You are on page 1of 10

PERINGATAN:

1. Surat perjanjian hendaklah diisi dengan tulisan yang jelas (HURUF BESAR)
menggunakan DAKWAT HITAM ATAU BIRU.

2. Salinan karbon (carbon copies), salinan fotokopi dan tulisan bertindih adalah tidak
dibenarkan.

*****************************************
PERKHIDMATAN KONTRAK
*****************************************

ANTARA

MAJLIS AMANAH RAKYAT

DAN

Nama Pegawai

ALI BIN ABU

Tarikh perjanjian
dimatikan setem hasil

BERTARIKH PADA 26 HARIBULAN SEPTEMBER 2021


Setem Hasil
Tarikh perjanjian
Yang Dimatikan
dimatikan setem
RM10
hasil
PERJANJIAN ini dibuat pada 26 haribulan SEPTEMBER 2021 DIANTARA
MAJLIS AMANAH RAKYAT sebuah Perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis
Amanah Rakyat, 1966 dan mempunyai alamat berdaftar di Ibu Pejabat MARA, No. 21,
Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur (selepas daripada ini disebut “Majlis” dan sebutan ini,
jika kandungan ayatnya membenarkan, hendaklah termasuk mana-mana wakil Majlis No. K/P
Nama Pegawai
yang diberi kuasa bertindak bagi pihak Majlis) sebagai satu pihak Pegawai DAN
................................................................................... (No. K/P:........................................)
yang beralamat di ..............................................................................................................
...........................................................................................................................................
(selepas daripada ini disebut “Pegawai”) sebagai pihak yang satu lagi.
Alamat Pegawai
MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut :

1. Pelantikan Tarikh Tamat Kontrak


Majlis hendaklah
Tarikh Mulamengambil
Kontrak Pegawai bekerja*rujuk
dan surat tawaran
Pegawai hendaklah berkhidmat
*rujuk surat tawaran
dengan Majlis secara kontrak sebagai seorang Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Gred DG41/42 mulai .................................. hingga ...............................
(selepas ini disebut “Perkhidmatan Tersebut”) tertakluk kepada syarat-syarat yang
tersebut di bawah ini.

2. Tempoh
Perkhidmatan Tersebut hendaklah berjalan terus selama tempoh SATU (1) TAHUN
(selepas ini disebut “Tempoh Perkhidmatan Tersebut”) sehingga ditamatkan di
bawah fasal 8, 9 dan 10.

3. Perkhidmatan Lanjut
Pegawai hendaklah memberi notis bertulis ENAM (6) BULAN sebelum tamat
Tempoh Perkhidmatan Tersebut untuk dilanjutkan Tempoh Perkhidmatan
Tersebut. Majlis hendaklah dengan seberapa segera yang boleh setelah menerima
notis berkenaan dan sebelum tamat Tempoh Perkhidmatan Tersebut memberitahu
Pegawai secara bertulis sama ada Tempoh Perkhidmatan Tersebut akan
disambung oleh Majlis.

4. Syarat-Syarat Bagi Pengambilan Bekerja Semula


Sekiranya Pegawai disambung Tempoh Perkhidmatan Tersebut oleh Majlis,
Pegawai hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat dan tempoh perkhidmatan
sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis.

2
5. Pelantikan Ke Jawatan Tetap
MARA tidak berkewajipan untuk melantik Pegawai ke jawatan tetap dalam
perkhidmatan MARA. Apa-apa permohonan bagi maksud pelantikan tetap perlu
dibuat terus kepada pihak berkuasa melantik berdasarkan syarat dan peraturan
yang berkuat kuasa sekiranya Pegawai berhasrat untuk berkhidmat dalam
perkhidmatan MARA.

6. Tanggungan-Tanggungan Pegawai Ini


Pegawai hendaklah dalam masa Tempoh Perkhidmatan Tersebut:-

6.1 Bidang Kewajipan


Menjalankan kewajipan-kewajipan dan tanggungjawab jawatan yang
Pegawai diambil bekerja dan apa-apa kewajipan lain yang diarahkan oleh
Majlis dari semasa ke semasa.

6.2 Tempat Bermastautin


Bermastautin dan menjalankan tugas di mana-mana tempat dalam
Malaysia seperti yang diarahkan oleh Majlis dari semasa ke semasa.

6.3 Komisen/Pekerjaan/Lain/dan Penerimaan Bayaran Ditegah


Tidak boleh, sama ada secara langsung atau tidak, mengambil bahagian
atau bekerja dalam apa-apa juapun perkhidmatan atau urusan yang lain
ataupun menerima komisen atau bayaran dengan tidak terlebih dahulu
mendapat persetujuan bertulis Majlis.

6.4 Memajukan Kepentingan Majlis


Menumpukan sepenuh masa dan perhatian kepada perkhidmatan Majlis
dan berusaha sedaya upayanya untuk memajukan kepentingan Majlis.

6.5 Perintah-Perintah Dan Arahan-Arahan Majlis


Mematuhi dan menjalankan perintah-perintah dan arahan-arahan yang
diberi kepadanya oleh Majlis melalui Pegawai-pegawainya yang diberi
kuasa oleh Majlis.

6.6 Perintah-Perintah Dan Arahan-Arahan Majlis


Setakat mana ianya boleh dipakai dan tidak berlawanan dengan atau
terubah oleh Perjanjian ini mematuhi dan melaksanakan Perintah Am,
Perintah-perintah Kewangan Am dan lain-lain Perintah Pentadbiran Majlis.

3
6.7 Membocorkan Maklumat
Tidak boleh membocorkan atau menyebarkan apa-apa maklumat
berkenaan dengan hal ehwal Majlis kepada sesiapa jua yang tidak
berkuasa menerimanya.

6.8 Cagaran/Jaminan
Memberi, jika dikehendaki sedemikian oleh Majlis sesuatu jaminan, dan
dalam sesuatu bentuk seperti yang ditentukan oleh Majlis penunaian
kewajipan-kewajipannya yang tersebut itu secara taat setia dan jujur dan
premium yang dibayar berkenaan dengan jaminan itu bolehlah dipotong
daripada gajinya oleh Majlis.

7. Tanggungan-tanggungan Majlis
Majlis hendaklah:-

7.1 Gaji dan Kenaikan Gaji


Dalam Tempoh Perkhidmatan Tersebut, membayar kepada Pegawai gaji
mengikut kadar yang dinyatakan dalam JADUAL kepada Perjanjian ini:
DENGAN SYARAT SENTIASANYA BAHAWA jika peruntukan ada dibuat
dalam JADUAL itu untuk pembayaran kenaikan gaji tahunan, maka tiadalah
sesuatu kenaikan gaji itu boleh diberi kepada Pegawai melainkan
seseorang pegawai atasan yang berkenaan seperti yang mungkin diarah
oleh Majlis telah memperakui bahawa Pegawai telah menunaikan
kewajipan-kewajipannya dengan cekap, tekun, jujur dan setia dalam tahun
yang terdahulu dari tarikh sesuatu kenaikan gaji itu kena dibayar.

7.2 Elaun Kerja Luar Dan Lain-Lain Elaun


Dalam Tempoh Perkhidmatan Tersebut membayar kepada Pegawai apa-
apa elaun kerja luar dan layak mendapat elaun yang ia mungkin atau
menjadi layak mendapatnya di bawah Perintah-Perintah Am atau di bawah
Surat-surat Pekeliling yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Majlis.

7.3 Ganjaran
Membayar kepada Pegawai apabila tamat Tempoh Perkhidmatan Tersebut
atau apabila Perjanjian ini ditamatkan di bawah mana-mana fasal
Perjanjian ini kecuali Fasal 8 atau Fasal 10 melainkan jika JADUAL kepada
Perjanjian ini memperuntukan secara lain, suatu ganjaran yang jumlahnya
hendaklah dikira mengikut kadar yang dinyatakan dalam JADUAL kepada
Perjanjian ini bagi tiap-tiap bulan yang genap Pegawai telah berkhidmat di
bawah Perjanjian ini termasuklah apa-apa tempoh cuti yang diberi di bawah
Perjanjian ini.

4
7.4 Cuti Rehat
Dalam Tempoh Perkhidmatan Tersebut memberi Pegawai cuti rehat bagi
tempoh dan tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam
JADUAL kepada Perjanjian ini.

7.5 Pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian Bagi Cuti Rehat Yang Tidak
Dapat Dihabiskan
Tertakluk kepada arahan Majlis dari semasa ke semasa, apabila Pegawai
atas sebab kepentingan perkhidmatan tidak dapat mengambil cuti rehatnya
yang dia layak di bawah atau mengikut Perjanjian ini, Pegawai Layak diberi
wang tunai sebagai gantian. Kelayakan itu hendaklah tertakluk kepada
terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling
Perkhidmatan MARA bil. 18/2008, Surat Pekeliling Perkhidmatan MARA bil.
5/2009 dan pekeliling atau arahan lain Majlis yang dikeluarkan dari semasa
ke semasa. Pengiraan pemberian wang tunai hendaklah dikira mengikut
formula yang dinyatakan dalam JADUAL kepada Perjanjian ini.

7.6 Cuti Sakit


Dalam Tempoh Perkhidmatan Tersebut memberi Pegawai cuti sakit
mengikut peruntukan Perintah-perintah Am dan Perintah-perintah
Pentadbiran Majlis.

7.7 Kemudahan Perubatan


Dalam Tempoh Perkhidmatan Tersebut memberi kemudahan perubatan
kepada Pegawai termasuk ahli keluarganya iaitu suami/isteri dan anak-
anak mengikut kelayakannya sepertimana yang terkandung dalam Surat
Pekeliling Perkhidmatan MARA Bil. 9 Tahun 1975 dan pindaannya dari
semasa ke semasa.

7.8 Kemudahan Pinjaman Kenderaan


Dalam Tempoh Perkhidmatan Tersebut memberi kemudahan pinjaman
kepada Pegawai untuk membeli kenderaan mengikut kelayakannya
sepertimana yang terkandung dalam Surat Pekeliling Kewangan MARA
Bil.6/1993 dan pindaannya dari semasa ke semasa.

5
8. Ketidakupayaan Pegawai
Jika seseorang Pegawai Perubatan atau Doktor Panel yang dibenarkan oleh
Majlis untuk memeriksa Pegawai; memperakui dengan bertulis bahawa pada
pendapatnya Pegawai adalah tidak berupaya memberi perkhidmatan yang cekap
selanjutnya kepada MARA oleh sebab apa-apa kerosakan akal fikiran atau tubuh
badan dan bahawa ketidakupayaannya itu tidak disebabkan oleh kesalahan,
kelalaian atau kurang pertimbangan (indiscretion) Pegawai sendiri, maka
perkhidmatan Pegawai di bawah Perjanjian ini hendaklah oleh sebab itu
ditamatkan oleh Majlis dan tertakluk kepada hak-hak yang Cuti Sakit
diperuntukkan di bawah Fasal 7.6. Merujuk kepada Fasal 7 dalam Perjanjian ini,
Pegawai tidaklah selepas itu berhak mendapat apa-apa gaji melainkan gaji yang
sebenarnya ia berhak mendapat kerana Tempoh Perkhidmatan Tersebut sebelum
Perjanjian ini ditamatkan di bawah fasal ini.

9. Buang Kerja
Jika Pegawai pada bila-bila masa, cuai atau enggan atau kerana apa-apa jua
sebab selain daripada yang disebut dalam Fasal 6, tidak dapat menunaikan mana-
mana daripada kewajipannya atau tidak mematuhi apa-apa perintah yang diberi
oleh seseorang pegawai Majlis yang berkuasa ke atasnya atau membocorkan
apa-apa maklumat berkenaan dengan hal ehwal Majlis kepada sesiapa jua yang
tidak berkuasa menerimanya atau dengan apa-apa jua cara berkelakuan salah,
Majlis boleh membuangnya dari kerja dan apabila ia dibuang kerja segala hak-
hak dan faedah-faedah Pegawai di bawah Perjanjian ini hendaklah luput dan
tamat dengan serta merta.

10. Pemberhentian Oleh Majlis


Majlis boleh pada bila-bila masa memberhentikan Perkhidmatan Tersebut dengan
memberi notis secara bertulis seperti diperuntukkan dalam JADUAL kepada
Perjanjian ini atau dengan membayar kepadanya SATU (1) BULAN gaji sebagai
ganti notis ini.

11. Pemberhentian Oleh Pegawai


Pegawai boleh pada bila-bila masa berhenti dari Perkhidmatan Tersebut dengan
memberi kepada Majlis notis secara bertulis seperti diperuntukkan dalam JADUAL
kepada Perjanjian ini atau dengan membayar kepada MARA SATU (1) BULAN
gaji sebagai ganti notis itu.

6
12. Jadual
Sebagai tambahan kepada perkara-perkara yang tersebut di atas, maka syarat-
syarat yang dinyatakan dalam JADUAL kepada Perjanjian ini hendaklah dibaca
bersama dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini.

13. Pentafsiran
Hasyiah-hasyiah yang ada dalam Perjanjian ini tidaklah menjadi sebahagian
daripada Perjanjian ini.

7
PADA MENYAKSIKAN HAL-HAL DI ATAS pihak-pihak kepada Perjanjian ini telah
menurunkan di sini tandatangan dan meteri masing-masing pada hari, bulan dan tahun
yang mula-mula tertulis di atas:

Ditandatangani oleh ]
dan bagi pihak ] Timbalan Pengarah
Bahagian Sumber Manusia

MAJLIS AMANAH RAKYAT ]


Ketua Penolong Pengarah
di hadapan ] Bahagian Sumber Manusia

Tandatangan Pegawai

Ditandatangani oleh ]
] (Tandatangan Pegawai)
Nama :

Maklumat Pengarah /
dihadapan: ]
Pengetua Pusat Berkhidmat

Nama :
No. K/P :
Alamat :

(Tandatangan dan Cop Jawatan & Jabatan Pengawal Pusat)

8
JADUAL
(Dibaca bersama dan menjadi sebahagian dari perjanjian ini)
Rujuk Surat Tawaran
Muka Surat 1
1. Fasal 7.1 - Gaji Permulaan (dalam tangga gaji) RM ...............
DG41/42 : RM2,188.00 - RM9,552.00
Elaun Khidmat Awam RM ...............
Imbuhan Tetap Perumahan RM ...............
Elaun Bantuan Sara Hidup RM ...............
Elaun Wilayah RM ...............
Potongan KWSP (11%) RM ...............
Jumlah Pendapatan Sebulan RM ...............

Kenaikan Gaji - Tertakluk kepada Laporan Nilaian Prestasi


Tahunan. Selepas daripada itu Pegawai
tidaklah layak mendapat apa-apa
kenaikan gaji lagi.

2. Fasal 7.3 - Ganjaran

i) 17.5% - 13% (Caruman KWSP) x gaji akhir (gaji pokok)


x (jumlah bulan perkhidmatan) ditolak dengan jumlah
faedah syer Kerajaan (majikan) di dalam KWSP bagi
tempoh bulan perkhidmatan.

ii) Ganjaran berasaskan kepada kadar tersebut di atas


akan hanya dibayar setelah genapnya Tempoh
Perkhidmatan Tersebut yang memuaskan di bawah
sesuatu kontrak.

iii) Cuti:
Kadar cuti hendaklah mengikut perenggan 6.8 (a)
Pekeliling Perkhidmatan Tahun 1977 mengenai
perubahan gaji dan syarat-syarat perkhidmatan bagi
pekerja-pekerja Badan Berkanun dan Kuasa-kuasa
Tempatan Semenanjung Malaysia dengan syarat
kontrak yang masih lagi berkuatkuasa boleh diubahsuai
bagi baki tempoh perkhidmatan masing-masing mulai
1.7.1977.

9
Rujuk Surat Tawaran
Muka Surat 1
3. Fasal 7.4 - Cuti Rehat
Pegawai layak mendapat Cuti Rehat Khas sebanyak ........
hari tiap-tiap setahun Perkhidmatan Tersebut dan cuti ini
hendaklah digunakan dalam tahun cuti itu diperolehi. Semua
cuti hendaklah diambil sebelum tempoh kontrak ini tamat.

4. Fasal 7.5 - Pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian Bagi Cuti Rehat
Yang Tidak Dapat Dihabiskan
Maksimum Cuti Rehat yang dibenarkan untuk tujuan
pemberian wang tunai bagi sesuatu kontrak adalah sebanyak
lima belas (15) hari atau satu per dua (1/2) daripada kadar
Cuti Rehat untuk setahun, mengikut mana yang lebih rendah.
Pemberian wang tunai diberi selepas tamatnya tempoh
sesuatu kontrak. Pengiraan pemberian wang tunai adalah
berdasarkan formula berikut :

1/30 x Jumlah Gaji dan Imbuhan x Bilangan Cuti Rehat


Tetap Bulanan Yang Dibenarkan Untuk
(Yang Akhir Diterima Tujuan Pemberian Wang
bagi Kontrak Berkaitan) Tunai

5. Fasal 10 dan 11 - Notis Pemberhentian yang akan diberi oleh Majlis atau oleh
Pegawai ialah SATU (1) BULAN.

*****************************************************************

10

You might also like