You are on page 1of 8

GARIS PANDUAN JPNK 2021(KBK)

GARIS PANDUAN PENGURUSAN KONTRAK PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN


KAWASAN (KBK) – JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN

AGENSI PERKARA & TANGGUNGJAWAB


JABATAN PENTADBIR KONTRAK
PENDIDIKAN
1. Menguruskan urusan penerimaan bon pelaksanaan dalam tempoh 30 hari dari kontraktor
NEGERI KELANTAN menyetujui Surat Setuju Terima (tender)

2. Mempertimbangkan permohonan pelanjutan tempoh penghantaran bon pelaksanaan(tender)

3. Meluluskan dokumen perjanjian kontrak kurang dari RM5,000,000.00. (tender)

4. Menguruskan dokumen perjanjian kontrak untuk kelulusan kementerian bagi kontrak bernilai
melebihi RM5,000,000.00. (tender)

5. Melaksanakan urusan pemenuhan dan penyediaan dokumen perjanjian dalam sistem


ePerolehan (tender)

6. Menguruskan urusan cadangan notis penamatan perkhidmatan

7. Pengagihan peruntukan bagi PKK dan KBK kepada semua PPD

8. Melaksanakan urusan pemantauan fizikal

9. Melaksanakan urusan pemantauan prestasi melalui laporan berkala

10. Memastikan urusan pelepasan bon pelaksanaan dibuat dalam tempoh 3 bulan selepas kontrak
telah tamat tempoh.

PEJABAT PENTADBIR KONTRAK

1|Page
GARIS PANDUAN JPNK 2021(KBK)

PENDIDIKAN 1. Menguruskan urusan cadangan notis penamatan perkhidmatan untuk dipanjangkan kepada
DAERAH JPN

2. Membuat semakan dan pembayaran ke atas tuntutan bulanan bagi perkhidmatan PKK dan
KBK.

3. Melaksanakan urusan pemantauan fizikal

4. Melaksanakan pengesahan prestasi perkhidmatan syarikat

5. Menyediakan laporan prestasi secara bulanan dan dikemukakan kepada Unit Perolehan, Sektor
Infrastruktur & Perolehan, JPN Kelantan

6. Membuat pengesahan ke atas permohonan pelepasan bon pelaksanaan bagi kontrak yang
telah tamat tempoh secara pukal sebelum dikemukakan Unit Perolehan, Sektor Infrastruktur &
Perolehan, JPN Kelantan

DENDA

1. Sekiranya berlaku sebarang pelanggaran mana-mana terma dan syarat Kontrak, denda
berdasarkan asas pengiraan yang dinyatakan dalam Dokumen Kontrak perlu dikenakan.

2. Mana-mana pekerja/ pengawal tidak hadir bertugas mengikut terma-terma dan syarat-syarat
dalam Kontrak tersebut, Kerajaan boleh mengenakan pemotongan dengan jumlah yang
sama banyak dengan gaji sehari setiap pekerja/ gaji sejam seorang pengawal yang
tidak hadir berdasarkan kepada lampiran Skim Perkhidmatan Pekerja dalam Dokumen
Kontrak

3. Pelanggaran terma-terma dan syarat-syarat Kontrak yang berlaku dalam bulan pertama
perkhidmatan, ‘tempoh bertenang’ diberikan untuk 14 HARI PERTAMA dan tidak perlu

2|Page
GARIS PANDUAN JPNK 2021(KBK)

dikenakan denda. Walau bagaimanapun, tindakan pemotongan bayaran hendaklah dikenakan


sekiranya pekerja/ pengawal tidak hadir bertugas tanpa pengganti yang sah.

PELANGGARAN TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KONTRAK

Sekiranya berlaku pelanggaran terma-terma dan syarat-syarat Kontrak, Pusat Pembayar dikehendaki
untuk mengambil tindakan seperti berikut:

1. mengenakan denda atau pemotongan bayaran atau kedua-duanya sekali terhadap pihak
Kontraktor mengeluarkan Surat Amaran Berdenda (Pertama/ Kedua/ Ketiga/ Keempat dan
seterusnya) kepada Kontraktor dalam tempoh 10 hari selepas Borang Pengesahan Pelaksanaan
Kerja Perkhidmatan yang lengkap diterima.

2. pemotongan bayaran dan denda ini boleh dikenakan serentak namun pusat pembayar
hendaklah memastikan tindakan yang diambil tersebut tidak dikenakan terhadap kesalahan
yang sama dalam masa yang sama.

3. penerima perkhidmatan adalah juga pusat pembayar yang membuat bayaran, surat aduan
tidak perlu dikeluarkan. Penerima perkhidmatan ini hendaklah terus mengeluarkan Surat
Amaran Berdenda kepada Kontraktor

PENAMATAN PERKHIDMATAN

Tindakan Penamatan perkhidmatan Kontraktor hendaklah diambil sekiranya:

1. Sebarang denda/ pemotongan bayaran atau keduaduanya sekali telah dikenakan untuk dua (2)
bulan berturut-turut; atau

2. Kontraktor dikenakan sebanyak tiga (3) kali denda/pemotongan bayaran atau kedua-duanya
secara terkumpul dalam masa 12 bulan, sepanjang tempoh perkhidmatan.

3|Page
GARIS PANDUAN JPNK 2021(KBK)

3. Menerima cadangan penamatan dari penerima perkhidmatan.

4. Mengemukakan cadangan penamatan kepada Unit Perolehan, JPN untuk tindakan selanjutnya.
PENTADBIR PENTADBIR KONTRAK
PREMIS
1. Melaksanakan semakan fizikal ke atas perkhidmatan di premi sebelum pengesahan ke atas
(PENGETUA/GURU tuntutan dibuat.
BESAR)
2. Mengesahkan perkhidmatan yang dilaksanakan dengan teratut ke atas tuntutan pembayaran
oleh kontraktor.

3. Mengesahkan perkhidmatan syarikat telah diselesaikan melalui borang pelepasan bon


pelaksanaan kontraktor.

4. Tindakan punitif akan dikenakan kepada Pengetua/Guru Besar yang membuat pengesahan
tanpa membuat semakan secara fizikal.

PELANGGARAN TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KONTRAK

1. Penerima Perkhidmatan mengeluarkan Surat Aduan beserta dokumen sokongan berkaitan


kepada Pusat Pembayar berserta Salinan Borang Pengesahan Pelaksanaan Kerja
Perkhidmatan yang disahkan sebagai pemakluman ketidakpatuhan terhadap mana-mana
terma dan syarat kontrak.

2. Penerima Perkhidmatan dikehendaki melampirkan laporan prestasi bulanan Kontraktor bersama


Surat Aduan.

3. Penerima Perkhidmatan memastikan Kontraktor melaksanakan tindakan penambahbaikan dan


melaporkan kepada Pusat Pembayar dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh Surat Amaran
Berdenda diterima.

4|Page
GARIS PANDUAN JPNK 2021(KBK)

4. Penerima perkhidmatan WAJIB memastikan perkhidmatan yang dilaksanakan adalah teratur


dan mengikut terma dalam kontrak perjanjian.

5. Pengesahan yang dibuat tanpa semakan fizikal boleh akan dikenakan tindakan punitif
yang bersesuaian.

PENAMATAN PERKHIDMATAN

1. Cadangan penamatan kontrak perkhidmatan oleh Penerima Perkhidmatan boleh dibuat


sekiranya pelanggaran terma-terma dan syarat-syarat Kontrak masih berlaku dan Kontraktor
GAGAL untuk melaksanakan penambahbaikan.

2. Penerima Perkhidmatan yang berhasrat untuk menamatkan Kontrak perkhidmatan tersebut


hendaklah mengemukakan cadangan penamatan perkhidmatan kepada Pusat Pembayar atau
JPN. (Rujuk ms 40 GPPK 2015)
KONTRAKTOR SKOP PERKHIDMATAN
PERKHIDMATAN
1. Kontraktor hendaklah melaksanakan Perkhidmatan mengikut arahan Kerajaan secara bertulis
dari semasa ke semasa mengenai Perkhidmatan mulai Tarikh Berkuat kuasa yang dinyatakan.
(Rujuk Dokumen Perjanjian)

BON PELAKSANAAN

1. Bon Pelaksanaan bersama-sama dengan akuan penerimaan Surat Setuju Terima perlu
diserahkan sebelum Kontraktor memasuki Premis dalam tempoh 30 hari selepas
menandatangani SST.

PEKERJA, TANGGUNGAN PERBELANJAAN DAN KOS

1. Kontraktor hendaklah memastikan bahawa pekerja:

5|Page
GARIS PANDUAN JPNK 2021(KBK)

a) sentiasa menjaga kebersihan diri dan bebas daripada apa-apa wabak atau penyakit berbahaya
atau berjangkit
b) sentiasa menjaga kebersihan Premis

c) terlatih dalam pelaksanaan Perkhidmatan

d) adalah warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 63
tahun sepanjang Tempoh Perjanjian

e) mengemukakan laporan pemeriksaan kesihatan yang dijalankan setiap tahun bagi pekerja yang
berumur antara 55 tahun sehingga 63 tahun yang mengesahkan bahawa pekerja-pekerja ini
disahkan sihat untuk bekerja

f) memakai pakaian seragam yang disediakan dengan sempurna dan mempunyai tanda nama

g) tidak berambut panjang bagi lelaki, berambut kemas bagi perempuan dan tidak merokok
semasa melaksanakan Perkhidmatan

h) tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah dan tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah

i) memastikan rekod kedatangan dan jadual bertugas dikemas kini pada setiap hari

j) melaksanakan Perkhidmatan dengan profesional, berdisiplin, mematuhi peraturan yang telah


ditetapkan oleh pihak sekolah dari masa ke masa, sopan dan berbudi Bahasa

2. Kontraktor hendaklah atas perbelanjaan dan kos sendiri menanggung dan bertanggungjawab
terhadap perkara-perkara yang berikut:

a) membaiki kerosakan aset milik Kerajaan yang disebabkan oleh pekerja atau Kontraktor semasa
melaksanakan Perkhidmatan berdasarkan Skop Perkhidmatan

6|Page
GARIS PANDUAN JPNK 2021(KBK)

b) membayar atau mengganti aset-aset milik Kerajaan yang hilang dalam Premis tidak terhad
kepada kecurian

c) menanggung kos/ saman/ denda yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang
berkenaan atas kesalahan berhubung pembuangan sampah sarap yang dikendalikan oleh
Kontraktor

d) menanggung kos/ saman/ denda yang dikenakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia
atas kesalahan berlakunya pembiakan tempat nyamuk aedes di kawasan yang dikendalikan
oleh Kontraktor

MAKLUMAT PEKERJA, PEMERIKSAAN DAN PENGGANTIAN PEKERJA

1. Kontraktor hendaklah dalam tempoh empat belas (14) hari dari Tarikh Berkuat kuasa
mengemukakan kepada Kerajaan (Penerima Perkhidmatan/Pengetua/Guru Besar)

a) nama, salinan kad pengenalan dan slip pengesahan ketulenan kad pengenalan secara
biometrik yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, gambar terkini pekerja, alamat dan
nombor telefon pekerja

b) kelayakan dan latar belakang pekerja

c) jadual bertugas pekerja

d) surat lantikan pekerja oleh Kontraktor

2. Kegagalan mematuhi perkara ini boleh dikenakan denda.

LAIN-LAIN
1. Tuntutan yang lengkap perlu dikemukakan kepada PTJ pembayar (PPD) selewat-lewatnya 8hb

7|Page
GARIS PANDUAN JPNK 2021(KBK)

setiap bulan.
RUJUKAN 1. BUKU PANDUAN PENGURUSAN KONTRAK PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA TAHUN 2015 (GPPK 2015)
2. Dokumen Perjanjian (kontrak berkuatkuasa

8|Page

You might also like