You are on page 1of 1

SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN

PUTRA MAHKOTA
NO 82A-1, JALAN BANGI AVENUE 1/8, Telefon/Whatsapp : 03-89125932
Portal Rasmi : alaminputra.edu.my
TAMAN BANGI AVENUE E-mail : srialaminputramahkota@musleh.edu.my
43000 KAJANG, (Rasmi) / alaminputramahkota@gmail.com (Kewangan) /
SELANGOR DARUL EHSAN pengurusansriaapm@gmail.com (Sumber manusia)

Ruj. Kami : SRSAAPM 04/06/002/23 (1)


Tarikh : 31 Mac 2023 M
bersamaan 9 Ramadan 1444 H
Kepada
Rektor Universiti Islam Selangor
Pejabat Rektor, Aras 2, Blok Pentadbiran,
Universiti Islam Selangor,
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.

‫السﻼم عليكم و رحمة ﷲ وبركاته‬

Prof./Prof. Madya/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan/ Cik,

MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN DEWAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk,

2. Sukacita dimaklumkan sekolah kami, Sekolah Rendah SRI Al-Amin Putra Mahkota akan
mengadakan Majlis Pentaulihan Pangkat Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Musleh seperti
ketetapan berikut:

Tarikh : 19 April 2023


Hari : Rabu
Masa : 8.00 pagi sehingga 12.30 tengahari

3. Oleh yang demikian, kami ingin memohon menggunakan dewan berserta peralatan P.A Sistem,
kerusi meja bagi Majlis Pentaulihan Pangkat TKRS Musleh pada tarikh tersebut. Sehubungan itu, kami juga
ingin mengetahui kadar sewaan dewan dan semua fasiliti yang dinyatakan. Mohon pihak tuan/puan
menyertakan dokumen sebut harga bagi dewan dan semua fasiliti yang akan digunakan.

4. Kami berharap pihak tuan/puan berbesar hati untuk mempertimbangkan permohonan ini. Segala
perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan/puan, kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Untuk
maklum balas atau persoalan, tuan/puan boleh berhubung dengan Nur Syuhada binti Kamis, 017-7360083
dan Siti Umairah binti Kamaruddin, 018-9143845.

Sekian, terima kasih.

“Membina Generasi Unggul”

Yang menjalankan amanah,

(HAZIM BIN MD ROSNAN)


Guru Besar,
Sekolah Rendah Sri Al-Amin Putra Mahkota

You might also like