You are on page 1of 20

TARIKH TUTUP 29.08.

2023

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN


NEGERI SELANGOR

DOKUMEN SEBUTHARGA

NO. SEBUTHARGA: JPS/P/SB/P23/27/2023(SH)

KERJA PENYELENGGARAAN "ONLINE STORAGE" SERTA


KERJA BERKAITAN DI KAWASAN BLOK 2, DAERAH
SABAK BERNAM.

Pengarah
Jabatan Pengairan dan Saliran
Negeri Selangor

27
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
NEGERI SELANGOR

NO. SEBUTHARGA: JPS/P/SB/P23/27/2023(SH)

TAJUK KERJA :

KERJA PENYELENGGARAAN "ONLINE STORAGE" SERTA KERJA BERKAITAN


DI KAWASAN BLOK 2, DAERAH SABAK BERNAM.

JADUAL KANDUNGAN

Bil. Butiran Muka Surat

1 Kenyataan Sebutharga (i) – (ii)

2 Dokumen A – Arahan Kepada Penyebutharga A/1 – A/4

3 Dokumen B – Syarat-Syarat Sebutharga B/1 – B/7

4 Dokumen C – Borang Sebutharga C/1-C/3


Surat Akuan Pembida ( Lampiran C) C/4-C/5

5 Dokumen D – Dokumen-Dokumen Sokongan


i) Senarai Kerja Yang Telah Disiapkan D/1
ii) Senarai Kerja Dalam Tangan D/2

6 Senarai Pelan 1
DOKUMEN A
____________________________________________________________________

Arahan Kepada Penyebutharga

ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA

1.0 Hak Kerajaan Untuk Menerima/Menolak Sebutharga

Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima Sebutharga yang terendah atau mana-
mana Sebutharga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu
Sebutharga. Keputusan Jawatankuasa Sebutharga adalah muktamad.

2.0 Cara-Cara Melengkapkan Dokumen Sebutharga

2.1 Penyediaan Sebutharga

Penyebutharga adalah diwajibkan mengisi segala maklumat berikut dengan


sepenuhnya;

a) Ringkasan Sebutharga perlu diisi sepenuhnya dan ditandatangani oleh


penyebutharga.

b) Borang Sebutharga perlu diisi dengan menyatakan harga secara pukal


(Lump Sum) dan tempoh masa yang diperlukan untuk melaksanakan
kerja. Borang ini perlu ditandatangani oleh penyebutharga dan
saksinya.

c) Pegawai yang menandatangani Ringkasan Sebutharga dan Borang


Sebutharga ini hendaklah Pegawai Syarikat Yang Ditauliahkan seperti
yang dinyatakan dalam Sijil Pendaftaran dengan Pusat Khidmat
Kontraktor.

d) Butir-butir Spesifikasi (jika ada),

e) Senarai Kerja Dalam Tangan

f) Senarai Pengalaman Kerja

g) Maklumat kemampuan kewangan dalam bentuk penyata akaun bank


untuk 3 bulan yang terkini, deposit tetap, baki nilai kemudahan kredit
dan nilai kemudahan kredit yang layak/akan diperolehi oleh
penyebutharga daripada institusi kewangan.*

Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas,


Penyebutharga hendaklah menandatangani ringkas semua pembetulan.

* Bagi kerja melebihi RM200,000.00 (Kelas E) sahaja.

A/1
2.2 ‘Integrity Pact’

a) Penyebutharga wajib mengemukakan Surat Akuan Pembida seperti di


Dokumen D1 di mana ia berwaad untuk tidak menawar atau memberi
rasuah kepada mana-mana individu lain sebagi sogokan untuk dipilih
dalam tawaran ini. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan
Pembida ini hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa
menandatangani bagi pihak Syarikat.

b) Surat Akuan Pembida tersebut adalah menjadi salah satu dokumen


wajib dalam penilaian sebutharga peringkat pertama. Sekiranya
pembida gagal mengemukakan Surat Akuan tersebut yang telah
ditandatangani oleh pegawai Syarikat yang bertauliah, pembida
tersebut akan dinilai sebagai gagal dalam penilaian peringkat pertama
(gagal mengemukakan dokumen wajib) dan penilaian seterusnya tidak
akan dilaksanakan.

c) Kontraktor yang berjaya wajib mengemukakan Surat Akuan Pembida


Berjaya seperti di Dokumen D2 beserta dengan Borang Perjanjian
Inden Kerja yang telah ditandatangani di mana ia berwaad tidak akan
memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak. Wakil
syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida ini hendaklah
juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak
Syarikat. Suart Akuan ini akan menjadi sebahagian daripada Perjanjian
Sebutharga.

2.3 Penyerahan Dokumen Sebutharga

a) Dokumen Sebutharga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah


dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan dengan
bilangan Sebutharga JPS/P/SB/P23/27/2023(SH) serta tajuk
Sebutharga dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga
pada masa dan tempat yang ditetapkan dalam Kenyataan Sebutharga.

b) Jika Dokumen Sebutharga tidak diserahkan dengan tangan, Kontraktor


hendaklah menghantar Dokumen tersebut dengan pos supaya tiba
pada atau sebelum masa dan di tempat yang ditetapkan.

c) Sebutharga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan atas sebab


apa sekalipun, tidak akan dipertimbangkan.

2.4 Penjelasan Lanjut

Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebutharga yang tidak jelas


atau bercanggah, Penyebutharga boleh menghubungi pegawai kami di talian
03-32246900 JPS Daerah Sabak Bernam untuk penjelasan lanjut.

A/2
3.0 Ringkasan Sebutharga

3.1 Ringkasan Sebutharga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang


Sebutharga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebutharga.

3.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga hendaklah mengambil kira semua


kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain yang
perlu dan berkaitan bagi penyiapan kerja dengan sempurnanya.

4.0 Tempoh Siap Kerja ***

Kerja ini hendaklah disiapkan dalam tempoh tidak melebihi …6…..minggu/bulan.

5.0 Perbelanjaan Penyediaan Sebutharga

Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebutharga ini hendaklah ditanggung oleh


Penyebutharga sendiri.

6.0 Tempoh Sah Sebutharga

Sebutharga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup Sebutharga.
Penyebutharga tidak boleh menarik balik sebutharganya sebelum tamat tempoh sah.
Pengesyoran tindakan tatatertib akan diambil sekiranya Penyebutharga menarik balik
sebutharganya sebelum tamat tempoh sebutharga.

7.0 Peringatan Mengenai Kesalahan Rasuah

Semua penyebutharga adalah diingatkan supaya tidak terlibat dalam aktiviti jenayah
rasuah berkaitan dengan perolehan ini. Sehubungan dengan itu, para penyebutharga
diberi peringatan berikut:

7.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau 5ember,
meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada
mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan satu kesalahan jenayah
di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

7.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan
kepada mana-mana anggota perkhidmatan awam, maka pihak yang ditawar
atau diberi suapan dikehendaki membuat adua dengan segera ke pejabat
Suruhanjaya Pencegahan rasuah atau balai polis yang berhampiran.
Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

*** masukkan tempoh maksima yang dibenarkan untuk menyiapkan kerja

A/3
7.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap
anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor boleh
diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

7.4 Mana-mana kontraktor yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini
walaupun tiada kerja dibuat mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan mana-
mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan
adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009 (Akta 694).

A/4
DOKUMEN B
Syarat-syarat Sebutharga

SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA

1.0 Pemeriksaan Tapakbina

Kontraktor disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapakbina dan sekitarnya, bentuk
dan jenis tapakbina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi
menyiapkan Kerja, cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke tapak bina dan
hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar
jangkaan dan segala hal-keadaan yang mempengaruhi dan menjejas Sebutharganya.
Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan Kontraktor mematuhi
kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.

2.0 Bon Pelaksanaan*, Insurans dan Perkeso

2.1 Kontraktor hendaklah mengemukakan Bon Pelaksanaan* sebanyak 5%


daripada nilai sebutharga dalam bentuk Jaminan Bank, Jaminan Syarikat
Kewangan, jaminan Insurans atau Jaminan Takaful atau memilih Wang
Jaminan Pelaksanaan yang dikenakan potongan sebanyak 5% daripada nilai
sebutharga.

2.2 Kontraktor hendaklah atas nama Kerajaan dan Kontraktor mengambil Insuran
Tanggungan Awam dengan nilai minimum sebanyak _____________ bagi
setiap kemalangan dan Insuran Kerja* (sekiranya dinyatakan dalam butir-butir
Ringkasan Sebutharga) bagi tempoh pelaksanaan kerja ini. Kontraktor juga
hendaklah mengemukakan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO.

2.3 Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Inden semua polisi


insurans dan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKES0 yang tersebut di
atas sebelum memulakan Kerja. Bagaimanapun untuk tujuan memulakan
Kerja sahaja, Nota-nota perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah
mencukupi. Sekiranya Kontraktor gagal mengemukakan semua polisi Insurans
selepas tempoh sah Nota-nota Perlindungan tanpa sebarang sebab yang
munasabah, Pegawai Inden berhak mengambil tindakan seperti di bawah fasal
8.1(e) Syarat-syarat ini.

3.0 Peraturan Pelaksanaan Kerja

3.1 Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi Spesifikasi, Pelan-pelan,


Butir-butir Kerja dalam Ringkasan Sebutharga, Syarat-syarat yang dinyatakan
dalam Dokumen Sebutharga dan Arahan Pegawai Inden atau Wakilnya.

*3.2 Kerja-kerja elektrik yang dilaksanakan disamping mematuhi kehendak di pasal


3.1 di atas, hendaklah juga mematuhi semua peraturan, undang-undang dan
undang-undang kecil yang diluluskan oleh :
(i) Suruhanjaya Tenaga
(ii) Jabatan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan
(iii) Pemegang Lesen dan Pihak Berkuasa Bekalan Elektrik
(iv) Jabatan Bomba dan Penyelamat
(v) Pihak Berkuasa Tempatan

* keluarkan jika tidak berkenaan

B/1
4.0 Sub-Sewa Dan Penyerahan Hak

Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan kerja kepada kontraktor-kontraktor


lain. Kontraktor tidak boleh menyerahhak apa-apa faedah di bawah Inden Kerja ini
tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Inden.

5.0 Penolakan Bahan, Barang Dan Kerja Oleh Pegawai Inden.

5.1 Pegawai Inden atau Wakilnya berhak menolak bahan, barang dan kerja-kerja
yang tidak menepati Spesifikasi. Bahan, barang dan kerja-kerja yang ditolak
hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah
ditanggung oleh Kontraktor sendiri.

5.2 Kontraktor hendaklah dengan sepenuhnya atas perbelanjaan sendiri


menyediakan sampel bahan dan barang-barang untuk ujian.

5.3 Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan cara kerja yang telah
ditentukan di dalam spesifikasi atau ditawarkan dan telah diterima, dibenarkan
kecuali mendapat persetujuan Pegawai Inden secara bertulis.

6.0 Bayaran Cukai Di Bawah Akta Cukai Barangan Dan Perkhidmatan 2014

6.1 Penyebutharga hendaklah menawarkan harga Sebutharga tanpa mengambil


kira bayaran cukai di bawah Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014 (
Goods and Services Tac Act 2014 – Akta GST 2014)(selepas ini di rujuk
sebagai Harga Sebutharga tanpa GST). Meskipun demikian penyebutharga
masih bertanggungan untuk mengambil kira dalam Harga Sebutharga tanpa
GST tersebut bagi bayaran kos yang berkaitan dengan pematuhan kepada
mana-mana peruntukan undang-undang, peraturan-peraturan, undang-undang
kecil atau mana-mana perintah atau arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana
Pihak Berkuasa Tempatan atau Syarikat Perkhidmatan Awam berkaitan
dengan pelaksanaan kerja.

6.2 Penyebutharga hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran GST dengan


Jabatan Kastam DiRaja Malaysia pada tarikh tutup Sebutharga. Untuk tujuan
itu, satu salinan surat kelulusan pendaftaran GST daripada Jabatan Kastam
DiRaja Malaysia berserta dengan nombor pendaftarannya hendaklah
dikemukakan bersama dengan Dokumen Sebutharga pada tarikh tutup
Sebutharga.

6.3 Penyebutharga yang berjaya hanya akan dikeluarkan Surat Setujuterima/


Borang Inden Kerja Sebutharga berdasarkan Harga Sebutharga termasuk
kenaan GST dengan syarat telah berdaftar di bawah Akta GST 2014.

6.4 Penyebutharga yang mengistiharkan tidak dikenakan cukai dibawah Akta GST,
namun akan menjadi Kontraktor yang berdaftar GST setelah ditawarkan
perolehan tersebut, maka Kontraktor hendaklah memaklumkan dengan segera
kepada Jabatan berkenaan perubahan status pendaftaran permohonan untuk
pelarasan bagi kenaan GST yang akan dimuktamadkan oleh Pegawai
Pengawal.

B/2
7.0 Ringkasan Sebutharga

7.1 Ringkasan Sebutharga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang


Sebutharga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebutharga.

7.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga yang dikemukakan oleh Kontraktor


hendaklah tertakluk kepada persetujuan Pegawai Inden tentang
kemunasabahannya.

Apa-apa pelarasan kepada harga dan apa-apa kesilapan pengiraan dalam


Ringkasan Sebutharga hendaklah dilaraskan dan diperbetulkan sebelum Inden
Kerja dikeluarkan. Jumlah amaun yang dilaraskan hendaklah sama dengan
jumlah harga pukal dalam Borang Sebutharga. Amaun jumlah harga pukal
dalam Borang Sebutharga hendaklah tetap tidak berubah.

7.3 Harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga hendaklah mengambilkira semua


kos termasuk pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain yang perlu
dan berkaitan bagi penyiapan kerja dengan sempurnanya.

7.4 Tiada sebarang tuntutan akan dilayan atau pelarasan harga dibuat akibat
daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan, duti dan cukai Kerajaan, sama
ada dalam tempoh sah Sebutharga atau dalam tempoh kerja.

7.5 Sekiranya sebutharga berasaskan senarai kuantiti sementara, pengukuran


semula hendaklah dibuat dan harga sebutharga diselaraskan.

8.0 Percanggahan Dalam Dokumen Sebutharga

Jika Kontraktor mendapati apa-apa percanggahan dalam Dokumen Sebutharga dia


hendaklah merujuk kepada Pegawai Inden untuk mendapatkan keputusan.

9.0 Bayaran Pendahuluan (Jika sebutharga melebihi RM200,000 sehingga RM500,000)

Kontraktor boleh memohon Bayaran Pendahuluan sebanyak 25% atau RM100,000


yang mana lebih rendah jika memenuhi kesemua syarat berikut:-

i) Kerja yang dilaksanakan bernilai melebihi RM200,000 sehingga RM500,000.


ii) Tempoh siap kerja tidak kurang daripada 3 bulan.
iii) Permohonan daripada kontraktor diterima dalam tempoh satu (1) bulan dari
tarikh Inden dikeluarkan.
iv) Polisi insurans telah dikemukakan oleh kontraktor.
v) Satu jaminan terhadap Bayaran Pendahuluan dikemukakan oleh kontraktor
samada dalam bentuk Jaminan Bank atau Jaminan Syarikat Kewangan atau
Jaminan Insurans atau Jaminan Takaful. Nilai jaminan hendaklah sama
dengan nilai bayaran pendahuluan yang dipohon.

B/3
10.0 Bayaran Balik Pendahuluan (Jika sebutharga melebihi RM200,000 sehingga
RM500,000)

Bayaran balik pendahuluan akan dibuat melalui potongan ke atas bayaran kemajuan
mengikut peringkat kerja yang telah disempurnakan. Potongan akan mula dibuat
setelah kemajuan kerja mencapai 25% dan semua bayaran balik hendaklah selesai
semasa projek siap pada tahap 75%.

11.0 Bayaran Kerja

Bayaran atas kerja yang telah dilaksanakan akan dibuat seperti berikut:-

(i) Bayaran sepenuhnya iaitu setelah Kontraktor menyiapkan kerja dengan


sempurna dan menyerahkan Inden Kerja Asal; atau

(ii) tempoh siapnya melebihi satu (1) bulan tetapi tidak melebihi dua (2) bulan.
Bayaran pertama akan dibuat apabila kemajuan kerja mencapai sekurang-
kurangnya 50% dari nilai Sebutharga atau satu (1) bulan, yang mana lebih
awal. Manakala bayaran kedua adalah merupakan bayaran akhir; atau

(iii) Bagi Sebutharga yang tempoh penyiapannya melebihi dua (2) bulan, bayaran
kemajuan secara Bayaran Interim akan dibuat sehingga semua kerja
disiapkan. Bayaran terakhir kepada kontraktor hendaklah dianggap sebagai
perakuan bayaran muktamad kepada kontraktor atas keseluruhan kerja yang
telah dilaksanakan.

12.0 Kerja Perubahan

12.1 Pegawai Inden boleh mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan


sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis. Tiada apa-apa perubahan
yang dikeluarkan oleh Pegawai Inden boleh membatalkan Sebutharga ini.

12.2 Semua kerja perubahan dan/atau tambahan yang diluluskan oleh Pegawai
Inden akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada
dalam Senarai Kuantiti/Ringkasan Sebutharga. Jika tidak terdapat sebarang
kadar harga yang bersesuaian, kadar harga yang dipersetujui oleh Pegawai
Inden dan kontraktor hendaklah digunakan.

13.0 Lanjutan Masa (Jika sebutharga melebihi RM200,000 sehingga RM500,000)

Sekiranya kontraktor tidak dapat menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan,
Lanjutan Masa boleh diberikan kepada kontraktor tertakluk kepada kelulusan
Jawatankuasa Sebutharga dan sebab kelewatan bukan berpunca daripada kelewatan
di pihak kontraktor.

B/4
14.0 Tempoh Tanggungan Kecacatan

Tempoh Tanggungan Kecacatan ialah selama enam (6) bulan dari tarikh kerja
diperakukan siap. Pada bila-bila masa di dalam Tempoh Tanggungan Kecacatan,
Kontraktor hendaklah membaiki sebarang kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan
atau apa-apa kerosakan lain yang disebabkan oleh bahan, barang atau mutu hasil
kerja yang tidak menepati spesifikasi di atas perbelanjaannya sendiri setelah
dimaklumkan oleh Pegawai Inden.

15.0 Penamatan Perlantikan Kontraktor

15.1 Pegawai Inden berhak membatalkan Inden Kerja sekiranya Kontraktor berada
dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Pegawai
Inden:

a) Sekiranya Kontraktor gagal memulakan kerja selepas 7 hari dari tarikh


akhir tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Inden Kerja, tanpa
sebab yang munasabah.
b) Sekiranya Kontraktor gagal menyiapkan Kerja pada tarikh siap kerja
atau dalam tempoh lanjutan masa yang diberikan.
c) Kemajuan Kerja terlalu lembap tanpa apa-apa sebab yang munasabah.
d) Penggantungan perlaksanaan keseluruhan atau sebahagian Kerja,
tanpa apa-apa sebab yang munasabah.
e) Tidak mematuhi arahan Pegawai Inden tanpa apa-apa alasan yang
munasabah; dan
f) Apabila Kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.

15.2 Sekiranya perlantikan Kontraktor ditamatkan, pengesyoran untuk tindakan


tatatertib oleh Pusat Khidmat Kontraktor akan dibuat terhadap Kontraktor.

16.0 Pematuhan Kepada Undang-Undang

Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-Undang Kecil dan Undang-


Undang Berkanun dalam Malaysia semasa pelaksanaan kerja. Kontraktor tidak
berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan akibat pematuhan syarat ini.

B/5
17.0 Spesifikasi Khusus

17.1 Kontraktor perlu menyediakan jentera, peralatan, mesin, tenaga kerja dan lain-lain
yang difikirkan perlu bagi kerja-kerja pembersihan sediada serta lain-lain kerja yang
berkaitan mengikut spesifikasi dan arahan Pegawai Penguasa.

17.2 Kerja-kerja penyediaan tapak sebelum, semasa dan setelah siap kerja termasuk
penyediaan laluan ke tapak bina yang perlu diselenggara dari semasa ke semasa,
supaya tidak mengganggu aktiviti dikawasan tersebut dan lain-lain persediaan yang
perlu.

17.3 Menyediakan laporan kerja termasuk mengambil, memproses dan membukukan


gambar sebelum, semasa dan selepas kerja dan dihantar 2 salinan dalam bentuk
hardcopy dan softcopy seperti yang ditetapkan oleh Pegawai penguasa.

17.4 Pihak kontraktor perlu memastikan laluan masuk ke tapak dijaga dan diselenggara
sebelum, semasa dan selepas kerja. Kos kerja-kerja penyelenggaraan jalan masuk ke
tapak bina dianggap telah dimasukkan didalam kos penyediaan tapak.

17.5 Pihak kontraktor dianggap telah memasukkan kos pengangkutan jentera dan bahan,
kos penyelenggaraan, kos penyimpanan bahan dan jentera, double handling dan lain-
lain kos berkaitan jentera dan bahan dalam sebutharga

SPESIFIKASI MENDALAMKAN ”ONLINE STORAGE”/PARIT

17.6 Kontraktor perlu menyediakan peralatan, mesin, tenaga kerja dan lain-lain yang
difikirkan perlu bagi kerja-kerja mendalamkan parit/kolam dengan anggara kedalaman
1.0m serta lain-lain kerja yang berkaitan mengikut spesifikasi dan arahan Pegawai
Penguasa.

17.7 Kerja-kerja membersihkan parit termasuk bahu parit, cerun parit dan perut parit, kerja-
kerja adalah termasuk membuang halangan yang terdapat dalam parit dan sisa
pembersihan perlu dilupuskan di kawasan yang bersesuai mengikut lokasi yang di
benarkan oleh Pegawai Penguasa.

17.8 Pembersihan juga termasuk membersihkan kawasan pembentung dan kawasan yang
terdapat lintasan-lintasan lain seperti lintasan paip air dan sebagainya.

17.9 Pemborong perlu memaklumkan program kerja dan memaklumkan kepada Pegawai
Penjaga setiap kali kerja-kerja siap dilaksanakan.

17.10 Pemborong perlu memastikan aliran air serta sistem saliran sentiasa lancar semasa
dan selepas kerja-kerja siap dilaksanakan.

B/6
18.0 Spesifikasi Umum

18.1 Semasa kerja-kerja dijalankan pihak kontraktor perlu memastikan undang-undang


atau keperluan jabatan yang berkaitan dipatuhi seperti pihak kontraktor tidak
digalakkan melaksanakan kerja-kerja dengan keadaan jentera berada diatas
jalanraya. Sekiranya situasi tersebut tidak dapat dielakkan pihak kontraktor perlu
memastikan kawalan keselamatan jalanraya dipatuhi sepenuhnya, perlu
menggunakan pelapik (slipper), perlu membersihkan sisa tanah dari jalan, serta lain-
lain keperluan Jabatan

18.2 Pihak kontraktor perlu memastikan sisa korekan atau bahan buangan dari kerja
dibuang ditempat pembuangan yang dibenarkan oleh Pegawai Penguasa. Pihak
kontraktor perlu bertanggungjawab dalam apa-apa keadaan sekiranya sisa
korekan/buangan tersebut tidak dibuang mengikut arahan Pegawai Penguasa dan
sebarang kos untuk perkara tersebut tidak boleh dituntut dari pihak kerajaan. Pihak
kontraktor juga perlu memastikan sisa korekan tersebut tidak menyebabkan
pencemaran sebelum, semasa dan selepas ia dibuang.

18.3 Pihak kontraktor perlu memastikan jalan/ bahu jalan yang dilalui oleh jentera pihak
kontraktor dalam keadaan bersih dan tidak mengalami kerosakan. Sekiranya terdapat
kecacatan pihak kontraktor perlu segera mengambil tindakan sewajarnya begi
mengatasi perkara tersebut.

18.4 Pihak Kontraktor tidak boleh samada dengan sengaja atau tidak sengaja
menyebabkan kerosakan pada harta benda awam atau harta kerajaan atau
mendatangkan sebarang kerugian yang menyebabkan pihak kerajaan menanggung
kerugian. Sekiranya terdapat sebarang kerosakan pihak kontraktor perlu
menggantikan kerosakan tersebut mengikut keadaan sediada.

18.5 Pihak kontraktor perlu memastikan sebelum, semasa, dan selepas memulakan kerja
keadaan di tapak berada dalam keadaan bersih dan selamat kepada pekerja, pegawai
dan orang awam. Serta keadaan trafik, aliran air, parit tidak diganggu sehinga
menimbulkan kesulitan. Pihak kontraktor perlu bertanggungjawap sepenuhnya
terhadap sebarang tuntutan, kerosakan, ketidakpatuhan yang timbul.

18.6 Pihak kontraktor perlu menyediakan papantanda keselamatan termasuk penjaga


lalulintas mengikut standard temporary sign - Arahan Teknik JKR serta syarat-syarat
berkaitan

18.7 Kerja-kerja yang tidak dinyatakan dalam anggaran harga namun terdapat dalam pelan
dianggap termasuk dalam harga kontrak, dan perlu dilaksanakan sekiranya terdapat
arahan dari pegawai penguasa.

18.8 Kontraktor perlu memastikan sebelum, semasa dan selepas kerja dilaksanakan semua
perundangan berkaitan alam sekitar dipatuhi serta memastikan alam sekitar termasuk
flora dan fauna tidak terjejas disebabkan kerja-kerja tersebut.

18.9 Kontraktor perlu menyediakan peralatan keselamatan, perhubungan, pengangkutan


dan lain-lain yang berkaitan semasa Pegawai Penguasa atau Wakil Pegawai
Penguasa memantau kerja-kerja tersebut dari semasa ke semasa.

B/7
DOKUMEN C

Borang Sebutharga
BORANG SEBUTHARGA
No. Sebutharga : JPS/P/SB/P23/27/2023(SH)

Jabatan Pengairan Dan Saliran,


Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan.
(Pejabat yang memanggil Sebutharga)

Tuan,

Sebutharga Untuk :

KERJA PENYELENGGARAAN "ONLINE STORAGE" SERTA KERJA BERKAITAN


DI KAWASAN BLOK 2, DAERAH SABAK BERNAM.

Di bawah yang tertakluk kepada Sebutharga dan Spesifikasi Kerja dan pelan-pelan, saya
yang bertandatangan di bawah ini adalah dengan ini menawarkan untuk melaksanakan dan
menyiapkan kerja-kerja tersebut bagi jumlah harga pukal sebanyak Ringgit Malaysia :

(RM )

2. Saya bersetuju menyiapkan kerja-kerja ini dengan sempurna dan memuaskan dalam
masa 6 MINGGU dari tarikh mula kerja seperti yang ditetapkan.

Bertarikh pada …………………… haribulan ………………… 20 ………………

…………………………………….. …………………………………….
(Tandatangan Pentender) (Tandatangan Saksi)

Nama Penuh : ……………………………… Nama Penuh : …………………………….

No. K/P : …………………………………... No. K/P : …………………………………....

Alamat : ……………………………………. Alamat :…………………………………......

……………………………………………… ..……………………......…………………….

Atas sifat : …………………………………. .................…………………………...……..

………………………………………………
Meteri atau Cop Syarikat

C/1
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
DAERAH SABAK BERNAM
EMS ISO 14001 CERT. NO: J01040002

No. Sebutharga : JPS/P/SB/P23/27/2023(SH)

KERJA PENYELENGGARAAN "ONLINE STORAGE" SERTA KERJA BERKAITAN DI


KAWASAN BLOK 2, DAERAH SABAK BERNAM.

Bil Kadar
Perkara Unit Kuantiti Harga
( RM )
Menyediakan segala peralatan,
tenaga pekerja, jentera-jentera dan
segala yang berkaitan serta
membekal bahan binaan mengikut
sebagaimana pelan, spesifikasi kerja
dan arahan Pegawai Penguasa untuk
kerja-kerja seperti berikut:

1.0 KERJA-KERJA AWALAN

1.1 Menyediakan insurans - insurans L. Sum - - …………………


termasuk
a)Public Liability
b)Workman’s Compensation
1.2 Kerja-kerja penyediaan tapak L. Sum - - ………….…….
sebelum, semasa dan selepas kerja
dilaksanakan termasuk menyediakan
tapak binaan sementara,
menyelenggara jalan masuk serta
kerja berkaitan.

1.3 Kerja-kerja membekal dan L. Sum - - ………….…….


menyediakan papantanda
keselamatan beserta pengawal jalan
mengikut “Standard Temporary
Signs” semasa kerja dijalankan
serta menyediakan pelapik bagi
kerja – kerja pembersihan
mengunakan jentera.

1.4 Mobilasi jentera dan peralatan yang L. Sum - - ………………..


diperlukan bagi kerja di tapak bina
dan demobilasi jentera dan
peralatan selepas siap kerja.

1.5 Mengambil dan memproses gambar L. Sum - - ………………..


sebelum, semasa dan selepas kerja-
kerja dilaksanakan, dihantar 2
salinan dalam bentuk softcopy dan
hardcopy.

JUMLAH DI BAWA KE MUKASURAT C/3


………………

C/2
Bil Kadar
Perkara Unit Kuantiti Harga
( RM )

JUMLAH DARI C/2


…………….
2.0 KERJA MENGOREK PARIT
MENGGUNAKAN JENTERA

2.1 Kerja mengorek dan mendalamkan parit


menggunakan “hydraulic excavator long
boom” dan meratakan sisa korekan dikaki
lima parit serta kerja berkaitan
sebagaimana yang diarahkan oleh
Pegawai Penguasa.

Kampung Sekendi/Tebuk Jawa m 9,600


............... ...................
a) Sekendi hingga Jalan Saring BNO

JUMLAH KESELURUHAN RM
………………

C/3
Lampiran 6

SURAT AKUAN PEMBIDA

Bagi

KERJA PENYELENGGARAAN "ONLINE STORAGE" SERTA KERJA BERKAITAN DI KAWASAN


BLOK 2, DAERAH SABAK BERNAM.

JPS/P/SB/P23/27/2023(SH)

Saya, .................................................................................................. No. Kad Pengenalan yang


(Nama Wakil Syarikat)

mewakili ....................................... nombor Pendaftaran ...........................................................dengan ini


(Nama Syarikat) (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)
mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana orang yang mewakili syarikat ini:
i. tidak akan menawarkan, menjanjikan atau memberikan apa - apa suapan kepada
mana- mana orang dalam mana-mana Kementerian/Agensi atau mana-mana orang
lain, sebagai suapan untuk dipilih dalam mana-mana perolehan; dan
ii. tidak akan melakukan atau terlibat dengan tipuan bida dalam mana-mana perolehan.

Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas
untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati terlibat dalam
pakatan tipuan bida dengan syarikat lain berkenaan perolehan di atas atau menawarkan, menjanjikan
atau memberikan apa-apa suapan kepada mana-mana orang dalam
........................................................... atau mana-mana orang lain sebagai dorongan untuk dipilih dalam
(Nama Kementerian/Agensi)
perolehan seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut boleh
diambil:
2.1 Hilang kelayakan untuk dinilai dan dilantik bagi perolehan di atas; dan
2.2 Lain-lain tindakan undang-undang/tatatertib mengikut undang-undang/peraturan
perolehan Kerajaan yang berkuat-kuasa.

3. Saya sesungguhnya faham bahawa tindakan berikut akan diambil :


3.1 Didakwa bagi kesalahan** di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
2009 [Akta 694] dan Kanun Keseksaan [Akta 574] serta boleh dihukum di bawah
undang-undang masing- masing untuk kegagalan saya atau mana-mana orang yang
mewakili syarikat ini untuk mematuhi perkara (i); atau

3.2 tindakan boleh dikenakan ke atas syarikat di bawah Akta Persaingan 2010 [Akta 712]
atas kegagalan saya atau mana-mana orang yang mewakili syarikat ini untuk
mematuhi perkara (ii) dalam Surat Akuan ini. Sekiranya syarikat didapati melanggar
peruntukan seksyen 4(2)(d) Akta 712, syarikat boleh didenda tidak melebihi sepuluh
peratus (10%) daripada pusing ganti (turn over) seluruh dunia sepanjang tempoh suatu
pelanggaran itu berlaku.

4. Sekiranya terdapat mana-mana orang cuba memperolehi atau meminta apa-apa suapan
daripada saya atau mana-mana orang yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai dorongan untuk
dipilih dalam perolehan seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan
tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang
berhampiran. Saya sedar bahawa kegagalan saya berbuat demikian adalah merupakan suatu
kesalahan di bawah seksyen 25 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694]
dan boleh dihukum di bawah seksyen 25 (2) akta yang sama, apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

C/4
5. Saya sesungguhnya faham bahawa syarikat melakukan kesalahan jika seseorang yang
bersekutu dengan syarikat*** memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan untuk memperoleh
atau mengekalkan perniagaan atau faedah dalam menjalankan perniagaan di bawah Seksyen 17A,
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], apabila disabitkan kesalahan boleh
didenda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM1 juta, atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya.

Yang benar,

Tandatangan : ......................................................

Nama : ......................................................

No.KP : ......................................................

Tarikh : ......................................................

Cop Syarikat : ......................................................

Catatan:
(i) **termasuk kesalahan ditetapkan dalam Jadual (Perenggan 3 (a), takrif "kesalahan ditetapkan") Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah Kanun
Keseksaan.
(ii) ***seseorang yang bersekutu dengan syarikat merujuk kepada seksyen 17A (6) Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], iaitu seseorang itu bersekutu dengan organisasi
komersial jika dia seorang pengarah, pekongsi atau pekerja organisasi komersial itu atau dia ialah orang
yang melaksanakan perkhidmatan untuk atau bagi pihak organisasi komersial itu.
(iii) Surat Akuan ini hendaklah dikemukakan bersama surat perwakilan kuasa.
(iv) Takrifan perusahaan di bawah Akta 712 merangkumi syarikat yang terlibat dengan perolehan Kerajaan.

C/5
DOKUMEN D
_________________________________________________________
Dokumen-Dokumen Sokongan

SENARAI KERJA YANG TELAH DISIAPKAN

Nama Projek Jabatan / Agensi Harga Tempoh Tarikh Siap


Yang Mengawasi Sebenar
Projek

D/1
SENARAI KERJA DALAM TANGAN

Nama Projek Jabatan/Agensi Harga Tarikh Mula Tarikh Siap


Yang Mengawasi
Projek

D/2

You might also like