You are on page 1of 4

BORANG MINIT CURAI

KURSUS/TAKLIMAT/CERAMAH/BENGKEL/SEMINAR

NAMA GURU Mohamad Zulkefli Bin Ismail


TAJUK Bengkel Pemantapan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Kepada Guru-Guru Mata
Pelajaaran Asas Sains Komputer (ASK) Lima Sekolah Kinta Utara
TARIKH 12 April 2021
MASA 02.45 Petang – 04.45 Petang
TEMPAT Lokasi Masing-Masing (Google Meet)
ANJURAN Bidang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Sektor Pembelajaran, Jabatan
Pendidikan Negeri Perak.

BIL CATATAN MINIT TINDAKAN/MAKLUMAN


1. Ucapan aluan Makluman
- Ucapan aluan oleh Puan Andong Rohaya Binti
Muhammad Amin sebagai Ketua Penolong Pengarah
Unit TMK Sektor Pembelajaran JPN Perak.

- Mengalu-alukan kehadiran semua guru dari lima


buah sekolah iaitu :
a) SMK Seri Keledang
b) SMK Pinji
c) SMK Yuk Choy
d) SMK St. Michael
e) SMK Wira Jaya

- Bengkel ini diadakan untuk membantu sekolah-


sekolah khasnya pelajar tingkatan 3 2020 bagi
matapelajaran Asas Sains Komputer yang
memberikan Pentaksiran Bilik Darjah Tahap
Penguasaan 2 paling tinggi di dalam negeri Perak.

2. Pembentangan Data PBD Matapelajaran ASK Makluman

- Encik Syahrul Lizan Bin Mohamad Nasir Penolong


Pengarah Unit TMK Sektor Pembelajaran JPN Perak
telah membentangkan dapatan data pengisian PBD
bagi matapelajaran ASK bagi tingkatan 3 2020.

- Hasil pembentangan, 5 buah sekolah yang dipanggil


ini merupakan penyumbang terbesar PBD Tahap 2
bagi matapelajaran ASK iaitu:

a) SMK Seri Keledang 56 orang ( 41.18 %)


b) SMK Pinji 4 orang (19.05 %)
c) SMK Yuk Choy 9 orang ( 15.76 %)
d) SMK St Michael 5 orang ( 6.76 %)
e) SMK Wira Jaya 5 orang ( 6.49 %)

3. Penerangan Bengkel

- Penerangan bengkel PBD disampaikan oleh Puan Siti


Norhaidza Adura Bt Abu Hamis Penolong Pengarah
Unit TMK Sektor Pembelajaran JPN Perak juga
merupakan pegawai meja bagi PBD.
- Puan Adura memulakan bengkel dengan membuat
sesi soal jawab bersama perserta bengkel dengan
memanggil setiap sekolah untuk memberikan
justifikasi kenapa PBD tahap 2 sangat tinggi di
sekolah masing-masing.
- SMK Yuk Choy ( En. Liew Foo Keong) menerangkan
punca ramai pelajar yang mendapat tahap 2
disekolahnya ialah salah memilih pelajar dan tidak
dilakukan “streaming” dan pemilihan pelajar
dilakukan oleh pihak pentadbir.
- SMK St. Michael (Puteri Nor Aini bt Megat Adenan)
menerangkan punca ramai pelajar yang mendapat
tahap 2 disekolahnya ialah pelajar yang mendapat
tahap 2 tersebut mempunyai masalah peribadi dan
tidak memberi respon ketika sesi pdpr dilakukan
serta pelajar itu juga mempunyai masalah Bahasa
iaitu tidak mahir bertutur dan menggunakan Bahasa
Melayu.
- SMK Pinji ( Puan Syamsinar) menyatakan dapatan
data yang ada pada dirinya, tidak ada pelajar yang
dapat tahap 2 dan ia merasakan terdapat ralat dalam
pengisian data sama ada disebabkan setiausaha PBD
atau salah pengisian data dalam subjek lain.
- SMK Seri Keledang ( Encik Zulkefli b Ismail)
menerangkan punca ramai pelajar yang mendapat
tahap 2 disekolahnya ialah kesilapan pentadbir
(ketika pelajar ini di tingkatan 1 2017) yang membuka
empat kelas matapelajaran ASK walaupun telah
diberi nasihat dan pandangan oleh guru-guru ASK.
Punca kedua ialah terlalu ramai pelajar (139 orang)
dan menyebabkan SMK Seri Keledang sebagai
penyumbang terbesar kepada peratusan PBD tahap 2
di daearah ini. Kebanyakan sekolah lain hanya sekitar
15-70 orang pelajar sahaja. Selain itu, kekangan
disebabkan pandemic covid-19 dan melakukan pdpr
menyebabkan ramai pelajar tidak respon serta
melakukan tugasan. Walaupun ada kelas secara
bersekemuka, namun pelajar tersebut tidak
melakukan tugasan yang diberikan. Selain itu, Encik
Zulkefli memberi pendapat bahawa, guru-guru
kurang faham tentang cara untuk mentaksir pelajar-
pelajar dengan menggunakan kaedah PBD.
- SMK Pinji (Puan Khairunnisa) justifikasi yang
diberikan ialah pelajar tidak membuat tugasan dan
tidak respon ketika pdpr. Selain itu, masalah
kehadiran juga menjadi punca kerana ada pelajar
terus tidak hadir selepas sekolah dibuka kembali.

Maklum Balas dari Puan Adura

- Beliau memberi respon kepada setiap isu dan


justifikasi dari guru-guru serta beliau membuat
kesimpulan bahawa isu utama ialah sebenarnya guru
kurang faham apa itu PBD.
- Setiap masalah perlu ada pelan intervensi untuk
bantu pelajar meningkatkan tahap penguasaan.
- PBD ini menjadi sangat penting pada masa sekarang
kerana semasa pandemic covid-19 sukar untuk
membuat peperiksaan yang biasa dilakukan. PBD ini
amat penting untuk pelajar, terutama pelajar
tingkatan 3.
- Dimanakah harus kita rujuk jika ingin membuat PBD?
Semua pentaksir harus merujuk kepada DSKP di
bahagian ruangan Standard Prestasi.
- Perlukah PBD dibuat setiap hari? Tidak! Kerana guru-
guru juga perlu seimbang dari segi membuat
pentaksiran dan menghabiskan sukatan
pembelajaran.
- Puan Adura menegaskan supaya setiap guru atau
panitia perlu ada Buku Garis Panduan Perlaksanaan
PBD edisi kedua sebagai bahan rujukan untuk
membuat pentaksiran.
- Setiap guru juga perlu ada nota catatan perkembang
PBD pelajar mengikut kesesuaian guru sama ada
catatan di buku nota, kertas atau telefon guru. Ini
merupakan evidens jika pemantauan dilaksanakan.
- Guru juga perlu kreatif untuk mentaksir pelajar
mengikut tahap kemahiran dan kefahaman pelajar.
Tidak semestinya melakukan pentaksiran melalui
penulisan atau hasil kerja sahaja.
- Terdapat 3 kaedah pentaksiran iaitu kaedah
penulisan, lisan dan pemerhatian.
Tangguh Bengkel
- Disebabkan kekangan masa, bengkel ini ditangguh
dan akan dilakukan bengkel kali kedua pada masa
akan datang. Beliau memaklumkan kepada semua
peserta bengkel supaya memberi tahu pentadbir agar
bengkel kali kedua dihadiri oleh semua guru yang
mengajar matapelajaran ASK dan bukan wakil sahaja.
- Sebelum bengkel ditangguhkan beliau memberi
sedikit tugasan mencari maklumat Penjaminan Kualiti
dan penyelarasan skor.
TINDAKAN
SUSULAN - Membuat “in-house training” kepada guru-guru ASK
- Berbincang bersama ketua bidang untuk pelan seterusnya.

TANDA TANGAN GURU PELAPOR TANDA TANGAN PENGETUA

TARIKH TARIKH

You might also like