You are on page 1of 2

MINIT CURAI

SEKTOR PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN


JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

TARIKH : 02 APRIL 2021 


MASA : 03.00 – 5.00 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT BOTANIKAL,
JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 
PERKARA : PERJUMPAAN PENGARAH PENDIDIKAN BERSAMA – SAMA DENGAN
SEKTOR PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN
 
BIL KANDUNGAN TINDAKAN
1. UCAPAN ALUAN KPP SPP
- KPP memulakan majlis dengan bacaan doa. KPP
mengucapkan terima kasih atas kesudian Tuan
Pengarah menjemput SPP untuk beramah mesra dan
mendengar taklimat ringkas berkaitan bidang tugas
SPP.
- KPP SPP mengucapkan tahniah atas pelantikan Tuan
Pengarah, Encik Yusup Hj Mohamad sebagai
Pengarah Jabatan Pendidikan, W.P Labuan yang Ke-
8.

2. UCAPAN PENGARAH .
- Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran
KPP dan semua pegawai SPP.
- Beliau mengucapkan tahniah atas kelancaran
pengurusan peperiksaan SPM 2020 baru-baru ini
walaupun dalam keadaan Labuan khususnya dan
negara amnya masih dilanda pandemik COVID 19.
- Beliau juga mengucapkan takziah atas pemergian
isteri Cikgu Jaafar Hj Matusin, iaitu Allahyarhamah
Cikgu Ngaidah binti Said. Beliau mendoakan agar
Allahyarhamah ditempatkan bersama orang yang
beriman dan beramal soleh. Beliau memaklumkan
bahawa JPWPL akan melakukan ziarah ke atas
keluarga Cikgu Jaafar dalam masa terdekat.

3. PEMBENTANGAN KPP, TN HJ SAWAL HJ SALLEH


Beliau membentangkan:
i. Carta Organisasi SPP 2021
ii. Fungsi SPP
iii. Senarai Tugas SPP
iv. Aktiviti SPP
v. Hala Tuju SPP
vi. Isu Pengurusan SPP
vii. Pencapaian Peperiksaan Awam, UPSR, PT3, SPM
dan STPM dari tahun 2010 hingga 2019.

4. ULASAN PENGARAH
- Pengarah menyentuh berkenaan Petugas SPM 2020 Pegawai Meja SPM
Sesi Kedua yang berpusat di SMK Pantai yang
berkemungkinan akan mengawas calon terjejas
COVID19 dari sekolah masing-masing.

- Beliau mencadangkan perkara ini diperhalusi untuk Cikgu Narimin Naridin


mengelakkan sebarang isu yang mungkin akan selaku Pegawai Meja SPM
timbul kemudian hari. mencadangkan agar
pengawas berkenaan
dikecualikan daripada
mengawas murid dari
sekolah sendiri.

- Beliau memberi ruang kepada pegawai untuk Semua pegawai


menyampaikan ucapan masing-masing. mengucapkan tahniah atas
pelantikan Tuan Pengarah
sebagai Pengarah Jabatan
Pendidikan WP Labuan dan
berdoa agar JPWPL akan
terus cemerlang di bawah
kepimpinan beliau.

5. PENUTUP
KPP SPP mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Tuan
Pengarah dan semua pegawai yang hadir dalam perjumpaan
kali ini. Beliau juga mengucapkan syukur ke hadrat Allah
(SWT) atas kejayaan SPP mengendalikan semua Peperiksaan
Awam dan berharap agar peperiksaan akan datang juga akan
berjalan dengan lancar.

Tuan Pengarah memaklumkan kehebatan akan terselah jika


kita bekerjasama untuk mencapai kecemerlangan dalam
organisasi. Kita perlu melihat kebajikan rakan kita dalam
organisasi. SPP mempunyai personel yang bersemangat
tinggi dan dapat bekerjasama. Tuan Pengarah berbangga
dengan SPP.

PENCATAT MINIT:

You might also like