dan diserahkan
atau dihantar kepada pihak lainnya dengan serahan tangan atau melalui
pos berdaftar.

Untuk Datuk Bandar:-


Pengarah ..
Jabatan ..
Telefon:..
Faks:.. e-mail:.

Untuk Kontraktor:-
Tetuan Sdn. Bhd.


Telefon:..
Faks:.. e-mail:.

25.2 Semua notis dan dokumen sedemikian hendaklah disediakan dalam


Bahasa Malaysia. Apa-apa notis atau dokumen hendaklah dianggap telah
diserahkan atau disampaikan dengan sempurna dan diterima oleh pihak
yang ditujukan sekiranya diserahkan dengan tangan, pada masa serahan
atau melalui pos berdaftar atau melalui mesin faks atau email yang telah
disahkan dihantar atau OK oleh mesin faks atau email tersebut.
25.3 Sebarang pertukaran alamat surat menyurat oleh Kontraktor hendaklah
dimaklumkan kepada Datuk Bandar dalam tempoh empat belas (14) hari
dari tarikh pertukaran alamat tersebut.
26.0 PERKARA-PERKARA AM DAN WAAD
Pihak-pihak dalam Perjanjian ini hendaklah memberikan semua bantuan dan
maklumat yang berkenaan kepada pihak yang satu lagi dan menyempurnakan dan
melakukan dan mengusahakannya daripada semua orang dan syarikat yang
perlu, jika ada, untuk menyempurnakan dan melakukan tindakan, suratikatan,
jaminan seterusnya dan perkara munasabah yang diperlukan supaya kuatkuasa
sepenuhnya boleh dilaksanakan bagi terma dan syarart Perjanjian ini.

27.0 PENGGANTI DAN PENERIMA SERAHAK


Perjanjian ini hendaklah mengikat dan kekal bagi faedah penerima serahak yang
dibenarkan dan pengganti jawatan pihak-pihak dalam Perjanjian ini. Tiada serahak
boleh dibuat oleh salah satu pihak kecuali dipersetujui bersama oleh kedua belah
pihak secara bertulis.

28.0 KETAKSAHAN DAN KEBOLEH ASINGAN


Sekiranya mana-mana terma, syarat, ketetapan, peruntuk n, waad atau akujanji
dalam Perjanjian ini dibawah mana-mana undang-undang bertulis, atau didapati
oleh mana-mana mahkamah atau badan pentadbiran yang mempunyai bidang
kuasa kompeten terhadapnya menyalahi undang-undang, terbatal, tak sah,
dilarang atau tidak berkuatkuasa maka :-
i. terma, syarat, ketetapan, peruntukan, waad atau akujanji berkenaan
hendaklah m njadi terbatal, tak sah, dilarang atau tidak berkuatkuasa
setakat mana ia menyalahi undang-undang tersebut;
ii. terma, syara , ketetapan, peruntukan, waad atau akujanji yang lain
dalam Perjanjian ini hendaklah terus berkuatkuasa sepenuhnya dan
terpakai;
pihak-pihak dalam Perjanjian ini hendaklah menggunakan usahanya yang terbaik
untuk berbincang dan mempersetujui terma, syarat, ketetapan, peruntukan, waad
atau akujanji gantian.

29.0 UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA


29.1 Perjanjian ini dikawal oleh dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang
Malaysia dan pihak-pihak dalam Perjanjian ini sentiasa tertakluk kepada
bidang kuasa Mahkamah Malaysia.
29.2 Kontraktor hendaklah sentiasa mematuhi segala polisi, prosedur dan
peraturan Datuk Bandar semasa menjalankan tanggungjawabnya di dalam
Perjanjian ini.

30.0 TANGGUNG RUGI


Kontraktor hendaklah menanggung rugi, melindungi dan membela atas
perbelanjaan mereka sendiri, Datuk Bandar dan wakil-wakilnya daripada dan
terhadap segala tindakan, tuntutan, liability, writ, prosiding, saman, penghakiman,
perintah, permintaan, kos, gantirugi, tanggungan dan perbelanjaan yang
dikenakan terhadap Datuk Bandar di bawah mana-mana undang-undang
Malaysia yang terbit daripada kegagalan untuk melakukan atau tindakan
Kontraktor di dalam perlaksanaan Perjanjian ini.

31.0 BAHAGIAN INTERGRAL PERJANJIAN


Semua Lampiran kepada Perjanjian ini hendaklah dianggap sebagai bahagian
Intergral kepada Perjanjian ini.

32.0 LAMPIRAN
Semua lampiran yang dilampirkan bersama-sama Perjanji n ini adalah disifatkan
sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini.
33.0 MAKLUMAT
Kontraktor hendaklah sentiasa memberi dan membekalkan Datuk Bandar
segala maklumat-maklumat yang berkaitan dengan bekalan ini pada bila-bila
masa Datuk Bandar memerlukannya.
34.0 PINDAAN
Perjanjian ini boleh dipinda, itambah atau diubah pada bila-bila masa dengan
persetujuan kedua-dua belah pihak. Segala pindaan, tambahan atau perubahan
hendaklah dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh wakil-wakil yang
diberikuasa di bawah Perjanjian ini.

35.0 MASA
Masa dimana-mana sahaja yang dinyatakan hendaklah menjadi asas perjanjian
ini.

You might also like