You are on page 1of 36

PERJANJIAN UNTUK

PERKHIDMATAN PERUNDING BAGI KERJA-KERJA


PENGUKURAN AKHIR DAN PECAH SEMPADAN DI PT
6720 (MTGM 1396/98) SELUAS 312.646 HEKTAR RKT
PALOH 1, MUKIM RELAI, DAERAH CHIKU, JAJAHAN
GUA MUSANG, KELANTAN

DI ANTARA

LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN

DENGAN

NALURI UKUR
SULIT

BERTARIKH ____________________________________

DANTARA

LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN


(KESEDAR)

DENGAN
NALURI UKUR
(MOF/ROS/ROC/ROB No: 465-02008640)

*************************************
PERJANJIAN UNTUK
PERKHIDMATAN PERUNDING BAGI KERJA – KERJA
PENGUKURAN AKHIR DAN PECAH SEMPADAN DI PT 6720 (MTGM
1396/98) SELUAS 312.646 HEKTAR RKT PALOH 1, MUKIM RELAI,
DAERAH CHIKU, JAJAHAN GUA MUSANG, KELANTAN

No. Pelawaan :
LKKS(H)/LTBKS/07/2022

*************************************
PERJANJIAN INI adalah dibuat pada __________________________

ANTARA

LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (KESEDAR) sebuah pertubuhan


perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Kemajuan Kelantan
Selatan 1978 (Akta 203) yang beralamat di Ibu Pejabat KESEDAR, Bandar Baru
Gua Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan (kemudian daripada ini disebut
sebagai “KESEDAR”) di satu pihak;

DENGAN

NALURI UKUR (MOF/ROS/ROC/ROB No: 465-02008640 ) sebuah syarikat


yang didaftarkan dengan Lembaga Jurukur Tanah dan mempunyai alamat pejabat di
PT 154, TINGKAT 2, SEKSYEN 11, JALAN SULTANAH ZAINAB, 15000 KOTA
BHARU, KELANTAN (kemudian daripada ini disebut sebagai “Perunding”) di pihak
yang satu lagi.

KESEDAR dan Perunding boleh dirujuk secara berasingan sebagai “Pihak” atau
bersama sebagai “Pihak-Pihak”.

BAHAWASANYA:

A. KESEDAR berhasrat untuk mendapatkan perkhidmatan Perunding untuk


tujuan melaksanakan KERJA-KERJA PENGUKURAN AKHIR DAN PECAH
SEMPADAN DI PT 6720 (MTGM 1396/98) SELUAS 312.646 HEKTAR RKT
PALOH 1, MUKIM RELAI, DAERAH CHIKU, JAJAHAN GUA MUSANG,
KELANTAN (kemudian daripada ini disebut sebagai “Projek”).

B. Perunding bersetuju untuk melaksanakan Projek seperti yang dinyatakan


dalam Fasal 1 Perjanjian ini tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat
yang diperuntukkan dalam Perjanjian ini.

MAKA DENGAN INI Pihak-Pihak ini bersetuju dengan terma-terma dan syarat-
syarat berikut:

FASAL 1
PROJEK

|1
1.1 Projek

1.1.1 KESEDAR dengan ini melantik Perunding dan Perunding menerima


pelantikan tertakluk atas terma-terma dan syarat-syarat dalam
Perjanjian ini dan, ianya dipersetujui dan diterima bahawa Perunding
hendaklah melaksanakan Projek mengikut skop kerja yang ditetapkan
dalam Jadual A.

1.1.2 Projek yang dilaksanakan hendaklah memenuhi objektif yang


dinyatakan dalam Jadual A dan Perunding hendaklah mengemukakan
hasil kerja seperti yang disenaraikan dalam Jadual A.

1.2 Tempoh Penyempurnaan

Perjanjian ini hendaklah berkuat kuasa mulai dari tarikh permulaan Projek
pada 20 OKTOBER 2022 hingga 19 OGOS 2026 DENGAN SYARAT hak
KESEDAR di bawah Subfasal 6.2 tidak terjejas dan tertakluk kepada Subfasal
5.1.3.

1.3 Representasi dan waranti

Perunding dengan ini membuat representasi dan waranti kepada KESEDAR


bahawa:

1.3.1 ia adalah sebuah syarikat berdaftar di bawah undang-undang


Malaysia;

1.3.2 ia mempunyai kuasa untuk memasuki dan melaksanakan


tanggungjawab serta urusan di bawah Perjanjian ini;

1.3.3 ia telah mengambil langkah yang perlu bagi memasuki dan


melaksanakan tanggungjawab serta urusan di bawah Perjanjian ini;

1.3.4 pada bila-bila masa pelaksanaan Perjanjian ini, pelaksanaan ini tidak
menyalahi sebarang peruntukan sama ada:

(i) Memorandum dan Artikel Syarikat; atau


(ii) mana-mana dokumen atau perjanjian yang mengikatnya atau
asetnya;

1.3.5 tiada sebarang tindakan undang-undang, tuntutan cukai, timbang tara,


pertikaian atau prosiding yang sedang berlangsung atau yang
tertunggak yang pada pengetahuannya akan memberi kesan negatif
terhadap keupayaan kewangan atau tanggungjawabnya di bawah

|2
Perjanjian ini, dan Perunding mengambil maklum bahawa KESEDAR
telah memasuki Perjanjian ini berdasarkan representasi dan waranti di
atas;

1.3.6 Perjanjian ini merupakan obligasi yang sah dan mengikat Perunding
dan boleh dikuatkuasakan mengikut terma dan syaratnya;

1.3.7 ia mempunyai keupayaan kewangan dan teknikal untuk melaksanakan


Projek;

1.3.8 ia adalah sebuah syarikat yang berdaftar pada setiap masa dengan
Kementerian Kewangan melainkan diberikan pengecualian secara
bertulis oleh KESEDAR;

1.3.9 tiada sebarang perbuatan rasuah, aktiviti haram atau menyalahi


undang-undang atau tipuan bida telah digunakan untuk mendapatkan
hak untuk melaksanakan Perjanjian ini;

Dan Perunding mengambil maklum bahawa KESEDAR telah memasuki


Perjanjian ini berdasarkan kepada representasi dan waranti Perunding seperti
dinyatakan di atas.

Perunding selanjutnya membuat representasi dan waranti kepada KESEDAR


bahawa representasi dan waranti yang dinyatakan dalam Subfasal 1.3 ini
hendaklah kekal benar dan tepat dalam semua aspek material sepanjang
tempoh Perjanjian melainkan subfasal 1.3.5.

FASAL 2
PEMBAYARAN KEPADA PERUNDING

2.1 Kos Projek:

Tertakluk kepada Perunding melaksanakan obligasi di bawah Perjanjian ini,


KESEDAR hendaklah membayar Perunding kos Projek yang tidak melebihi
Ringgit Malaysia Tiga Ratus Lapan Puluh Empat Ribu Sembilan Ratus
Sembilan Puluh Dan Sen Tujuh Puluh Empat (RM 384,990.74 ) sahaja
(selepas ini disebut sebagai “Harga Kontrak”), mengikut pecahan kos di
Jadual C.

2.2 Mata wang bayaran

Semua pembayaran yang dibuat di bawah Perjanjian ini hendaklah dibuat


dalam RINGGIT MALAYSIA.

|3
2.3 Terma pembayaran

2.3.1 Perunding hendaklah membuat tuntutan bayaran bagi kemajuan kerja


yang telah dibuat mengikut skop kerja sebagaimana yang dinyatakan
di Subfasal 1.1 Perjanjian ini.

2.4.2 Tanpa menjejaskan hak KESEDAR di bawah Subfasal 6.1, KESEDAR


boleh, dengan memberikan notis bertulis, menahan pembayaran pada
bila-bila masa jika pada pendapatnya, kemajuan kerja Perunding gagal
mencapai jumlah tuntutan pembayaran yang telah dibuat.

2.4.3 Perunding boleh, dalam tempoh empat belas (14) hari selepas
menerima notis di bawah Subfasal 2.4.2 memohon kepada KESEDAR
untuk menyemak keputusannya untuk menahan pembayaran dengan
mengemukakan dokumen dan keterangan lain yang menyokong
tuntutan Perunding bahawa kerja yang telah disiapkan adalah sepadan
dengan bayaran yang diterima. Keputusan KESEDAR ke atas
permohonan itu adalah terakhir dan muktamad.

2.4.4 Mana-mana amaun yang telah dibayar oleh KESEDAR yang melebihi
kos sebenar yang ditanggung oleh Perunding hendaklah dibayar
kembali oleh Perunding kepada KESEDAR dalam tempoh empat belas
(14) hari selepas Perunding menerima notis bertulis mengenainya
daripada KESEDAR.

FASAL 3
PERSONEL

3.1 Personel

3.1.1 Perunding hendaklah menyediakan personel yang cekap, mempunyai


kelayakan yang sesuai dan berpengalaman, dan apabila perlu,
melantik pakar runding yang boleh diterima oleh KESEDAR, untuk
melaksanakan Projek tersebut. Perunding hendaklah mengemukakan
secara bertulis nama dan kelayakan personel dan pakar perunding
yang terlibat kepada KESEDAR sebelum Projek dimulakan.

3.1.2 Projek tersebut hendaklah dilaksanakan oleh Personel sebagaimana


yang dinyatakan dalam Jadual B Perjanjian ini (kemudian daripada ini
disebut sebagai “Personel Perunding”) dalam tempoh masa yang
diperuntukkan di Subfasal 1.2 Perjanjian ini.

|4
3.1.3 Perunding hendaklah mendapatkan kelulusan bertulis daripada
KESEDAR sekiranya terdapat perubahan atau penggantian kepada
Personel Perunding. Jika atas apa-apa sebab di luar kawalan
munasabah Perunding, ianya menjadi perlu untuk menggantikan
mana-mana Personel Perunding, Perunding hendaklah
menggantikannya dengan seseorang yang mempunyai bidang dan
pengalaman yang sama atau lebih tinggi daripada Personel Perunding
yang diganti yang boleh diterima oleh dan mendapat kelulusan bertulis
daripada KESEDAR.

3.1.4 Dalam hal keadaan di mana Personel Perunding telah didapati sebagai
tidak kompeten oleh KESEDAR ketika melaksanakan kewajipannya,
Perunding hendaklah di atas permintaan bertulis oleh KESEDAR
menyediakan pengganti yang mempunyai kelayakan dan pengalaman
yang boleh diterima oleh KESEDAR. Dengan syarat KESEDAR tidak
akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat penamatan
perkhidmatan Personel itu.

3.1.5 Apa-apa kos tambahan yang kena dibayar oleh Perunding kerana
membuat penggantian Personel Perunding hendaklah ditanggung oleh
Perunding.

3.2 Pengarah Projek

Perunding hendaklah dengan persetujuan bertulis daripada KESEDAR,


semasa menjalankan Projek, melantik seorang Pengarah Projek yang
hendaklah sepanjang tempoh Perjanjian ini mengawasi dan mengawal
perjalanan Projek dan hendaklah menjadi pegawai perhubungan antara
KESEDAR dan Perunding.

FASAL 4
OBLIGASI KESEDAR

4.1 Tanggungjawab KESEDAR

KESEDAR, setakat yang perlu dan tertakluk kepada peraturan semasa,


bertanggungjawab membantu perunding bagi maksud melicinkan proses
pelaksanaan Projek tersebut.

FASAL 5
OBLIGASI PERUNDING

|5
5.1 Tanggungjawab Perunding

5.1.1 Perunding hendaklah melaksanakan Projek dengan segala usaha yang


sewajarnya dan kecekapan serta selaras dengan amalan
perancangan, pentadbiran dan kewangan yang baik.

5.1.2 Perunding hendaklah bertindak pada setiap masa untuk melindungi


kepentingan KESEDAR dan hendaklah mengambil langkah
munasabah untuk memastikan kepentingan KESEDAR adalah terjaga.

5.1.3 Perunding hendaklah mengganti rugi KESEDAR untuk kerosakan


fizikal kepada perkakasan, peralatan atau harta KESEDAR sekiranya
kerosakan itu disebabkan oleh kecuaian Perunding, wakilnya atau
ejennya.

5.1.4 Perunding hendaklah bertanggungjawab dengan sepenuhnya ke atas


Personel mengenai bayaran yang kena dibayar kepada Personel di
bawah Perjanjian ini.

5.2 Penyerahhakan atau Novasi

5.2.1 Melainkan dengan persetujuan bertulis daripada KESEDAR, Perunding


hendaklah tidak menyerahkan hak dan manfaatnya atau memindahkan
(novasi) faedah, hak, obligasi atau liabilit di bawah Perjanjian ini atau
mana-mana bahagian daripadanya ataupun mengupah mana-mana
pihak ketiga untuk melaksanakan Projek atau mana-mana
bahagiannya.

5.2.2 Persetujuan bertulis daripada KESEDAR kepada penyerahhakan


Perjanjian ini atau mana-mana bahagiannya atau kepada penggajian
mana-mana pihak ketiga oleh Perunding untuk melaksanakan Projek
ini atau mana-mana bahagiannya tidak akan melepaskan Perunding
daripada apa-apa obligasinya di bawah Perjanjian ini.

5.3 Kerahsiaan

5.3.1 Perunding atau Personelnya, pekhidmatnya, ejennya atau pekerjanya


hendaklah pada bila-bila masa tidak boleh memberitahu atau
mendedahkan kepada mana-mana orang, badan atau entiti apa-apa
maklumat yang diberitahu kepadanya atau Personelnya,
pekhidmatnya, ejennya atau pekerjanya bagi maksud menjalankan
Projek atau yang diketahui olehnya atau Personelnya, pekhidmatnya,
ejennya atau pekerjanya dalam masa melaksanakan Projek. Perunding
atau Personelnya, pekhidmatnya, ejennya atau pekerjanya tidak boleh

|6
mendedahkan kepada umum apa-apa maklumat mengenai cadangan,
penilaian dan pendapat yang dihasilkan semasa menjalankan atau
selepas melaksanakan Projek, dan hendaklah tidak membuat apa-apa
kenyataan media atau sebaliknya berkenaan Projek atau menyiarkan
atau menyebabkan disiarkan apa-apa bahan yang berkaitan dengan
Projek tanpa persetujuan bertulis daripada KESEDAR.

5.3.2 Subfasal 5.3 ini hendaklah terus berkuatkuasa walaupun penamatan


awal atau tamatnya Perjanjian ini.

5.4 Larangan ke atas aktiviti berkonflik

Perunding atau Personelnya, pekhidmatnya, ejennya atau pekerjanya yang


ditugaskan di bawah Perjanjian ini tidak boleh mengambil bahagian sama ada
secara langsung atau tidak langsung, di atas namanya sendiri atau melalui
Perunding di dalam apa-apa perniagaan atau aktiviti profesional di Malaysia
yang bertentangan dengan atau yang boleh menjejaskan perlaksanaan
kewajipannya atau tugasnya di bawah Perjanjian ini tanpa persetujuan
bertulis daripada KESEDAR.

5.5 Hubungan antara KESEDAR dengan Perunding

Tidak ada apa-apa peruntukan yang terkandung di dalam Perjanjian ini boleh
ditafsirkan sebagai mewujudkan atau membentuk antara KESEDAR dan
Perunding suatu hubungan majikan dan pekerja atau prinsipal dan ejen.

5.6 Tanggung rugi (indemniti)

Perunding hendaklah menanggung rugi, melindungi dan membela atas


perbelanjaan Perunding sendiri, KESEDAR dan ejennya daripada dan
terhadap segala tindakan, tuntutan dan tanggungan yang terbit daripada
perlakuan atau peninggalan yang telah dilakukan oleh Perunding, Personel,
wakil atau ejennya di dalam perlaksanaan Perjanjian ini dan menanggung rugi
KESEDAR sekiranya terdapat sebarang tuntutan mengenai pelanggaran hak
cipta, rahsia dagangan, paten, cap dagang atau hak harta intelek lain yang
melibatkan orang ketiga.

5.7 Tanggungan cukai perkhidmatan

5.7.1 KESEDAR hendaklah menyediakan sejumlah peruntukan sebanyak


enam peratus (6%) daripada jumlah yuran perunding sebagai bayaran
Cukai Perkhidmatan yang akan dibayar oleh Perunding kepada
Jabatan Kastam Diraja Malaysia tertakluk kepada syarat-syarat yang
ditetapkan. Pembayaran hendaklah dibuat oleh Perunding menurut

|7
prosedur cukai perkhidmatan sebagaimana yang diperuntukkan dalam
Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (Akta 807)

5.7.2 Dalam keadaan di mana undang-undang dan peraturan berkaitan


cukai perkhidmatan dipinda dan/atau dimansuhkan Peruntukan
Subfasal 5.7 ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan undang-
undang dan peraturan yang sedang berkuatkuasa pada waktu
tersebut.

5.8 Hak milik KESEDAR ke atas laporan rekod dan perisian

5.8.1 Semua laporan data dan perisian yang berkaitan seperti peta, rajah,
lukisan, statistik dan rekod atau bahan yang dikumpulkan atau
disediakan dalam tempoh pelaksanaan Projek adalah sulit dan
hendaklah menjadi harta mutlak KESEDAR sepanjang masa
pelaksanaan Projek dan pada setiap masa selepas itu.

5.8.2 Perunding hendaklah menyerahkan kepada KESEDAR semua laporan


data dan perisian yang dinyatakan dalam Subfasal 5.8.1 pada
penghujung Tempoh Penyempurnaan sebagaimana yang dinyatakan
dalam Subfasal 1.2 Perjanjian ini.

5.8.3 Semua laporan data dan perisian yang dinyatakan di dalam Subfasal
5.8.1 dan hak harta inteleknya hendaklah dipindah milik seluruhnya,
diletak hak dan terus terletak hak kepada KESEDAR, dan Perunding
tidak boleh bertindak dan melakukan sebarang perbuatan yang boleh
mendatangkan kerugian kepada hak milik dan kepentingan KESEDAR
ke atas semua laporan dan data yang dinyatakan dalam Subfasal
5.8.1.

5.9 Insurans

5.9.1 KESEDAR tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa insurans


nyawa, kesihatan, kecederaan kepada diri, kerosakan kepada harta,
kemalangan, perjalanan dan lain-lain yang berkaitan dengan
Perunding, Personel Perunding atau mana-mana pihak lain berkaitan
dengan pelaksanaan Projek di bawah Perjanjian ini, termasuklah
anggota keluarga mana-mana orang yang disebutkan itu.

5.9.2 Perunding hendaklah bertanggungjawab ke atas nyawa, kesihatan,


kemalangan, kerosakan kepada harta atau perjalanan Personel
Perunding, pekerja kepada perunding kecil atau mana-mana pihak lain
yang berkaitan dengan Perunding bagi maksud melaksanakan Projek
di bawah Perjanjian ini dan Perunding hendaklah, atas perbelanjaan

|8
sendiri, mengambil segala insurans nyawa, kesihatan, kemalangan,
kerosakan kepada harta atau perjalanan sedemikian berkenaan
dengan Personel Perunding, pekerja kepada perunding kecil atau
mana-mana pihak lain yang berkaitan dengan Perunding sebagaimana
yang diperlukan.

5.10 Kelewatan

Dalam keadaan di mana Perunding menghadapi kelewatan dalam


melaksanakan Projek, Perunding hendaklah dengan segera memberitahu
KESEDAR secara bertulis berkenaan dengan kelewatan itu dan meminta
perlanjutan tempoh yang sesuai bagi menyempurnakan Projek. Sebarang
perlanjutan tempoh Projek adalah bergantung kepada budi bicara KESEDAR
dan persetujuan KESEDAR secara bertulis dan Perunding akan dikenakan
bayaran gantirugi jumlah tertentu yang dikira berdasarkan formula Liquidated
& Ascertained Damages (LAD) yang ditetapkan oleh KESEDAR. Pelanjutan
tempoh Projek hendaklah tidak melibatkan apa-apa tambahan kos kepada
KESEDAR.

FASAL 6
PERUNTUKAN UMUM

6.1 Penahanan bayaran

Jika KESEDAR tidak berpuas hati dengan kualiti hasil kerja Perunding maka,
KESEDAR boleh dengan memberi notis secara bertulis kepada Perunding
menahan keseluruhan atau sebahagian bayaran kepada Perunding di bawah
Perjanjian ini sehingga KESEDAR berpuas hati dengan hasil kerja Perunding.

6.2 Penamatan Perjanjian oleh KESEDAR

6.2.1 KESEDAR berhak, selepas memberi empat belas (14) hari notis
bertulis kepada Perunding untuk menamatkan Perjanjian ini jika:-

(a) Perunding melakukan perlanggaran terhadap mana-mana


syarat yang terdapat dalam Perjanjian ini;

(b) keadaan yang dirujuk di dalam Subfasal 6.1 telah berlaku dan
berterusan untuk suatu tempoh selama empat belas (14) hari;

(c) KESEDAR mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa


Perunding atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau
bertindak bagi pihaknya (sama ada dengan atau di luar

|9
pengetahuan Perunding) melakukan perbuatan rasuah atau
aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang berhubung
Perjanjian ini atau perjanjian lain yang telah dimasuki oleh
Perunding dengan KESEDAR. Penamatan Perjanjian ini tidak
menyentuh hak-hak KESEDAR untuk mendapatkan balik ganti
rosak dan lain-lain hak yang sedia ada; atau

(d) Perunding sebagai seorang perseorangan (atau, apabila


Perunding adalah suatu firma, mana-mana perkongsian firma
itu) pada bila-bila masa menjadi bankrap, atau suatu perintah
penerimaan atau perintah pentadbiran dibuat terhadapnya atau
membuat sesuatu penyelesaian atau perkiraan dengan atau
bagi faedah sipiutang-sipiutang atau membuat sesuatu pindah
hak atau penyerah hak bagi faedah-faedah sipiutang-sipiutang
atau jika Perunding itu adalah suatu syarikat, meluluskan suatu
ketetapan, atau mahkamah membuat sesuatu perintah bahawa
syarikat itu digantung (bukan suatu penggulungan ahli bagi
maksud penyusunan atau penyatuan) atau jika seseorang
penerima atau pengurus bagi pihak seseorang sipiutang dilantik
atau jika timbul keadaan-keadaan yang memberi hak kepada
mahkamah atau seseorang sipiutang melantik seorang
penerima atau pengurus, atau yang memberi hak kepada
mahkamah membuat perintah penggulungan.

6.2.2 Walau apa pun peruntukan yang terkandung dalam Perjanjian ini,
KESEDAR boleh menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa
dengan memberi tiga puluh (30) hari notis bertulis dan tanpa
memberikan apa-apa alasan untuk berbuat sedemikian jika KESEDAR
berpendapat bahawa penamatan Perjanjian ini adalah perlu bagi
kepentingan negara, demi keselamatan negara atau bagi tujuan
mematuhi dasar KESEDAR atau dasar awam.

6.2.3 Penamatan Perjanjian ini tidak akan menyentuh hak KESEDAR untuk
mendapatkan balik apa-apa ganti rugi yang ditanggung olehnya dan
untuk menguatkuasakan hak lain yang terkandung di dalam Perjanjian
ini.

6.3 Penamatan Perjanjian oleh Perunding

Perunding berhak, selepas memberi tiga puluh (30) hari notis bertulis kepada
KESEDAR untuk menamatkan Perjanjian ini jika KESEDAR tanpa apa-apa
sebab yang munasabah gagal untuk melaksanakan atau memenuhi apa-apa
obligasinya di bawah Perjanjian ini.

| 10
6.4 Penamatan Atas Kepentingan Negara, Keselamatan Negara, Dasar
KESEDAR Atau Dasar Awam

Walau apapun peruntukan dalam Perjanjian ini, KESEDAR boleh, pada bila-
bila masa sepanjang tempoh sah Perjanjian ini, menamatkan Perjanjian ini
dengan memberi notis yang menyatakan sedemikian tidak kurang daripada
tiga puluh (30) hari kepada Perunding jika KESEDAR mempertimbangkan
bahawa penamatan itu adalah perlu dibuat demi kepentingan negara,
kepentingan keselamatan negara, atau untuk tujuan dasar KESEDAR atau
dasar awam. Bagi maksud Subfasal 6.4 ini, penentuan “kepentingan negara”,
“keselamatan negara”, “dasar KESEDAR”, atau “dasar awam” hendaklah
semata-matanya dibuat dan ditentukan oleh KESEDAR dan penetuan
tersebut hendaklah bagi segala tujuan dan maksud adalah muktamad dan
konklusif serta tidak boleh dipertikaikan atas apa-apa sebab jua.

6.5 Kesan Penamatan

6.5.1 Jika penamatan Perjanjian ini dibuat menurut Subfasal 6.2, Perunding
hendaklah mengambil tindakan serta-merta untuk menamatkan Projek
dengan segera dan teratur, memberhentikan sejauh mana yang
mungkin komitmen kepada mana-mana item yang boleh dibayar
semula dan hendaklah membatalkan segala pesanan yang telah dibuat
dan menamatkan semua kerja di bawah kontrak kecil (jika ada),
dengan secepat yang mungkin dan menyerahkan semua data, laporan,
gambar foto, pelan, lukisan, rekod perisian atau maklumat lain yang
berkaitan kepada KESEDAR.

6.5.2 Sehubungan dengan penamatan di bawah Subfasal 6.2, KESEDAR


berhak untuk melantik pihak ketiga untuk menyiapkan Projek dan
sebarang pembayaran tambahan yang kena dibayar oleh KESEDAR
berikutan dengan pelantikan pihak ketiga dan penyiapan Projek
hendaklah ditanggung oleh Perunding.

6.5.3 Jika Perjanjian ini ditamatkan oleh Perunding di bawah Subfasal 6.3
dan 6.4, Perunding hendaklah menerima penyelesaian berikut sebagai
penyelesaian penuh dan sempurna bagi segala tuntutan Perunding
untuk bayaran di bawah atau yang terbit daripada Perjanjian ini:-

(i) KESEDAR akan mengambil alih obligasi dan tanggungjawab


Perunding (jika ada), yang mungkin telah ditanggung oleh
Perunding menurut peruntukan Perjanjian ini sebelum tarikh
penamatan Perjanjian ini; dan

| 11
(ii) KESEDAR akan membayar kepada Perunding apa-apa amaun
yang layak dibayar berdasarkan kemajuan kerja kepada
Perunding sebelum tarikh penamatan Perjanjian ini.

6.5.4 Pihak-pihak bersetuju bahawa Perunding tidak layak untuk menuntut


apa-apa kos, perbelanjaan dan kerugian termasuk kerugian perolehan
pendapatan, gantirugi atau pampasan selain daripada yang ditetapkan
dalam Subfasal 6.5.3 di atas. Pihak-pihak juga bersetuju bahawa
bayaran yang dibuat oleh KESEDAR di bawah Subfasal 6.5.3 di atas
adalah terjumlah kepada satu penyelesaian penuh dan muktamad di
antara pihak-pihak.

6.6 Penamatan Disebabkan oleh Rasuah, Aktiviti Haram, Aktiviti Yang


Menyalahi Undang-Undang atau Tipuan Bida

6.6.1 Tanpa prasangka terhadap lain-lain hak KESEDAR, sekiranya


Perunding atau Personelnya, pekhidmatnya, ejennya atau pekerjanya
disabitkan oleh Mahkamah atas kesalahan rasuah atau aktiviti haram
atau aktiviti yang menyalahi undang-undang atau didapati melakukan
pelanggaran larangan tipuan bida di bawah Akta Persaingan 2010
(Akta 712) yang berkaitan dengan Perjanjian ini atau apa-apa
perjanjian lain yang dimasuki oleh Perunding dengan KESEDAR,
KESEDAR berhak untuk menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila
masa, dengan memberi notis bertulis dengan serta-merta kepada
Perunding untuk menyatakan sedemikian kepada Perunding.

6.6.2 KESEDAR berhak menuntut daripada Perunding apa-apa bentuk


pampasan, kos, ganti rugi, kerosakan dan perbelanjaan termasuk apa-
apa kos perbelanjaan sampingan yang ditanggung oleh KESEDAR
akibat daripada penamatan itu.

6.6.3 Pihak-pihak bersetuju bahawa Perunding tidak berhak kepada apa-apa


bentuk kerugian termasuk kerugian perolehan pendapatan, pampasan,
gantirugi, kos, perbelanjaannya dan sebagainya akibat daripada
penamatan itu.

6.7 Force Majeure

6.7.1. Jika Perunding atau KESEDAR tidak berupaya untuk melaksanakan


obligasinya di bawah Perjanjian ini disebabkan oleh Force Majeure,
maka Pihak tersebut hendaklah, dengan seberapa segera,
memaklumkan kepada Pihak yang satu lagi mengenai kejadian Force
Majeure tersebut. Obligasi Pihak-Pihak setakat mana yang tidak boleh

| 12
dilaksanakan disebabkan oleh keadaan Force Majeure itu hendaklah
ditangguhkan selama mana ketidakupayaan itu berterusan.

6.7.2 Jika mana-mana Pihak mendapati keadaan Force Majeure itu adalah
sesuatu yang tidak memungkinkan terma-terma dan syarat-syarat
Perjanjian ini dilaksanakan maka Pihak-Pihak boleh, atas persetujuan
bersama, menamatkan Perjanjian ini.

6.7.3 Jika Perjanjian ini ditamatkan oleh keadaan Force Majeure menurut
Subfasal 6.7.2 di atas, kesemua hak dan obligasi Pihak-Pihak kepada
Perjanjian ini hendaklah tamat dan tiada mana-mana Pihak boleh
membuat tuntutan terhadap Pihak yang satu lagi dan tiada mana-mana
Pihak adalah bertanggungan kepada Pihak yang satu lagi melainkan
apa-apa hak dan liabliti yang terakru sebelum keadaan Force Majeure
tersebut.

6.7.4 Perkataan “Force Majeure” bagi maksud Perjanjian ini ertinya suatu
peristiwa bukan di bawah kawalan pihak yang terjejas, yang Pihak
tersebut tidak dapat mencegah, mengelak atau menghindari, dan
hendaklah bermaksud;

(i) peperangan (sama ada diisytiharkan atau tidak), permusuhan,


serangan, tindakan musuh asing, pemberontakan, revolusi,
penderhakaan, kuasa tentera atau rampasan kuasa, perang
saudara, atau tindakan keganasan;

(ii) radiasi pengionan atau pencemaran radioaktif daripada apa-apa


bahan buangan nuklear, daripada pembakaran bahan api nuklear,
bahan letupan toksik radioaktif, atau sifat-sifat berbahaya yang
lain daripada mana-mana bahan letupan, pemasangan nuklear
atau komponen nuklear daripadanya;

(iii) tekanan gelombang yang disebabkan oleh kapal terbang atau alat
peranti aerial lain yang bergerak dalma kelajuan sonik atau
supersonik;

(iv) bencana alam termasuk tetapi tidak terhad kepada gempa bumi,
banjir, penenggelaman, dan pembakaran spontan bawah tanah
atau mana-mana operasi kuasa alam semula jadi, kilat dan cuaca
yang sangat buruk;

(v) rusuhan, kekecohan dan gangguan, kerosakan jenayah, sabotaj,


mogok, sekat masuk, kekacauan buruh atau gangguan industri
lain (yang menjejaskan pelaksanaan Perjanjian ini) yang bukan

| 13
merupakan kesalahan mana-mana Pihak, yang menyebabkan
atau boleh dengan munasabahnya dijangka menyebabkan,
mana-mana Pihak gagal untuk mematuhi obligasinya;

(vi) pandemik atau epidemik; atau

(vii) apa-apa peristiwa yang tidak dapat diramalkan yang memenuhi


kriteria sebagaimana yang dinyatakan di bawah;

a. di luar kawalan munasabah Pihak yang terjejas oleh peristiwa


itu, keadaan atau gabungan peristiwa atau keadaan;

b. yang tidak dapat diramalkan atau, jika dapat diramalkan, tidak


boleh dihalang atau dielak atau diatasi oleh Pihak yang
terjejas yang telah mengambil segala usaha yang wajar dan
cermat;

c. yang secara tidak langsung menyebabkan Pihak yang terjejas


tidak berupaya untuk mematuhi semua atau suatu bahagian
material obligasinya di bawah Perjanjian ini; dan

d. yang bukan akibat langsung pelanggaran oleh Pihak yang


terjejas obligasinya di bawah Perjanjian ini.

DENGAN SYARAT BAHAWA kejadian Force Majeure hendaklah tidak


termasuk kemerosotan ekonomi, ketiadaan atau kekurangan dana atau
kekurangan pembiayaan Perunding untuk melaksanakan obligasinya di
bawah Perjanjian ini.

6.8 Pindaan

6.8.1 KESEDAR boleh mengemukakan sebarang cadangan untuk


perubahan kepada Projek sama ada dari segi skop, tempoh atau
selainnya kepada Perunding.

6.8.2 Sebarang pindaan, tambahan atau perubahan kepada Perjanjian ini


melainkan penambahan kepada kos Projek hendaklah dibuat secara
bertulis melalui Perjanjian Tambahan disahkan dan dipersetujui oleh
kedua-dua Pihak.

6.9 Kos Perjanjian dan Duti Setem

Pihak-pihak hendaklah menanggung sendiri apa-apa kos (termasuk kos


guaman) yang berhubungan dengan penyediaan dan penyempurnaan

| 14
Perjanjian ini, kecuali duti setem Perjanjian ini yang hendaklah ditanggung
sepenuhnya oleh Perunding.

FASAL 7
HAL-HAL LAIN

7.1 Wakil Perunding

Apa-apa tindakan yang diperlukan atau diizinkan untuk diambil, dan apa-apa
dokumen yang diperlukan atau diizinkan untuk ditandatangani di bawah
Perjanjian ini hendaklah diambil oleh atau ditandatangani untuk dan bagi
pihak Perunding oleh wakilnya yang diberi kuasa secara sah oleh Perunding.

7.2 Notis

7.2.1 Apa-apa notis, persetujuan, kebenaran atau permintaan yang perlu


diberi atau dibuat di bawah Perjanjian ini hendaklah secara bertulis
dalam Bahasa Melayu. Notis, persetujuan, kebenaran atau permintaan
itu hendaklah disifatkan sebagai telah diberi atau dibuat apabila ia
telah disampaikan dengan tangan, pos atau faks kepada Pihak yang
satu lagi kepada alamat yang ditetapkan seperti yang dinyatakan di
bawah atau di alamat-alamat lain sebagaimana yang ditetapkan oleh
mana-mana pihak kepada Perjanjian ini dari semasa ke semasa
secara bertulis.

Untuk KESEDAR
Pengurus Besar KESEDAR
Ibu Pejabat KESEDAR
Bandar Baru Gua Musang
18300 Gua Musang
Kelantan

No. Telefon : 09-9132 200


No. Faks : 09-9121 211

Untuk Perunding
Pengarah Urusan
NALURI UKUR
PT 154, Tingkat 2, Seksyen 11,
Jalan Sultanah Zainab,
15000 Kota Bharu, Kelantan

No. Telefon : 09-7412975, 09-7412976


No. Faks : 09-7412970

| 15
7.2.2 Adalah menjadi tanggungjawab Pihak-Pihak untuk memaklumkan
Pihak yang satu lagi mengenai sebarang pertukaran alamat dengan
memberikan notis bertulis dalam tempoh empat belas (14) hari selepas
pertukaran tersebut.

7.3 Pemakaian Undang-Undang

Perjanjian ini hendaklah ditadbirkan menurut Undang-Undang Malaysia dan


tiada guaman atau lain-lain prosiding berkaitan dengan Perjanjian ini boleh
diambil atau difailkan di mana-mana mahkamah melainkan sebuah
mahkamah yang mempunyai bidang kuasa di Malaysia, di mana ia hendaklah
mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk mendengar dan memutuskan
semua guaman atau prosiding yang terbit daripada Perjanjian ini dan dengan
ini Perunding tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah Malaysia untuk apa-
apa tindakan guaman atau prosiding.

7.4 Pematuhan kepada Undang-Undang

7.4.1 Perunding hendaklah menghormati dan mematuhi semua undang-


undang dan peraturan yang terpakai di Malaysia dan menggunakan
segala usaha yang munasabah untuk memastikan Personelnya,
pekhidmatnya, ejennya atau pekerjanya juga berbuat demikian.

7.4.2 Perunding hendaklah mematuhi polisi-polisi, arahan, prosedur dan


peraturan KESEDAR yang berkaitan pada setiap masa dalam
melaksanakan kewajipan mereka.

7.5 Kebolehasingan

Jika mana-mana peruntukan dalam Perjanjian ini didapati menyalahi undang-


undang atau tidak sah di bawah mana-mana undang-undang atau peraturan-
peraturan yang mempunyai kesan dan terpakai dalam tempoh Perjanjian ini,
peruntukan tersebut hendaklah diasingkan sepenuhnya dan Perjanjian ini
hendaklah ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang menyalahi undang-
undang atau tidak sah itu tidak pernah terkandung sebagai sebahagian
daripada Perjanjian ini dan peruntukan-peruntukan lain Perjanjian ini
hendaklah terus berkuatkuasa dan berkesan sepenuhnya dan tidak terkesan
oleh peruntukan yang salah atau tidak sah itu atau oleh pemisahan
peruntukan itu daripada Perjanjian ini.

| 16
7.6 Penepian Hak

Kegagalan mana-mana Pihak menjalankan atau menguatkuasakan mana-


mana hak, remedi atau peruntukan di bawah Perjanjian ini pada bila-bila
masa, tidak akan terjumlah kepada suatu penepian hak, remedi atau
peruntukkan tersebut atau mana-mana peruntukan dalam Perjanjian ini, atau
penepian terhadap apa-apa kemungkiran yang berterusan, selepas atau
terkemudian itu bagi peruntukan tersebut atau mana-mana peruntukan lain
dalam Perjanjian ini. Apa-apa penepian di bawah ini adalah sah jika ia dibuat
secara bertulis.

7.7 Tolakan (Set-off)

7.7.1 Dalam keadaan di mana Perunding berhutang apa-apa wang kepada


KESEDAR di bawah Perjanjian ini, maka KESEDAR berhak memotong
apa-apa jumlah wang tersebut daripada apa-apa wang yang kena
dibayar oleh KESEDAR kepada Perunding, di bawah Perjanjian ini.

7.7.2 Sekiranya wang yang kena dibayar oleh KESEDAR kepada Perunding
tidak mencukupi untuk maksud menolak wang yang terhutang oleh
Perunding kepada KESEDAR, KESEDAR boleh menuntut bakinya
daripada Perunding dan Perunding hendaklah membuat pembayaran
yang diperlukan dalam masa empat belas (14) hari setelah menerima
tuntutan tersebut. Sekiranya Perunding gagal membuat pembayaran
dalam tempoh yang disebutkan, maka KESEDAR berhak menolak
wang yang kena dibayar kepadanya daripada mana-mana perjanjian
lain yang wujud di antara KESEDAR dan Perunding.

7.7.3 Sekiranya KESEDAR menolak apa-apa wang di bawah Perjanjian ini


sebagai tolakan (set-off) sesuatu amaun yang masih belum dibayar
kepada KESEDAR oleh Perunding di bawah perjanjian lain yang mana
KESEDAR telah memasuki dengannya, Pihak-Pihak dengan ini
bersetuju bahawa amaun yang ditolak di bawah Perjanjian ini
hendaklah disifatkan sebagai telah dibayar di bawah Perjanjian ini
kepada Perunding dan hendaklah diakui terima sebagai suatu
pelepasan yang lengkap dan sah bagi amaun tersebut apabila mana
amaun tersebut kena dibayar di bawah Perjanjian ini.

7.8 Jadual

Apa-apa Jadual yang dilampirkan dalam Perjanjian ini hendaklah disifatkan


sebahagian daripada dan dibaca bersama Perjanjian ini.

| 17
7.9 Masa

Masa hendaklah menjadi inti pati Perjanjian ini.

7.10 Mengikat Pengganti

Perjanjian ini adalah mengikat ke atas pengganti, wasi, pentadbir, wakil dan
pemegang serah hak kedua-dua pihak.

*** lebihan mukasurat ini dibiarkan kosong dengan sengaja ***

| 18
PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS, Pihak-Pihak tersebut dengan ini
menurunkan tandatangan dan meterai mereka di bawah pada hari, bulan dan
tahun yang mula-mula tercatat di atas.

Ditandatangan untuk dan bagi pihak )


KESEDAR )
) ...............................................
Nama :
No. K.P. :
Jawatan :

Di hadapan saksi

……………………………….............
Nama :
No. K.P. :

Ditandatangan untuk dan bagi pihak )


PERUNDING )
) ...............................................
Nama :
No. K.P. :
Jawatan :

Di hadapan saksi

……………………………….............
Nama :
No. K.P. :

| 19
JADUAL A
Terma Rujukan
Jadual B
Personel Perunding
Jadual C
Harga Kontrak
Jadual D
Jadual Pelaksanaan
Projek
Jadual E
Pelan Kawasan
Jadual F
Borang 1
BORANG 1

Pengurus Hartanah
LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN
(KESEDAR),
Kompleks Ibu Pejabat KESEDAR,
Bandar Baru Gua Musang,
18300 Gua Musang, Kelantan
Tarikh:

Nama JUBL
Alamat JUBL

Tuan,

PENGESAHAN SIAP KERJA UKUR SIASATAN DAN KERJA-KERJA AWALAN.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa pihak kami …………………………………… (nama JUBL) telah


melakukan ukur siasatan di lapangan dan telah berpuas hati dengan maklumat yang diperolehi bagi
membolehkan pihak kami menjalankan kerja seterusnya dengan lancar.

3. Pihak kami juga telah berhubung dengan pihak Pejabat Operasi semasa kerja-kerja ukur
siasatan dijalankan dan telah mendapat kerjasama yang baik dari pihak pengurus/penyelia operasi.

Sekian, terima kasih.

Pengesahan Pengurus Operasi,

…………………………………. ………………………………….
( ) ( )
b/p: nama JUBL
Jadual G
Surat Setuju Terima
(SST) dan Surat
Akuan Perunding

You might also like