You are on page 1of 2

UPM/ PPPA/001/ 2023

29 November 2023
Pengarah
HR NIAGA RESOURCES SDN BHD
2A, 2B & 2C, Jalan PS 9,
Taman Prima Selayang
68100 Batu Caves

Tuan,

CADANGAN KERJA-KERJA MENAIKTARAF DEWAN KULIAH 1 BESERTA TANDAS LELAKI DAN TANDAS
WANITA DI FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG, SELANGOR
DARUL EHSAN
RE- PEMBEKALAN, JAHITAN DAN PEMASANGAN DINDING FABRIK AKUSTIK PANEL DI DINDING DEWAN
KULIAH 1

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Hapsah Holding Sdn. Bhd. bersetuju menawarkan Sebutharga
kepada syarikat tuan dengan harga RM 130,237.57 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Tiga Puluh Ribu Dua
Ratus Tiga Puluh Tujuh dan Sen Lima Puluh Tujuh Sahaja ) dengan tempoh penyempurnaan kerja
adalah selama lapan belas (8) minggu.

3. Tawaran ini meliputi seperti berikut:

3.1 Menaiktaraf skop kerja untuk tahun kewangan 2017/18. Kerja-kerja ini hendaklah
dijalankan mengikut spesifikasi yang telah ditentukan di tawaran sebutharga.

3.2 Tarikh mula pada 13 Disember 2023 sehingga 19 Februari 2024.

3.3 Tuan diingatka bahawa mengikut syarat-syarat sebutharga dikehendaki:

3.3.1 Apa-apa kegagalan di dalam mematuhi kehendak-kehendak perenggan 3 ini


dalam tempoh masa yang dinyatakan, kecuali jika diabaikan dengan nyata oleh
Kerajaan, akan menyebabkan penerimaan ini terbataldan selepas itu Kerajaan tidaklah
dengan apa-apa cara juga bertanggungjawab kepada tuan.

3.3.2 Mendepositkan bon pelaksanaan/ jaminan insuran berjumlah sebanyak RM


6,511.88 (Ringgit Malaysia : Enam Ribu Lima Ratus Sebelas Sen Lapan Puluh Lapan
Sahaja) yang merupakan (5%) dari jumlah harga tender dalam tempoh Dua Belas (12)
hari dari tarikh surat ini atau tuan boleh memilih kaedah Wang Jaminan Pelaksanaan.
4. Dengan penerimaan tawaran tuan oleh Kerajaan ini maka satu ikatan perjanjian terwujud di
antara Kerajaan dan pihak tuan. Tuan akan diberitahu oleh kami apabila Pesanan Tempatan telah siap
disediakan.

5. Surat ini dihantar kepada tuan dalam dua (2) salinan. Sila kembalikan surat asal dan salinan
kedua setelah ditandatangani dan disaksikan dengan sempurna, diruang yang berkenaan kepada pejabat
ini dan satu salinan untuk simpanan tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar

…………………………………
HAPSAH HOLDING SDN BHD

You might also like