You are on page 1of 3

Ruj. Kami : JPWPL.600-8/1/7JLD.

2( )
Tarikh : 30 Jun 2023

Pengarah
Giat Mara
Lot 8327, Jln Ranggu, Kampung Rancha-rancha, 87029 Labuan,
Wilayah Persekutuan Labuan

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK PREMIS BAGI MESYUARAT POST MORTEM SIJIL


PELAJARAN MALAYSIA JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
TAHUN 2022

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Pendidikan WP Labuan akan mengadakan


Mesyuarat Post Mortem SPM 2022 seperti pada ketetapan yang berikut:

Tarikh : 12-14 Julai 2023


Masa : 8.00 Pagi hingga 5.00
8.00 malam hingga 10.00 malam

3. Bagi melancarkan tujuan tersebut, kami memohon kerjasama dan jasa baik pihak
tuan untuk memberikan bantuan seperti berikut:

i. Sebuah bilik mesyuarat/ seminar yang boleh memuatkan seramai 45


orang dalam susunan berbentuk bilik darjah beserta kemudahan PA
System dan rangkaian internet;
ii. Skrin LCD
iii. Ruangan untuk penyediaan makanan yang boleh memuatkan seramai
45 orang

4. Bersama-sama ini juga, disertakan senarai nama peserta yang akan menghadiri
bengkel tersebut bagi rujukan pihak tuan. Mohon kerjasama pihak tuan untuk memberi
makum balas bagi permohonan ini pada borang jawapan di Lampiran A sebelum atau pada
3 Julai 2023.

5. Sebarang pertanyaan lanjut, pihak tuan boleh menghubungi Haji Adam bin Abd.
Rahim Penolong Pengarah, Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan W.P
Labuan di talian 019-8417181.
MESYUARAT POST MORTEM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA JABATAN PENDIDIKAN
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN TAHUN 2022

JPWPL.600-8/1/7JLD.2( ) 28 Jun 2023

6. Pertimbangan daripada pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(YUSUP BIN HAJI MOHAMAD)


Pengarah Pendidikan,
Jabatan Pendidikan W.P Labuan
Lampiran A
BORANG JAWAPAN

Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan W.P.Labuan,
Aras 10, Blok 4, Kompleks Ujana Kewangan,
Peti Surat 81097,
87020 W.P Labuan

u.p : Hj. Adam bin Abd. Rahim


email : examlabuan@gmail.com / uncleady72@gmail.com
Faks : 087-583352 / 087-583355
Tarikh:

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK PREMIS BAGI MESYUARAT POST MORTEM SIJIL


PELAJARAN MALAYSIA JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
TAHUN 2022

Saya mengesahkan bahawa :

Permohonan tuan untuk menggunakan kemudahan di institusi kami bagi


bengkel kerja seperti di atas adalah dibenarkan.

Permohonan tuan ditolak kerana …………..………………………………………


………………………………………………………………………………...……..
………………………………………………………………………………................
.....................................................................................

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

____________________________
Nama:

Jabatan : Cop Rasmi :

You might also like