You are on page 1of 3

PK07-03

SEKOLAH KEBANGSAAN POLIS DEPOT


MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 04 / 2023 – 2024

Tarikh : 24 Januari 2024


Masa : 1.45 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Polis Depot

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru kerana hadir ke
Mesyuarat Kokurikulum Bil 04 untuk tahun 2023/2024. Ini
1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua ahli jawatan kuasa perlaksana
yang telah berjaya menjalankan program yang telah dirancang dengan jaya
termasuklah program yang baru sahaja selesai iaitu Hari Keusahawanan Tahun
6 yang telah berlangsung dengan begitu meriah sekali.

2.0 UCAPAN PENASIHAT


2.1 Penasihat mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana menghadiri
Mesyuarat Kokurikulum Bil 04 / 2023 – 2024.
2.2 Penasihat mengucapkan tahniah kepada unit Kokurikulum di atas kejayaan
dalam perlaksanaan program yang telah dijalankan sebelum ini dan
mengingatkan setiap aktiviti yang dijalankan hendaklah disediakan laporan
aktiviti.
2.3 Pengerusi menyarankan kepada guru yang berminat boleh menyambung
pembelajaran ke peringkat Ijazah sarjana di City Universiti dan meaklumkan
dengan segera jika ingin membuat pembatalan dengan pihak universiti.
2.4 Semua fail panitia perlu disiapkan dengan lengkap sebelum dihantar ke
Penolong Kanan Pentadbiran.
2.5 Surat panggilan mesyuarat hendaklah diedarkan sekurang-kurangnya 10 hari
sebelum mesyuarat bermula
2.6 Senarai Semak akan diedarkan sebelum cuti sekolah bermula. Semua guru
hendaklah mendapatkan tanda tangan dengan pihak berkaitan.

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


3.1 Dicadang untuk disahkan oleh Cik Fatimah Hanun binti Abdul Kadir.
3.2 Disokong untuk pengesahan oleh Pn Faridah binti Mohd Jamaludin.

4.0 PERKARA BERBANGKIT


4.1 Setiap ketua unit perlu menyiapkan sijil jawatan pada murid tahun 6 yang
terlibat.
4.2 Perlantikan ahli jawatankuasa tertinggi dalam setiap unit hendaklah
melibatkan murid yang berbeza bagi memberi peluang ramai murid untuk
mendapat markah yang tinggi dalam PAJSK.

1
Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
1 Mac 2016 -Keluaran 01 | Pindaan 00
PK07-03

5.0 LAPORAN AKTIVITI


5.1 Setiap aktiviti yang dijalankan perlu disediakan laporan aktiviti seperti
ketetapan di bawah.

Bi Aktiviti Tindakan Nama Guru


l
1 Anugerah S/U KOKO En. Maleki bin
Kokurikulum Ibrahim
2 Karnival KOKO Penyelaras Karnival En Muhammad
KOKO Rashide bin
Roziman
3 Ceramah B&K Guru B&K En. Husaini
4 Karnival Penyelaras Hari Pn Norhayati binti
Keusahawanan Usahawanan. Nordin
Tahun 6

Tindakan: Penyelaras

6.0 HAL-HAL LAIN


6.1 Tarikh akhir pengisian PAJSK bagi tahun 6 adalah pada 31 Januari 2024.
Untuk peringkat sekolah iaitu pada 29 Januari 2024.
6.2 Tarikh akhir pengisian PAJSK bagi tahun 4 dan tahun 5 adalah pada 29
Februari 2024. Untuk Tarikh akhir diperingkat sekolah pada 26 Februari 2024
6.3 Tarikh akhir untuk tempahan baju sukan SKPD tahun 1 dan 2 – 26 Januari
2024
6.4 20 % daripada keuntungan Karnival Keusahawanan Tahun 6 akan dimasukkan
ke tabung KOKO.
6.5 En Madini memohon guru sukan menghantar fail dengan seberapa segera
6.6 Beliau juga memohon pihak sekolah menyediakan jersi sukan sekolah untuk
murid mengikuti setiap pertandingan mewakili sekolah.
6.7 Setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru yang memerlukan dana perlu
mempunyai kertas kerja yang lengkap.
6.8 Cadangan Kejohanan Sukan Tahunan 2023/2024 ialah 21/7/2024

Tindakan: Makluman
7.0 UCAPAN PENANGGUHAN
7.1 Ucapan terima kasih dan penangguhan oleh pengerusi mesyuarat dan
penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya akan dimaklumkan kemudian.
7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2:40 petang dan diakhiri dengan tasbih
kafarah dan surah Al-Asr.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

2
Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
1 Mac 2016 -Keluaran 01 | Pindaan 00
PK07-03

___________________________ __________________________
MALEKI BIN IBRAHIM AARON JIM JR JAMES
Setiausaha Kokurikulum Penolong Kanan Kokurikulum
SK Polis Depot SK Polis Depot

3
Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
1 Mac 2016 -Keluaran 01 | Pindaan 00

You might also like