You are on page 1of 29

MDSB

JABATAN KEJURUTERAAN
MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM
45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR DARUL EHSAN
Tel: 03-32241655/32241000 Ext: 231 Faks: 03-32245399 /32242766
Email : aduan@mdsb.gov.my Website : http//www.mdsb.gov.my

NASKAH DOKUMEN
SEBUTHARGA
PERUNTUKAN : MARRIS 2020
NO. SEBUT HARGA : SH2020/3 – JK MDSB 2/18/2020

CADANGAN MENURAP SEMULA JALAN DAN MEMBAIKPULIH


LONGKANG SERTA KERJA BERKAITAN DI TAMAN KENANGAN
(JALAN KENANGAN UTAMA, JALAN KENANGAN 1, JALAN
KENANGAN 2), PEKAN SABAK, DUN SABAK, SABAK BERNAM,
SELANGOR

TARIKH JUAL : 02.06.2020


TARIKH AKHIR : 08.06.2020
TARIKH TUTUP : 09.06.2020 (SEBELUM JAM 12.00 TENGAHARI)

1
JABATAN KEJURUTERAAN
MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM
45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR DARUL EHSAN
Tel: 03-32241655/32241000 Ext: 231 Fax: 03-32245399 /32242766
Email : aduan@mdsb.gov.my Website : http//www.mdsb.gov.my

No. Sebut Harga …………….

Sebut Harga untuk Cadangan Menurap Semula Jalan Dan Membaikpulih Longkang
Serta Kerja Berkaitan Di Taman Kenangan (Jalan Kenangan Utama, Jalan
Kenangan 1, Jalan Kenangan 2), Pekan Sabak, Dun Sabak, Sabak Bernam,
Selangor

Kepada ( Nama Syarikat) Pelawaan Sebutharga


…………………………………………………………………… Dikeluarkan Oleh
Jabatan
……………………………………………………………………
……………………………………………………………………
……………………………………………………………………
No. Telefon :…………………………………………………... MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM
No.Pendaftaran dengan Kementerian 45300 SUNGAI BESAR
SELANGOR DARUL EHSAN
Kewangan:………………………………………………………
Kod bidang pendaftaran yang relevan No. Telefon : 03-32241655/1000

dengan pembelian ini:………………………………………… Tarikh:……………………………..

1. Sila beri sebut harga umtuk bekalan/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah tertakluk
kepada syarat-syarat yang ditetapkan:

1.1 Syarat penyerahan/penyempurna seperti di lampiran

1.2 Tarikh penyerahan/penyempurnaan dikehendaki Tidak melebihi 2 minggu


selepas pesanan kerajaan dikeluarkan

1.3 Arahan pengiriman Majlis Daerah Sabak Bernam, Sungai Besar, Selangor

1.4 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul berlakri dan bertanda
nombor sebutharga SH2020/3 -JK MDSB 2/18/2020
1.5 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke peti tawaran yang berkenaan di alamat di
atas tidak lewat pada jam 12.00 tengah hari bertarikh 09 Jun 2020 (Selasa)
1.6 Tempoh sah laku sebutharga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup.

Tarikh: ………………….
2
MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM
45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR DARUL EHSAN
Tel: 03-32241655/32241000 Ext: 231 Fax: 03-32245399 /32242766
Email : aduan@mdsb.gov.my Website : http//www.mdsb.gov.my

Sila Tandakan √ Bagi Dokumen—Dokumen Yang Disertakan.

BIL PERKARA / DOKUMEN UNTUK DI UNTUK DI TANDA OLEH


TANDA OLEH JAWATANKUASA
SYARIKAT PEMBUKA SEBUT
HARGA
1. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Dari
Kementerian (SSM) Kewangan (Bekalan/
Perkhidmatan/ Kerja)
2. Salinan Sijil Akuan Bumiputera dari
Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan)

3. Salinan Sijil Akuan Pembuat dari Kementerian


Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan)

4. Salinan Sijil Pendaftaran dari Pusat Khidmat


Kontraktor (Kerja)

5. Salinan Sijil Taraf Bumiputera dari Pusat


Khidmat Kontraktor (Kerja)

6. Salinan Sijil Pendaftaran dari CIDB


7. Borang Sebut Harga telah diisi dengan lengkap
(termasuk nilai tawaran dan tempoh siap) dan
ditandatangani
8. Borang Maklumat Penyebut Harga
9. Pematuhan Kepada Spesifikasi
10. Borang Penyerahan Contoh dan Katalog
( Jika Berkaitan)
11. Cadangan Penyelenggaraan/Penyenggaraan
( Jika Perlu)
12. Senarai Kakitangan Teknikal
13. Resit pembelian dokumen sebut harga (wajib
disertakan)
14. Salinan Pendaftaran UPEN (Wajib bagi
sebutharga peruntukan Negeri) – sebutharga
G1 dan G2
15. Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank Bagi Tiga
(3) Bulan Terakhir (Bagi Sebutharga G2 dan Ke
atas)
16. Borang CA dan CA1 (Bagi Sebutharga G2 dan Ke
atas)
17. Borang Akuan Pembida ditandatangani
(LAMPIRAN 1.2)
18. Salinan Kad Pengenalan Penama Syarikat
19. Lain-lain sekiranya ada

3
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT UNTUK KEGUNAAN JABATAN

Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya Jawatankuasa Pembuka Sebut harga
telah membaca dan memahami semua syarat- mengesahkan penerimaan dokumen bertanda
syarat dan terma yang dinyatakan di dalam kecuali bagi perkara bil…………………….. ( Jika
dokumen sebut harga. Semua maklumat yang ada)
dikemukakan adalah benar.

Tandatangan :__________________________ Tandatangan :__________________________

Nama :___________________________ Nama :__________________________

Jawatan :___________________________ Jawatan :__________________________

Tarikh :__________________________ Tarikh :__________________________

Tandatangan :__________________________

Nama :__________________________

Jawatan :__________________________

Tarikh :__________________________

4
ISI KANDUNGAN SEBUT HARGA

BIL PERKARA

1. Notis Sebut Harga

2. Arahan Kepada Penyebut Harga - PK 2 Lampiran 2.4

3. Syarat-Syarat Sebut Harga – PK 2 Lampiran 2.5

4. Syarat - Syarat Am ( Majlis Daerah Sabak Bernam)

5. Borang Sebut Harga Kerja - PK 2 Lampiran 2.6

6. Spesifikasi Keseluruhan

7. Maklumat Am Penyebutharga (Wajib Dikembalikan)

8 Borang CA dan CA1 ( Wajib Dikembalikan)

9. Surat Akuan Pembida – PK 1.1 Lampiran 1.2

10. Pelan Tapak Bina dan Tapak (Jika Ada)

5
NOTIS SEBUT HARGA

NO. SEBUT HARGA : SH2020/3-JK MDSB 2/18/2020

Cadangan Menurap Semula Jalan Dan Membaikpulih Longkang Serta Kerja


Berkaitan Di Taman Kenangan (Jalan Kenangan Utama, Jalan Kenangan 1, Jalan
Kenangan 2), Pekan Sabak, Dun Sabak, Sabak Bernam, Selangor

1. Sebutharga adalah dipelawa daripada kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat
Khidmat Kontraktor untuk taraf ‘……..………..’ dan berdaftar dengan Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam Gred……..…………Kategori
………….….……... Pengkhususan …………………………………….... yang berkaitan.

2. Borang Sebut Harga boleh didapati secara atas talian (online) sahaja dari tarikh tarikh
02.06.2020 hingga 08.06.2020 di laman sesawang http://tender.selangor.my dengan
bayaran RM 100.00 termasuk GST 0% yang tidak akan dikembalikan.

3. Dokumen Sebut Harga akan dikeluarkan kepada kontraktor yang sah sahaja. Bagi maksud
ini kontraktor-kontraktor hendaklah membawa Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil
Perolehan Kerja Kerajaan dan Sijil taraf Bumiputera yang masih sah.

4. Tempoh sah laku sebutharga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup.

5. Borang Sebut Harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam
Peti Sebut Harga di Pejabat Majlis Daerah Sabak Bernam tidak lewat dari jam 12.00
tengahari pada 09.06.2020 (Selasa)

6. Pembayaran akan dijelaskan setelah kerja-kerja siap dilaksanakan dengan


sempurna.

………………………………………………………….. Cop Syarikat :


( )

Jawatan :_____________________________
Tarikh :_____________________________

** Bagi projek di bawah peruntukan Negeri, Kontraktor hendaklah berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)
*** potong jika tidak diperlukan.

6
PK 2 Lampiran 2.4

ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA

1. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/MENOLAK SEBUT HARGA

Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau mana-
mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga.
Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.

2. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA

2.1 Penyediaan Sebut Harga

Kontraktor adalah dikehendaki mengisi dengan dakwat segala maklumat berikut


dengan sepenuhnya:-

(a) Harga dan tandatangan Kontraktor di Ringkasan Sebut Harga,


(b) Harga, tempoh dan tandatangan dalam Borang Sebut Harga,
(c) Senarai Kerja Dalam Tangan,
(d) Jadual Kadar Harga (jika ada),
(e) Butir-butir Spesifikasi (jika ada).

Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas Kontraktor


hendaklah menandatangani ringkas semua pembetulan.

2.2 Penyerahan Dokumen Sebut Harga

(a) Dokumen Sebut Harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah
dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan dengan
bilangan sebut harga SH2020/3 serta tajuk sebut harga dan hendaklah
dimasukkan ke dalam peti sebut harga pada masa dan tempat yang
ditetapkan dalam Notis Sebut Harga.

(b) Jika Dokumen Sebut Harga tidak diserahkan dengan tangan, Penyebut
Harga hendaklah menghantar Dokumen tersebut dengan pos supaya tiba
pada atau sebelum masa dan di tempat yang ditetapkan.

(c) Dokumen Sebut Harga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan,
berbangkit dari sebarang sebab, tidak akan dipertimbangkan.

2.3 Penjelasan Lanjut

Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebut Harga yang tidak jelas atau
bercanggah, kontraktor boleh menghubungi MDSB untuk penjelasan lanjut.

7
3. TEMPOH SIAP KERJA *

Kerja ini hendaklah disiapkan dalam tempoh tidak melebihi _12_ minggu.

4. BAYARAN DOKUMEN SEBUT HARGA

Dokumen Sebut Harga ini dijual dengan harga RM 100.00 termasuk GST 0%
(Ringgit Malaysia: Seratus Ringgit Sahaja).

5. PERBELANJAAN PENYEDIAAN SEBUT HARGA

Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebut harga ini hendaklah ditanggung oleh
Penyebutharga sendiri.

6. TEMPOH SAH SEBUT HARGA

Sebut harga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebut harga.
Penyebut harga tidak boleh menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah
sebut harga. Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya penyebut harga menarik balik
sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga.

7. KADAR HARGA ITEM (BAGI SEBUT HARGA JALAN SAHAJA)

Penyebutharga adalah DIWAJIBKAN supaya menggunakan jadual kadar harga bagi


HARGA ITEM UTAMA mengikut seperti yang terdapat di dalam jadual yang telah
ditetapkan. Kegagalan kontraktor kontraktor mematuhi arahan ini akan dikira GAGAL
penilaian teknikal jabatan.

HARGA BAHAN UTAMA YANG DITETAPKAN


MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM

BIL BAHAN UTAMA HARGA/ TAN HARGA / M² HARGA/M³


(RM) (RM) (RM)

1. PREMIX RM250.00 - 40mm: RM21.00-


RM280.00 RM27.00
50mm:RM27.00-
RM32.00
60mm:RM30.00-
RM35.00
2. CRUSHER RUN RM43.00-
RM50.00

3. LATERITE / RM50.00 –
TANAH MERAH RM60.00

4. PASIR RM50.00 –
RM60.00

5. CIPR RM18.00 –RM22.00

8
8. PERBUATAN RASUAH

Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh
mempengaruhi kedudukan pretender akan menyebabkan Sebut Harga tersebut ditolak
serta merta.

9. INSURAN
Sebagaimana yang dinyatakan dalam syarat-syarat kontrak, sebagai satu syarat
terdahulu sebelum memulakan apa-apa kerja di bawah kontrak, petender mestilah
mengambil dan mengemukakan insurans yang diperlukan kepada Pegawai Penguasa.

Merujuk kepada Pekeliling Pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Bil.
Tahun 2000 yang dikeluarkan pada 29 Februari 2000, Petender yang berjaya hendaklah
mengemukakan keperluan insuran seperti yang dinyatakan di dalam kontrak insurance
Brokens. SDN BHD (PIBSB) yang beralamat seperti berikut.

PNSB Insurans Brokens Sdn Bhd


Tingkat 24, Wisma MBSA
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.

Telefon : 603-55193271

Faks : 603-55193280

(HANYA UNTUK PROJEK NEGERI SAHAJA)


SEKIRANYA PIHAK KONTRAKTOR GAGAL MEMATUHI ARAHAN YANG
DINYATAKAN , PIHAK JABATAN BERHAK UNTUK MENOLAK SEBUT HARGA
TERSEBUT.

______________________________________________________________________
* Hendaklah diisi oleh Pegawai Mengurus Sebut Harga
+ Pengiraan harga dokumen sebu tharga hendaklah dbuat berdasarkan kadar yang ditetapkan bagi
bayaran dokumen tender menerusi SPP yang terkini.

9
PK 2 Lampiran 2.5

SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA UNTUK KERJA


1. PEMERIKSAAN TAPAK BINA

Kontraktor disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapak bina dan sekitarnya, bentuk
dan jenis tapak bina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi
menyiapkan Kerja, cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke tapak bina dan
hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan
dan segala hal-keadaan yang mempengaruhi dan menjejas sebut harganya. Sebarang
tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan Kontraktor mematuhi kehendak ini tidak
akan dipertimbangkan.

2. BON PELAKSANAAN DAN INSURANS

2.1 Bon Pelaksanaan


2.1.1 Bon Pelaksanaan hendaklah dikenakan bagi perolehan bekalan,
perkhidmatan dan kerja yang bernilai melebihi RM200,000.00 mengikut
peraturan yang berkuatkuasa. Pembayaran dibuat secara tunai atau cek
kepada Majlis Daerah sabak Bernam. Kontraktor hendaklah
mengemukakan bersama-sama dengan Surat Setuju Terima dan Bon
Pelaksanaan adalah sebanyak 5% daripada jumlah harga kontrak.
(Ruj. SPP BIl. 5 TAHUN 2007). Bon Pelaksanaan perlu dijelaskan
secara TUNAI.

2.1.2 Rujukan Surat Arahan KPKR Bil.19/2015 Perkara : PINDAAN KEPADA


SURAT ARAHAN KPKR BIL.10/2015- GARIS PANDUAN
PELAKSANAAN AKTA CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (GST)
2014 BAGI PEROLEHAN KERJA KERAJAAN adalah berkenaan Klausa
10.4 (WANG JAMINAN PELAKSANAAN)

i) Sekiranya kontraktor memilih Wang jaminan Pelaksanaan (WJP)


Sebagai Kaedah Bon Pelaksanaan, amaun adalah berdasarkan 5%
daripada harga kontrak.
ii) Potongan WJP dalam setiap bayaran interim adalah 10% daripada
Bayaran disyorkan sehingga mencapai 5% daripada harga kontrak.
(WJP Telah termasuk GST)
iii) Bagi tujuan pelepasan, Perakuan Pelepasan Wang Jaminan
Pelaksanaan adalah seperti di Lampiran L. Perakuan ini
menunjukkan jumlah WJP yang perlu di Bayar/ dipulangkan kepada
kontraktor serta jumlah kenaan GST yang ada pada jumlah WJP
tersebut.
(MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM TIDAK MENGGUNAKAN
KAEDAH WJP UNTUK BON PELAKSANAAN)

10
3. INSURANS

3.1 Kontraktor hendaklah atas nama bersama Kerajaan dan Kontraktor mengambil
Insurans Liabiliti Awam dan Insurans Kerja* (sekiranya dinyatakan di dalam Butir-
butir Ringkasan Sebut harga) bagi tempoh pelaksanaan Kerja ini. Kontraktor
hendaklah juga mengemukakan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO.

3.2 Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Inden semua polisi


insurans dan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas
sebelum memulakan kerja. Bagaimana pun untuk tujuan memulakan kerja sahaja
nota-nota perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah mencukupi.
Sekiranya kontraktor gagal mengemukakan semua polisi insurans selepas tempoh
sah nota- nota perlindungan, tanpa sebarang sebab yang munasabah, Pegawai
Inden berhak mengambil tindakan seperti di bawah fasal 9(d).

4. PERATURAN PERLAKSANAAN KERJA

4.1 Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi spesifikasi, pelan-pelan, butir-


butir kerja dalam ringkasan sebut harga dan syarat-syarat yang dinyatakan dalam
dokumen sebut harga ini dan arahan Pegawai Inden atau wakilnya.

*4.2 Kerja-kerja elektrik yang dilaksanakan disamping mematuhi kehendak di


perenggan 3.1 di atas, hendaklah juga mematuhi semua peraturan dan pekeliling,
undang- undang dan undang-undang kecil yang diluluskan oleh:

(i) Suruhanjaya Tenaga


(ii) Jabatan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan
(iii) Pemegang Lesen dan Pihak Berkuasa Bekalan Elektrik
(iv) Jabatan Bomba dan Penyelamat
(v) Pihak Berkuasa Tempatan

5. KEGAGALAN KONTRAKTOR MEMULAKAN KERJA

Sekiranya Kontraktor gagal memulakan kerja selepas tujuh (7) hari dari tarikh akhir
tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Inden, tanpa sebab-sebab yang munasabah,
Inden akan dibatalkan oleh Pegawai Inden dan tindakan penyenaraian hitam akan
diambil terhadap Kontraktor.

6. SUB-SEWA DAN MENYERAHHAK KERJA

Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan kerja kepada kontraktor-kontraktor lain.


Kontraktor tidak boleh menyerahhak apa-apa faedah di bawah Inden ini tanpa terlebih
dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Inden.

11
7. PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN MUTU HASIL KERJA OLEH
PEGAWAI INDEN

7.1 Pegawai Inden atau Wakilnya berhak menolak bahan, barang dan mutu hasil
kerja dari jenis piawaian yang tidak menepati seperti diperihalkan dalam
spesifikasi. Kontraktor hendaklah, apabila diminta oleh Pegawai Inden, memberi
kepadanya baucar-baucar dan/atau perakuan ujian pengilang untuk membuktikan
bahawa bahan-bahan dan barang-barang itu mematuhi Spesifikasi. Bahan,
barang dan kerja-kerja yang ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos
tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh Kontraktor sendiri.

7.2 Kontraktor hendaklah dengan sepenuhnya atas perbelanjaan sendiri


menyediakan sampel bahan dan barang-barang untuk ujian.

7.3 Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan cara kerja yang telah ditentukan di
dalam spesifikasi atau ditawarkan dan telah diterima, dibenarkan kecuali
mendapat persetujuan daripada Pegawai Inden secara bertulis.

8. RINGKASAN SEBUT HARGA

8.1 Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut
Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebut Harga.

8.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah mengambil kira semua
kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain yang perlu
dan berkaitan bagi penyiapan Kerja dengan sempurnanya.

8.3 Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada
perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai Kerajaan, sama
ada dalam tempoh sah sebut harga atau dalam tempoh Kerja.

8.4 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga yang dikemukakan oleh Kontraktor
hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada Pegawai Inden
tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa pelarasan
kemudiannya kepada harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah
dibuat sebelum Inden Kerja dikeluarkan.

8.5 Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebut Harga menurut perenggan 7.3
tersebut di atas dan apa-apa kesilapan hisab dalam Ringkasan Sebut Harga
hendaklah dilaras dan diperbetulkan sebelum Inden Kerja dikeluarkan. Jumlah
amaun yang dilaraskan hendaklah sama dengan amaun jumlah harga pukal
dalam Borang Sebut Harga. Amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebut
Harga hendaklah tetap tidak berubah.

8.6 Sekiranya sebut harga berasaskan senarai kuantiti sementara, pengukuran


semula hendaklah dibuat dan harga sebut harga diselaraskan.

12
9. PERCANGGAHAN DAN KECUKUPAN DOKUMEN SEBUT HARGA

9.1 Dokumen Sebut Harga adalah dikira sebagai saling jelas-menjelas antara satu
sama lain. Kontraktor hendaklah mengadakan segala yang perlu untuk
melaksanakan kerja dengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut tujuan dan
maksud sebenar. Dokumen Sebut Harga pada keseluruhannya sama ada atau
tidak tujuan dan maksud itu ada ditunjuk atau diperihalkan secara khusus, dengan
syarat bahawa tujuan, maksud itu hendaklah difahamkan dengan munasabahnya
dari Dokumen Sebut Harga itu.

9.2 Jika Kontraktor mendapati apa-apa percanggahan dalam Dokumen Sebut Harga
dia hendaklah merujuk kepada Pegawai Inden untuk mendapatkan keputusan.

10. KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN PENAMATAN


PERLANTIKAN KONTRAKTOR

Pegawai Inden berhak membatalkan Inden sekiranya Kontraktor berada dalam keadaan
berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Pegawai Inden:

(a) Sekiranya Kontraktor masih gagal menyiapkan Kerja dalam tempoh masa yang
telah ditetapkan;
(b) Kemajuan Kerja terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
(c) Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian Kerja, tanpa apa-apa
sebab yang munasabah;
(d) Tidak mematuhi arahan Pegawai Inden tanpa apa-apa alasan yang
munasabah; dan
(e) Apabila Kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.

11. BAYARAN KEMAJUAN

Pegawai Inden dibenarkan membuat bayaran interim sehingga kerja-kerja siap


dilaksanakan.

12. KERJA PERUBAHAN

12.1 Pegawai Inden boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan yang
berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis. Tiada apa-apa
perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Inden atau yang disahkan kemudian
oleh Pegawai Inden boleh membatalkan sebut harga ini.

12.2 Semua kerja perubahan dan/atau tambahan yang diluluskan oleh Pegawai Inden
akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam
Senarai Kuantiti/Ringkasan Sebut Harga. Jika tidak terdapat sebarang kadar
harga yang bersesuaian, kadar harga yang dipersetujui oleh Pegawai Inden dan
kontraktor hendaklah digunakan.

13
13. TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN (DLP)

13.1 Tempoh Tanggungan Kecacatan bagi sebut harga hendaklah sekurang-


kurangnya dua belas (12) bulan dari tarikh kerja diperakukan siap. Bagi kerja-kerja
mekanikal dan elektrikal dimana tempoh waranti ke atas alat-alat dan loji-loji
adalah dua belas (12) bulan dan dalam kes-kes tertentu oleh kerana jenis dan
kerumitan kerja, tempoh tanggungan kecacatan yang lebih lama daripada dua
belas (12) bulan boleh dikenakan.

13.2 Kontraktor dipertanggungjawabkan untuk membaiki kecacatan,


ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain yang mungkin
kelihatan dan yang disebabkan oleh bahan atau barang atau mutu hasil kerja
yang tidak menepati sebut harga ini apabila diarahkan oleh Pegawai Inden dan
dalam masa yang berpatutan. Kontraktor hendaklah membaiki kecacatan,
ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain atas kos
Kontraktor sendiri.

13.3 Sekiranya Kontraktor gagal membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan


atau apa-apa jua kerosakan lain seperti yang diarahkan, Pegawai Inden berhak
memotong kos membaiki dari baki wang yang akan dibayar kepada kontraktor
atau, jika baki itu tiada tidak mencukupi, mengeluarkan surat pengesyoran kepada
Pusat Khidmat Kontraktor untuk menggantungkan pendaftaran Kontraktor, dan
menghantar salinan-salinan surat tersebut kepada Pengarah Kerja Raya
Negeri/Ketua Jabatan, Bahagian Pembangunan Bumiputera, Kementerian Kerja
Raya dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan. Bagi kerja-kerja
elektrik/mekanikal, salinan surat hendaklah dihantar kepada Pengarah Cawangan
Kerja Elektrikal/Pengarah Cawangan Kerja Mekanikal.

14. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP

Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah kontraktor menyiapkan kerja dengan
sempurnanya dan Perakuan Siap Kerja dikeluarkan. Kontraktor hendaklah
mengembalikan Borang-borang Inden Kerja Asal iaitu Borang Perjanjian Inden Kerja JKR
58 dan Borang Pengesahan Penyiapan Inden Kerja JKR 58A kepada Pegawai Inden.

15. PERAKUAN SIAP KERJA

Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Kerja sebaik sahaja kerja
disiapkan dengan sempurna dan memuaskan. Tarikh siap kerja ini bermulanya Tempoh
Tanggungan Kecacatan.

16. PERAKUAN SIAP MEMPERBAIKI KECACATAN

Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan sebaik


sahaja kontraktor telah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-
apa jua kerosakan lain.

14
17. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR

Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-undang Kecil dan Undang-


undang Berkanun dalam Malaysia semasa pelaksanaan Kerja. Kontraktor tidak berhak
menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan syarat-
syarat ini.

18. KESALAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN

18.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi,
meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada
mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di
bawah Akta Suruhanjaya Pencegah rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

18.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada
mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi
suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke Pejabat Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia atau Balai Polis yang berhampiran. Kegagalan
berbuat demukian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta
Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

18.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap


anggota perkhidmatan awam dan menyenaraikan hitamkan kontraktor atau
pembekal boleh diambil sekiranya pihak –pihak terlibat dengan selahan rasuah di
bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

18.4 Mana- mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan
perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut
spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana
anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah
melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia
2009 (Akta 694).

15
SYARAT- SYARAT AM
MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM

1. Pemborong dianggap telah melawat dan mengetahui akan tempat kerja yang akan dijalankan
dan berpuas hati dengan syarat-syarat yang dikenakan ini. Segala tuntutan yang bersabit
dengan kerja ini tidak boleh dibuat dan tidak akan dilayan.

2. Pemborong hendaklah memulakan kerja dalam tempoh 7 hari dari tarikh Inden dikeluarkan
dan hendaklah mengikut arahan dan kelulusan Pegawai Penguasa MDSB atau wakilnya.

a) Jika pemborong gagal memulakan kerja dalam tempoh 7 hari. Indent akan dibatalkan dan
tindakan tatatertib akan diambil terhadap pemborong mengikut syarat-syarat pendaftaran.

b) Jika pemborong tidak menyiapkan kerja dalam masa yang dijanjikan tindakan secara
pembayaran ganti rugi dan penggantungan lesen pendaftaran atau apa-apa cara lain
yang difikirkan patut oleh Pegawai Penguasa MDSB atau wakilnya.

3. Semua bahan-bahan yang dibekalkan dan digunakan hendaklah yang baru dan belum
dipakai dan mempunyai mutu yang terbaik dan diperolehi dari dalam Malaysia dan mendapat
kelulusan Pegawai Penguasa MDSB. Pegawai tersebut juga mempunyai kuasa untuk
meminta contoh-contoh bahan untuk diperiksa sebelum bahan-bahan tersebut dibekalkan
atau digunakan.

4. Hanya pekerja-pekerja yang mahir dalam bidang masing-masing sahaja yang patut
digunakan. Pemborong dan pekerja-pekerja hendaklah menjalankan kerja dengan baik dan
cermat. Sebarang kerosakan oleh sebab kecuaian pihak pemborong atau pekerjanya
hendaklah dibaiki atau diganti atas perbelanjaan pemborong itu sendiri.

5. Bagi kerja-kerja TENDER – kerja-kerja tambahan kekurangan yang dianggap perlu dan yang
diarahkan Pegawai Penguasa MDSB atau wakilnya mestilah tidak melebihi 20% dari jumlah
kontrak. Pembayaran akan dibuat (tambahan atau kekurangan) mengikut kadar seperti yang
telah diisi oleh pemborong seperti yang disenaraikan mengikut butir-butir kerja.

6. Apabila siap, segala sampah sarap, serpihan dan lebihan bahan-bahan buangan hendaklah
dibersihkan mengikut arahan Pegawai Penguasa atau wakilnya.

7. Pemborong adalah dikehendaki meletakkan papan-papan tanda keselamatan dan lain-lain


alat kawalan lalulintas termasuk lampu isyarat kelap-kelip dan reflective barrier mestilah
mengikut piawan JKR hendaklah dipasang di kawasan kerja.

8. Pemborong adalah dikehendaki mengambil Polisi Insurans Tanggungan Awam dan


tanggungan Pekerja sebelum kerja-kerja dimulakan serta Bon Pelaksanaan bagi kerja tender.

9. Semua bahan-bahan korekan tidak dibenarkan dilonggok di atas turap jalan dan hendaklah di
buang dari kawasan kerja dengan serta merta selepas pengorekan.

10. Setiap kelewatan bagi menyiapkan kerja-kerja akan dikenakan denda mengikut kadar BLR
semasa pada setiap hari kelewatan iaitu RM ___________ tiap-tiap SATU HARI.

16
11. Pemborong mestilah menyediakan / mengambil gambar sebelum, semasa dan selepas
melaksanakan kerja-kerja yang telah ditetapkan mengikut spesifikasi kerja yang diberi oleh
Pegawai Penguasa Majlis Daerah Sabak Bernam atau wakilnya.

12. Pemborong tertakluk kepada syarat-syarat kontrak yang mana pelan dan spesifikasi menjadi
sebahagian daripada kontrak seperti Borang JKR 203 (Semakan 10/88)

13. Sebarang pertanyaan hendaklah dikemukakan ke Pejabat Majlis Daerah Sabak Bernam
45300 Sungai Besar.

Pengakuan

Saya/ Kami bersetuju dan akan mematuhi syarat-syarat yang dikenakan sepertidi atas.

…………………………………………… ……………………………………………
Tandatangan & Cop Kontraktor Tandatangan Saksi

Nama :________________________ Nama: __________________________

No.K/P :_______________________ No.K/P:__________________________

Alamat :_______________________

________________________

________________________

________________________

Tarikh :_________________________

17
PK 2 Lampiran 2.6

JABATAN KEJURUTERAAN
MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM
45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR DARUL EHSAN
Tel: 03-32241655/32241000 Ext: 231 Fax: 03-32245399 /32242766
Email : aduan@mdsb.gov.my Website : http//www.mdsb.gov.my

BORANG SEBUTHARGA KERJA


SEBUTHARGA BIL SH2020/3 -JK MDSB 2/18/2020

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM
45300 SUNGAI BESAR
SELANGOR DARUL EHSAN

Tuan,

Sebutharga untuk : Cadangan Menurap Semula Jalan Dan Membaikpulih Longkang


Serta Kerja Berkaitan Di Taman Kenangan (Jalan Kenangan Utama, Jalan
Kenangan 1, Jalan Kenangan 2), Pekan Sabak, Dun Sabak, Sabak Bernam,
Selangor

Di bawah dan tertakluk kepada Arahan Kepada Penyebut Harga Syarat-syarat Am Sebutharga,
Spesifikasi Kerja dan pelan-pelan, saya yang bertandatangan di bawah ini adalah dengan ini
menawarkan untuk melaksanakan dan menyiapkan kerja-kerja tersebut bagi jumlah harga
pukal sebanyak Ringgit Malaysia:
__________________________________________________________________________
_______________________________________________________(RM )

2. Saya bersetuju menyiapkan kerja-kerja ini dalam masa ________ minggu dari tarikh akhir
tempoh mula kerja seperti yang diarahkan oleh Pegawai Inden / Pegawai Penguasa.

Bertarikh pada ______________haribulan ______20_____

______________________ ___________________
Tandatangan Kontraktor Tandatangan Saksi

Nama Penuh : ____________________ Nama Penuh : _________________________


No. K/P :____________________ No. K/P : _________________________
Alamat : ____________________ Alamat : _________________________
____________________ _________________________
_____________________ ________________________
Atas sifat : ______________________ Atas sifat : _________________________

______________________________
Meterai atau cop Kontraktor

18
RINGKASAN SEBUT HARGA
SPESIFIKASI KERJA (BQ)

1. Lampiran Keseluruhan

19
SPESIFIKASI KERJA KESELURUHAN

CADANGAN MENURAP SEMULA JALAN DAN MEMBAIKPULIH LONGKANG SERTA KERJA BERKAITAN DI
TAMAN KENANGAN (JALAN KENANGAN UTAMA, JALAN KENANGAN 1, JALAN KENANGAN 2), PEKAN
SABAK, DUN SABAK, SABAK BERNAM, SELANGOR

Unit Kuantiti Kadar Jumlah


Bil. Keterangan / Butir-butir kerja
( RM ) ( RM )
1 KERJA-KERJA PERMULAAN

1.1 Polisi-polisi insurans bagi Workmen Compensation dan LS -


Public Liability.

1.2 Membekal papan-papan tanda amaran lalulintas semasa


kerja dilaksanakan seperti dibawah dan mana-man
yang bersesuaian di tapak:
i. papan tanda awas BIL 1
ii. papan tanda kerja sedang dilaksanakan BIL 1
iii. Flagman BIL 1
iv. Barrier BIL 10
v.Kon BIL 10
(Segala peralatan ini perlu diserahkan dan menjadi hak milik
MDSB)

1.3 Menyediakan papan tanda projek mengikut sebagaimana BIL 1


lukisan dan arahan Pegawai Penguasa.

1.4 Menyediakan laporan bergambar sebelum, semasa dan LS -


selepas mengikut peringkat kerja dalam bentuk
I. hard copy - 2 salinan
II.soft copy -1 salinan

1.5 Ujian bahan, sampel dan kerja-kerja berkaitan:


I.Ujian ketebalan (Coring test) BIL 8
II.Ujian CBR LS -
III.Ujian Ketumpatan (Density test) untuk sampel coring LS -
( Penalti sebanyak RM5,000.00 jika tidak mencapai 96%-WC
& 95%BC)

1.6 Bon Pelaksanaan dalam bentuk Tunai. LS -

2 KERJA MEMBAIKPULIH LONGKANG V-SHAPE


300MM

2.1 Kerja-kerja menggali tanah, membuka longkang lama MR 620


dan membersih laluan longkang dari segala halangan
mengikut sebagaimana arahan Pegawai Penguasa.

2.2 Menambak dengan pasir ditapak bina mengikut M3 55.8


sebagaimana arahan Pegawai Penguasa.

2.3 Membekal dan memasang longkang jenis `V’ berukuran MR 620


300mm serta lain-lain yang berkaitan mengikut
sebagaimana arahan Pegawai Penguasa.

20
2.4 Kerja-kerja membina dinding longkang dengan bata pasir MR 1240
225mm tebal dengan ketinggian yang bersesuaian
termasuk kerja-kerja plaster dibahagian atas dan dalam,
kerja konkrit sebagai kemasan pada apron, memasang
salur air keluar disetiap rumah dan lain-lain yang
berkaitan mengikut sebagaimana arahan Pegawai
Penguasa.

2.5 Membekal dan memasang tongkat jenis konkrit BIL 406


bertetulang mengikut ukuran bersesuaian di tapak bina
untuk setiap 5’ atau mengikut sebagaimana arahan
Pegawai Penguasa.
2.6 Kerja-kerja membina semula slab konkrit bertetulang LS
disetiap belakang rumah sehingga sempurna mengikut
ukuran yang bersesuaian di tapak mengikut
sebagaimana arahan Pegawai Penguasa

3 KERJA MEMBAIKPULIH LONGKANG V-SHAPE


450MM

3.1 Kerja-kerja menggali tanah, membuka longkang lama MR 130


dan membersih laluan longkang dari segala halangan
mengikut sebagaimana arahan Pegawai Penguasa.

3.2 Menambak dengan pasir ditapak bina mengikut M3 11.7


sebagaimana arahan Pegawai Penguasa.

3.3 Membekal dan memasang longkang jenis `V’ berukuran MR 130


450mm serta lain-lain yang berkaitan mengikut
sebagaimana arahan Pegawai Penguasa.

3.4 Kerja-kerja membina dinding longkang dengan bata pasir MR 260


225mm tebal dengan ketinggian yang bersesuaian
termasuk kerja-kerja plaster dibahagian atas dan dalam,
kerja konkrit sebagai kemasan pada apron, memasang
salur air keluar disetiap rumah dan lain-lain yang
berkaitan mengikut sebagaimana arahan Pegawai
Penguasa.

3.5 Membekal dan memasang tongkat jenis konkrit BIL 85


bertetulang mengikut ukuran bersesuaian di tapak bina
untuk setiap 5’ atau mengikut sebagaimana arahan
Pegawai Penguasa.

4 KERJA TURAPAN JALAN

4.1 PEMBERSIHAN TAPAK


Membekal pekerja, alat jentera dan lain-lain peralatan M2 4100
bagi kerja-kerja memotong rumput pada bahu jalan,
membersih jalan, mengorek dan menggred asas
permukaan jalan dari segala bahan tidak diperlukan serta
memindah dari tapak bina dan segala kerja bersangkutan
mengikut sebagaimana yang diarahkan oleh Pegawai
Penguasa.
4.2 CRUSHER RUN ( BATU CAMPURAN )
Membekal pekerja, alat jentera, bahan dan lain-lain bagi TAN 50
kerja-kerja mengangkut, memunggah, merata dan
memadatkan batu campuran atau yang setara dan
diluluskan sebagai bahan dasar jalan (road base)
dengan ketebalan seperti yang di tentukan oleh Pegawai
Penguasa

21
4.3 TACK COAT RS 1K
Membekal dan menyiram tack coat of cationic bituminuos M2 4100
emulsion RS 1K dengan kadar 0.55 liter/meter persegi ke
atas permukaan asas batu campuran atau permukaan
jalan sediada mengikut sebagaimana diarahkan oleh
Pegawai Penguasa.

4.4 ASPHALTIC CONCRETE (AC 14mm – 50mm )


Membekal pekerja, alat jentera, bahan dan lain-lain bagi M2 4100
mengangkut dan menghampar AC 14mm dengan 50mm
purata tebal setelah dipadat dengan tandem roller (8 -
10tan) dan pneumatic tyred roller mengikut sebagaimana
yang diarahkan oleh Pegawai Penguasa.

5 KERJA-KERJA BERKAITAN

5.1 CAT JALAN


Membekal pekerja, peralatan, bahan-bahan dan segala
keperluan untuk kerja-kerja mengecat jalan dengan
menggunakan bahan dari jenis ' Cat Reflective
Themoplastic', ( Hot- Applied superimposed reflectorised
thermoplastic road marking with 20% glassbead )
mengikut sebagaimana ditentukan dengan ketebalan
minimum 3mm (siap - kecuali dinyatakan) kerja mengikut
spesifikasi kerja dan arahan Pegawai Penguasa.

a. Putih -3mm M2 50

JUMLAH KESELURUHAN

22
Saya bersetuju menerima tawaran ini dengan syarat-syarat spesifikasi seperti yang
tersebut dan jumlah yang dibawa ke borang tawaran adalah seperti berikut ;

Ringgit Malaysia :____________________________________________________


__________________________________________________________________
Tempoh Siap :_____________ minggu

_______________________________________
( Tandatangan & Cap Pemborong )

Nama : ___ ___________________________________________

Alamat : _______________________________________________

_______________________________________________

No. K/P : _______________________________________________

No. Telefon : _______________________________________________

Tarikh : _______________________________________________

_______________________________________
( Tandatangan Saksi )

Nama : __________________ ___________________________

Alamat : ______________________________________________

______________________________________________

Tarikh : ______________________________________________

23
MAKLUMAT AM
PENYEBUT HARGA

(PROFIL SYARIKAT)

24
MAKLUMAT AM LATAR BELAKANG PENTENDER

1. Nama :............................................................................................
2. Alamat :............................................................................................
:............................................................................................
:.............................................................................................
:............................................................................................
3. No. Telefon :.......................................
4. No. Faks :.......................................
5. Pendaftaran dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) (Sertakan salinan pendaftaran)
i- No. Pendaftaran :............................................
ii- Tarikh Daftar :............................................
iii- Kelas dan Tajuk/ tajuk Kecil :............................................
iv- Taraf (Bumiputra/ Bukan
Bumiputra) :.............................................
v- Jika Bumiputra, tempoh sah taraf Dari:..........................hingga
............................
6. Ahli-ahli Syarikat
7. (i) Ahli - ahli Lembaga Pengarah

Nama Jawatan Saham Modal Dipegang

25
REKOD PENGALAMAN KERJA

BIL NAMA KONTRAK/PROJEK NILAI TEMPOH TARIKH TARIKH SIAP NAMA DAN NAMA DAN
DAN SKOP KERJA* KONTRAK KONTRAK** MILIK ALAMAT ALAMAT
(RM) TAPAK PEGAWAI MAJIKAN
PENGUASA/
KONTRAK SEBENAR JURUTERA
PERUNDING

**Tempoh kontrak hendaklah termasuk masa yang diluluskan

26
SENARAI KERJA KONTRAK SEMASA
(Senarai semua kerja di dalam tangan/ sedang berjalan dan belum siap termasuk kontrak yang baru di award)

BIL NAMA KONTRAK/PROJEK NILAI TEMPOH TARIKH TARIKH SIAP NAMA DAN NAMA DAN
DAN SKOP KERJA* KONTRAK KONTRAK** MILIK ALAMAT ALAMAT
(RM) TAPAK JURUTERA MAJIKAN
KIkut Jadual Sebenar PROJEK
(%) dicapai
(%)

**Tempoh kontrak hendaklah termasuk masa yang diluluskan

27
SULIT

BORANG CA- LAPORAN BANK/ INSTITUT KEWANGAN


MENGENALI KEDUDUKAN KEWANGAN PENYEBUT HARGA

Borang ini hendaklah dilengkapkan oleh pihak bank atau institusi kewangan lain dan
diserahkan kepada penyebut harga dalam satu sampul berlakri untuk disertakan
bersama-sama sebut harga sekiranya penyebut harga mempunyai kemudahan
kredit dengan Bank/ Institusi Kewangan yang berkenaan.

Kepada : ...................................................................
...................................................................
...................................................................
...................................................................
(Jurutera Daerah)

Nama Penyebut Harga:..................................................................................................

Projek :....................................................................................................
.....................................................................................................

1) Kemudahan Kredit yang boleh digunakan untuk Perlaksanaan Projek:


Kemudahan Kredit yang diluluskan dan kemudahan kredit tambahan minimum yang
layak diperolehi oleh Penyebut Harga seperti berikut;

Bentuk Kemudahan Baki drpd yang telah Tambahan Minima Jumlah


Kredit diluluskan Yang Akan
Diluluskan
--------------------------- --------------------------- --------------------------- ---------------------------
i-Overdraf RM RM RM
ii-Overdraf bercagar RM RM RM
iii-Pinjaman Kredit RM RM RM
iv-Pinjaman Tetap v- RM RM RM
yang Akan / Layak
diperohi Untuk
Projek
v-............................... RM.......................... RM......................... RM..........................
(* Jika Projek diawardkan kepada Penyebut Harga)

(B) Ulasan-ulasan mengenai kedudukan kewangan dan akuan Pentender

Tandatangan untuk dan bagi pihak bank :.................................................................................

Nama Bank :.......................................... Nama Pegawai :......................................


Materi Bank :......................................... Jawatan :........................................

28
Kementerian Kewangan Malaysia PK1.1 Lampiran 1.2

SURAT AKUAN PEMBIDA

......………………........................................

Saya,………...………..........................nombor K.P ...........…………….....................yang


mewakili…………………………............nombor Pendaftaran…………………...................
dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat
ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu
dalam……….……...................................... atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan
untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama ini dilampirkan Surat
Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat
pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati cuba
menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam
………...............................…. atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih
dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju
tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau
2.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan
2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang
berkuat-kuasa.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau
mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam
tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan
perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar,

……….................…………..
(Nama dan No. KP)

Cop Syarikat :

Catatan: i) *Potong mana yang tidak berkenaan.


ii) Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa

29

You might also like