You are on page 1of 3

Ruj Kami : HQSC/SST/PPMSB/2023(01)

14 April 2023

SURAT SETUJU TERIMA

KHALIFAH MASYHUR TRADING & SERVICES (0120161221-ML183070)


No 21, Lorong 1,
Jalan BKK 2 Taman Bukit Katil Kenari,
75450 Melaka Tengah,
Melaka.

Tuan,
NO. SEBUTHARGA : PPMSB/SH/2023/01

CADANGAN UBAHSUAI RUANG DALAMAN DI BANGUNAN PEJABAT PPMSB


SEDIADA DI LADANG LEMBAH KESANG BATU DI ALAMAT BATU 9 ¾, (LOT 13180),
JALAN JASIN-MERLIMAU, SEMUJUK, DAERAH JASIN, MELAKA UNTUK TETUAN
PEMBANGUNAN PERTANIAN MELAKA SDN. BHD.

Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa sebutharga Tuan bagi kerja-kerja tersebut di atas
telah dipersetujui dengan harga Ringgit Malaysia : Empat Ratus Sembilan Puluh Tiga
Ribu Sahaja (RM 493,000.00) tertakluk kepada had, syarat dan perjanjian dalam
Dokumen Sebutharga yang menjadi asas sebutharga ini dan juga had serta syarat yang
dinyatakan di dalam surat ini.

2. Berdasarkan kepada Tempoh Siap Kerja yang ditetapkan selama DUA (2) Bulan,
Tarikh Mula Kerja adalah 2 Mei 2023 dan Tarikh Siap untuk seluruh kerja-kerja di bawah
kontrak ini ialah pada 1 Julai 2023. Surat Setuju Terima ini hendaklah menjadi
kontrak mengikat yang sah di antara Tuan dan Pembangunan Pertanian Melaka Sdn. Bhd.

3. Wang Jaminan Pelaksanaan bagi kontrak kerja ini akan dikenakan potongan
sebanyak 10% daripada setiap bayaran interim sehingga mencapai lima peratus (5%)
daripada Jumlah Harga Kontrak. Tempoh Tanggungan Kecacatan selama Enam (6) bulan
bermula dari Tarikh Kerja diperakukan siap.
4. Tarikh milik tapak bina adalah pada 2 Mei 2023. Walaubagaimanapun, Tuan hanya
boleh memulakan kerja setelah Tuan menyerahkan kepada Pembangunan Pertanian
Melaka Sdn. Bhd. perkara-perkara berikut :-

(i) Polisi Insurans Tanggungan Awam (Public Liability Policy)


(ii) Polisi Insurans Kerja (Insurance Policy For Workmen’s Compensation)
(iii) Skim Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO)

5. Walaubagaimanapun, bagi memulakan kerja-kerja dan bukan maksud lain, Tuan


boleh menyerahkan Nota-nota Liputan (Cover Note) bagi maksud polisi -polisi insurans
tersebut dan resit-resit premium yang telah dibayar itu kepada Pegawai Penguasa. Tuan
dikehendaki menyerahkan Polisi-polisi Insurans yang berkenaan (jika belum diserahkan)
menurut perenggan 4 di atas, dalam tempoh tidak lewat daripada tiga puluh (30) hari
selepas Nota-nota Liputan diserahkan.

6. Kegagalan Tuan memulakan kerja dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh milik tapak
tanpa sebab-sebab yang munasabah akan mengakibatkan pengambilan kerja tuan di bawah
kontrak ditamatkan sejajar dengan Fasal 4 Syarat-syarat Sebutharga.

7. Semua pelaksanaan kontrak ini kontraktor perlu memenuhi peraturan keselamatan


yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa Pembangunan Pertanian Melaka Sdn. Bhd. dan
juga lain-lain peraturan berkaitan yang ditetapkan oleh lain-lain pihak berkuasa.

8. Surat ini dihantar kepada Tuan dalam dua (2) Salinan. Sila nyatakan persetujuan
tuan dengan mengembalikan satu (1) salinan, yang telah ditandatangani oleh Tuan dan
disaksikan dengan sempurna, di ruang yang berkenaan ke pejabat ini dalam tempoh tuju (7)
hari dari tarikh surat ini.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

NOOR AFANDI BIN HASAN


Ketua Pegawai Eksekutif
Pembanguan Pertanian Melaka Sdn. Bhd.
PENGAKUAN PENERIMAAN SURAT SETUJU TERIMA DAN LAMPIRAN YANG
BERKAITAN OLEH SYARIKAT

Dengan ini disahkan bahawa yang bertandatangan di bawah ini mengakui penerimaan Surat
ini dan lampiran yang berkaitan yang rujukannya ialah HQSC/SST/PPMSB/2023(01)
bertarikh 1 14 April 2023 dan bersetuju dengan terma dan
syarat yang terkandung dalam Surat ini tanpa syarat yang mana Salinan kepada Surat ini
telah pun disimpan, dan selanjutnya disahkan bahawa tiada apa-apa terma, syarat atau
stipulasi tambahan kepada yang terkandung dalam dokumen *sebutharga/tender dan Surat
ini telah dikenakan.

……………………………………………… ……………..…………………………………
Nama : Nama :
No. Kad pengenalan : No. Kad pengenalan :
Alamat : Alamat :

Tarikh : Tarikh :

Meterai atau Cop Syarikat :

You might also like